“Tak sudah-sudah lagi nak berkepit?”
Mama bertanya. Dia hanya mampu tersenyum melihat telatah anak dan menantunya.
Si kecil memang tiada harapan nak merasa tidur atas baby court. Dari tadi asyik
berada di atas riba. Masing-masing teruja dengan kelahiran ahli keluarga baru.
“Orang tengah bahagia mama.” Hasif
ketawa kecil melihat telatah Amjad. Dia gembira walaupun di dalam hati ada
terselit rasa cemburu. Mereka seusia tetapi Amjad terlebih dahulu berpeluang
memegang gelaran berharga itu.
“Tahu tak apa.” Amjad tersenyum
senang hati. Tadi semasa menemani isteri kesayangannya di dalam wad bersalin,
jantungnya bagai mahu di rentap keluar. Takut, teruja dan berdebar-debar
bergabung menjadi satu. Melihat kesakitan isteri kesayangannya untuk melahirkan
zuriat mereka ke dunia membuatkan dia menghargai kepayahan si isteri.
“Dah bincang nak letak nama apa
untuk cucu mama ni?” Puan Sri Azah bertanya. Selepas ini dia adalah bahan
perbualan dengan rakan-rakannya yang lain. Kalau tidak dia hanya mampu menahan
rasa cemburu bila mereka teruja bercerita perihal cucu masing-masing.
“Cadangnya
nak letak nama Nur Firyal Hannan. Okey tak?” Camelia bertanya. Dia suka nama
Firyal. Nama Hannan itu suaminya yang cadangkan.
“Kalau maksudnya baik, mama setuju
je. Ini nak panggil apa ni? Firyal ke Hannan?”
“Firyal.”
“Hannan.”
“Eh, apa pulak?” Amjad dan Camelia
mula bertegang urat.
“Abang cakap dah nak panggil nama
Hannan hari itu.”
“Tak nak. Nak panggil Firyal.”
“Jangan gaduhlah. Panggil je apa yang
korang suka. Itupun nak kecoh ke?” Hasif cuba meleraikan pertelingkahan yang
mula tercetus. Hal remeh macam itupun nak di gaduhkan. Masalah sungguh.
“Entah kamu ni. Habis tak tahu
panggil saja kakak. Untung-untung beradik tak lama lagi.” Puan Sri Azah mengusik.
Lagi ramai lagi bagus. Bertambah meriahlah rumahnya nanti.
“Ke situ pulak perginya mama ni.”
Amjad tergelak kecil bila si isteri mengelengkan kepala. Bukan tak nak, tapi
letih yang ini belum habis lagi sudah di fikirkan nak menambah ahli.
“Mama bergurau ajelah.” Puan Sri
Azah ketawa melihat wajah cuak menantunya.
“Lapar lah mama. Jom kita pergi
makan.” Amjad merungkaikan rangkulan tangannya dari bahu Camelia. Dari semalam
secubit makanan belum sempat masuk ke dalam perutnya.
“Jomlah. Mama pun tak sempat nak
sarapan tadi.”
“Kejap Hasif nak masuk toilet dulu.”
Pantas dia berlalu memasuki tandas yang terletak di dalam bilik yang di duduki
oleh kakak iparnya.
“Kita turun dululah mama. Kejap lagi
dia keluar sayang bagitahu suruh turun ke cafe ye?” Ciuman dihadiahkan di dahi
isterinya. Sebelum dia bangun dari sisi katil.
“Wokep.”
....................
“Tahniah Camelia. Tak sangka aku
engkau dah jadi ibu.” Yuyu berkata riang. Wajah baby perempuan yang berada di
dalam pelukkan Camelia di jengah. Comel sangat. Pipi tu rasa nak di
kunyah-kunyah. Gebunya....
“Terima kasih. Kau datang sorang
saja ke?”
“Dengan keluarga aku. Kejap lagi
diorang datang. Abah terjumpa sepupu dia tadi. Lama sangat borak itu yang aku
masuk jumpa engkau dulu.” Yuyu menjawab. Dalam pada masa yang sama, tangannya
di bawa mencuit pipi si kecil yang sedang nyenyak tidur.
“Nak try pegang?” Camelia bertanya.
“Eh, boleh ke?” Pantas tangan di
hulurkan kepada Camelia. Dia memang sukakan budak kecil. Bau tubuh mereka boleh
buatkan dia menjadi ketagih. Bau masam tapi sangat menyenangkan.
“Boleh, tapi kau bayar sejuta dulu
kalau nak pegang anak saudara aku.”
