Berhati-hati Yuyu memasukkan kek ke
dalam peti sejuk di dalam pantry. Setelah berpuas hati dengan kedudukan bekas
kek dia pantas berlalu keluar. Saja diusung ke office. Balik nanti Camarul akan menjemputnya dan mereka akan terus
ke rumah keluargannya.
“Kak Bib.” Yuyu menepuk perlahan
bahu Kak Bib yang sedang bergelak ketawa dengan Anita, setiausaha kepada
seorang lagi bos seperti yang di beritahu oleh Kak Bib. Katanya pemilik
syarikat ni kembar. Rasanya betullah tu sebab tempat duduknya bertentangan
dengan dua buah bilik. Satu bertulis Harif Amjad, Satu lagi Hasif Amsyar.
Sayangnya dia belum pernah bertemu dengan Hasif Amsyar.
Kalaulah handsome macam abangnya kan bagus. Dalam fikiran bermacam angan-angan
dikarang. Mengorat encik bos! itupun kalau kosonglah, dan berkahwin, duduk
rumah goyang kaki. Wah!!! Indahnya dunia.
“Yuyu, name tag ada Kak Bib letak atas meja.” Kak Bib menunjuk ke arah
tempat Yuyu bagaikan si gadis tidak mengetahui tempat duduk sendiri.
“Oh, okey.” Yuyu memandang
sekeliling. Mana pulak budak ni pergi?
“Kau cari apa Yuyu?” Anita bertanya.
Dia lebih senang berkau aku kerana usianya dan Yuyu adalah sebaya. Kali pertama
bertemu Yuyu dia terus senang hati memasukkan Yuyu dalam list sahabat edisi terhad. Rasa senang berkawan dengan Yuyu yang
sempoi.
“Budak Man mana? Nampak tak?” Yuyu
bertanya.
“Ada dalam bilik Encik Hasif.
Kenapa?” Anita menjawab pertanyaan Yuyu.
“Eh bos engkau ada ke?” Yuyu
bertanya. Tak sabar nak melihat gerangan si pemilik nama yang boleh tahan
sedap. Wajah kalau seiras dengan Encik Amjad, memang terbaiklah!
“Ada. semalam pun dia datang. Tapi
sekejap saja.” Teranguk-anguk Yuyu mendengar kata-kata Anita.
“Bos engkau dah kawin ke?” Yuyu
bertanya, wajah gatal terpamir.
“Gedik engkau.” Kak Bib berkata kuat
mendengar kata-kata Yuyu. Kalut Yuyu menyuruh Kak Bib memperlahankan suara.
“Sorry,
sorry. Terober pulek.” Yuyu dan Anita ketawa mendengar kata-kata Kak Bib.
Kelakar mimik muka yang dipamerkan.
“Alamak weh. Encik Hasif keluarlah.
Macam mana ni?” Anita gelabah. Hasif bukan seperti Amjad. Amjad lebih cool, manakala Hasif pula straight foward sikit. Lurus langsung
tiada belok.
“Relaks jangan gelabah. Nah ambil
fail ni.” Kak Bib menyambar fail dan di serahkan kepada Anita. Berlakon kena mantop! Itulah, pagi-pagi buta sudah
buat ‘meja bulat’ kan dah tertangkap. Kak Bib pura-pura menerangkan sesuatu
kepada Anita. Nampak bersungguh benar.
“Dia datang Kak Bib. Macam mana ni?”
Semakin gelabah Anita. Peluh mula mengalir keluar. Dia kalau berhadapan dengan
Hasif pasti mengelabah. Takutnya bagaikan ternampak singa.
“Kau relaks sudah. Buat tak tahu
saja.” Kak Bib memberikan arahan. Lakonan diteruskan.
Yuyu hampir ketawa. Entah macam
manalah rupa encik bos kesayangan Anita. Muka ada tak macam rimau?
“Tak payah berlakon sangatlah Kak
Bib, Anita. Bukan saya tak nampak, dari tadi buat persidangan.” Hasif
tersengih. Apalah. Bukannya tak tahu bilik dia tembus keluar. Semua ragam
pekerja dapat dilihat.
“Leh,nampak ke? Kenapa tak cakap
awal-awal? Penat jer Kak Bib berlakon. Ini kalau Nora Danish tengok mahu
menangis ni.” Kak Bib tersengih. Yuyu pulak memang tak tunggu. Di bantainya
gelak sepuas hati. Anita pulak sudah seperti anak kucing terjatuh longkang.
