Perut
yang terasa lain macam diusap perlahan. Kakinya juga sudah mula terasa kebas.
Terus comforter yang membaluti tubuh
ditolak ke tepi. Suaminya yang sedang nyenyak tidur dipandang. Teragak-agak dia
mahu mengejutkan lelaki itu. Tetapi kesakitan yang terasa semakin mencengkam
memaksanya mengesotkan tubuh sedikit ke bawah. Ibu jari kaki Zafry disentuh
sebelum digoyang-goyangkan perlahan.
“Abang…Abang…”
Perlahan dia memanggil.
“Abang…Bangunlah..”
Tangan dibawa menekan perut yang terasa semakin menyucuk. Air matanya sudah
mula menitis membasahi pipi. Risau jika sesuatu terjadi kepada kandungannya.
Bergetar tubuhnya cuba memandang ke arah bawah bila terasa ada aliran panas
menyentuh pahanya.
“Jangan
kacau lah!”
“Abang..Perut
Adra sakit.” Kali ini dia mula menangis bila pandangan matanya tertacap pada
kain cadar yang sudah bertukar warna.
“Kau
kenapa?” Zafry bengang. Terus dia bangun. Bersiap sedia mahu menghemburkan
amarah yang bersarang di hati.
Pertanyaan
suaminya tidak dijawab. Tangan dibawa menyentuh dahi yang sudah mula berdenyut.
Pandangannya juga sudah sedikit berpusing sebelum dia terdampar ke atas katil.
Tangisannya semakin mendayu, sementara tangan tak lepas dari menyentuh
perut.
“Adra…Adra…Kau
kenapa?” Zafry kalut. Tubuh Adra ditarik ke dalam rangkulannya. Seketika
matanya tertacap pada sesuatu yang sudah mencemari tubuh isterinya. Liur
ditelan.
“Are you bleeding?”
Wajah Adra dipandang. Semakin kalut dia bila kepala itu sudah terkulai dalam
rangkulannya.
“Hey..Adra…wake up!” Pipi itu ditepuk perlahan.
Bila tiada reaksi dari Adra, tubuh itu kembali dibaringkan di atas tilam
sebelum dia melompat turun dari katil, dan sepantas mungkin berlari menuju ke
bilik yang menempatkan Mak Edah dan Love.
“Mak
Edah…Love..” Sekuat hati dia mengetuk pintu. Berulang-kali nama Mak Edah dan
Love dilaungkan.
“Kenapa
ni?” Terpisat-pisat Mak Edah memandang ke arah Zafry. Tangan di bawa menutup
mulutnya bagi menahan nguapan.
“Zafry
nak pergi hospital. Adra bleeding…”
Hanya itu dikatakan sebelum dia kembali bergegas mendapatkan isterinya. Risau
jika dia terlambat sesuatu yang buruk akan berlaku pada wanita itu.
……………………
“Cepat
sikit Yazid.” Tan Sri Hamzah sudah menggesa bila dirasakan pekerjanya terlalu
perlahan memandu kereta.
“Dah
lebih seratus dua puluh tan sri saya bawa.” dia sendiri sudah kecut perut.
Seumur hidup tidak pernah dia memandu sebegitu laju. Bila terpandang sahaja
tempat yang dituju, terus dia memperlahankan kereta. Signal diberi sebelum dia
membelok memasuki perkarangan hospital.
“Aku
naik atas dulu. Bangunan sebelah sana.” Ditunjuk bangunan yang berada
diseberang jalan. Berhenti sahaja kereta, terus dia melangkah keluar dengan
tergesa-gesa.
Hatinya
sudah berdetak tidak menentu. Risau jika sesuatu menimpa menantu dan cucunya.
Terperanjat besar dia tadi bila diberitahu oleh Mak Edah yang Adra mengalami
tumpah darah. Dalam risau dia sebenarnya sedikit berkecil hati kerana tidak
diberitahu mengenai berita kehamilan Adra. Setiap kali mereka bertemu tak
pernah sekalipun menantunya bercerita mengenai hal yang satu itu.
