“Amacam?”
Kening diangkat-angkat. Sengihan nakal tersadai di bibirnya. Sabar dia menanti
reaksi dari wajah Zafry.
“Okey.”
Ringkas jawapan itu terluah. Zafry berpura-pura tekun bekerja. Document di tangan
diselak. Sedaya upaya senyuman dibibir ditahan dari terpampang pada pandangan
Nafiz. Tidak mahu dia menjadi bahan usikan lelaki itu.
“Aikk,
okey je? Boleh caya ke ni?”
“Habis itu kau nak aku jawab apa?”
“Jawab lah hati kau tengah bahagia.”
Dia sengih lebar. Pandangan matanya dibawa menjelajah segenap ruang rumah
sahabat baiknya. Semua sudah bertukar wajah. Nampak berseri dan yang penting penuh
dengan unsur kekeluargaan. Siap gantung gambar perkahwinan besar gedabak lagi
pada dinding. Ini kalau cerita dekat orang lain kata kena kahwin paksa, rasanya
siapa pun tak kan percaya.
“Kau nak tahu bahagia ke tak, kau
kahwin lah sendiri.” Pen dicapai. Tandatangan di turunkan pada satu ruangan. Ingatkan
bercuti dapatlah dia mengelakkan diri dari memikirkan tentang kerja, rupanya
tidak.
“Woh,
tak ada maknanya bro. Tak kahwin pun
aku boleh dapat perempuan. Kau baru kahwin seminggu pun aku tengok kaki dah
macam kena rantai. Aishh…Tak nak lah
aku.”
“Rantai hotak engkau.” Zafry bengang. Dia bukanlah lelaki dayus yang
takutkan isteri tak kena tempat. Tetapi Adra ada sahaja agenda yang membuatkan
kakinya dengan sendiri terpaku di rumah. Bukan salah dia. Semuanya salah Adra.
“Tak betul apa aku cakap? Macam mana
isteri kau?” Kali ini sengihan terpeta pada wajahnya. Nampak nakal.
“Macam mana apa?” Bukan dia tak tahu
maksud Nafiz. Tapi sengaja dia bermain tarik tali. Nafiz bukannya baru sehari
dua kenal dia.
“Kau dengan dia….”
“Wake
up you’re mind bro. Ini bukan zaman Romeo and Juliet yang malu-malu kucing.”
“Tahniah-tahniah…” Nafiz gelak
besar.
“Kau tak keluar lepak ke malam ni?”
Zafry bertanya. Dia sudah mula terasa jemu. Malam ini dia mahu merelaks kan
minda. Kebetulan Adra pulang ke rumah ayahnya bagi menguruskan majlis perkahwinan
mereka yang bakal berlangsung lagi beberapa hari. Entah pukul berapa isterinya
itu akan pulang. Dari kebosanan seorang diri, lebih baik dia cari hiburan.
“Keluar lah. Boleh mati aku kalau
tak keluar. Kau nak join aku ke?” Sudah seminggu keluar tanpa Zafry
membuatkan rasa kekoknya sudah berkurangan. Rasa seronok pula bila tumpuan
beralih kepadanya. Kalau tidak, jenuh dia mahu bersaing dengan Zafry dalam
memikat hati perempuan di luar sana.
“Nak. Malam karang kau rojer aku
kalau nak gerak.” Sudah terbayang di matanya keseronokkan yang baru beberapa
hari ditinggalkan.
“Okey.” Nafiz masih belum puas
memandang sekeliling. Cantik pula dia melihat ‘wajah’ baru rumah Zafry.
“Kau upah siapa cat rumah ni? Kalau
tak salah aku sebelum kau kahwin, cat warna hitam lagi kan?” Teringat dia
suasana rumah lelaki itu yang dulu. Menyeramkan. Sudah berbuih mulutnya
menyuruh Zafry menukar warna rumah, tetapi lelaki itu hanya ketawa. Sekarang
bukan sahaja tukar cat, kedudukan perabot semuanya sudah berubah.
“Aku dengan Adra yang cat.” Zafry
berkata sedikit bangga. Bukan senang dia mahu membuat perkara seperti itu.
“What?”
Nafiz galak ketawa.
“Yang kau ketawa kenapa?”
“Sajalah.” Setelah tawanya reda,
Nafiz mencapai air tin dan diteguk. Hilang dahaga setelah penat ketawa
mendengar ‘lawak’ Zafry. Hari Ini Dalam Sejarah betul!
