“Walamak.
Phewwitt..” Camarul berbunyi jahat. Dalam hati mengeletek ketawa. Rasa kelakar
pulak di rasakan bila Yuyu memakai skirt labuh bewarna putih dengan Kemeja pink
lembut. Matanya di bawa menjelajah ke kaki dahulu. Takut Yuyu ‘tersilap’ kasut
lagi. Bagus, kasut siap bertumit. Jangan terpeleot
sudahlah.
Yuyu
menutup perlahan pintu kereta. Tersipu-sipu dia duduk. Senyuman menawan di
hadiahkan kepada Camarul. Terkedip-kedip matanya.
“Jangan
cakap apa. Yuyu tengah praktis nak jadi setiausaha terayu abad melanium.”
Dagunya di naikkan sedikit. Rasanya cun tak macam ni?
Mendengar
jawapan Yuyu, Camarul ketawa kuat. Patutlah dah macam robot dalam proses
pembinaan sahaja lagaknya. Keras sana sini. Nampak macam orang tak cukup akal
pun ada jugak.
“Dah
tak payah nak ayu sangatlah. Be yourself
ok. Confident level tu yang penting.
Kalau ayu saja tapi kerja satu habuk pun tak tahu buat, tak guna jugak.”
Mendengar
kata-kata Camarul, pantas Yuyu tersengih. Memang Camarul abang yang paling
memahami. Jangan risau ha abang. Nanti
Yuyu kerja Yuyu usya mana-mana perempuan
yang sesuai untuk abang. Dan paling penting sesuai untuk menjadi kakak iparnya.
“Ic
hilang tu dah jumpa belum?” Soalan maut dari Camarul terus mematikan senyuman
Yuyu. Time mood tengah up nilah Camarul nak ingatkan dia
tentang ‘lelaki’ itu.
“Belum.
Nanti-nantilah Yuyu Cari.” Itulah dia gatal mulut sangat nak bercerita. Nasib
baik intro cerita di mulakan dengan ic nya hilang. Itupun leteran Camarul sudah
penuh berkotak. Kalau Camarul tahu dia bergaduh dengan orang, mahu lebam
telinga mendengar segala macam nasihat.
“Nanti-nanti?
Cik oii, ic tu penting. Kalau kena tahan nanti abang tak nak pergi jamin.”
“Baik
boss. Balik karang Yuyu cari.” Yuyu memberikan jaminan. Mana dia nak cari Mamat
tu? Menyusahkan betullah.
“Nak
sarapan dulu tak?” Camarul bertanya.
“Tak
kot. Dah lewat.” Putus selera bila terfikir tentang lelaki tu.
“Lewat
apanya. Awal lagilah, Baru pukul lapan setengah. Makan dululah, nanti masuk
angin perut tu.”
“Hemm.”
Nak di bangkang lebih-lebih kang syak
pulak abang dia.
“Aipp..hemm saja? Selalunya kalau bab
makan siap mintak macam-macam. Demand
melebih.” Sedikit kehairanan di situ. Camarul melihat sekilas wajah Yuyu. Tidak
beriak.
“Orang
excited kerjalah. Tak lalu nak
makan.”
“Merepek.
Apa punya jawapan tu.”
“Betullah.
Gaduh dengan abang terus buat Yuyu lapar. Cepatlah. Nak makan kat mana ni?”
Yuyu pura-pura teruja. Aduh, jangan tanya banyak sangatlah Camarul Yuzairy.
Otak tengah tepu ni nak mereka alasan.
“Mulut”
Jawapan Camarul membuatkan dia mendapat habuan dari Yuyu. Terasa berdenyut bahu
di tumbuk.
“Orang
kalau tak berselera makan memang ambil nasi lemak banyak ni saja ke?” Camarul
bertanya sinis. Mulut kata tak mahu tapi di bantainya
nasik sepinggan penuh. Sambal ikan bilis tak usah cakap, selaut.
“Cirit
nanti tak tahulah. Banyak sangat sambal tu.” Camarul berbisik perlahan bila
Yuyu masih menambah sambal ke dalam pinggan.
“Tak
apa. Yuyu perut kebal. Bukan macam perut abang. Second hand.” Yuyu berkata bangga. Camarul, nampak sahaja brutal
tapi makanan pedas tak usah bagi, menitis-nitis air mata keluar kalau termakan
makanan yang kalau ikut selera Yuyu sipi sahaja pedasnya.
“Cakap
besar.” Menyampah pulak Camarul mendengar kata-kata Yuyu. Pantas dia berlalu
menuju ke arah meja kosong.
“Tak
tunggu Yuyu pun.” Muncung Yuyu panjang keluar.
“Nak
tunggu apanya. Bukan abang nak larikan diri pun. Makan cepat. Nanti lewat
pulak.” Dengan lafaz Bismillah Camarul memulakan sarapan. Dalam pada itu dia
sempat memandang Yuyu yang terus menyumbat nasi ke dalam mulut.