Ditoleh kiri dan kanan bagi mencari
ahli keluarganya. Seketika mata dikecilkan bila terpandang kelibat Zafry yang
sedang berbual melalui handset di satu sudut hospital. Kalut dia berjalan
menghampiri tubuh itu. Dia mahu memberikan sebanyak mungkin semangat kepada
anaknya dalam menghadapi sebarang kemungkinan.
Malangnya langkah kaki kaku sendiri.
Terpaksi pada permukaan lantai. Kuat melekat bagaikan digam. Sehingga kelibat
anaknya sudah berlalu, dia masih statik di tempat yang sama. Berharap apa yang
didengar dan dipandangnya tadi hanyalah mainan emosinya.
“Ayah.”
Tan Sri Hamzah terperanjat. Dadanya
diurut perlahan sebelum dia menoleh kebelakang. Wajah Love yang menyapa
pandangannya membuatkan dia mengeluh lega.
“Ayah berdiri dekat sini kenapa?”
Dari tadi dia memandang aksi lelaki itu yang keras bagaikan patung cendana.
“Adra macam mana?” Pertanyaan gadis
itu sengaja tidak dijawab. Kerisauan melanda hatinya. Kalau sesuatu menimpa
Adra dia pasti tidak akan dapat memaafkan dirinya. Bicara Zafry sebentar tadi
juga masih terngiang-ngiang di telinga, membuatkan dia gelisah sendiri.
“Dia tak keluar lagi dari emergency room…Jom kita tunggu dekat
sana. Mak Edah pun ada.” Jari dibawa menunjuk ke satu arah. Terus dia melangkah
beriringan dengan bapa saudaranya menuju ke arah Mak Edah.
“Edah. Zafry mana?” Tan Sri Hamzah
menegur perlahan.
“Entah. Dia keluar macam itu saja
tadi.” Dia mahu bertanya, tetapi melihat raut wajah kusut Zafry, tak sampai
hati pula untuknya menyoal itu ini.
Tan Sri Hamzah teranguk-anguk.
Tubuhnya dilabuhkan pada kerusi di ruangan menunggu. Di dalam fikirannya sudah
bermacam perkara bermain.
“Dia terjatuh ke apa?” Berdegup
kencang hatinya menanti jawapan. Risau jika apa yang berlaku kepada Adra
merupakan angkara anak lelakinya. Entah bagaimana dia mahu mengadap wajah
besannya nanti.
“Petang tadi dia ada berlanggar
dengan meja dapur. Ingatkan kena biasa-biasa saja. Edah tak sangka pula kata
sampai nak bleeding.” Mak Edah turut gelisah. Entah sudah berapa puluh kali
jam yang melingkari tangannya ditilik. Risau memikirkan keadaan Adra.
Tadi hampir pitam dia memandang ke arah tubuh
wanita itu yang sudah bermandi darah. Kalaulah dia tahu kecederaan yang dialami
oleh Adra petang tadi bukannya kecederaan biasa, pasti sudah dipaksanya Zafry
membawa Adra melakukan pemeriksaan.
“Dah talifon mak dengan ayah Adra?”
Razali sekarang sudah tidak berkerja dengannya. Dia sendiri yang
‘memberhentikan’ lelaki itu. Cukuplah dengan pengorbanan yang Razalli taburkan
kepadanya selama ini. Sekarang dirasakan dia pula yang perlu membalas budi
lelaki itu kepadanya.
“Sudah rasanya.” Tadi dia ada
terdengar lelaki itu menalifon seseorang dengan membahasakan diri sebagai abah.
Dalam terkilan kerana keengganan Zafry menghubungi ayah sendiri, dia tetap
bersyukur bila menyedari yang hubungan Zafry dan bapa mertuanya berada dalam
keadaan baik.
“Baguslah kalau macam itu.” Handset
yang berada di dalam pegangannya dipandang. Keluhan resah terhembus. Hatinya
mula berbolak-balik. Risau jika apa yang akan dilakukan nanti semakin
mengeruhkan hubungannya dengan Zafry. Tetapi dia tiada cara lain. Hanya itu
yang boleh dilakukan bagi menyelamatkan masa depan Adra. Dia tidak mahu sampai
satu saat nanti dia perlu menanggung kekesalan yang akan menghantui seumur
hidupnya. Cukuplah dengan apa yang perlu ditangungnya selama ini.
