Hel!O mY DarLing!

Rabu, 25 Disember 2013

Kalau Sudah Berkenan



Kain tuala yang dibasahkan dengan air disusap pada wajah suaminya. Sesekali air mata yang menuruni lekukkan pipi dikesat pada hujung baju. Seumur hidup tidak pernah dia rasa malu sebegitu rupa. Dipandang sekali imbas wajah membahang ayah mertuanya. Wajah sedih Mak Edah dan wajah tidak berperasaan Love. Tidak tahu dimana dia mahu letak muka nanti.

Sepanjang berbulan perkahwinan mereka, tak pernah sekalipun suaminya pulang dalam keadaan mabuk. Sekian lama tidak menyentuh air kencing syaitan itu, kenapa hari ini suaminya sanggup buat kembali perangai tak berguna itu? Tak cukup lagi ke nasihat yang saban hari tercurah dari mulutnya?

“Adra..” Tan Sri Hamzah memanggil serba salah. Dia tidak terperanjat melihat keadaan Zafry kerana dia pernah melihat lebih daripada itu. Cuma dia malu mahu berhadapan dengan Adra. Kerana keinginanya mahu melihat Zafry berubah, Adra pula yang harus menjadi mangsa.

Senyuman cuba diukir buat tatapan ayah mertuanya dan Mak Edah. Malangnya bibir menjadi kaku. Sukar mahu menganyam senyuman bila harapan yang diletakkan pada bahunya tidak mampu digalas.

“Adra minta maaf..”

“Ayah yang patut minta maaf. Kalau ayah tak minta Adra kawin dengan Zafry, hidup Adra tak akan jadi macam ini.” Malunya hanya Allah yang tahu. Mujurlah besannya tidak bermalam dirumahnya, kalau tidak tak tahu dimana dia harus letakkan muka.  

“Aku tak boleh sayangkan kau..huk..”

Adra ketap bibir. Wajah suaminya dipandang. Dalam keadaan separuh sedar seperti itu pun lelaki itu masih melakukan penolakkan kepadanya. Tetapi sungguh, hatinya langsung tiada rasa kecewa!

“Kalau Adra nak tinggalkan dia, ayah takkan salahkan Adra.” Berat dia mahu melafazkan kata-kata itu setelah jauh dia membuat perancangan, tapi sampai bila dia harus berlagak kejam? Adra masih muda. Masih panjang jalan yang harus ditempuh. Kalau selamanya Zafry masih belum puas ‘menghukumnya,’ apa akan jadi dengan Adra nanti?
           
 “Dia suami Adra…” Rasa sebak yang kembali bertandang cuba dibuang sejauh mungkin. Baik buruk lelaki itu, dia harus menerimanya selagi dia termampu. Sebelum perkahwinan mereka berlangsung lagi Tan Sri Hamzah sudah memberitahu mengenai kelakuan suaminya. Dan mustahil untuknya menyalahkan lelaki itu bila dia sendiri yang sangup menerima cabaran.  
           
“Adra tahu dia akan berubah nanti…” Angan yang dikarang biarpun terlalu tinggi untuk digapai, pasti dia akan mencuba selagi dia berdaya.
            ………………
            Tangan dibawa menutup mata bagi mengahalang silau lampu yang tepat menyuluh muka. Kepalanya yang terasa berdenyut diurut perlahan. Setelah berbulan tidak menyentuh bir, ternyata dia sudah tidak sehebat dulu. Baru kena segelas pun dia sudah hampir tumbang.

            “Abang dah sedar.” Adra bertanya lembut.

            Terbeliak matanya memandang wajah Adra yang tiba-tiba menjengah betul-betul dihadapan wajahnya dengan kain telekung kemas tersarung pada badan. Dia dekat mana sekarang? Bukan dia dekat pub ke tadi?

            “Aku dekat mana ni?” Terpisat-pisat dia bangun. Kepala ditoleh ke kiri dan kanan. Keluhan resah terhembus. Rumah ayahnya! Terus kepala terlentok pada kepala katil. Matilah!

            “Dekat rumah ayah.”

            “Adra…Aku…” Serba salah wajah itu dipandang.

            “Jangan minta maaf dekat Adra. Minta maaf dekat Allah.” Melalui pandangan mata itu sahaja dia sudah tahu yang suaminya mahu memohon maaf. Dia tiada maaf untuk diberi. Semua itu urusan suaminya dengan Allah. Dia sudah menasihati, tetapi suaminya sendiri yang mahu memilih melakukan perkara yang dilarang agama.

            Terdiam Zafry mendengar kata-kata Adra. Dia rasa tersindir. Setiap gerak-geri isterinya dipandang. Keluhan halus terluah bila lunak suara itu mengalunkan ayat suci Al-Quran.

Dahulu dia juga pernah lakukan perkara yang sama. Didikan Mak Edah tiada yang kurang. Cuma dia sendiri yang mahu memilih cara yang bertentangan dengan apa yang diajar semata-mata kerana rasa tidak puas hati terhadap ayahnya. Dan sekarang dia sudah berjaya mendapat apa yang selama ini dia idamkan. Membalas setiap rasa ‘sakit’ yang pernah ayah dia hadiahkan. Tapi rasa bahagia yang diharap langsung tidak menjengah.  Bahkan dia sendiri yang terasa perit.