Mengecut tubuh ketakutan. Aduhlah.
“Siapa ni?” Mendengar pertanyaan itu
pantas Yuyu berpaling. Tak sabar ingin memperkenalkan diri. Yuyu tergamam.
Terkebil kebil matanya memandang wajah yang sedang tersengih lebar.
“Setiausaha Encik Amjad. Dia ganti
Rosmila.” Takut-taku Anita menerangkan kepada bosnya.
“Saya tanya dia. Bukan awak” Hasif
tersengih lebar. Hati menyanyi riang. Bukannya dia tidak nampak kelibat minah
senget tu tadi. Berbunga hatinya bila terpandang Yuyu meletakkan beg di atas
meja setiausaha tadi. Akhirnya, apa yang ditunggu-tunggu bakal terjadi.
Siaplah.
“Camelia Yusnita.” Yuyu berkata
perlahan. Apasallah bengap sangat dia? Sudah terang lagi bersuluh, wajah Hasif duplicate
wajah Amjad. Itupun dia tak terfikir. Masalah-masalah. Sengihan itu, sekali
tengok pun tahu. Sengihan jahat!!!
“Encik,,,erkk boss,, encik boss...
boleh panggil saya Yut..yu.Yuyu.” Bagaikan tidak terluah suara itu keluar. Nak
berkata biadap macam tak patut pulak. Buatnya dia di buang kerja, masalah lain
pulak timbul. Camarul dah berpesan segala macam, kena buang jugak masak telinganya
mendengar ceramah tidak berpenghujung.
“Puyu!!!” Hasif terperanjat. Biar
betul. Nama punyalah cun di singkatkan jadi Puyu. Tak bertamadun sungguh.
“Bu..bu..Bukan. Yuyu..Yuyu.”
Tergagap-gagapYuyu cuba membetulkan salah faham yang timbul. Terasa ingin di
tampar mulutnya supaya tidak memalukan dirinya. Tergagap-gagap.
Kak Bib dan Anita tak tahan
mendengar salah faham yang terjadi, ketawa kecil mula bertukar kuat. Siap
bertepuk tampar dia dan Anita. Lawak betullah. Puyu, bagus-bagus, lepas ni
diorang pun nak panggil Yuyu, puyu jugak.
“Whateverlah.
Miss Puyu boleh masuk bilik saya tak? Nak juga saya berkenalan dengan setiausaha
abang saya.” Hasif berkata dan terus berlalu. Senyuman tidak putus tersadai di
bibir.
“Wah cayalah kau Miss Puyu. Hasrat
hati bakal tercapai. Itu aku tengok encik boss kau dah ada tanda-tanda tertarik
hati. Tak pernah-pernah nak berkenalan dengan pekerja.” Anita menepuk-nempuk
bahu Yuyu tanda kagum.
“Tahu tak per. Pelik jugak akak dengar. Semalam tidur salah bantal kot.”
Sekali lagi tawa Kak Bib dan Anita berderai. Geram pulak Yuyu melihat. Tadi
bukan main gelabah. Sekarang? Ewah!!! Tak hengat
dunia ketawa.
“Malas nak layan.” Terus Yuyu
berlalu. Dengan langkah yang perlahan dia menapak ke pintu bilik Hasif. Segala
macam doa dan jampi serapah di keluarkan. Hati yang bedebar lain macam sedaya
upaya cuba ditenangkan. Macam manalah mamat biadap tu boleh jadi boss dia?
Malang betul!
........................................
“Hai senangnya dalam hati, kalau
boleh membuli, seperti, dunia, hai ana yang punya.” Hasif menyannyi kecil. Lagu
allahyarham Tan Sri P.Ramlee ‘dirosakkan’ sedikit. Hari dia terasa ceria
berbanding hari biasa. Mood gembira bangkit mendadak. Misi membalas dendam
harus di teruskan. Kerusi di pusing-pusingkan.
Bunyi ketukan di pintu, membuatkan
dia pantas membetulkan kedudukan. Laptop di tarik mendekat. Berpura-pura
seperti sedang sibuk.
“Masuk.” Hasif melaung kuat.
Senyuman yang ingin terukir di bibir dek
kerana terlalu gembira cuba di hapuskan.
