“Nana tak kira mak. Apa jadi
sekalipun Nana tetap nak kahwin dengan Firdaus.” Nana mula membentak. wajahnya
masam mencuka. Geram dengan ibunya yang bagaikan tak merestui hubungannya
dengan Firdaus.
“Nana
oii. hang tu jangan dok syok sendiri. Mak ni bukan apa, tak mau nanti hang yang
patah hati. Aku dengar budak Firdaus tu dah ada..apa tu orang putih panggil? gepren ka? ha betul la aku sebut tu . Tak
daknya dia nak kat hang.” Mak Senah yang
sibuk menebas semak samun di kebunnya semakin bersemangat. Pokok yang agak
besar sekejap sahaja di cantasnya. Bukan semangat apa, semangat kerana marahkan
anak gadis sendiri.
“Girlfriend la mak. Mak ni memandai
je. Abang Firdaus tu dah janji nak kawin dengan Nana lepas dia habis belajar.” Nana
semakin geram. Ada saja modal Cik Senah tu nak kondem semangat dia. Terbayang
wajah kacak Firdaus. Hatinya berbunga riang.
“Ni Nana, mak nak habaq kat hang.
Hang toksah dok buat gatai merenyam sangat no. Malu kalau orang kampong tau.
Dok abang Firdaus, abang Firdaus.” Wajah
anak gadis tunggalnya direnung tajam. Bukan dia tak tahu, sejak dari kecil lagi
anaknya itu menyimpan angan nak bersanding dengan anak Rahimah, jiran sebelah
rumahnya. Dia bukan tak suka pada budak Firdaus tu, tapi dia tahu tak adanya
budak tu nak pandang anak gadisnya yang serba serbi kekurangan.
Apatah lagi keluarga Firdaus juga
bukan calang keluarga. Rumah yang
bersebelahan dengan rumahnya ibarat gajah dengan semut. Rumah banglo itu
bertingkat-tingkat tingginya. Walaupun keluarga itu tidak sombong tetapi dia
sedar di mana kedudukan mereka.
“Mak niii. Nana ni anak mak.
patutnya mak bagi sokongan moral. ni tak kejenya asyik nak patahkan semangat
orang ja.” Nana mencebik. Ingatkan balik kampong bolehlah dapatkan semangat
dari mak tersayang, huh bermimpi di tengah hari la dia.
“Bukan tak mau bagi semangat, tapi
hang pun tau. Budak tu dia balik dari ‘obesi’ belajaq pandai tak kan dia nak pandang
dekat hang Nana. Mak ni nak hang bahagia. Kalau hang saja mau kat dia tapi dia
tak mau dekat hang nak buat apa?” Mak senah mengesat sedikit peluh yang
menitis. Dia tahu anaknya dari dulu menaruh perasaan terhadap Firdaus, bahkan
dia sendiri bangga bila anak gadisnya menjadi pilihan lelaki itu tetapi itu
semua dulu. Sejak dari tahun pertama Firdaus di Russia lagi dia tahu yang
pemuda itu mula menganyam cinta dengan orang lain.
“Nana tahu mak. Dia pasti kawin
dengan Nana nanti.” Nana berkata bersunguh. mahu atau tidak lelaki itu mesti
mengahwininya seperti yang mereka janjikan bertahun dulu. Kerana Firdaus dia
sudah hilang sifat malu dang bersopan yang selama ini menjadi ‘makanan’
hariannya.
Mak Senah mengeluh resah. apa kena
dengan anak gadisnya? Tak pernah Nana berkelakuan seperti ini. Nana anaknya
yang ditatang dengan penuh kasih sayang, malah dia berbangga bila ramai memuji
betapa kelembutan dan kesopanan Nana membuatkan mereka kagum. Tetapi hari ini
kemana menghilangnya sifat yang dia banggakan itu?
……………….
“Jemput minum Nah.” Rahimah
tersenyum memandang tetamunya. tengok dari gaya seperti ada hal penting. Tak
pernah pagi-pagi buta jirannya itu bertandang ke rumah.
Senah menelan liur yang terasa
kesat. Ni semua anak gadisnya punya pasal. Wajahnya terasa membahang. Di toleh
kiri dan kanan bagaikan mengesan jika ada orang lain yang cuba mendengar
perbualan mereka. Malu jika hajatnya diheboh.
“Nah datang ni sebenarnya bawak
hajat.” Setelah berkira-kira barulah suaranya keluar. itupun antara dengar dan
tidak sahaja.
“Hajat apa tu? Cakap je Nah. Kita ni
buka baru sehari dua kenal. Kalau Nah ada masalah insyaallah kalau kak boleh
bantu kak bantu.”
“Erkk..sebenarnya mcam ni kak.. Saya…saya..emm
nak pinang anak kak.”
“Eh biar betul kamu Nah. Budak Fina
tu SPM pun tak lepas lagi. Siapa yang mintak kamu pinangkan anak akak tu?”
sedikit terbeliak mata Rahimah dengan permintaan dari Senah. Suasana sejuk
terasa membahang. Berpeluh ketiak mendengar permintaan tak masuk akal itu. Air
yang di hidangkan kepada tetamunya dicapai. Hendak dikatakan meminang Firdana,
dirasakan tak logik pulak. Masakan orang tidak tahu yang anaknya itu telah
berkahwin?
“Sebenarnya kak..emm…bukan saya nak
pinang Fina. Tapi saya nak pinang Firdaus untuk Nana.”
“Puhhhhh” menyembur air yang baru diminum
Rahimah. Terasa mahu pitam. Senah yang memandangnya terkebil-kebil bila
percikan air kopi melekat di wajahnya. Di raup perlahan kopi yang mula menitis.
Hanya sengihan kelat yang mampu dia hadiahkan kepada Rahimah yang sudah seperti
kena sampuk.
Surat Cinta Untuk Disana : Hari ni idea nak menaip novel pun x dak lagi...buat cerpen dulu....ni bg sedutan sikit....Sad ending,,happy ending, so-so ending? yg 2 x pasti...mihahah...
sad ending..hehe..
BalasPadamhahaha...sad-sad...vry sad rght? mihahahah
PadamHampeh tul...ingtkn da hbis... Hihihi
BalasPadamsabaq sat kak oii,,,,nanti-nanti chek hantaqla hat penuh...hak3
PadamAwak padam ke full story ni?
BalasPadam