Adra gigit berus lukisan. Sambil itu
tangannya cekap membetulkan ikatan tali apron di belakang tubuh bagi menghalang
percikan cat dari mengenai pakaiannya. Rambut yang sedikit kusut turut
dikemaskan. Lukisan abstrak yang hampir siap dipandang. Berkerut dahinya cuba
mencari dimana kekurangan hasil ‘contengannya’ itu. Jari telunjuknya yang
runcing dicelup ke dalam botol berisi cat bewarna hitam. Lincah ditampung
mana-mana kawasan yang tidak sempurna.
Senyuman girang terukir di bibir. Dia berpuas hati dengan hasil yang dilakukan. Walaupun lukisan itu tidak
sempurna mana sekurang-kurangnya warna yang ‘dipercik’ ke atas kertas bewarna
putih itu memberikan sedikit kecerian.
“Mintak-mintaklah encik suami
kesayangan aku tu tak marah..” Adra mengomel seorang diri. Air oren yang
diletakkan di atas meja dicapai dan diteguk rakus. Dahaga terasa setelah
seharian berperang seorang diri mengubah kedudukan perabot bagi memudahkan
urusannya sebentar nanti.
Setelah hilang sedikit lelah, dia
meneruskan kembali aktiviti yang tergendala. Cat bewarna putih dituang ke dalam
bekas.
“Selamat tinggal black metal.
Sayonara..” Terus dia ‘memusnahkan’ dinding bewarna hitam yang menjadi
kegemaran suaminya. Entah apa punya taste
lah yang menjadi pilihan Zafry. Langsung tak berseri. Kelam…hitam, pekat,
melikat…Ufthh.
Hari ini setelah seminggu majlis
pernikahan mereka, dia akhirnya berkuasa. Sejak semalam lagi lelaki itu
terpaksa ke Pulau Pinang kerana ada sedikit masalah dengan projek yang sedang
dijalankan. Jadi bolehlah dia bermaharajalela di dalam rumah sesuka hati tanpa
diawasi oleh mata liar Zafry. Kalau tidak, ada sahaja mahu dikomennya. Itu ini
tak kena. Dia sahaja yang betul. Benar-benar membuatkan dia merasa jengkil.
“Bila ku bersuara kau ketogorikan
sebagai meleter,
Bila kau tercabar sebelum bertarung
pun ku dah kau singkir…
Adra menyanyi riang mengikut lagu
yang berkumandang di radio. Tangannya cekap menarik dan menurunkan roller.
Gembira bila melihat sebahagian dinding sudah bertukar warna.
“What
the…Arghhh…” Zafry menjerit kuat. Beg pakaian di tangan sudah terhempas ke
atas lantai. Berlari dia mendapatkan Adra yang terpinga-pinga melihatnya.
“Hai….” Tangan diangkat dan dilambai
ke arah suaminya. Sengihan nakal tersadai dibibir cuba menutup kegusaran hati.
Katanya tiga hari. Kenapa dua hari dah balik? Alamak!
“Kau buat apa ni?” Zafry bercekak
pingang. Tangannya dibawa menyentuh dinding.
“Cat tak ke…” Belum sempat Adra
menghalang Zafry sudah menyentuh dinding. Sendiri cari penyakit betul lah!
“Shit!”
“Cantik bahasa.” Tanpa mempedulikan
Zafry dia kembali meneruskan aktiviti mengecat yang tergendala.
Zafry kembali bercekak pingang.
Sakit hatinya bila Adra bagai tidak mempedulikan kepulangannya. Lebih
menyakitkan hati siapa yang bagi kebenaran untuk perempuan itu mengubah warna
rumahnya?
“Baju abang kena cat.” Adra
mengelengkan kepala. Tanpa melihat dia sudah pasti dengan kata-kata sendiri.
Sentuh cat tak kering kemudian cekak pingang. Memang terbaik. Ada juga biol
rupanya encik suami ni. Ingatkan cerdiknya berada pada tahap melampau.
“Jangan mencarut..” Sempat dia
berpesan. Pasti kata-kata tidak enak berkumandang kalau tidak dihalang.
