“Itulah kau. Selalu dah aku pesan. Nak cari laki biar la bejenis sikit. Paling koman CEO ke, tak pun Pegawai kerajaan. Ini mamat pemintak sedekah tu jugak kau sapu. Apa dah tak der jantan lain ke kat dunia ni? Sekarang sapa yang susah? Aku jugak tau. Isyyy...mahunya anak dalam perut tu ikut kecacatan laki kau macam mana?” Yuyu bengang. Ikut hati nak sahaja di sekeh-sekeh kepala minah sekor ni.
“Apa jeling-jeling? Ingat aku
takut? Dah kira beruntung tau aku nak jaga kau. Ikut hati aku yang geram ni,
dah lama aku halau kau. Buat malu keturunan je.” Menyembur air liur dari
mulutnya. Dadanya diusap perlahan. Sabar...sabar..dalam hati berulang kali ayat
sabar di ungkap. Bukan apa, dia nak menutrialkan kembali perasaan yang diamuk
kegeraman sekarang ini.
Kak Senah yang sedang bersantai di
balkoni rumah berkerut dahi. Apa lagilah budak ni buat? Rasa ingin
menyibuk bangkit mendadak. Kepalanya di jengah mengintai apa yang di bisingkan
sangat dek musuh tradisinya. Telinganya cekap menangkap ayat mengandung, gugur,
dan beberapa lagi perkataan tentang calon suami pilihan.
Terbeliak biji matanya. Dalam hati
dia mengucap panjang. Itulah tuan-tuan dan puan-puan sekalian, jangan sangka
wanita berjantina tak di kenal pasti itu semua baik, buktinya? Ha tu minah
sebelah rumah tu, nampak saja macam jantan. Tapi perangai Nauzubillah. Dahlah berzina. Nak gugurkan
kandungan pulak.
Bibirnya membulat tanda taksub mendengar
kata-kata jiran sebelah. Memang dasyat remaja zaman sekarang. Bagi nasihat pun power punya. Orang lain bagi nasihat elakkan
perkara sumbang, si jiran sebelah rumah siap bagi petua lagi. Nak cari laki
cari yang ada class. Huh.. high maintenance sungguh. Kalau ikut rasa geram di hati
nak jer di soundnyer suruh bawa-bawa bertaubat.
Tapi kemudian matanya di pejam
celik. Nampaknya dia dah salah faham. “Oh, kawan dia yang terlanjur rupanya.” Kak Senah berbisik perlahan bila diperhatikan Yuyu yang sedang bersemangat
memberikan tazkirah kepada ‘kawan’ di hadapannya. Sebentar sahaja dia tenang.
Kemudian dia pantas berlari masuk ke dalam rumah.
Kak Senah gelak guling-guling. Aduhlah pompuan sekor tu. Penat saja dia mencuri dengar.
Rupa-rupanya dia tengah marahkan kucing!!! Memang dasar tak cukup sifat. Naik
kejung di rasakan wajahnya kerana terlebih gelak.
“Kau masuk sekarang. Anak kau kalau
keluar nanti tak cukup sifat aku gulaikan kau.” Yuyu menghentak kaki mengikut
langkah kaki April yang gemalai. Geram pulak hati Yuyu memandang.
Tertongeng-tongeng pungung si April bagaikan mempermainkan dirinya.
Dia marah bukannya apa. Si April tu
langsung tak jaga prestij. Meon si telinga jatuh tu jugak di bekenankannya.
Tungulah kak senah sebelah rumahnya nanti. Apa barang bela kucing macam tu.
Carilah kucing Pavillion ke, tak pun habis lekeh kucing Tesco, ini elehhhh....Kucing
market juga di kutipnya nak di bela.
Kalau tahu macam ni jadinya dah
lama dia pakaikan si April tu pempers. April tu bukan sebarangan kucing. Mata
sebelah biru sebelah lagi hijau tuhh. Puas dia merayu begolek-golek atas jalan
raya yang banyak treler nak dapatkan April nan seekor. Mana ada orang senekat
dia buat cam gitu kan? Ok...drama. Dia pujuk sambil
menangis ugut tak nak makan nasi jer sebenarnya. Abah tak nak belikan dia
kucing sebab abang dia si Camarul yang tengok rupa ala-ala yakuza tu alah
dengan bulu kucing.
Setelah mogok lapar di lakukan tak
di layan, rusuhan tak di heran, akhirnya
fakta mengenai nabi yang sayangkan kucing di keluarkan. Abah nak kata apa
lagikan? Berkat usahanya yang tidak berputus asa ala-ala Malaysia boleh tu
akhirnya dapatlah dia memeluk April kucing kacukan parsi dan siam. Nama April
sempena nama bulan dia dapat kucing tu.
Mulanya dia nak cari kucing jantan,
al-maklumlah kalau ‘terlanjur’ tak perlulah dia bertangungjawab nak membela
keturunan- keturunan si kucing, tapi nak buat camner, masuk jer Pet Shop terus mata hatinya tertawan dek April yang merenungnya dengan penuh
rayuan, belilah aku...belilah aku. Nak ditolak kang bunuh diri pulak kucing tu, tak ke dia
berdosa? Dengan berat hati di belinya juga si April. Mahal tu. Harga ribu.