“Kau dah sangkut dekat budak Adra tu
ke?” Dia belum berkesempatan bertemu dengan isteri sahabatnya itu. Malam
perkahwinan Zafry dia kebetulan perlu ke luar negara bagi menghadiri mesyuarat
penting. Kalau tengok dari dalam gambar, boleh tahan juga.
“Tak ada maknanya lah. Kau ingat aku
ni apa?” Tiada istilah bercinta dalam kamus hidupnya. Apa yang ada hanyalah
keseronokkan.
“Kalau tak ada apa, tak kan kau dah
siap gantung gambar tu lagi. Baru
seminggu kot kau nikah. Cepat betul
kau ambil gambar tempek dinding.” Tangannya dibawa menunjuk ke arah gambar. Lagi
mau nafi.
“Bukan aku yang gantung.” Cepat dia
menafikan.
“Iye..Aku
percaya…” Nafiz tayang muka serius. Caitt…Menipu. Tengok riak wajah sahabatnya
itu pun dia dah tahu.
…………………………
“Kita berjemaah nak kejap lagi?”
Adra berkata lembut. Sejadah dibentangkan di atas karpet di dalam bilik.
“Aku sibuk.” Zafry berkata malas. Tak
habis-habis tunjuk alim. Kalau nak sembahyang tu, sembahyang sajalah. Yang
sibuk nak ajak dia kenapa?
Adra geleng kepala. Sibuk? Dari tadi
dia melihat lelaki itu terbungkang tidur. Sibuk apanya kalau macam itu. Seketika
kemudian senyuman tergaris pada bibirnya. Akan ku persembahkan ‘lagu terindah’
buatmu wahai suami. Terimalah….
Ingat lima perkara,
Sebelum lima perkara,
Sihat sebelum sakit,
Muda sebelum tua,
Kaya sebelum miskin,
Lapang sebelum sempit,
Hidup sebelum mati…..
Demi masa, sesunguhnya manusia kerugian.
Melainkan…Yang beriman dan yang beramal
soleh.
Mendayu suaranya sebelum kain tuala
dicapai dan dia melangkah masuk ke dalam bilik air. Sebelum itu senyuman manis
sempat dihadiahkan buat suaminya yang sudah bewajah kelat. Kalau tak terasa
jugak memang tak tahulah apa dia nak kata.
Zafry kemam bibir. Sedaya upaya
ditahan dari mengeluarkan sumpah seranah. Dirasakan ‘lagu’ Adra tepat mengenai
wajahnya. Membuatkan dia terasa membahang. Adra tidak habis mahu membuatkan dia
sakit jantung.
“Abang nak join Adra tak?” Kepala dijengul disebalik pintu bilik air. Niat
hati mahu mengusik lelaki itu. Tapi kalau Zafry bersetuju mati lah dia!
“Tak hingin aku…” Dia menjeling tajam. Ingat dengan buat wajah macam
kangaroo comel tersepit celah pintu dia nak tergoda ke? Boleh blah la!
“Jangan lupa ambil air sembahyang
tau. Kita kumpul pahala sama-sama.” Adra kenyit mata sebelum pintu bilik air
ditutup rapat.
“Arghhhhh..” Mukanya ditekap pada
bantal dan kuat dia menjerit. Sakit hati melihat gelagat Adra. Malam ini apa
jadi sekalipun dia mahu meneruskan agenda berpeleseran dengan Nafiz. Tidak
boleh tidak.
Adra suakan tangan. Bila tiada tanda
hulurannya akan disambut, dia terus mencapai tangan lelaki itu dan dikucup. Mood touching terus di update. Terharu, bila impiannya mahu
bersembahyang berjemaah bersama lelaki begelar suami akhirnya tercapai.
“Adra tak tahu pun yang suami Adra
nampak lagi handsome kalau pakai macam ini.” Tangan Zafry masih belum
dilepaskan. Tidak menyangka taktiknya menjadi. Demi sebuah ego, lelaki seperti
Zafry akhirnya mengalah. Semuanya berpunca bila dia menanyakan tentang
pengetahuan lelaki itu mengenai agama.
“Pakaian orang tua ni kau kata handsome?” Ikut hati nak sahaja dia
menunjal kepala Adra. Marahkan Adra kerana memperlekehkan tahap pengetahuannya
mengenai agama membuatkan dia mahu tunjuk hebat di hadapan wanita itu. Maghrib
tadi dia berjaya menepis. Tapi Isyak semakin galak Adra bersoal jawab. Benar-benar
membuatkan dia mahu tunjukkan yang dia bukanlah ‘buta’ agama.
