Hel!O mY DarLing!

Jumaat, 5 April 2013

Sedutan Cerpen : Ku Beri Cinta Ku Serah Kasih.



           

       “Nana tak kira mak. Apa jadi sekalipun Nana tetap nak kahwin dengan Firdaus.” Nana mula membentak. wajahnya masam mencuka. Geram dengan ibunya yang bagaikan tak merestui hubungannya dengan Firdaus.
           
“Nana oii. hang tu jangan dok syok sendiri. Mak ni bukan apa, tak mau nanti hang yang patah hati. Aku dengar budak Firdaus tu dah ada..apa tu orang putih panggil?  gepren ka? ha betul la aku sebut tu . Tak daknya dia nak kat hang.”  Mak Senah yang sibuk menebas semak samun di kebunnya semakin bersemangat. Pokok yang agak besar sekejap sahaja di cantasnya. Bukan semangat apa, semangat kerana marahkan anak gadis sendiri.
           
            “Girlfriend la mak. Mak ni memandai je. Abang Firdaus tu dah janji nak kawin dengan Nana lepas dia habis belajar.” Nana semakin geram. Ada saja modal Cik Senah tu nak kondem semangat dia. Terbayang wajah kacak Firdaus. Hatinya berbunga riang.
           
            “Ni Nana, mak nak habaq kat hang. Hang toksah dok buat gatai merenyam sangat no. Malu kalau orang kampong tau. Dok abang Firdaus, abang Firdaus.”  Wajah anak gadis tunggalnya direnung tajam. Bukan dia tak tahu, sejak dari kecil lagi anaknya itu menyimpan angan nak bersanding dengan anak Rahimah, jiran sebelah rumahnya. Dia bukan tak suka pada budak Firdaus tu, tapi dia tahu tak adanya budak tu nak pandang anak gadisnya yang serba serbi kekurangan.
           
            Apatah lagi keluarga Firdaus juga bukan calang keluarga. Rumah  yang bersebelahan dengan rumahnya ibarat gajah dengan semut. Rumah banglo itu bertingkat-tingkat tingginya. Walaupun keluarga itu tidak sombong tetapi dia sedar di mana kedudukan mereka. 
           
            “Mak niii. Nana ni anak mak. patutnya mak bagi sokongan moral. ni tak kejenya asyik nak patahkan semangat orang ja.” Nana mencebik. Ingatkan balik kampong bolehlah dapatkan semangat dari mak tersayang, huh bermimpi di tengah hari la dia.
           
            “Bukan tak mau bagi semangat, tapi hang pun tau. Budak tu dia balik dari ‘obesi’ belajaq pandai tak kan dia nak pandang dekat hang Nana. Mak ni nak hang bahagia. Kalau hang saja mau kat dia tapi dia tak mau dekat hang nak buat apa?” Mak senah mengesat sedikit peluh yang menitis. Dia tahu anaknya dari dulu menaruh perasaan terhadap Firdaus, bahkan dia sendiri bangga bila anak gadisnya menjadi pilihan lelaki itu tetapi itu semua dulu. Sejak dari tahun pertama Firdaus di Russia lagi dia tahu yang pemuda itu mula menganyam cinta dengan orang lain.
           
            “Nana tahu mak. Dia pasti kawin dengan Nana nanti.” Nana berkata bersunguh. mahu atau tidak lelaki itu mesti mengahwininya seperti yang mereka janjikan bertahun dulu. Kerana Firdaus dia sudah hilang sifat malu dang bersopan yang selama ini menjadi ‘makanan’ hariannya.
           
            Mak Senah mengeluh resah. apa kena dengan anak gadisnya? Tak pernah Nana berkelakuan seperti ini. Nana anaknya yang ditatang dengan penuh kasih sayang, malah dia berbangga bila ramai memuji betapa kelembutan dan kesopanan Nana membuatkan mereka kagum. Tetapi hari ini kemana menghilangnya sifat yang dia banggakan itu?
……………….
            “Jemput minum Nah.” Rahimah tersenyum memandang tetamunya. tengok dari gaya seperti ada hal penting. Tak pernah pagi-pagi buta jirannya itu bertandang ke rumah.

            Senah menelan liur yang terasa kesat. Ni semua anak gadisnya punya pasal. Wajahnya terasa membahang. Di toleh kiri dan kanan bagaikan mengesan jika ada orang lain yang cuba mendengar perbualan mereka. Malu jika hajatnya diheboh.
           
            “Nah datang ni sebenarnya bawak hajat.” Setelah berkira-kira barulah suaranya keluar. itupun antara dengar dan tidak sahaja.
           
            “Hajat apa tu? Cakap je Nah. Kita ni buka baru sehari dua kenal. Kalau Nah ada masalah insyaallah kalau kak boleh bantu kak bantu.” 
           
            “Erkk..sebenarnya mcam ni kak.. Saya…saya..emm nak pinang anak kak.”
           
            “Eh biar betul kamu Nah. Budak Fina tu SPM pun tak lepas lagi. Siapa yang mintak kamu pinangkan anak akak tu?” sedikit terbeliak mata Rahimah dengan permintaan dari Senah. Suasana sejuk terasa membahang. Berpeluh ketiak mendengar permintaan tak masuk akal itu. Air yang di hidangkan kepada tetamunya dicapai. Hendak dikatakan meminang Firdana, dirasakan tak logik pulak. Masakan orang tidak tahu yang anaknya itu telah berkahwin?
           
            “Sebenarnya kak..emm…bukan saya nak pinang Fina. Tapi saya nak pinang Firdaus untuk Nana.”

            “Puhhhhh” menyembur air yang baru diminum Rahimah. Terasa mahu pitam. Senah yang memandangnya terkebil-kebil bila percikan air kopi melekat di wajahnya. Di raup perlahan kopi yang mula menitis. Hanya sengihan kelat yang mampu dia hadiahkan kepada Rahimah yang sudah seperti kena sampuk.

Surat Cinta Untuk Disana : Hari ni idea nak menaip novel pun x dak lagi...buat cerpen dulu....ni bg sedutan sikit....Sad ending,,happy ending, so-so ending? yg 2 x pasti...mihahah...

4 ulasan:

  1. Balasan
    1. hahaha...sad-sad...vry sad rght? mihahahah

      Padam
  2. Hampeh tul...ingtkn da hbis... Hihihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. sabaq sat kak oii,,,,nanti-nanti chek hantaqla hat penuh...hak3

      Padam

Baca sUdah, benCi, gEraM, sUka pUn sUdah. CeRajiNkaN TanGan, MeNgOmeN siKit :)