Hel!O mY DarLing!

Selasa, 28 Mei 2013

Jajan's Bab 1 Kalau Sudah Berkenan

Umar Zafry

  
          “Saya tak setuju ayah. Mati hidup balik sekali pun saya tak kan menikah dengan perempuan kampung tu. “ Suara lantang Zafry memenuhi segenap ruang rumah agam itu. Hatinya terasa panas tiba-tiba. Dia benci apabila ada orang yang ingin mengatur hidupnya. Dirinya sudah cukup besar untuk mengatur hala tuju hidup yang di inginkannya.

            “Aku tak minta pendapat kau Zafry. Ni bukan satu permintaan tapi arahan aku sebagai ayah kau.” Tan Sri Hamzah turut meninggikan suara. Tidak perlu dia menghormati anaknya jika anaknya itu langsung tidak tahu hormatinya sebagai seorang ayah.

            “Ni hidup saya ayah. Saya berhak nak tentukan masa depan saya sendiri. Entah apa perempuan tak guna tu dah sogok. Saya tetap tak setuju walau apa pun yang jadi.” Zafry masih berkeras. Kepulangannya dari luar negara tidak berharap berakhir begini. Baru sebulan dia tiba ke Malaysia ayahnya sudah pandai-pandai mengaturkan perkahwinannya. Sudah itu pula dengan wanita yang langsung tidak menepati citarasanya.

            “Walau apa pun yang jadi kau setuju atau tidak kau tetap kena kawin dengan Aulia. Dia layak nak bimbing  kau yang hidup bertuhankan nafsu ni. Perangai kau sekarang tak ubah macam syaitan. Orang sibuk mencanang sana sini. Baru sebulan kau balik dah banyak kau palit arang kat muka aku. Mana aku nak letak muka aku ni Zafry?” Suara Tan Sri Hamzah bagaikan menyesali nasibnya. Sungguh dia terperanjat bila mendapati anaknya langsung tidak berperangai seperti yang selalu di pamerkan ketika sekali sekala dia melawat anak lelakinya itu di luar negara.

            Hati tuanya terasa sebak. Ternyata keputusannya untuk melepaskan Zafry dibesarkan oleh adik iparnya mengundang padah. Dengan mata tuanya Zafry sangup membawa perempuan yang langsung tiada ikatan masuk kedalam rumahnya dan melakukan zina. Mengucap panjang dia bila kebenaran mula terpampang di hadapan mata. Sebelum ini berita tentang keburukkan Zafry yang sampai ke telinganya hanya dianggap sebagai omongan kosong. Setelah dia melihat sendiri barulah dia sedar yang ‘anak jantannya’ itu sudah lama tersasar.

            “saya tak minta pun nak balik Malaysia. Ayah juga yang paksa saya. Kalau ikut saya la jangan kata nak pijak kaki ke negara ni, nak dengar nama pun saya tak inginlah ayah.” Zafry masih berkeras. Bibirnya tercebik-cebik tanda meluat. Sunguh…bila diberitahu oleh auntie Sarah tentang tindakkan ayahnya untuk membawa dia pulang ke Malaysia dia memberontak. Tidak sanggup dia meninggalkan kenikmatan hidup yang dirasai semasa di UK dahulu.

            “Kau jangan jadi tak sedar diri Zafry. Kau tu pun lahir kat Malaysia ni jugak. Aku tak kira minggu depan kau bertunang. Bulan depan kau kawin.” Tan Sri Hamzah menahan sabar. Sejujurnya selama ini dia jarang marah. Tetapi sikap Zafry benar-benar menguji kesabaran hati tuannya. Wajah kacak anak lelakinya yang seiras arwah isterinya di renung tajam. Sayang sekali wajah seiras tetapi sikap dan sifat anaknya langsung tidak sama dengan arwah isterinya yang sangat sempurna pada matanya. Satu-satunya wanita yang berjaya menempatkan diri dalam sudut hatinya yang paling dalam.

            “Kalau ayah dah berkenan sangat dekat perempuan tu ayah saja yang kawin. Tak ingin saya nak hidup dengan anak driver ayah tu.” Sudahlah dia di paksa berkahwin, jodohnya pula dengan anak pemandu ayahnya sendiri. Kalau dengan orang yang setaraf mungkin dia dapat menimbang cadangan ayahnya itu, sudahlah calon pilihan ayahnya itu miskin, pasti  wajah gadis itu biasa-biasa sahaja. Langsung tidak menepati selerannya yang tinggi. Malulah dia jika berita itu sampai ke pengetahuan rakan-rakannya. Mana ingin dia letakkan muka?

            “Kau jangan nak kurang ajar dengan aku Zafry. Baik…. kau tak nak kawin kan? Kau jangan menyesal nanti. Sesen pun harta aku, aku takkan tinggalkan pada kau.” Tan Sri Hamzah mengungut. Dia tahu itulah satu-satunya kelemahan Zafry. Anak lelakinya itu begitu tamak dengan harta dunia.

            “Ayah ugut saya ke?”Zafry bertanya. Wajahnya sedikit pucat. Hatinya dilanda kegeraman yang amat sangat. . Kalau benda lain yang diugut mungkin dia tidak kisah tetapi harta dan kekayaan itulah yang selama ini dia idamkan. Tetapi pada masa yang sama dia gusar jika ayahnya itu mengotakkan kata-katanya.

            Tan Sri Hamzah!!! Siapa yang tidak kenal dengan sikap yakin dan pasti dalam setiap tindakkan yang diambil. Ayahnya itu begitu terkenal dengan sikap tegas. Dalam perniagaan tiada sesiapa yang berani bermain api dengan ayahnya         

            “Itu terpulang pada tafsiran kau. Ayah cuma kata. Dan kau sendiri tahu kan ayah tak pernah bermain dengan kata-kata?” Tan Sri Hamzah cuba berlembut. Suaranya tidak selantang tadi. Perkataan ‘ayah’ mula digunakkan. Wajah kusut Zafry di pandang. Nampaknya jeratnya sudah mengena. Ikan sudah berjumpa dengan cacing yang dilekatkan di joran. Bila-bila masa sahaja tangkapan dapat dinaikkan. Tetapi pada masa yang sama dia sedih. Anaknya sudah berajakan harta.

            “Ayah bagi masa sebulan. Biar saya fikir dahulu.” Zafry mengalah. Selepas ini otaknya perlu bekerja keras untuk mencari alasan bagi menolak permintaan ayahnya dalam masa yang sama dia tidak kehilangan harta berbillion ringgit hanya kerana permintaan bodoh ayahnya itu.

            Nope.. seminggu sahaja masa kau nak fikir. Lepas seminggu kalau kau tak bagi keputusan, ayah anggap kau tolak cadangan ayah, dan secara automatic nama kau terkeluar dari menerima sesen pun harta ayah.” Hati Tan Sri Hamzah berbunga ceria. Tahu benar yang keputusan sebenar sudah memihak kepadanya. Menang tanpa bertanding. Tidak mencabar  namun sesekali dia sukakannya. 

Surat Cinnta Untuk Disana : Aloha...ini part pekenalan watak Umar Zafry...Apa yg kurang harap dimaafi...Apa yang tak di berkenankan sila 'hentam' sy di bawah...

5 ulasan:

Baca sUdah, benCi, gEraM, sUka pUn sUdah. CeRajiNkaN TanGan, MeNgOmeN siKit :)