“Handsome
di mata Adra dengan Allah sudahlah. Ye tak?” Baju teluk belanga yang
dikenakan oleh Zafry disinting. Dibelai lengan lelaki itu. Agenda seterusnya
harus dimulakan segera. Bukan dia tak dengar tadi bicara lelaki itu semasa
bergayut di handset. Nak keluar?
Bukan dia nak halang. Tapi kalau perginya ke tempat tak elok tak kan dia nak
tengok saja. Sia-sialah bersembahyang kalau lepas itu pergi buat maksiat.
“Abang..” Manja suaranya. Tangan
Zafry dipeluk erat bagi menghalang lelaki itu dari bangun.
“Kau kenapa?” Jangan tergoda
Zafry…Jangan…Berkali-kali ayat itu diulang di dalam hati. Dia tidak mahu
terpedaya dengan pujuk rayu dan serangan psikologi isterinya lagi.
“Adra lapar.”
“Pergilah makan. yang kau bagitahu
aku kenapa?” Songkok di atas kepala dibaling ke atas katil. Kain pelekat yang
dirasakan mahu terlondeh dipegang erat. Seumur hidup inilah kali pertama dia
mengenakan kain itu. Langsung tidak selesa.
“Makanan semua dah habis. Kita
keluar makan nak?” Tak adanya habis. Barangan basah baru sekejap tadi dia beli.
Mintak-mintaklah Zafry tak membuka pintu peti sejuk. Kalau tidak kantoilah dia.
“Aku nak keluar kejap lagi.” Zafry
geleng kepala tanda tidak bersetuju.
“Adra ikut boleh tak?” Matanya yang besar
membulat. Pura-pura teruja.
“Tak payah lah. Balik karang aku
beli makanan untuk kau.” Nak ikut? Gila ke apa. Rosaklah program dia nanti.
“Tak apalah kalau macam itu.” Wajah
sedih sengaja ditayang. Kain telekung ditanggalkan. Dia bangun menuju ke arah
almari. Hanger dikeluarkan. Setelah selesai mengantung kain yang digunakan, dia bergerak
menuju ke arah katil.
“Perut..Sabarlah ye. Kalau aku pitam kita masuk hospital berdua. Jangan risau.
Suami aku nama dia Umar Zafry rajin nak jaga kita dekat hospital nanti.”
Diintai reaksi suaminya. Sengaja dia menekan-nekan perut.
“Jangan nak mengada.” Zafry
menjeling. Hatinya sudah berbelah bagi. Gastric
ke apa minah ni? Kalau betul masuk hospital, sah-sah dia yang nak kena jaga.
Tak nak lah!
“Abang bawa lah Adra pergi makan
dulu. Lepas itu, keluarlah. Bukan Adra nak halang pun.” Dia tak halang. Tapi
dia akan cari jalan untuk gagalkan rancangan lelaki itu. Beberapa idea nakal
sudah dirangka.
“Kau kalau tak menyusahkan aku tak
boleh ke?”
“Kalau tak boleh tak apalah. Kejap
lagi Adra talifon ayah mintak tolong Pak Karim jemput bawa ke kedai makan. Boleh
kan?” Pasti Zafry mengalah kejap lagi. ‘Ayah’ kan perkara paling alergik bagi
suaminya.
“Bersiap lah cepat.” Tangannya
digengam erat. Meluat bila Adra mahu melibatkan ayahnya. Lelaki itu pasti akan
menyindirnya kalau berpeluang. Dia tak boleh membiar diri dipermainkan oleh
orang tua itu.
“Adra dah cakap belum yang abang
suami terbaik dekat dalam dunia ni?”
“Aku tahu.” Tanpa reaksi Zafry
berkata. Nak puji sangat. Tak kan dia nak menolak pulak.
………………………………..
“Cepatlah.” Tangan dikipas pada
wajah. Entah apa punya kedai makanlah Adra bawak dia. Sudahlah panas. Sempit
pulak tu. Nak makan pun tak lalu. Dirasakan prestij diri yang selama ini dijaga
merudum dengan sendiri. Kalau kawan-kawan dia tahu yang dia makan di tempat
yang macam ini, mahu dia dibahankan.