“Gang
chai ni qu nali.” (Awak pergi mana tadi)
Lamunannya terganggu setelah
mendengar bicara Love. Wajah anak lelakinya dipandang. Bibir diketap bagi
menghalang diri dari menghemburkan bicara yang boleh menegangkan suasana.
“Che
suo.” (tandas)
“Abang
Mezah nak pergi mana?” Mak Edah pandang wajah Tan Sri Hamzah. Hairan bila
lelaki itu bangun secara tiba-tiba.
“Aku
nak buat panggilan sekejap.” Sebelum berlalu sempat dia menepuk-nepuk perlahan
bahu anaknya. Satu sudut yang agak tersorok dan jauh dari pandangan pengunjung
hospital dihampiri. Beberapa nombor ditekan. Tekatnya sudah bulat. Dia yakin
Allah akan sentiasa bersama dengannya, dan dia juga yakin keputusan kali ini
pasti yang paling tepat pernah dilakukan!
“Assalamualaikum.
Alif, saya nak awak buat wasiat dan perjanjian baru….”
…………………………
“Abang
Mezah sangup ke nak buat macam itu dekat Umar?” Mencerlung tajam pandangan Mak
Edah memandang wajah lelaki yang sudah dianggap seperti abang sendiri. Ketika
hidupnya terumbang-ambing ditinggalkan suami, lelaki itulah yang sudi
menghulurkan bantuan. Memberikan dia kembali sebuah sinar kehidupan. Tetapi
kenapa untuk diri sendiri lelaki itu memilih jalan yang penuh dengan duri-duri
tajam yang bila-bila masa sahaja akan mencederakan diri sendiri?
“Aku
tak ada cara lain. Kau tak tengok apa yang aku nampak tadi Edah.”
‘Aku
lagi suka kalau budak tu mati!’
Dan
sampai bila-bila sekalipun dia tidak akan pernah lupakan bicara anaknya tadi.
Senyuman yang terpeta pada wajah Zafry ketika menuturkan kata-kata itu
membuatkan dia mengeletar seluruh tubuh. Takut memikirkan kemungkinan yang
mungkin berlaku.
“Abang
Mezah nampak apa?” Mak Edah pandang wajah Tan Sri Hamzah menanti jawapan. Bila
dia diajak berbual di luar tadi, dia menjangkakan lelaki itu hanya mahu
mengetahui situasi yang sebenar-benarnya berlaku pada Adra. Langsung tidak
menyangka, apa yang mahu dibincangkan lebih besar daripada itu.
“Apa
yang pernah kau bagitahu aku dulu.” Dulu dia ingatkan kata-kata itu hanyalah
satu bentuk ‘hukuman’ untuk membuatkan
dia rasa bersalah, langsung tidak diduga apa yang dikatakan dulu cuba
direalisasikan oleh anaknya sekarang.
“Apa?”
Terlalu banyak yang dia sampaikan kepada lelaki itu, yang mana satu?
“Dia
tak nak anak tu Edah!”
“Mana Abang Mezah tahu? Siapa yang cakap?”
Wajah Tan Sri Hamzah dipandang penuh harapan. Berharap apa yang lelaki itu
ceritakan hanyalah sebuah salah faham yang tercetus akibat ‘perseteruan’ yang
terjadi antara anak-beranak tersebut.
“Aku dengar dia cakap talifon tadi. Rasanya
dengan Nafiz.”
Mak
Edah telan liur. Apa yang selama ini menjadi kerisauannya sudah mula berlaku.
Dahulu pernah hatinya direntap bila Zafry memberitahunya tidak mahukan anak.
Kononnya mahu kehidupan yang bebas dari sebarang bebanan. Walaupun hakikat
sebenarnya dia sudah dapat menembak apa yang bermain di hati anak itu.