Zafry terdiam. Kata-kata makian yang
mahu terluah ditelan sendiri. Adra tak ubah macam nujum. Tahu sahaja apa yang
dia mahu buat.
“Siapa bagi kau kebenaran ubah cat
rumah aku?” Dia bertanya dengan nada sedikit meninggi. Tubuh Adra yang
dibaluti…Apron dapur? Apa jenis wanitalah yang ayah dia cari. Tak senonoh!
“I
miss you too abang.” Roller cat disandar pada dinding rumah. Kemudian dia
meluru ke arah Zafry. Dipeluk tubuh itu erat. Sedaya upaya dia cuba menahan
diri dari ketawa. Tanganya yang berlumuran dengan cat sengaja ditepuk pada
pakaian mahal suaminya.
“Kau merepek apa ni?” Dia cuba
menolak tubuh Adra. Tetiba miss you segala
bagai dah kenapa? Sengaja nak sakitkan hati dia lah tu.
“Suami Adra kalau marah memang
segak.” Semakin galak Adra mengusik. Pipi Zafry di belai. Terimalah hadiah cop
kasih sayang dariku wahai suami. Sedikit cat putih jelas terpalit pada pipi
suaminya. Kali ini Adra ketawa kecil.
Tangan Adra disambar. Panas hati
bila melihat tapak tangan itu dipenuhi dengan cat yang masih kelihatan basah.
“Kau sengaja kan?”
“Tolong Adra cat rumah nak? Lepas ni
nampak berseri sedikit rumah kita.” Jangan marah wahai Umar Zafry. Isterimu ini
tiada kata indah yang mahu dipersembahkan. Silap cakap mahu tercetusnya perang
dunia antara mereka berdua.
“Kau tukar cat rumah aku, sekarang
kau nak aku tolong kau? Banyak cantik!” Wah.. Melampau betul lah perempuan sorang ini. Ikut hati ada juga yang
makan tangan hari ini.
“Habis itu, Abang nak biar Adra buat
sorang-sorang ke? Kalau tak siap teruklah dinding rumah ni nanti. Kalau orang
melawat macam mana?” Lelaki seperti Zafry pasti akan menjaga prestij. Semua
benda mahu sempurna.
Kali ini kakinya dijengket sedikit.
Tangan digantungkan pada leher Zafry. Tanpa dipinta kucupan mesra bertaut pada
pipi lelaki itu. Segala ilmu membodek
harus dikeluarkan segera. Tahu benar, lelaki seperti Zafry pasti mengalah kalau
ada yang sudi berpeleseran seperti kucing manja yang minta dibelai.
Zafry tersenyum. Degupan jantungnya
sudah bertukar rentak. Tahu Adra sedang mengodanya. Kalau ada yang sudi
memberi, mustahil dia akan menolak. Wajahnya didekatkan pada raut wajah comel
itu. Bibir isterinya yang nampak merah cuba dikucup.
Adra pantas melarikan wajah.
Jari-jemarinya melekap kemas pada bibir lelaki itu. Tak ada maknanya dia mahu
menyerah sebegitu mudah.
“Jom tolong Adra.” Dikenyit matanya
nakal kepada Zafry. Kejap lagi pasti lelaki itu dengan rela hati menolongnya.
Zafry mengeluh kecewa. Adra suka
benar bermain tarik tali dengannya. Benar-benar membuatkan dia resah dan
gelisah.
Pelukan eratnya pada tubuh sasa itu
dirungkaikan. Dia kembali mendapatkan roller bagi meneruskan aktiviti yang
tergendala. Di dalam hati dia sempat mengira satu, dua, tiga.
“Lain kali aku tak suka kau buat
keputusan sendiri. Jangan nak memandai.” Bajunya dibuka. Six pack pada badan jelas kelihatan. Niat hatinya mahu membantu.
Sebelum itu dia melangkah mendapatkan beg pakaian dan dibawa menuju ke dalam
bilik.
Adra mencebikkan bibir. Ingatkan
lelaki itu terus bersetuju untuk menolong. Rupa-rupanya Zafry tak mudah
termakan godaan. Sia-sia sajalah dia ‘bermanja’ tadi. Tapi dia tak kisah. Kejap
lagi pasti….
“Adra….”
