“Kau
dengan dia macam mana sekarang?”
“Okey.”
“Aik..Okey
saja? Nafiz tidak puas hati. Dipandang tajam wajah Zafry.
“Dah
tu kau nak aku cakap apa? Setakat perempuan bodoh macam tu aku tak hadap
sangatlah.” Zafry ketawa kecil bagi menutup rasa cangung yang tiba-tiba
menjengah hatinya. Entah mengapa dia dilanda rasa bersalah kerana menuturkan
kata-kata seperti itu.
“Habis
tu kau ingat kau pandai sangat lah?” Nafiz ukir senyuman sinis. Meluat melihat
telatah Zafry. Kalau dulu pasti dia akan bergelak tawa bersama dengan lelaki
itu, tetapi sekarang yang ada dalam hatinya hanyalah perasaan marah dan bengang.
“Kau
apasal?” Wajah Nafiz di pandang dengan riak tidak puas hati. Tiba-tiba nak
sindir dia kenapa?
“Kau
memang tak suka ke dekat Adra?” Pertanyaan dibalas dengan pertanyaan. Dia tidak
berpuas hati selagi jawapan yang pasti dia tidak ketemu. Kalau ‘tidak’ jawapan
lelaki itu, dia dengan senang hati akan mula mengatur langkah.
“Kau
rasa?” Keluhan berat terhembus. Sudah hampir sebulan hubungannya dengan Adra
dingin. Bukan tiada usaha wanita itu ingin menarik perhatiannya, cuma dia
sendiri yang menguatkan hati agar tidak tergoda lagi dengan pujuk rayu
isterinya. Dia tidak mahu sampai satu saat nanti, dia tidak sangup mengungkapkan
kata perpisahan.
“Jadi
kau memang tak nak lah dekat dia kan?” Nafiz tersenyum senang hati.
“Emm…Yup…” Teragak-agak
dia menjawab. Hatinya terasa perit dengan jawapan sendiri. Pantas
sebuah document penting yang memerlukan perhatian segera, terus dicapai. Tidak
mahu rasa bersalah itu terus menghantui dirinya.
“Kalau
kau tak nak, tak bermaksud orang lain pun tak nak.” Tanpa dapat ditahan
kata-kata itu meluncur dari bibirnya. Terbayang raut wajah Adra yang sedang
mengukir senyuman. Ahh..Hatinya
bergetar lagi.
“Pardon me?”
Berkerut dahi Zafry. Document yang dipegang terus ditutup. Dia bagaikan
terdengar Nafiz mengatakan sesuatu.
“Nothing..” Semakin
lebar senyuman menguntum di bibirnya.
Bingkai
gambar yang menjadi hiasan mejanya dipandang. Rindu terasa mengamit hatinya
bila mana terpandang raut wajah yang selama ini sentiasa ada di sisinya saat
susah dan senang.
Mata
dipejam rapat. Dia perlukan seseorang bagi meredakan rasa hatinya yang
berbolak-balik selama ini. Seketika kemudian mata dibuka perlahan. Wajah Nafiz
dipandang. Bibir diketap seketika bagi mengumpul semangat untuk meluahkan kata.
Dia yakin pasti lelaki itu akan terperanjat mendengar kata-katanya nanti.
“She’s pregnant.”
Dipandang wajah Nafiz dengan riak kosong.
“Who?”
Dup! jantungnya bagaikan direntap. Terpinga-pinga dia memandang wajah Zafry. Senyuman
yang bermain dibibir hilang dengan sendiri.
“Adra.”
Tangan dipekup pada wajah. Terus rasa pening menjengah. Dia sakit kepala bila
memikirkan tentang kandungan Adra yang sikit masa sahaja lagi akan menampakkan
bentuk. Masa itu pasti ayahnya akan sedar. Dan masalah yang perlu dia atasi
akan bertambah rumit.
“Kau
cakap kau tak nak anak.” Nafiz panas hati. Semakin erat tangan digengam. Dia
tahu prinsip Zafry yang tidak mahu hidup berkeluarga. Bahkan berkali-kali
lelaki itu memberitahu yang dia tidak mahukan anak. Sekarang satu-persatu
prinsip itu dilanggar. Zafry memang tak guna!