            “Aku tak layak untuk kau Adra.” Dia mengumam perlahan. Walaupun satu hari nanti hatinya akan terasa pedih…Dia tahu..melepaskan Adra adalah perkara terbaik yang pernah dia lakukan.
            …………………..
            “Mabuk lagi?”

            Dia mendengus bila suara garau ayahnya menyapa pendengaran. Tidak bolehkah lelaki itu membiarkan dia berasa tenang walaupun hanya sesaat?

            “Tak rasa malu ke?”

            “Why should I?” Tak berperasaan kata-kata itu terluah. Tangan dibawa memeluk tubuh yang terasa sejuk disapa angin pagi.

            “Silap ayah ke selama ni Umar Zafry?” Tiada kata yang dapat mengambarkan perasaannya. Sungguh dia kecewa. Ternyata keinsafan yang diharap langsung tidak menyengah ke dalam diri anaknya. Terbayang seraut wajah arwah isterinya. Mata dipejam rapat. Maafkan abang Lin…

            Tersenyum sinis dia mendengar pertanyaan itu. Tidak perlu dia memberikan jawapan kerana dia yakin lelaki itu lebih tahu apa yang terjadi. Kecil besar perkara yang berlaku dia tidak mahu ambil peduli. Apa yang dia tahu, semua itu bukan salahnya!

            “Kalau tak ada rasa kasihan dekat ayah…Tolong kasihankan Adra.” Dipandang riak wajah anaknya. Kosong bagaikan tidak berperasaan. Kejam sangat ke apa yang dia lakukan selama ini sampai Zafry bertingkah begitu?

            “Rumah tangga saya pandailah saya uruskan sendiri.” Pandangan mata dibawa melihat ke arah langit. Cerah dipenuhi bintang-bintang yang galak mengedip cahaya.

            “Adra tak bersalah…”

            “Tapi ayah yang heret dia dalam masalah kita.” Dia ketawa kecil bagi menutup rasa bersalah yang menjengah. Setiap hari memandang wajah polos Adra membuatkan dia rasa dialah lelaki paling tidak berguna. Puas dihalang diri dari melayan Adra dengan baik, tetapi dia sering tertewas dengan aksi manja wanita itu.

            “Ayah tahu.”

            “So dah tak ada apa kita nak bincang. Please..Leave me alone.” Kerusi yang mengadap kolam dihampiri.

            “Buat apa nak seksa diri? Tak sayang ke nak rosakkan kebahagiaan yang dah ada dekat depan mata?” Kalau anaknya mahu berterusan berdendam kepadanya, dia tidak kisah. Tetapi kenapa sampai nak seksa diri sendiri? Itu sahaja yang dia tidak faham dan masih menjadi tanda tanya kepadanya sampai kini.

            “Ayah rasa saya layak ke nak bagi kasih sayang dekat orang? Ada ke yang sudi nak terima?”

            “Kalau dulu ada yang sangup menolak, tak mustahil sekarang ada yang sudi nak terima.” Perit lagi hatinya. Kalau dengan menyindir seperti itu anaknya akan puas, dia sangup kebalkan telinga menerima asalkan tiada lagi dendam bersarang dihati itu.

            “Adra akan jadi ibu dan isteri yang terbaik kalau Zafry bagi peluang dekat dia.” Persoalan mengenai kesahihan berita mengenai skandal anaknya dan seorang pelakon cuba dilupakan. Dirasakan sekarang bukanlah masa yang sesuai untuknya bertanya. Lagipula dia tidak perlu susahkan diri. Banyak agensi penyiasatan yang tersedia. Bagi sahaja duit, semua maklumat akan berada dalam tangannya.

            “Peluang tu tak akan pernah ada..” Titisan embun yang terkena pada wajah disapu perlahan… Senyuman kelat terukir pada wajah. Dia tahu, dia tak akan pernah layak!

Surat Cinta Untuk Di Sana : Aloha syg2 ku…Ini ‘hadiah’ x seberapa dr sy utk kwn2 semua yg sudi memeriahkan group senget sy di FB… Dah seribu lebih ahli… Alhamdulillah… (oh..kot ada yg x betul sila komen…sy x sempat nk mengedit lg bab ni…copy terus paste… haha) papai…muahhhh

6 ulasan:

  1. kenapa la hati papa singa nie keras sgt!!! sian adra...

    BalasPadam
  2. Go on.. Short sgt le..

    BalasPadam
  3. Bila novel KSB nak terbit cr? dah jadi addicted dgn cerita ni sampai hari-hari buka blog. hehe

    BalasPadam
  4. keras nya hati papa singa yg bernama umar zafry ni, dear adra, cuba bagi backhand 17x kat laki ko yg jantan kabaret ni. kerek sih!

    BalasPadam
  5. haiiissshhhhh besa neh Zafry neh...nek kene babab tol la dia neh....kang wat hukum hudud kang baru tau malu plak hisshhh

    BalasPadam
  6. Rasa macam nak lempang je zafry ni. Adra dah baik macam tu pun tak nak terima lagi? Jangan sampai adra tinggalkan dia baru nak menyesal.

    BalasPadam

Baca sUdah, benCi, gEraM, sUka pUn sUdah. CeRajiNkaN TanGan, MeNgOmeN siKit :)