Adra ketawa mendengar jeritan
suaminya. Tak sempat dia nak mengumpat. Pasti terperanjat melihat warna bilik
dan susun-atur perabot sudah berubah kedudukan. Mula-mula dia memang mahu kekalkan
sahaja apa yang ada. Tetapi semakin hari dia rasakan bilik itu tak ubah seperti
suasana hotel. Tidak mesra dan tiada suasana romantic.
“Apasal kau tukar semua benda dalam
bilik?” Niat hati mahu menolong Adra mengecat dinding terhapus dengan sendiri.
“Abang tak rasa romantik ke?” Kening
diangkat.
“Romantik apanya… Dah, kau cat
sendiri. Aku tak tahu.” Zafry berpeluk tubuh. Niat hati mahu memprotes. Adra
bagaikan sengaja mahu menaikan rasa amarahnya.
“That’s
because you think it’s difficult. Cuba lah dulu.” Mata dikenyit
berkali-kali. Sengaja menayang riak wajah comel. Kalau encik suami tak tergoda
memang masaklah dia nak siapkan seorang diri. Nampak sahaja Zafry terus dia
rasa letih. Mengada-ngada juga rupanya tubuh dia.
“Isy..” Zafry mengalah. Roller di
tangan Adra cuba disambar.
“Ini yang Adra punya. Abang guna
yang itu.” Tangan dibawa menunjuk ke arah roller yang belum digunakan.
“Tepi lah sikit.” Tubuh kecil Adra
ditolak dengan badannya. Roller dicelup ke dalam cat. Seumur hidup inilah kali
pertama dia melakukan kerja ‘bodoh’ seperti ini. Semuanya Adra punya pasal.
Adra bergerak ke sisi. Dia tersenyum
senang hati. Kemudian dia sengaja memeluk belakang badan Zafry.
“Thanks
my lovely husband.”
“Adra…kejap lagi kalau kau kena buat
kerja lain, kau jangan nak salahkan aku.” Tak habis-habis nak mengoda. Aku ngap jugak budak ketot ni karang!
Terus tubuh suaminya dilepaskan. Dia
kembali meneruskan kerja yang tergendala. Sebahagian dinding sudah bertukar
warna. Tetapi masih banyak yang harus disiapkan. Masih ada beberapa ruang lagi
yang perlu ‘dikerjakan.’
“Mana kau dapat lukisan tu?” Zafry
bertanya bila dia terpandang sekeping lukisan abstrak bewarna-warni. Roller
yang dicelup ke dalam bekas cat diangkat kembali dan dengan penuh semangat,
dinding ditonyoh sesuka hati.
“Cantik tak?”
“Bolehlah.”
“Bolehlah? Alah kalau cantik cakap
cantik. Penat Adra buat tau.”
“Patutlah buruk semacam je aku
tengok. Kau tahu lukis ke tak?” Fuh! Nasib baik dia tidak memuji. Kalau tidak,
ada juga yang bangga diri.
Adra menjeling tajam. Malang dapat
suami mulut tak berinsuran. Geram betullah!
“Sanalah sikit.” Tolak menolak
berlaku antara mereka bila tubuh saling berlangar antara satu sama lain. Zafry
tak mahu mengalah. Sengaja dia mengeraskan tubuh.
“Eh apa pulak. Adra yang berdiri
dekat sini dulu.” Kepala digelengkan.
“Ini rumah siapa?” Sedikit angkuh
Zafry bertanya. Berlagak lebih kepada dia pula tuan rumah.
“Rumah suami Adra lah.” Tak bersalah
jawapan itu terluah. Betul apa dia cakap. Bukannya dia menipu pun.
Terdiam terus Zafry. Sakit hati bila
ada sahaja jawapan yang terluah dari bibir itu. Boleh kiamat gamaknya kalau tak
menjawab kata-kata dia. Bagi mengubati hati yang sakit, dengan penuh tenaga dia
cuba melangar Adra dengan tubuh sasanya. Malang terjadi bila dia hilang
imbangan kerana Adra bergerak ke hadapan secara tiba-tiba.