“Habis
tu kau ingat aku nak sangat ke? Kalau aku boleh suruh dia buat abortion dah lama aku suruh lah.” Melengking
kuat suaranya bergema memenuhi ruang bilik.
“Yang
kau tak guna protection tu kenapa?” Nafiz
tak peduli. Suaranya juga kuat bertingkah dengan Zafry. Sedetik kemudian dia
bagaikan tersedar. Tangan diletakkan di dada bagi meredakan rasa panas di hati.
“Dah
lah. Aku ingat ada kawan boleh nak kurangkan beban. Buat tambah lagi masalah adalah.”
Bengang dia dengan tingkah Nafiz. Yang nak angin sangat kenapa?
“Okey. My mistake…
Sekarang apa kau nak buat?” Nafiz angkat kedua tangan tanda mengalah. Dia tak
boleh terbawa dengan perasaan. Segala apa yang dia angankan bakal musnah kalau
lelaki itu tahu tentang perasaan terhadap Adra.
“Sebab
itulah aku bagitahu engkau. Kalau aku tahu apa nak buat tak adanya aku nak
kecoh.”
Nafiz
tersandar pada kerusi. Dia boleh menerima Adra kalau lelaki dihadapannya
sekarang lepaskan wanita itu. Tetapi anak? Mata dipejam. Cuba membaca kemahuan
sendiri.
“Kau
nak suruh dia gugurkan ke?” Teragak-agak Nafiz bertanya. Kalau orang lain dia
tidak tahu, tetapi dia yakin Zafry mampu lakukan jika lelaki itu mahukan
begitu.
“Aku
tak tahu.” Dia memang mahu Adra gugurkan kandungan, tetapi untuk mengungkapkan
kata-kata itu, dia tak mampu. Hatinya kuat bertingkah bila berhadapan dengan
Adra. Mulutnya akan kaku bila melihat renungan mata itu yang bagaikan merayu
memandang ke arahnya.
“Kita
tutup cerita pasal Adra…Kau keluar tak petang ni?” Dia sudah tidak boleh hanya
mengharapkan keajaiban. Semakin lambat dia mengatur langkah semakin kecil
peluangnya bagi mendapatkan Adra. Tidak boleh tidak. Hari ini dia kena
memulakan misinya.
“Aku
kena pergi Seremban kejap lagi. Kenapa?”
“Tak
ada apalah. aku ingat nak ajak kau keluar. Dah lama dah kita tak keluar melepak
sekali.”
“Nanti-nanti
lah kita keluar.” Dia menjawab malas. Keinginannya untuk bersuka-ria bagaikan
sudah terhapus semenjak mendapat berita mengenai kehamilan Adra.
“Kalau
macam itu, tak apa lah. Aku keluar dulu.”
Berkerut
dahi Zafry memandang tingkah Nafiz yang berubah. Kelibat sahabatnya yang sedang
berlalu dengan nyanyian bermain dibibir membuatkan dia tertanya-tanya sendiri.
Talifon
dipandang. Saat ini dia benar-benar perlukan seseorang untuk meluahkan
perasaan. Nafiz bukanlah pendengar yang baik seperti yang dia harapkan. Teragak-agak
talifon diangkat. Jarinya dibawa menekan satu persatu nombor yang terakam kemas
dalam ingatan.
“Love…”
…………………………
“Kau
buat apa dekat rumah aku?” Wajah Nafiz dipandang tajam. Buka sahaja pintu dia
terperanjat melihat lelaki itu sedang bersantai di atas sofa. Pandangan mata
dibawa mencari kelibat Adra. Entah mengapa hatinya panas secara tiba-tiba.
“Sajalah
aku datang. Kenapa tak boleh ke?” Air coke diteguk. Matanya tak lepas dari
memandang wajah Zafry. Hatinya galak bergelak ketawa. Kejutannya bakal bermula
hari ini.
“Siapa
bagi kau masuk?” Kasutnya ditanggal kasar. Terus dia bergerak mendapatkan
Nafiz.
