Umar Zafry
“Saya tak setuju ayah. Mati hidup balik sekali pun saya tak kan menikah dengan perempuan kampung tu. “ Suara lantang Zafry memenuhi segenap ruang rumah agam itu. Hatinya terasa panas tiba-tiba. Dia benci apabila ada orang yang ingin mengatur hidupnya. Dirinya sudah cukup besar untuk mengatur hala tuju hidup yang di inginkannya.
“Aku
tak minta pendapat kau Zafry. Ni bukan satu permintaan tapi arahan aku sebagai
ayah kau.” Tan Sri Hamzah turut meninggikan suara. Tidak perlu dia menghormati
anaknya jika anaknya itu langsung tidak tahu hormatinya sebagai seorang ayah.
“Ni
hidup saya ayah. Saya berhak nak tentukan masa depan saya sendiri. Entah apa
perempuan tak guna tu dah sogok. Saya tetap tak setuju walau apa pun yang
jadi.” Zafry masih berkeras. Kepulangannya dari luar negara tidak berharap
berakhir begini. Baru sebulan dia tiba ke Malaysia ayahnya sudah pandai-pandai
mengaturkan perkahwinannya. Sudah itu pula dengan wanita yang langsung tidak menepati
citarasanya.
“Walau
apa pun yang jadi kau setuju atau tidak kau tetap kena kawin dengan Aulia. Dia
layak nak bimbing kau yang hidup
bertuhankan nafsu ni. Perangai kau sekarang tak ubah macam syaitan. Orang sibuk
mencanang sana sini. Baru sebulan kau balik dah banyak kau palit arang kat muka
aku. Mana aku nak letak muka aku ni Zafry?” Suara Tan Sri Hamzah bagaikan
menyesali nasibnya. Sungguh dia terperanjat bila mendapati anaknya langsung
tidak berperangai seperti yang selalu di pamerkan ketika sekali sekala dia
melawat anak lelakinya itu di luar negara.
Hati
tuanya terasa sebak. Ternyata keputusannya untuk melepaskan Zafry dibesarkan
oleh adik iparnya mengundang padah. Dengan mata tuanya Zafry sangup membawa
perempuan yang langsung tiada ikatan masuk kedalam rumahnya dan melakukan zina.
Mengucap panjang dia bila kebenaran mula terpampang di hadapan mata. Sebelum
ini berita tentang keburukkan Zafry yang sampai ke telinganya hanya dianggap
sebagai omongan kosong. Setelah dia melihat sendiri barulah dia sedar yang
‘anak jantannya’ itu sudah lama tersasar.
“saya
tak minta pun nak balik Malaysia. Ayah juga yang paksa saya. Kalau ikut saya la
jangan kata nak pijak kaki ke negara ni, nak dengar nama pun saya tak inginlah
ayah.” Zafry masih berkeras. Bibirnya tercebik-cebik tanda meluat. Sunguh…bila
diberitahu oleh auntie Sarah tentang tindakkan ayahnya untuk membawa dia pulang
ke Malaysia dia memberontak. Tidak sanggup dia meninggalkan kenikmatan hidup
yang dirasai semasa di UK dahulu.
“Kau
jangan jadi tak sedar diri Zafry. Kau tu pun lahir kat Malaysia ni jugak. Aku
tak kira minggu depan kau bertunang. Bulan depan kau kawin.” Tan Sri Hamzah
menahan sabar. Sejujurnya selama ini dia jarang marah. Tetapi sikap Zafry
benar-benar menguji kesabaran hati tuannya. Wajah kacak anak lelakinya yang
seiras arwah isterinya di renung tajam. Sayang sekali wajah seiras tetapi sikap
dan sifat anaknya langsung tidak sama dengan arwah isterinya yang sangat
sempurna pada matanya. Satu-satunya wanita yang berjaya menempatkan diri dalam
sudut hatinya yang paling dalam.
