Hel!O mY DarLing!

Khamis, 27 Jun 2013

Jajan's Bab 5 Kalau Sudah Berkenan




            “Awak rasa tepat ke keputusan kita jodohkan Adra dengan anak Abang Hamzah?” Razali keresahan. Wajah isterinya dipandang meminta jawapan.

            “Saya pun tak tahu bang. Yang peliknya, nak pula si budak Adra tu.” Rahimah meneruskan kembali aktiviti melipat kain yang tergendala kerana mendengar pertanyaan sumaninya tadi.

            “Abang takut dia terima sebab abang je Mah.” Rokok daun ditangan dihisap dan dihembus berkali-kali. Dia sayangkan Adra. Tidak mahu kerana memenuhi permintaannya dan Tan Sri Hamzah, anak gadisnya itu sangup mengorbankan diri. Jauh disudut hati dia berat melepaskan Adra memasuki gerbang perkahwinan diusia yang muda. Mungkin rasa itu berkurangan jika calon suami anaknya, menepati piawaian seorang menantu. Masalahnya, pemuda bernama Umar Zafry itu langsung tidak termasuk dalam calon menantu pilihannya.  

            Dengan ayah sendiri sudah biadap cara pertuturan, apatah lagi dengan mereka yang tiada pertalian. Entah alam rumahtangga yang seperti manakah bakal dibina nanti. Kalau diikutkan rasa hati, dia mahu menolak permintaan Tan Sri Hamzah sebab itulah dia tidak memberikan jawapan pasti. Padanya Adra berhak menentukan hala hidup sendiri. Tetapi sunguh, dia langsung tidak menyangka Adra memberikan persetujuan. Sangup berkahwin dengan pemuda itu.

            “Dah itu pilihan dia. Kita dah cuba halang, dia tetap nak terima. Apa lagi kita boleh buat?” Rahimah mengeluh berat. Dia langsung tidak berkenan kepada Zafry. Baginya, Adra layak mendapat suami yang lebih baik. Anaknya itu masih muda. Masih panjang jalan hidup yang perlu dilalui.

            “Kusut fikiran abang Mah. Adham pun tak setuju. Dia sendiri dah bercakap dengan Adra. Tapi tak didengarnya. Entah apa kena dengan budak Adra tu.” Habis sebatang rokok daun, Razali mencapai pula kotak rokok Dunhill. Dikeluarkan sebatang. Pemetik api yang berada didalam poket baju dikeluarkan. Dia kalau runsing memang begitu. Menjadi akrab dengan rokok secara tiba-tiba.

            “Sudah-sudahlah jadi kereta api bang… Duit kita simpan untuk sekolahkan anak lagi baik.” Rahimah menegur bila sejak tadi dia melihat suaminya tidak berhenti menghisap rokok. Sebatang demi sebatang. Tidak senang dia melihat keadaan itu.

            “Mah, kalau abang yang jumpa Abang Hamzah tolak cadangan itu macam mana?” Hatinya berbelah bagi. Tapi dia lebih rela hilang pekerjaan dari melihat kehidupan anak gadisnya musnah tanpa dia dapat lakukan apa-apa.

            “Janganlah Abah. Kan Adra dah setuju. Abah jangan risau. Inshaallah, semuanya akan baik.” Adra melangkah keluar dari bilik. Sejak tadi dia mendengar perbualan antara ibu bapanya. Dia tahu mereka bimbangkan dirinya. Umar Zafry, lelaki itu bagaikan bacteria yang menakutkan semua orang sekeliling. Kerana janjinya untuk merubah seorang ‘anak’ dia terikat, dan dia juga tidak mahu digelar manusia munafik. Berjanji tetapi tidak ditunaikan.

            “Macam mana Abah tak risau Adra? Kamu sorang sajalah anak perempuan yang abah ada. Kalau boleh Abah nak tengok kamu belajar balik. Nanti sudah berjaya kawinlah dengan sesiapa pun. Abah takkan halang.” Wajah anak kesayangannya dipandang. Berharap benar dia yang Adra akan bersetuju dengan cadangannya.

            Adra tersenyum mendengar kata-kata Abah kesayangannya. Langkah kakinya semakin mendekat kepada lelaki itu. Tubuh dilabuhkan, lengan lelaki itu dikaut dan dipeluk erat. Cuba meredakan keresahan dihati seorang abah.

            “Abah tak percayakan Adra ke?” Wajah Razali ditatap. Senyuman dibibirnya semakin melebar. Rokok ditangan lelaki itu dicapai dan dimasukkan ke dalam bekas abu. Tidak suka lelaki itu membahayakan kesihatan diri hanya kerana risaukan masa depannya.

            “Sebab percayalah Abah tak nak kamu korbankan diri. Banyak lagi cara yang Tan Sri boleh guna nak sedarkan anak dia tu.” Kepala Adra diusap lembut. Bagaikan semalam sahaja dia melihat anak itu belajar berjalan. Terbayang-bayang dimatanya saat Adra boleh menyebut perkataan pertama. Abah, saat itu dirasakan hatinya berbunga indah. Dan sekarang? Dia tidak mahu senyuman yang selama ini menghiasi bibir itu, tidak dapat dia tatap lagi. Umar Zafry!!! Pemuda itu boleh mencari gadis lain sebagai isteri, apa yang pasti bukan Adra Afeefa, anak kesayangannya.

Surat Cinta Untuk Disana : So apa kata korang?...muahhh..papai..

2 ulasan:

Baca sUdah, benCi, gEraM, sUka pUn sUdah. CeRajiNkaN TanGan, MeNgOmeN siKit :)