Hel!O mY DarLing!

Isnin, 15 April 2013

Sedikit sedutan : Cerpen Ku Beri Cinta Ku Serah Kasih

Surat Cinta Untuk Disana : Panaskan harimu dengan sedikit sedutan , mihaha...ada sedikit 'editan' akan dilakukan sebelum full n3 dimasukkan..



         

              “Siapa tu.”
           
            Rahimah memandang arah yang ditunjukkan kakaknya. Banyak orang yang terlihat oleh matanya. Yang mana satu?
           
            “Siapa kak?” Dia bertanya kepada Ramlah bagi mendapatkan kepastian.

            “Itu, yang berjalan dengan Atie. Kau kenal ke?” Ramlah bertanya lagi.

            Rahimah tersenyum. Jelas di pandangan matanya Amni berjalan beriringan dengan Hayati. Nampak mesra dan seperti sudah lama kenal.

            “Menantu saya kak. Isteri Firdaus. Cantikkan?”

            “Cantik sahaja nak buat apa.” Kedengaran perlahan dan sedikit sinis kata-kata itu meluncur keluar dari bibir Ramlah. Berkerut dahi Rahimah memandang kakaknya. Apa kes ni? Kenal pun tidak tetiba ingin ‘menjatuhkan’ menantunya. Ada yang dia tidak tahu ke?

            “Kenapa kak?” Rahimah bertanya. Kalau ada yang tidak diberkenankan tentang sikap Amni bagitahu sahaja dia. Nanti apa yang kurang tentang menantunya, akan dia nasihati mana yang patut.

            “Mana kau dapat budak tu? Firdaus pilih ke?” Ramlah masih menyoal. Selagi belum puas selagi itulah dia mahu bertanya. Ternampak sahaja kelibat ‘perempuan’ itu tadi, hatinya terus tidak tenang. Wajah itu membuatkan perasaannya menjadi tidak menentu. Semuanya berserabut.

            “Saya dengan dia yang pilih. Anak jiran kami kak. Dulu sebelum ke oversea diorang dah bercinta.” Rahimah menerangkan kepada Ramlah.
                       
            “Entah-entah masa anak kau dekat luar negara dia dah ada orang lain.”

            “Memandai saja kak ni. Amni tu budak baik kak. Firdaus tu sajalah kekasih yang dia ada. Sangup tunggu anak saya tu bertahun. Kalau orang lain sudah lama cari orang lain.” Rahimah mempertahankan Amni. Entah mengapa dirasakan kakaknya bagaikan tidak menyukai menantu kesayangannya itu.

            “Hem…memang baik.” Mendidih hati Ramlah. ‘Baik apanya Rahimah oii. Kau tu dapat menantu yang sudah ditebuk tupai. Anak kau sibuk belajar, dia mengatal dengan jantan lain.’ Ramlah mengomel didalam hati tanda geram. Wajah itu, sampai kemati pun dia takkan lupakan. Orang yang menyebabkan dia hampir kehilangan anak sendiri. Teringat pergaduhannya dengan Hayati, semua bermula apabila anaknya itu berkeras ingin membela ‘anak haram’ yang dilahirkan oleh menantu adiknya. Dendam lama harus dilunaskan. Ramlah tersenyum sinis kemudiannya.

…………………….
            Nafas Amni terasa semput. Tangan dihulurkan terasa kuat begetar. Pucat wajahnya bagaikan tidak berdarah. Entah mengapa, memandang senyuman sinis yang terukir di wajah wanita dihadapannya melahirkan ketakutan yang bukan sedikit. Wajah itu masih seperti dahulu. Tetap memandangnya dengan pandangan penuh jijik.  

            “Saya Amni. Isteri Firdaus.” Terketar Amni berkata. Genggaman erat pada tangannya, bagaikan menghantar satu amaran. Badan mula berpeluh.

            “Aku mak saudara Firdaus.”

            Mendengar kata-kata kakaknya melahirkan perasaan hairan di hati Rahimah. Tidak pernah dia mendengar kakaknya bercakap dengan nada yang agak biadap pada pendengarannya. Kenapa?

            Amni mendiamkan diri. Hayati di sebelah hanya mengeluh kesal. Dia sendiri tidak menyukai sikap ibunya. Tidak bolehkah ibunya melupakan perkara silam? Semua itu sudah berlalu. Baginya penyesalan Amni sudah mencukupi. Dia yang menjadi saksi ketika Amni bertatih untuk bangun semula melupakan semua perkara silam. Dia juga menjadi saksi bila mana wanita itu menyesali setiap perbuatan yang dilakukan.

            Melihat renungan ibunya, dia sudah tahu, rahsia dia dan Amni sudah tidak selamat. Ibunya itu akan lakukan apa sahaja untuk kepuasan hati sendiri.

2 ulasan:

Baca sUdah, benCi, gEraM, sUka pUn sUdah. CeRajiNkaN TanGan, MeNgOmeN siKit :)