Liur ditelan. Perlahan-lahan Zafry
angkat kepala. Badannya masih terbaring di atas lantai. Kesakitan yang mengigit
tubuh sudah tidak terasa bila melihat kawasan roller mendarat. Matilah!
“Lukisan Adra….” Bibirnya sudah
mencebik. Roller di tangan Zafry elok mendarat di atas karyanya dan
menjahanamkan ‘struktur’ asal lukisan tersebut. Dengan tangan begetar dia
mendapatkan lukisan itu.
“Aku tak sengaja.” Zafry serba salah
apabila melihat riak wajah Adra yang mendung.
“Habislah…” Adra mengangkat
lukisannya. Cat putih membasahi sebahagian besar lukisan. Sia-sia sahaja
usahanya. Seharian membuat benda alah tersebut,
tetapi sesaat sahaja diperlukan untuk memusnahkan segalanya.
“Kita buat yang lain. Aku tolong.”
“Huh?” Boleh percaya ke ni?
Adra ketawa bila dia selamat mendaratkan cop tangan pada tubuh Zafry. Sesaat kemudian dia terdiam bila wajahnya yang kecil ditempek dengan benda yang melekit.
“Mana aci main muka.” Tak berpuas
hati terus tangannya dicelup ke dalam bekas cat dan cuba dilumur pada wajah
suaminya.
Zafry melarikan wajah. Ketawa besar
bila target Adra tersasar dan mengenai dadanya.
“Sini lah.” Adra cuba mengagau.
Geram bila sasarannya tidak mengena.
Zafry cekap menangkap tangan
isterinya. Pegelangan tangan kanan Adra digengam erat. Ditarik jemari halus itu
mendekati mounting board yang
dibentang di atas lantai.
“Buat apa letak dekat muka aku.
Letak dekat sini.” Ditekan tangan Adra pada mounting
board yang sudah dipenuhi tapak
tangan mereka berdua.
Adra tersenyum lebar. Kalau macam
ini hasilnya, dia sangup kalau setiap lukisan yang dia hasilkan dirosakkan oleh
Zafry. Bukan senang mahu mewujudkan suasanan mesra antara mereka berdua.
“Cantik tak?” Adra bertanya lembut.
“Mestilah cantik sebab tangan aku
yang cop. Kalau harapkan jari pendek engkau, memang jahanamlah lukisan ini.”
Pasrah! Zafry memang bermulut lepas.
“Nak minum tak?” Malas mahu melayan
perasaan geram, Adra bertanya. Sejak Zafry sampai ke rumah dia belum sempat
menghidangkan minuman kepada lelaki itu.
“Kejap lagi lah.” Sambil itu dia
membetulkan rambut Adra yang kusut dan hampir menutupi wajah. Tetapi dia harus
mengakui, Adra kelihatan menawan dalam keadaan itu.
“Abang..” Adra tayang wajah nakal.
Di tangannya terdapat berus lukisan.
“Nak buat apa tu?” Mesti ada agenda
jahat. Tengok wajah pun tahu.
“Cantik six pack. Sini lah.”
“Kau jangan nak mengada. Kertas
lukisan banyak. Sana conteng.” Terus dia mengusutkan kembali rambut Adra yang
sebentar tadi diperbetulkan.
“Mengada dengan suami sendiri dapat pahala kot.” Bahunya dilagakan pada lengan lelaki itu.
“Kau jangan nak goda aku lah.” Zafry
berkata tidak puas hati.
“Goda suami sendiri apa salahnya
kan? Bukannya berdosa pun.”
Zafry cebikkan bibir.
“Abang…”
“Apa?”
“Sinilah…” Adra mengamit menyuruh
Zafry mendekatkan wajah ke arahnya.
Tak tunggu sesaat, pantas dia
mendekatkan wajah ke arah isterinya. Tak mahu menolak rezeki. Hatinya ketawa
nakal.
“Hadiah sebab tolong Adra siapkan
lukisan ini.” Tangan yang berlumuran cat ditekap pada wajah suaminya. Pantas
Adra bangun dan melarikan diri. Ketawa besar bila Zafry masih terpinga-pinga.
Pasti otak lelaki itu fikirkan benda lain.
“Adra!” Zafry bengang. Terus dia
bangun dan mengejar tubuh kecil itu yang sedang berlari menuju ke arah bilik.