Yuyu memulas tombol pintu
perlahan-lahan. Kepala yang tidak gatal digaru-garu. Terpandang sahaja wajah
lelaki yang sedang merenungnya dengan pandangan yang sukar di tafsirkan,
semakin merungsingkan hati.
“Ada apa encik boss nak jumpa saya?”
Lemah Yuyu bertanya. Pangilan Encik Boss terus melekat. “Duduk.” Sepatah ayat itu meluncur keluar dari bibir
Hasif. Tubuh disandar ke kerusi. Dalam masa yang sama dia merenung tubuh itu
atas bawah. Seluar skinny, kasut high
heel bertali merata alam dan kemeja bewarna purple lembut. Boleh tahanlah.
“Tak apa. Saya lagi suka berdiri.”
Terkebil-kebil matanya merenung wajah Hasif. Telinga cuba di arrange ke low volume. Daya penapis harus di kemas
kini. Bersedia menungu ‘bom dan motar’ diluahkan dari bibir mamat biadap.
“Aku suruh kau duduk. Bukan
berdiri.” Panas hati mula naik. Tak sudah-sudah nak menjawab. Ikut sahaja
arahan dia tak boleh ke?
“Tahu, tapi saya nak berdiri.” Yuyu
berkeras. Bukannya apa. Kalau Hasif cuba melakukan sesuatu, dapat jugak dia
bertindak dengan cepat. Tengok bahasa yang di gunakan pun dia sudah tahu. Tadi
depan Kak Bib dan Anita bukan main bersaya awak. Sekarang? Aku kau jer di bantai guna.
“Sekarang ni, aku boss ke kau yang
boss?” Hasif sekali lagi bertanya.
Mendengar pertanyaan itu,
perlahan-lahan Yuyu melabuhkan tubuh di atas kerusi. Intro nak membuang pekerja
sudah ada. Malang sungguh nasib dia. Nampaknya selepas ni kena balik jadi
penjaga mesin ‘keting, ketinglah.’
Hasif tersenyum. Tahu pun takut. Berkajang-kajang
ayat mula di atur dalam fikiran. Sekejap lagi tahulah nasib kau minah.
Yuyu panas hati. Anita yang
tersengih memandangnya terus di jeling. Rasa mengeletar badannya menahan geram.
Kalau tidak disebabkan dia mahu mengangumkan Camarul bahawa dia boleh bekerja
dengan usaha sendiri takdernye dia
nak bertahan macam ini. Untuk melepaskan geram dia mengetuk kuat pintu bilik
Hasif.
“Kau ingat pintu tu aku beli
seringgit ke?” Masuk sahaja ke dalam bilik lelaki itu, terus dia ‘diserang.’
Kelat wajahnya memandang ke arah Hasif.
“Nah.” Di letakkan air kopi di atas
meja. Sejak dari pagi dirasakan dia sudah menjadi kuli tak bertauliah. Itu ini
diarah oleh lelaki itu. Kalau ada Amjad dapatlah dia melepaskan diri. Hari ini Amjad
masuk kerja sedikit lewat kerana ingin membawa Camelia mendapatkan rawatan.
Lebih malang Amjad tidak meninggalkan kerja kepadanya. Iyalah diakan baru
beberapa hari masuk kerja. Banyak benda yang belum di ketahui. Jadi Amjad hanya
menyuruh dia membaca mengenai perjalanan dan hal ehwal syarikat dahulu.
Hasif menghirup sedikit air kopi
yang masih panas berasap. Berkerut wajahnya bila hirupan pertama menyentuh
lidah. Apa punya teruk rasa kopi ni? Tahu bancuh air ke tidak?
“What
is this?” Dia bertanya. Wajah Yuyu yang kelihatan tension memandangnya di renung tajam.
“Kopi” Ringkas jawapan Yuyu. Dah
tahu lagi mahu tanya.
“Mana kau dapat kopi ni?”
“Kopi yang ada dalam pantry tu lah.”
Yuyu menjawab malas. Dia tahu sebab apa wajah itu berkerut. Sengaja dia
letakkan gula bersudu-sudu. Biar lelaki itu kena kencing manis. Baru puas hati.
“Kau cuba rasa.” Cawan berisi air
kopi di tolak ke arah Yuyu.
“Saya tak minum kopi.” Pantas dia
menjawab. Dalam hati dia ketawa dengan pembohongan sendiri. Dia dan kopi dah
macam sepupu sepapat. Sehari tak minum kopi terasa tak sempurna hidup.