Disebabkan
itulah dia takut ketika mendapat tahu berita kehamilan Adra. Risau jika Zafry
sangup lakukan sesuatu yang menyalahi hukum agama hanya kerana sebuah
ketakutan.
“Habis
itu Abang nak teruskan juga ke dengan rancangan itu? Tak rasa kejam ke?”
Pandangan matanya dibawa meliar sekeliling. Risau jika apa yang diperbualkan
akan sampai ke pendengaran Zafry. Dia tidak mahu hati itu terluka lagi dengan
tindakan Tan Sri Hamzah. Cukuplah dengan apa yang berlaku selama ini.
“Biar
dia marah aku pun tak apa Edah. Tapi aku tak boleh biar dia buat perkara yang
tak elok dekat Adra. Kau bukan tak tengok budak Adra itu macam mana.” Dia yakin
kalau harus ‘memaksa’ Zafry berada di sisi Adra dengan lebih lama, pasti suatu
saat nanti anaknya akan sedar kelebihan menantunya itu.
“Kalau tak berjaya macam mana? Abang tak
takut ke kalau Adra dapat tahu?” Kalau suatu saat nanti semuanya tersingkap,
pasti Adra akan berkecil hati bia sedar diri dijadikan barang ‘dagangan’ antara
suami dan bapa mertuanya. Dia tidak mahu Adra terluka. Anak itu begitu
menyenangkan hati tuanya. Pandai mengambil hati dan berlemah-lembut dalam
bicara walupun terselit sedikit kenakalan.
“Kalau
kita tak bercerita, dia tak kan tahu.”
Mak
Edah mengeluh resah mendengar jawapan itu. Begitu mudahnya menjadi seorang Tan
Sri Hamzah dan seorang Umar Zafry. Perasaan orang lain sangup dikorbankan demi
mencapai matlamat masing-masing. Dan sungguh, kalau dia di tempat Adra dia tak
akan pernah mampu memberi sebuah kemaafan andai semua itu tersingkap di
kemudian hari.
…………………
“Adra
macam mana?” Nafiz gelabah. Wajah Zafry dipandang menanti jawapan. Dapat sahaja
panggilan lelaki itu tadi, terus dia bergegas datang ke hospital bagi
mengetahui keadaan Adra. Risau bila Zafry bagaikan gembira menghadapi
kemungkinan kehilangan zuriat sendiri.
Argh…lelaki itu benar-benar tidak berguna!
“Entah. Tak keluar lagi.” Dia risaukan Adra.
Dalam masa yang sama dia tidak sabar mendapatkan berita yang satu itu. Kalau
apa yang dia idamkan berlaku, segala urusannya akan lebih mudah. Dan kali ini
dia akan pastikan yang ‘tarian’ yang bakal dia persembahkan tak akan ada cacat
cela. Perfect!
“Yang
kau melilau ni kenapa? Pening kepala aku tengok.” Dia mengomel geram. Sesak
nafas melihat aksi Nafiz yang bergerak ke sana ke mari.
Love sudah berkerut dahi. Kehairanan
melihat aksi sahabat karib abangnya. Kerisauan lelaki itu jelas melebihi
kerisauan Zafry. Lelaki itu hanya beberapa kali pernah ditemui semasa di London
dulu. Itupun mereka hanya saling berbalas senyuman. Beberapa jawapan nakal yang
menjengah fikirannya ditolak sejauh mungkin. Mustahil lelaki itu sukakan isteri
sahabat baik sendiri. Mungkin Nafiz ada hubungan kekeluargaan dengan kakak
iparnya itu.
Wajah Zafry dipandang. Kening
diangkat-angkat sambil bibir mencebik ke arah Nafiz. Berharap abangnya faham
maksud yang cuba disampaikan. Dia benar-benar mahu mengetahui apa hubungan
Nafiz dan Adra.
“Oh..Nafiz, ini aku
kenalkan..Love..Love…ini Nafiz.”
“Kami dah pernah jumpa. Kau lupa
ke?” Sedikit senyuman hambar dia hadiahkan buat tatapan Love. Tiada hati mahu
beramah mesra kerana yang ada di dalam fikirannya hanyalah Adra.