Yuyu tergamam. Terkulat-kulat dia
memandang Hasif yang sedang melangkah keluar dari bilik air. Apa mamat itu buat
dekat sini? Dasar penyibuk.
“Jangan nak mulakanlah Hasif.”
Camelia menegur.
“Eh, apa pulak?” Hasif tak puas
hati. Mana ada dia kata apa-apa.
“Kata nak pergi sarapan tadi.
Pergilah cepat. Bising mama nanti. Diorang
tunggu dekat cafe.” Dia cuba untuk mengendurkan suasanan yang bila-bila masa
akan bertukar tegang.
“Yelah-yelah. Kau ingat tu, jangan
nak pegang anak saudara aku. Nanti dapat gen tiga suku engkau, siap kau dengan
aku.” Sempat dia berpesan sebelum ingin melangkah pergi.
“Lantak engkaulah. Nak.” Tangan di
hulurkan kembali kepada Camelia. Malas dia ingin melayan kelaku Hasif yang
kebudak-budakkan. Tak matang langsung.
“Comellah anak engkau.” Yuyu memuji.
Pipi itu di kucup bertalu-talu.
“Kau pernah tengok tak mak budak
kecil tu? Baka baik, hasilnya pun baiklah.” Camelia bangga diri. Bila lagi nak
boleh upkan diri sendiri ye idok?
“Kau jangan nak buat aku muntah
hijau dekat sini. Geli tahu tak?” Tak sudah-sudah nak perasan kata diri tu
cantik. Walaupun dia harus mengakui ‘ibu dan bapa’ bayi memang ada rupa. Nak
cakap depan-depan takut bangga diri pulak.
“Kedengki.”
“Bukan kedengki. Aku ni suka kalau
kau lebih realistik.” Yuyu ketawa bila Camelia menayang wajah tidak puas hati.
“Aku nak buat majlis akikah dengan
cukur jambul dekat kampung di Kedah nanti. Kau nak ikut tak?” Camelia bertanya.
Tok wan dan tok yang beriya-iya benar. Teruja menyambut kelahiran cicit pertama
katanya.
“Jauhnya. Apasal tak buat dekat sini
saja?”
“Dekat sini pun buat jugak. Adik
beradik abah banyak tinggal sebelah utara. Jauh diorang nak datang. Itu sebab
buat dekat sana.Tok dengan tok wan bukan sihat sangat nak datang jauh-jauh. Kau
faham sajalah orang tua.”
“Owh. Apa-apa hal nanti aku bagi
tahu engkau. Tapi...aku mana tahu jalan nak pergi sana.” Dia pernah ke Kedah
tapi hanya pergi ke Langkawi. Tempat lain memang dia tak pernah jejak.
“Pergi dengan akulah.”
“Suami kau nanti macam mana?”
“Kau ni. Kang kalau aku cakap kau bendul, kau marah. Naik kereta sekali
dengan aku punya family la. Ada
faham?” Sabar sajalah dengan Yuyu seorang. Tak berfikir sebelum cakap.
“Oh iye ke?” Yuyu tersipu malu. Betul jugak tu. Kalau dia pergi dengan
Camelia siapa yang nak memandu? Camelia dalam pantang. Dia? Lesen pun tak ada. Break kereta pun dia tak tahu dekat mana
letak. Lingkuplahhh....
“Assalammualaikum.”
Yuyu dan Camelia menjawab salam.
Terpandang sahaja ahli keluarga Yuyu pantas dia memperbetulkan kedudukan tubuh.
“Sihat Camelia?” Puan Juwita
meletakkan buah-buahan dan hamper barangan baby di atas meja sebelum dia
menghulurkan tangan tanda ingin bersalaman.
“Sihat. Mak cik dengan pak cik apa
khabar? Lamanya kita tak jumpa.” Rindu dia terhadap abah dan umi Yuyu bagaikan
terhapus bila terpandang wajah kedua-duanya. Dahulu selalu dia bertandang ke
rumah Yuyu membuatkan hubungannya dengan orang tua Yuyu menjadi rapat.
“Sihat. Kamu tu yang hilang. Tak
talifon pak cik dengan mak cik langsung.” Pak Kadir berkata tenang. Camelia
sudah dianggap seperti anak sendiri. Anak itu begitu menghormati dia dan
isterinya membuatkan mereka suka Yuyu bersahabat dengan Camelia.
“Eh, Camelia pernah cari dekat rumah
lama. Tapi jiran cakap pak cik dengan mak cik dah pindah.”
“Iyalah kamu tu. Lepas ni datang lah
rumah. Bawa suami sekali. Nak juga kami kenal.”
“Ha yang kamu ni, betuah punya anak.