“Kalau tak minum, takkan kau tak
tahu nak agak berapa sukatan gula dengan kopi kena letak? Ingat free ke gula tu?” Entah mengapa dia
merasakan si budak sekolah itu sengaja ingin mendajalkan air minumannya.
“Saya letak macam yang encik boss
bagitahulah.”
“Berapa aku bagitahu kau tadi?”
“Empat sudu kopi, lima sudu gula.”
Walhal lelaki itu hanya menyuruh dia meletakkan dua sudu kopi dan satu sudu
gula. Rasa puas hati pulak di rasakan saat itu.
“Kau ingat aku suruh bancuh segelen
kopi ke?” Hasif membentak. Memang sah! Sengaja nak menjahanankan dia. Nampak
kecil sahaja budak puyu ini dirasakan.
“Kau pergi buat balik. Silap lagi
aku suruh kau minum sampai habis.”
“Mintak maaf encik boss. Saya banyak
lagi kerja nak kena buat. Saya bukan setaiusaha encik boss. Nanti saya suruh
Anita buatkan.” Pantas Yuyu berlalu. Malas ingin mendengar arahan Hasif. Dari
pagi tadi tak henti-henti menyusahkan hidup dia. Mula-mula kemas bilik. Lepas
itu lap cermin, baru sahaja nak siap disuruhnya pulak menaip entah apa-apa
punya surat.
“Hoi, kau berhenti dekat situ.”
Hasif menempik kuat. Bertambah panas hatinya bila Yuyu belengang pergi bagaikan
tidak mendengar panggilannya.
.............................
Yuyu tersenyum lebar. Akhirnya,
penyeksaan terhadap dia sudah berakhir, tetapi untuk hari ini sajalah. Esok
belum tentu selamat. Memikirkan kemungkinan itu terus padam senyuman di
bibirnya.
“Tak nak balik lagi ke?” Anita
menegur. Dia melihat sekeliling. Hanya ada beberapa orang sahaja lagi pekerja
yang tinggal. Dia tidak hairan. Selalunya macam inilah. Waktu masuk kerja selagi
jam tak menjengah pukul lapan lima puluh lima minit pagi jangan mimpi nak penuh
orang masuk kerja. Tapi waktu balik, tak usah di paksa, tak sempat pukul lima
semua dah mula sibuk berkemas. Termasuklah dengan dia.
“Nak baliklah ni. Tunggu abang aku
datang ambik kejap lagi. Kau pulak tunggu apa lagi? Bukan datang naik kereta
ke?” Hairan pulak Yuyu. Selalunya cepat sahaja Anita menyusup pergi tepat pukul
lima. Hari ini sudah masuk pukul lima sepuluh minit masih ada di sini. Pelik!
“Aku tunggu Kak Bib. Pagi tadi dia
tumpang aku. Kereta dia rosak.” Sambil itu Anita menarik kerusi dan duduk di
hadapan Yuyu.
“Owhh. Habis tu mana dia?” Meja Kak
Bib di jengah. Tidak nampak pulak kelibat wanita itu. Kalau tidak riuh mulutnya
bercakap itu ini.
“Tandas. Sakit perut. Itulah, tadi
makan tak ingat dunia.” Anita membebel.
“Mengumpat! Sekejap saja akak tak
ada, engkau orang sibuk mengutuk ye.” Pucat wajah Anita dan Yuyu bila Kak Bib
tiba-tiba menyergah. Kedua-duanya pantas mengurut dada bagi menghilangkan
debar.
“Assalamualaikum Kak Bib.” Yuyu
pantas memberi salam setelah debarannya tadi berkurangan.
“Perli tajam nampak.”
“Wah, mana dapat tu?” Anita mencelah
sebelum sempat Yuyu menjawab kata-kata Kak Bib. Pantas dia menjelajah ke arah
yang menjadi tumpuan Anita. Liur di telan kesat. Macam kenal saja makanan yang
di masukkan ke dalam bekas kecil yang berada di tangan Kak Bib. Itu
bukankah......?
“Cik abang kesayangan Miss Puyu kita
ni bagi.” Kak Bib tersengih lebar memandang ke arah Yuyu yang mempamerkan wajah
ketat.