“Kalau
ayah dah berkenan sangat dekat perempuan tu ayah saja yang kawin. Tak ingin
saya nak hidup dengan anak driver
ayah tu.” Sudahlah dia di paksa berkahwin, jodohnya pula dengan anak pemandu
ayahnya sendiri. Kalau dengan orang yang setaraf mungkin dia dapat menimbang
cadangan ayahnya itu, sudahlah calon pilihan ayahnya itu miskin, pasti wajah gadis itu biasa-biasa sahaja. Langsung
tidak menepati selerannya yang tinggi. Malulah dia jika berita itu sampai ke pengetahuan
rakan-rakannya. Mana ingin dia letakkan muka?
“Kau
jangan nak kurang ajar dengan aku Zafry. Baik…. kau tak nak kawin kan? Kau
jangan menyesal nanti. Sesen pun harta aku, aku takkan tinggalkan pada kau.” Tan
Sri Hamzah mengungut. Dia tahu itulah satu-satunya kelemahan Zafry. Anak
lelakinya itu begitu tamak dengan harta dunia.
“Ayah
ugut saya ke?”Zafry bertanya. Wajahnya sedikit pucat. Hatinya dilanda kegeraman
yang amat sangat. . Kalau benda lain yang diugut mungkin dia tidak kisah tetapi
harta dan kekayaan itulah yang selama ini dia idamkan. Tetapi pada masa yang
sama dia gusar jika ayahnya itu mengotakkan kata-katanya.
Tan
Sri Hamzah!!! Siapa yang tidak kenal dengan sikap yakin dan pasti dalam setiap
tindakkan yang diambil. Ayahnya itu begitu terkenal dengan sikap tegas. Dalam
perniagaan tiada sesiapa yang berani bermain api dengan ayahnya
“Itu
terpulang pada tafsiran kau. Ayah cuma kata. Dan kau sendiri tahu kan ayah tak
pernah bermain dengan kata-kata?” Tan Sri Hamzah cuba berlembut. Suaranya tidak
selantang tadi. Perkataan ‘ayah’ mula digunakkan. Wajah kusut Zafry di pandang.
Nampaknya jeratnya sudah mengena. Ikan sudah berjumpa dengan cacing yang
dilekatkan di joran. Bila-bila masa sahaja tangkapan dapat dinaikkan. Tetapi
pada masa yang sama dia sedih. Anaknya sudah berajakan harta.
“Ayah
bagi masa sebulan. Biar saya fikir dahulu.” Zafry mengalah. Selepas ini otaknya
perlu bekerja keras untuk mencari alasan bagi menolak permintaan ayahnya dalam
masa yang sama dia tidak kehilangan harta berbillion ringgit hanya kerana
permintaan bodoh ayahnya itu.
“Nope.. seminggu sahaja masa kau nak
fikir. Lepas seminggu kalau kau tak bagi keputusan, ayah anggap kau tolak
cadangan ayah, dan secara automatic
nama kau terkeluar dari menerima sesen pun harta ayah.” Hati Tan Sri Hamzah
berbunga ceria. Tahu benar yang keputusan sebenar sudah memihak kepadanya. Menang
tanpa bertanding. Tidak mencabar namun
sesekali dia sukakannya.
Surat Cinnta Untuk Disana : Aloha...ini part pekenalan watak Umar Zafry...Apa yg kurang harap dimaafi...Apa yang tak di berkenankan sila 'hentam' sy di bawah...
Surat Cinnta Untuk Disana : Aloha...ini part pekenalan watak Umar Zafry...Apa yg kurang harap dimaafi...Apa yang tak di berkenankan sila 'hentam' sy di bawah...
Best.
BalasPadamTq baby mio.. :)
Padambest2
BalasPadamtq ha darling.. :)
Padambler nk smbung CEMPaka ini cter sy ngak sbar nk taw smbngannye??? :)
BalasPadam