Ada ke patut tinggal hamper dekat abah. Dah patah ke tangan tu?” Puan Juwita
menempelak Yuyu. Sedar-sedar dah hilang macam tu saja. Yang suaminya itupun
satu, manjakan sangat anak.
“Alah. Umi tu lama sangat
bersembang. Penat orang tunggu tahu.” Betullah. Uminya kalau jumpa orang yang
di kenali memang ramah. Bukan ramah biasa, tetapi terlebih ramah.
“Biarlah dia. Bukan berat sangat
benda alah tu.” Pak Kadir mempertahankan Yuyu. Isterinya hal kecil pun nak di
perbesarkan.
Puan Juwita menarik muka. Dah agak
dah. Mesti nak pertahankan anak manja dia punyalah. Berbulu mata bila Yuyu mula
bergayut di lengan suaminya.
“Ha, abah tak kata apa pun.” Bertuah
jadi anak kesayangan. Yuyu tersengih.
Camelia tersenyum. Senang melihat
kebahagian keluarga itu. Gaduh-gaduh manja membuatkan mereka sekeluarga begitu
akrab sehingga pernah menerbitkan rasa cemburu di hati. Yuyu ada kakak yang
penyayang, abang yang bersedia mempertahankan dia pada bila-bila masa dan ibu
bapa yang baik. Sedangkan dia? Hanya ada diri sendiri. Ibu sudah lama
meninggal. Abahnya pula seminggu selepas dia begelar isteri turut mengikut
jejak langkah ibu kerana serangan jantung. Mujurlah dia di kurniakan keluarga
mertua yang baik dan menerima dia seadanya.
“Dah jom balik.”
“Lah, awal lagilah mak cik. Duduklah
dulu. Boleh kenal-kenal dengan family Camelia. Diorang pergi makan dekat cafe.”
Camelia cuba menghalang. Nak dia kenalkan keluarga itu kepada ‘bakal besan.’
Mana tahu menjadi nanti.
“Tak boleh lah sayang. Nanti kalau
ada kesempatan mak cik datang melawat Camelia dekat rumah. Masa tu bolehlah
kenal dengan keluarga Camelia.” Bukan dia tak sudi, tetapi dia benar-benar
sudah terlewat. Kalau dia tak bertemu dengan saudara mereka tadi mungkin dia
boleh berlamaan.
“Aku balik dululah Camelia.” Mereka
bersalaman sebelum mula melangkah pergi.
“Mak cik, Pak cik, nanti ada majlis
cukur jambul, jangan lupa datang tau.” Sempat Camelia memberitahu bila mereka
hampirmelangkah keluar.
“Inshaallah. Kalau tak ada aral kami
sampai. Mak cik balik dulu. Jaga diri kamu elok-elok. Pantang jangan lupa.”
Sempat Puan Juwita berpesan sebelum dia menutup pintu bilik.
......................
“Eh, ada orang datang ke tadi?” Puan
Sri Azah bertanya. Terdapat hamper beserta bakul berisi buah buahan yang
terletak elok di atas meja.
“Itulah mama lambat sangat. Kalau
tidak boleh kenal dengan bakal menantu. Family dia pun datang.” Camelia mula
mengusik Hasif yang sudah mula menayangkan wajah masam.
“Siapa?” Kalut Puan Sri Azah
bertanya.
“Alah Yuyu yang Camelia bagi tahu
hari itu. Tak kan mama dah lupa?” Memori ibu mertuanya cuba di bantu.
“Kau jangan nak merepeklah.” Kenapa
mereka tak sudah-sudah mengaitkan dia dengan si puyu jadian itu? Apa, dekat
wajah dia ini, ada tanda ke yang mengatakan perempuan itu yang bakal menjadi
isteri dia?
“Alah, rugilah mama.” Puan Sri Azah
turut mengusik sama. Merah wajah anaknya membuatkan dia ketawa kecil
kemudiannya. Macam-macam hal.
Surat Cinta Untuk Disana :
Alo...moh layan bab 19...Wokep bg yg tngu cerpen ADANYA DIA UNTUK AKU mybe mlm
ni kalau x ada aral sy akan letak di blog...Kalau x sempat pg besok.. Maaf
sangat2...Ada hal sikit dua tiga hari ni..Tak sempat nak mengadap lptop...
Sperti biasa dah baca cecuba komen...Muahhh
aloooo bestnya.. okay.. mlm ni yeyeyeye
BalasPadamsori meh...Smlm line truk...pg ni baru smpat ltak... :(
Padamsikitnye .. :(
BalasPadam-yoozara-
haha...nanti nxt cap panjang sikit... :)
Padam