“Kau
lupa ke, aku kan ada ini?” Access card
ditayang dihadapan Zafry. Dulu saban hari dia bertandang ke condo lelaki itu. Bagi memudahkan dia keluar masuk, Zafry
memberikan dia access card dan kunci pendua. Selepas pernikahan lelaki itu
sahaja dia sudah tidak datang bertandang.
“Adra…Adra…”
“Kau
nak buat apa panggil dia?” Nafiz bertanya dengan senyuman bermain dibibir. Seronok dapat mempermainkan Zafry. Jelas
terpeta riak kerisauan pada wajah itu. Tetapi kerisauan sahaja belum cukup
untuk mematikan hasrat hatinya. Best Man
Win. Itu tekatnya!
“Abang..”
Zafry
kalih pandang. Sakit hatinya melihat Adra yang sedang tersenyum melangkah
keluar dari dapur. Tiada langsung riak bersalah pada wajah itu kerana
membenarkan Nafiz masuk ke dalam rumah.
“Abang
Nafiz tunggu kejap. Adra ada buat sizzling. Nanti kita makan sama-sama.”
Abang
Nafiz? Wajah Nafiz dan Adra dipandang. Dia tergelak sinis.
“Lama
pun tak apa. Abang boleh tunggu. Kan Zafry?”
“Kau
nak tinggal terus dekat sini pun aku tak kisah.” Tanpa mempedulikan keduanya
dia terus melangkah masuk ke dalam bilik. Tubuhnya yang melekit kerana seharian
melakukan tugas luar perlu segera disegarkan.
“Kenapa
dengan dia?” Adra pandang wajah Nafiz. Pelik melihat tingkah suaminya.
“Biasalah
dia tu.” Senyuman dihadiahkan buat Adra. Dia sudah pasti mengenai sesuatu. Dia
mahukan Adra. Dan dia yakin dia pasti akan dapat menerima anak yang dikandung
oleh wanita itu dengan tangan terbuka kalau dia diberi peluang.
“Adra.
Aku rasa dah masak.”
Adra
pantas menoleh ke belakang. Senyuman menguntum dibibir bila terpandang wajah
Natrah dimuka pintu dapur. Tadi hampir luruh jantungnya bila gadis itu
tiba-tiba sahaja terpancul di muka pintu rumahnya.
Tambah
memberikan kejutan bila terpandang wajah lelaki yang menjadi pengapit suaminya
semasa majlis perkahwinan mereka. Sungguh dia terlupa mengenai Nafiz, lelaki
yang pernah mengejarnya suatu ketika dahulu. Bahkan ingatannya mengenai lelaki
itu juga langsung tidak menjengah fikiran.
“Sekejap.
Suami aku dah balik. Nanti kita makan sekali.” Adra tunjuk isyarat tunggu
kepada Natrah dan Nafiz sebelum dia melangkah menuju ke dalam bilik.
……………
“Abang
tak mandi lagi ke?” Teragak-agak Adra bertanya. Dipandang tubuh suaminya yang
sudah terlentang di atas katil dengan baju kerja yang masih tersarung pada
tubuh. Lama menunggu. Masih tiada jawapan yang terluah dari bibir itu.
“Abang..”
Keluhan kecil terhembus. Dia sudah tahu apa yang perlu dilakukan. Konsep tunggu
dan lihat yang beberapa minggu ini dia praktikkan langsung tidak berguna. Semakin
hari semakin jauh lelaki itu darinya. Risau jika dibiarkan terlalu lama,
semakin besar tembok yang tercipta antara mereka. Kali ini sekuat mana pun penolakkan lelaki itu
dia tidak akan ambil peduli. Katil dipanjat. Tubuh dibaringkan di sebelah
suaminya.
“Abang
tak nak kenal dengan kawan Adra ke?”
Pertanyaan
Adra tidak dijawab. Nafas yang terasa semput sedaya upaya ditahan. Apa kena
dengan isterinya? Naik kejung dia bila jemari itu nakal bermain di dadanya. Butang
baju kemejanya juga sudah mula ditanggalkan satu persatu oleh jemari itu.