“Kejaplah.” Selambat yang mungkin
dia menyuapkan nasi ke dalam mulut. Perlahan-lahan dikunyah.
“Kau boleh cepat sikit tak?” Zafry
geram. Adra bagaikan sengaja mahu mencabar dia. Sakit hati melihat cara
isterinya makan, pinggan makanan wanita itu terus ditarik.
Cekap dia mencarik-carikkan ayam
mengunakan sudu dan garfu. Kemudian dia menyuakan sesudu nasi kepada Adra.
Senyuman Adra melebar. Pasti Zafry
sudah bengang. Tapi bagus juga. Bolehlah dia makan bersuap. Yihaa!
“Buka lah mulut cepat sikit. Tunggu
kau makan sampai besok pun tak habis.” Sesudu demi sesudu disumbat ke dalam
mulut isterinya.
“Rupa-rupanya makan bersuap ni sedap
kan? Tak tahu pulak Adra.” Adra ketawa kecil bila Zafry tayang muka masam
mendengar kata-katanya.
“Jangan pot pet boleh tak? Makan
diam-diam.” Karang sekali dengan pinggan-pinggan ni dia sumbat masuk ke dalam
mulut.
“Jom balik.” Setelah selesai sesi
suap menyuap Zafry terus bangun mendekati kaunter bayaran. Dia sudah tidak
betah berada di dalam suasana tidak menyenangkan seperti itu.
“Abang. Adra nak singah Watson kejap
boleh tak?” Sambil berjalan menuju ke kereta Adra bertanya. Lengan suaminya
dipaut erat.
“Kau nak buat apa pulak dah?” Ada-ada
sajalah perempuan sekor ni.
“Beli ubat.” Perlahan dia berkata
sebelum meloloskan diri ke dalam kereta. Mahu membiarkan lelaki itu berteka-teki
sendiri.
Zafry pandang wajah Adra. Dia mahu
bertanya ubat apa yang mahu dibeli. Tetapi demi sebuah ego yang masih sedikit
bersisa dia mendiamkan diri. Mahu tunggu sehingga Adra sendiri yang berterus
terang.
…………………………
Botol berisi ‘ubat’ dibuka. Pandangan
mata Zafry yang jatuh ke arahnya dibuat tidak peduli. Segelas air diteguk. Setelah
itu dia berjalan menghampiri suaminya yang sedang menonton tv. Sekejap lagi
akan masuk pukul sebelas. Lakonan dari perlakon terhebat harus dimulakan
segera.
“Abang tak keluar ke?” Adra
pura-pura bertanya. Tubuh genitnya dilabuh rapat kepada Zafry. Tangan lelaki
itu diangkat dan diletakkan pada bahunya.
“Ubat apa kau makan.” Dia mengalah.
Perasaan ingin tahunya terasa membuak-buak. Soalan Adra dibiarkan sepi.
“Tak ada ubat apa lah sangat.” Mata
dipejam rapat. Hatinya seronok bergelak tawa. Dia dengan ubat bagai api dan air.
Tak ngam. Yang ditelan tadi hanyalah
vitamin berperisa oren untuk kecantikan kulit. Sudah lama dia amalkan. Tapi tak
kisahlah. Dia bukannya menipu. Vitamin iu pun ketegori ubat juga apa..
“Masuk bilik lah kalau nak tidur.”
Zafry menegur bila Adra mula meletakkan kepala pada pahanya.
“Kejap aje.” Sambil itu dia menarik jemari zafry dan dipatahkan satu
persatu. Seronok dia mendengar bunyi yang dihasilkan.
“Sakitlah.” Tangannya cuba ditarik.
“Abang..” Adra memangil.
“Apa?” Dia pandang wajah Adra. Menunggu
bicara yang bakal terluah dari bibir itu.
“Esok kita pergi jalan-jalan nak?”
Matanya sudah dipejamkan.
“Tengoklah kalau aku rajin.” Jam
yang melekap kemas ditangan dilihat sekali imbas. Sudah pukul sebelas. Tetapi
Nafiz masih belum menghubunginya. Tidak sabaar pula mahu berpesta.
“Hem..hem…”
Adra mengumam. Pingang suaminya dipaut. Mintak-mintaklah taktiknya berjaya.