Di ulang tayang. Harga April
ribu-riban okey. Bukan sekupang dua. No..no..no.. Sebab tulah dia marah. Meon
tu..alahaiii..Udahler bersememeh, taik mata penuh, bulu
dahlah kontot. Isyy...bila di fikirkan balik geram betul.
Tubuhnya di hempas kuat ke sofa.
Pantas tangannya mencapai remote control. Siaran ulangan bola sepak La Liga di
tonton dengan perasaan sebal.
“Arghhh” Terjerit Yuyu bila tanpa
amaran April melompat naik ke ribanya. “Meuwww” Manja April berbunyi. Di
geselkan kepalanya ke tangan si tuan yang masih marah. Dengan renungan kesian
April memandang tuannya. “Meuww” sekali lagi The Magic word yang selalu di gunakan untuk
memujuk hati tuannya diperdengarkan. Mana tahu untung-untung My Mummy
kesayangan nak bagi makan Friskies. Baby si Meon dalam perut ni dah lapar.
Yuyu berbalas renungan dengan si
April. Di angkat April dan laju kakinya melangkah ke dapur. Kotak Friskies di capai. Di tuang sedikit lebih
berbanding hari biasa.
“Anak Mummy lapar ye? Dah makan.”
Yuyu mengusap-usap kepala April. Si April memang tak tunggu dah. Pantas dia
melahap ‘cikedi’ kegemarannya. Dalam hati memuji Mummy yang sangat owesome. Nak di
luahkan apa yang tersirat di hati kang mati kejung pulak Mummynya. Jadi satu
hal pulak. Siapa nak kasi dia makan? Mandi? Buang ‘barangan kotor’ yang
sesekali terkucil tanpa sempat dia ke tandas? Hasrat yang satu itu di simpan
sahaja. Pasti Mummy tahu apa yang ada di fikirannya sekarang ini.
Sambil memandang April yang melahap
tahap tak hengat dunia, Yuyu berfikir. Kemudian jeritan
lantang kedengaran.
“Tidakkkkkkkkkkkk. Oh no!!!” Di
tampar pipinya kuat bagi menyedarkan bahawa semua ini hanya mimpi. “Auchh”...Sah!!!
ini benar-benar terjadi. “Umiii....Yuyu nak balik rumah. Yuyu tak nak jadi
nenek.” April yang terperanjat mendengar jeritan lantang Mummy kesayangannya
pantas berlari. Tidak di pedulikan
April bersembunyi di bawah kerusi.
Mummy nak bunuh cucu Mummy ke? Buatnya cucu Mummy mati kena serangan jantung
dalam perut ni, sapa nak bersoal jawab dengan abang Meon? Abang Meon tu nampak
jer cam gitu Mummy, tapi romantik tu. Di curinya ikan si mak tiri Senah tu
sebab April nak merasa makan ikan. Mummy asyik bagi Friskies. Sekali sekala nak juga ubah
selera. Kasilah makan ikan kembong, tak pun habis lekeh ikan siakap tiga rasa.
Berseleralah juga nak makan. Lepas ni nak bagi cadangan kat Mummy suruh buat time tablelah.
Hari-hari bolehlah dia makan menu lain-lain. Wahhh..rasa macam dalam sorge. Nyummyy.
Rasanya Mummy faham tak bahasa kucing?
Surat Cinta Untuk Disana : Sebenarnya cerita ni asalnya saya nak jadikan cerpen
untuk kesinambungan cerpen Camelia Tu,, Aku Punya!!!. Tapi ada my pren bagi cadangan untuk saya jadikan
novel. Kalau dulu cerita mengenai Amjad dan Camelia, kali ini saya bawakan pula
kisah Hasif Amsyar (HASIF) dan Camelia Yusnita (YUYU). Kalau sudi tinggalkanlah
komen untuk saya di bawah ini. Sebarang komen sama ada kritikan keras bak batu
kirikil mahupun lembut seperti kentang putar kfc, akan saya terima dan perbaiki
lagi cara penulisan di masa hadapan..Lepas ni nxt en3 akan bermula kisah Cik
Puyu dan Hasif.
lawak la.. kikiki
BalasPadamhehe
mmg jari aku runcing..sb tu nk mengomen jap..hak33...da best la....aku rewind baca lg ooo...daebak!!!!
BalasPadamamboi kot yer pon.. x der nma len ka?
BalasPadamlawak giler.
BalasPadambaru nak marathon citer nie. ok baru 2st bab saya dah suka hehehehe...
BalasPadam1st bab..alahai typo kekekeke
PadamHahahah apa da kucing pun boleh Hahahah
BalasPadamadoii la yuyu... ngan kucing pun jadi dramanya...
BalasPadamadeh la....marahkan kucing rupanye...2 la jiran sebelah umah 2 x agak2 skodeng umah owang kan kan kan...bajet nak p bergosip la 2 kan hahahhaha
BalasPadamTerbahak2 gelak sebb ingtkan siapa lah yg bunting tu ghupernyer kucing je.. aihh.. abang meonn!~~~.. yg tu palinh x bleh bla.. terbaikk!!
BalasPadamcerpen yang sangat menarik,,,thanks ya..sukses selalu
BalasPadam