Adra
tersengih bila wajah suaminya sudah sedikit kemerahan. Sungguh dia malu mahu
melakukan aksi ‘luar biasa’ seperti itu. Tetapi dia tidak peduli. Biar dia
didendangkan dengan bicara berbisa lelaki itu pun tidak mengapa asalkan bibir
itu tidak berterusan membisu. Bibir dimuncungkan. Leher suaminya ditiup
perlahan.
“Kau
nak buat apa ni?” Terus matanya dibuka. Tidak tahan dengan aksi Adra.
“Jomlah
keluar makan.” Dagunya diletakkan pada dada Zafry. Matanya pula tidak berkedip
memandang wajah itu. Kali ini tangan dibawa memeluk tubuh itu erat. Risau jika
suaminya mahu buat aksi WWE. Boleh tertongeng dia jatuh atas lantai nanti.
“Adra..Please..” Rangkulan tangan isterinya
yang kuat membelit pingang cuba dirungkaikan. Risau jika dia lemah hanya kerana
tergoda dengan rayuan isterinya.
“Kalau
abang tak nak keluar, kita duduk saja macam ini sampai bila-bila.” Kaki
disilangkan pada betis itu. Cuba mematikan pergerakkan suaminya.
“Abang
tak kesian dekat Abang Nafiz dengan Natrah ke kena tunggu lama-lama dekat luar?
Nanti apa pula dia orang fikir kalau kita tak keluar dari bilik.”
“Natrah?”
Berkerut dahinya. Bukan Nafiz sahaja ke yang datang?
“Adik
abang Nafiz lah.Dia tu kawan Adra. Abang tak kenal ke?”
“Nafiz
datang dengan Natrah ke?” Terbayang seraut wajah cantik milik Natrah. Hanya
beberapa kali sahaja dia pernah berbual dengan gadis itu.
“Iyalah.
Natrah tolong Adra dekat dapur tadi” Adra pelik. Apa kena dengan suaminya.
Mustahil dia akan membenarkan Nafiz masuk ke dalam rumah tanpa ada lelaki itu. Gila
ke apa? Dia masih tahu lagi halal haram. Biarpun Zafry tidak ambil peduli,
tetapi maruah lelaki itu pasti akan dia jaga. Cuma hari ini kedatangan Nafiz
bersama dengan Natrah. Biadap pula kalau dia membiarkan lelaki itu menunggu di
luar.
“Cepat
mandi. Adra nak keluar dulu.” Tubuhnya direngangkan dari Zafry. Dimatanya
terbayang sesuatu. Hadiah Zuhana sempena hari perkahwinannya pasti berguna. Kalau
melalui masakan Zafry tidak tergoda, dia yakin senjata terakhirnya itu pasti
akan berjaya.
“Malam
ni Adra ada hadiah untuk abang.” Dia berbisik perlahan pada telinga suaminya
sebelum melangkah pergi dengan wajah yang membahang. Adra Afeefa… Gambatte!
Surat
Cinta Untuk Di Sana : Soli meh lambat… Next bab kita brkenalan
dengan ‘My Love’ Zafry dan Mak Edah. Bab2 awal akan sy rombak sebab nak
sesuaikan dengan cerita. Korang nak cerita ni ‘bergula’ sentiasa atau campur
dengan ‘cili’ sedikit? Kot rajin tinggalkan lah komen dibawah ni sbagai tonik
untukku…hehe.. Papai…Muahhh… (Nanti saya upkan jajan’s ‘Baby Jelly’ di blog… :)
best2... smbng lagiii
BalasPadamAkak nak campur cili sikit2...hik hik hik
BalasPadambagi cili sikit baru pedas
BalasPadamnak gula byk n tmbh cili sikit je..cili bnyk sgt nanti tlbih pdas plak....hehe
BalasPadammanis2 tu perlu ada ,lebih sket pun xpe ;)
BalasPadamlepas tu bleh la tambah cili sket..tp jgn buat pedas sgt..xbaik utk perut..hahaha..
Adat hidup di dunia...mustahil akan manis aje...ye tk? Ada pahit, masam, masin..pedas...so...kalu sume ada pasti akan lebih menarik...hehehe
BalasPadamSedap.
BalasPadam