“Dah, jom balik. Bye, bye cik Yuyu
sayang.” Kak Bib dan Anita pantas berlalu. Yuyu merenung keduanya yang semakin
hilang dari pandangan. Pantas dia bangun. Gigi di ketap. Tubuh terasa
mengeletar menahan geram. Laju kakinya di atur menuju ke arah pantry.
Tubuh mamat biadap yang sedang
membelakanginya tidak di pedulikan. Pintu peti sejuk di buka kasar. Wap sejuk
yang berlumba keluar tidak mampu menyejukkan semula hatinya yang sedang
kepanasan bila kek yang awalnya membulat kini hanya tinggal sisa. Hanya
serpihan yang tinggal.
Hasif mengurut perlahan perutnya
yang terasa menyendat. Bunyi peti sujuk di buka kasar mengejutkannya. Pantas
dia berpaling. Bibirnya tercebik-cebik melihat gerangan musuh tradisi. Macam
tiada orang lain dalam dunia ni yang boleh dia terserempak.
Suapan yang tergendala di teruskan.
Terasa sedap pula kek yang dimakan. Entah siapalah yang bermurah hati membawa
ke pejabat. Dalam hati sibuk meneka bahawa kakak iparnya, Camelia. Selalunya
wanita itu yang rajin membawa kek ataupun kuih muih ke pejabat untuk para
pekerja.
Dengan langkah memberat Yuyu menapak
ke arah Hasif. Sah! Lelaki itu yang ‘menjahanamkan’ keknya. Tangan di kepal
erat. Terasa hendak sahaja dia menghayunkan penumpuk kepada lelaki itu. Hati
yang membara cuba di tenangkan.
“Kau tahu tak siapa punya kek tu?”
Yuyu bertanya. Hilang terus panggilan Encik Boss yang di gunakan. Habislah kek
hari jadi abahnya.
“Tak.” Sepatah sahaja ayat yang
keluar. Kalau ikutkan hati soalan mudah itupun dia tak nak jawab. Buang masa.
“Itu kek aku lah.” Melengking suara
Yuyu.
Terkedu Hasif mendengar ayat yang
terlontar dari bibir itu. Aduh, masalah negara betullah. Macam mana boleh tak
tahu? Tadi, kerana terlalu lapar dia masuk kedalam pantry. Niatnya ingin
membancuh air dan mengambil roti. Terpandang sahaja kek yang berada di dalam
peti terus dia mengambil. Mana tahu kek itu milik budak sekolah, kalau tahu tak
hingin dia nak makan. Bagi free pun dia tak layan. Dompet yang berada dalam
poket seluar belakang dicapai. Dua keping not lima puluh di hulurkan bagi
menyelesaikan masalah.
“Pergi beli lain lah. Bukan sedap
sangat pun kek ni.” Ayat menyakitkan hati mula terluah. Bukan salah dia. Peti
sejuk dalam pantry untuk kegunaan pekerja bukan peribadi.
Mendengar kata-kata itu membuatkan
darah Yuyu meruap. Langsung tiada sinar keinsafan. Susah sangat ke nak minta
maaf? Duit yang dihulur tidak di sambut. Kaki di angkat tinggi pantas dia menghentak
kuat ke atas kaki Hasif.
“Arghh” Terlompat Hasif. Kesakitan
di kaki terasa menyengat. Tanpa amaran kakinya di pijak kuat.
“Sedap ke tidak, kau melantak sampai
habis jugak. Itu kek hari jadi abah aku tahu.” Geramnya hati. Rasa macam hendak
di tinju sahaja wajah kacak lelaki itu. Biar cacat. Biar betukar jadi muka
memerang tanah.
“Bukan salah aku. Apasal kau tak
tulis hak milik engkau atas kek tu?” Hasif masih menjawab. Kakinya terasa kuat
berdenyut. Ini mahu seminggu sakit.
“Kecik saja aku nampak kau nilah.”
Pantas Yuyu berlalu. Berlama lagi tak mustahil segala jurusan seni
mempertahankan diri akan di keluarkan. Malang bertimpa sejak dia bertemu dengan
Hasif.
Surat Cinta Untuk Disana : Salam semua...x tahu nk tulis apa dah...salah silap cetegur...sebarang ulasan boleh letak kat bawah..
best2.. smbng lagiiii
BalasPadamtq Ruunna Qizbal...
PadamBEST...
BalasPadamtoce!! baby mio...hak3
Padamgreat..cpt2 sambung ;)
BalasPadamhahaha
yoozara
akan di usahakan :)
Padam