Love mengeluh kecewa. Lain yang dia
maksudkan lain pula yang lelaki itu faham.
Melihat kelibat Mak Edah, bapa saudaranya dan juga pasangan yang dia
yakini ibu bapa Adra mematikan hasratnya untuk berterusan bertanya.
“Tak dapat berita lagi?” Mak Edah
bertanya perlahan. Sambil itu huluran tangan Nafiz disambut.
“Tak lagi Mak Edah.” Love menjawab
perlahan. Dia sendiri sudah mengelisah.
“Mak
Edah baru sampai ke apa?” Nafiz teragak-agak berkata. Sedikit gentar memandang
raut wajah Tan Sri Hamzah yang nampak semacam. Erat tangan lelaki itu mengengam
tangannya bila mereka berjabat salam.
“Dah
lama. Mak Edah ambil angin dekat luar tadi.”
Pintu yang terbuka mematikan
perbualan antara mereka. Terus mereka menyerbu ke arah doctor yang sedang melangkah keluar.
“Menantu saya macam mana doctor?” Tan Sri Hamzah mengengam erat
tangannya. cuba mengumpul sebanyak mungkin kekuatan dalam berhadapan dengan
sebarang kemungkinan.
Zafry berdebar. Wajah doctor wanita yang merawat Adra
dipandang dengan pandangan bersinar. Dia mahu Adra selamat…Hanya Adra!
Surat
Cinta Untuk Di Sana : Last post utk blog…Nanti sy akan
upkan jajan’s sahaja dekat blog (oh..ada watak baru sy timbulkan)….Akan sy cuba
memanjangkan sedikit jajans nanti…Dekat group mcm biasa…Secoet kegedikan
keluarga pak singa akan sy up… :)
Papai….darling…Muahhhhhh…
(Eh…nanti sy akan selang-selikan SUAMI UNTUK AKU
dengan sebuah novel baru…ADANYA DIA UNTUK AKU…)
so kot nak baca cerpen Adanya dia untuk
Aku…silakan sebelum saya nyahkan terus dari blog…kihkih..)
Errkkkkk... Baby jelly....geramnya zafry ni spi mcm tu skali x Nk anak. Jgn nnti dia mnyesal sudah....
BalasPadamJajan secoet pasni huhu... Bole le dr xde
xde nye jadi ape2 kat baby jelly 2...selamat walafiat je ...padan muka pak singa la muahahhaha (aka mayarazlan)
BalasPadamhop baby slamat
BalasPadamAmboi..nk mama je,ank xnk..smpai ati! Benci papa singa!
BalasPadamAmboi..nk mama je,ank xnk..smpai ati! Benci papa singa!
BalasPadamalah baru nak rasa xcited!!!... i hate u papa singa!!!
BalasPadamAlahai zafry..tk sedar anak tu yg akhirnya akan merubah hidup dia..:-)
BalasPadambaru lepas baca novel ni..citer dia sgt best..thumbs up, ada x sambungan kisah love & nafiz? kisah diorang sgt menarik
BalasPadamAssalamualaikum nak tanya sekarang ada lagi tak novel ni? Saya betul betul nak novel ni. Saya tahu dah lambat tapi nak tanya je kalau kat cik cempaka ada tak stok buku ni?
BalasPadamwlkslm aisyah... dekat sy x ada stok.. hehe... Aisyah masuk fb... boleh tempah dekat idea kreatif... ;)
PadamCik cempaka saya dah jumpa buku tu hahahaha!! Nampak je buku tu saya terus menjerit kat tgh book store tu hahahaha!! Saya dah habis baca. Saya bagi rating 10 out of 10 comel gila! My toes can't stop curling tau!! Best best thumbs up 👍👍 . kalau cerita ni buat sequel LovexNafiz saya sure beli. Takpa saya nak usha dulu semua novel and cerpen cik cempaka ni. Terima kasih!!
PadamAla.. nak baca jugak.. nak cari mna novel ni ?? ����
PadamMana nak cari novel ni hmm. Ada sambungan tak ?
BalasPadam