“Lepaslah..orang boleh jalan
sendiri.” Adra terjerit bila pingangnya dipaut dan lelaki itu memeluknya erat.
“Tahu. Tapi aku rajin nak dukung
kau.” Zafry ketawa bila wajah Adra bertukar pucat mendengar kata-katanya.
“Acah sikit pun dah cuak.” Di
lepaskan tubuh isterinya secara mengejut, membuatkan Adra hilang imbangan dan
jatuh tersembam.
“Adra…Adra…Eh, bangunlah.” Zafry
gelabah bila Adra langsung tidak beriaksi. Keras kaku di atas lantai. Terus dia
duduk di sebelah gadis itu. Di tarik tubuh Adra mengadapnya. Pipi isterinya
ditepuk-tepuk perlahan.
“Adra. Bangunlah.” Kepala Adra
dipangku. Kalau jadi apa-apa jenuh dia nak menjawab nanti.
Adra buka mata sekecil yang boleh.
Mahu mengendap reaksi Zafry. Itulah main lawak kasar lagi. Sakit badannya jatuh
terhempas. Mata dipejam rapat bila dia perasan Zafry memandang ke arah matanya.
Mintak-mintaklah tak kantoi.
Zafry sengih nakal. Cis, ada hati
mahu permainkan dia. Matanya jatuh pada bibir Adra. Jangan nak salahkan dia
nanti.
Terbeliak mata Adra. Terus dia
menolak wajah Zafry.
“Oitt..Ambil kesempatan.” Adra
pantas bangun.
“Macam tak biasa. Kau guna lip bam
strawberi ke?” Tanpa bersalah Zafry berkata. Dia galak ketawa bila Adra kalut
melarikan diri.
“Arghhhh.” Adra jerit kecil. Geram
mendengar kata-kata Zafry. Menyesal dia pura-pura pengsan. Kan dah terkena.
Surat
Cinta Untuk Disana : Aloha sayang…sory lmbat updte coz
sy masih berada di dlm mood malas dek kerana terlebih makan kuih raya dan
ketupat. Haha… Ini sajalah dapat diberi. Langsung tak edit sebab rasa malas itu
bagaikan tidak mahu pergi dari diriku. (salah siapakah itu?) Kalau ada ejaan
yang salah or ayat yg x betul nahunya korang buat ‘buta’ sajalah. Nanti bila
kerajinan melanda, si Cempaka Rembulan yang comot ini akan ‘renovate’ balik
mana yang lintang-pukang. Sperti biasa kalau sayang2 ku rajin, silalah komen
nun dibawah sana.
hahahha...bagus adra
BalasPadamsambung lg ye ..makin menarik suda
Tq YooZara :)
PadamBEST SANGAT-2 NAK LAGI.
BalasPadamTq baby mio.. :)
Padamhamboii. kemain sweet,, haha,.,. gaduh2 manja gitew.. kikiki
BalasPadamgaduh utk mngeratkan hubungan...kahkah... :)
PadamCempaka.. Good job sis.. Sgt menghiburkan. Pandai Zafry kaber line... Adra yg notty tapi penakut rupanya.. Hehehe..
BalasPadamTq sis... Wtak Adra memang penakut sebenarnya... haha :)
Padamsweet manis cukup rasa, best!! err btw ada watak gedik ke ek dalam cerita ni? harap2 kisah diorang berdua je.. hehe, tapi its all up to you cik writer :)
BalasPadampsst.. watak gedik tu i mean watak antagonis yang maybe kacau rumahtangga diorang ke macam novel2 lain
Padamada...tp kejap sahaja...akan 'dimatikan' oleh Zafry.haha..Kalau ada pun hanya konflik antra Adra dan Zafry... :)
Padambest2
BalasPadamTq ruunna Qizbal.. :)
PadamBetul2 best...
BalasPadamTq Sis.. :)
PadamBest....novel ada..
BalasPadamTq SAWR.... Doakan saya untuk ke arah itu... :)
Padamwahhhh..menarik ny main cat2 ni..manis bebenor..haha
BalasPadamhaha.. :)
PadamBest...bila nak smbg?
BalasPadam