Zafry hanya mampu mengelengkan
kepala melihat gelagat Adra. Kebudak-budakkan. Dia tidak tahu sampai bila dia
akan bertahan hidup dengan Adra. Dia harus mengakui, Adra sangat comel dan ada
ketikanya nampak mengoda. Tapi ada juga kekurangan isterinya itu. Adra suka
mengoda tapi takut digoda. Cepat sahaja melatah kalau diusik.
Tv bertukar siaran. Dia sudah
sedikit bengang. Nafiz masih belum muncul-muncul. Skrin handset yang gelap
dipandang. Seketika kemudian pandangan matanya dibawa menjelajah wajah Adra yang
sudah terlentok. Pahanya mula terasa kebas.
“Adra..Bangunlah…Adra..” Pipi
isterinya ditepuk lembut.
Adra keraskan tubuh. Sedaya upaya
dia menahan diri dari mengeluarkan sebarang bunyi. Naik kejung tubuhnya bila
terpaksa berlakon.
Zafry mengeluh. Tv ditutup. Kemudian
dia bangun dan mencempung tubuh Adra. Perlahan-lahan dia letakkan Adra di atas
katil. Pingangnya yang entah bila dirangkul oleh Adra cuba dirungkaikan.
Malangnya semakin erat pula tangan itu membelit.
“Kau dah tidur belum?”
“Hem..”
Dia buka sedikit mata. Pura-pura mamai. Tubuh Zafry yang separuh membongkok
ditarik membuatkan suaminya hilang imbangan dan jatuh ke atas tilam. Tak lepas
peluang. Tubuh itu dipeluk erat. Jangan mimpi dia nak lepaskan. Duduk saja
rumah malam ini.
Zafry terdiam. Dia yakin Adra
berpura-pura tidur. Nak main-main ye? Hatinya galak ketawa.
“Adra, butang baju kau terbuka.”
“Hah…Mana? mana?” Kalut dia bangun. Butang
baju tidur dilihat satu persatu. Semuanya masih elok terpasang. Seketika
kemudian dia kaku. Kepala digaru sebelum dia menoleh ke arah suaminya. Senyuman
kelat dihadiahkan buat tatapan Zafry. Malu bila secara terang-terangan dia kantoi. Melihat senyuman nakal pada
wajah itu membuatkan dia mahu segera melarikan diri.
“Nak ke mana?” Zafry tarik tangan
Adra supaya berbaring semula di sebelahnya.
“Uhuk..Uhuk…Tiba-tiba
sakit kerongkong. Kejap nak pergi minum air.” Dia pura-pura batuk. Tetapi jelas
kedengaran dibuat-buat.
“Esok-esok minum.” Zafry semakin
nakal. Dicuit wajah Adra sesuka hati. Pucat lesi wajah itu membuatkan dia
tersenyum.
“Adra Afeefa..”
Mendengar nama penuhnya dipanggil
membuatkan seluruh tubuh mengeletar. Mata dipejam rapat bila wajah Zafry
mendekat. Lepas ini kau jangan nakal-nakal Adra. Sempat dia berpesan kepada
diri sendiri sebelum semunya berada di luar kawalan.
Surat
Cinta Untuk Disana : Aleww… Lepas ini kita pergi makan
nasi minyak Adra & Zafry. Tengah mikau baju pengantin versi apa yang
shantek! Konsep dlm tman or frytale? Mana lagi cun? Papai…muahhhh…
aiyo...tgh best bace ni..tetibe dah habis...cempaka cepat smbung..
BalasPadamKan dah kantoi.. Adra ni mmg nak kena baham la..
BalasPadamDah kena baham dah..haha
PadamOppppppsss kantoiiii hahaha.... Operasi mjerat diri nmnya ni. Xpela adra jnji zafry x jd kuar. X bole blah ayat adra... "hah...mana? Mana?... Tringat mimik muka upin ipin yg gn ayat sama waktu pmentasan drama hihihi
BalasPadamhak arr...dah try tngok...pengembala dan biri2..memang terbaik...kihkih..
PadamBest.....tak sabar nak tunggu
BalasPadamthank u.. :)
Padambest2... hihi
BalasPadamTq Ruunna.. :)
Padamaiyo..konon2 nk knakan husband dia..alih2 kna kat diri sndiri
BalasPadamtaktik x mnjadi...kihkih
PadamHahahahahaha kelakar lah...tp wpun terkena diri sendiri..sekutang objective mlm tu mcm berjaya jer...blink blink blink...
BalasPadamObjektif yg mnguntungkan Zafry..haha :)
PadamTq Baby Mio... :)
BalasPadam