“Tak
baca Bismillah. Kongsi makanan dengan syaitan tahu?” Camarul menegur.
“Dah
baca dalam hati.” Alamak gelojoh sangat terlupa lah pulak.
“Bismillahirahmanirahim”
“Eh,
kata dah baca dalam hati?” Nampak sangat menipu. Camarul mengelengkan kepala.
Tak senonoh betul.
Yuyu
tersengih. Diangkat jari menunjukkan isyarat peace. Nak buat apa lagikan? Itu
jelah mampu. Dah memang salah sendiri.
“Abang
nak tanya sikit, Macam mana Camelia boleh dapat kerja ni? Pakai ‘kabel’ ke?”
Camarul lega. Akhirnya terluah juga ayat yang bermain-main di fikirannya sejak
dua hari lepas, selepas Yuyu memberitahu yang dia di terima bekerja. Entah
mengapa dirasakan pelik pulak bila syarikat besar itu ingin mengambil adiknya.
“Eh
tolong sikit. Yuyu ni kan cerdik.” Suapan yang tergendala di teruskan.
Banyaklah kau punya cerdik Yuyu oi. Kalau tak di sebabkan Camelia, tak adanya
dia nak dapat jawatan setiausaha tu. Dalam hati Yuyu sempat mengutuk diri
sendiri.
“Jangan
puji diri sendiri sangatlah. Geli tahu dengar.” Terus Camarul mencapai
minumannya. Ingin menolak nasi yang dirasakan melekat di kerongkong dek mendengar ayat masuk bakul angkat
sendiri Yuyu.
“Jeleslah
tu.”
“Tak
ada maknanya nak jeles.”
Hasif
menjengah segenap ruang kedai makan. Ternampak sahaja meja kosong terus laju
kakinya melangkah. Tersengih gembira bila sekian lama menunggu akhirnya ada
juga meja kosong.
Selepas
berdoa Hasif memulakan suapan. Sambil itu matanya menjelajah sekeliling kedai
makan. Satu objek yang sedang bergelak ketawa dengan seorang lelaki yang
membelakanginya mencuri tumpuan. Matanya di kecilkan. Sah! Budak cedera otak.
Dalam pada masa yang sama minah itu turut memandangnya. Jelas kelihatan wajah
itu berubah riak. Terjegil-jegil mata perempuan itu merenungnya.
“Eleh,
ingat aku takut?” Hasif berkata perlahan. Kejap lagi dia nak jadi spy nak intip mana tempat kerja budak
tu. Misi untuk memberi kesedaran sivik harus di mulakan dengan segera. Dalam
hati dia ketawa jahat.
Yuyu
panas hati. Banyak-banyak tempat makan dekat sini juga kau nak bertengek. Apa
dah pupus ke kadai makan lain? Kalau di ikutkan hati nak saja dia pergi ke meja
lelaki itu dan menuntut balik segala sijil dan kad pengenalannya. Tetapi
mengenangkan Camarul yang tidak tahu hujung pangkal, disabarkan hati.
“Apasal?”
Camarul bertanya. Hairan melihat sikap Yuyu yang berubah laku. Nampak
mengelisah dengan mata terjegil-jegil. Terkebil-kebil dia memandang bila Yuyu
menyuap sesudu sambal ke dalam mulut. Tidak sempat untuk menghalang.
“Wargh,
pedas, pedas.” Terus terhenti isyarat berlawan cakap melalui pandangan mata
dengan lelaki biadap tersebut.Yuyu mengipas-ngipas lidah mengunakan tangan. Air
teh tarik di capai. Terus disedut rakus. Belum sempat menjengah kerongkong dia
menyemburkan kembali. Putus lidah kalau macam ni.
“Panas,
panas.”
Melihat
aksi Yuyu yang sudah seperti kerasukkan Camarul turut membantu yuyu mengipas
lidah mengunakan tangan. Merah padam wajah adiknya. Air mata mula berlinangan
di kolam mata itu.
“Itulah.
Lain kali jangan gelojoh. Entah apa di kejarkan sangat.” Sedikit bengang
Camarul dengan sikap lepas laku Yuyu.
Hasif
mengekek ketawa. Ambik kau. Terasa kelakar di rasakan wajah itu. Bagus-bagus,
lepas ni tak adalah bicara menusuk kalbu di ucapkan. Kalau bisu terus lagi
‘cantekk’.
“Kenapa
abang tu ketawa sorang-sorang ibu?” Dalam pada itu telinganya cekap menangkap
bicara seorang kanak-kanak lelaki yang melintas sebelah meja yang didudukinya.
Tangan comel itu menunjuk-nunjuk ke arahnya.
“Abang
tu ‘sakit’.” Tiga patah perkataan yang di ucapkan oleh ibu muda itu sebagai
jawapan kepada persoalan anaknya membuatkan wajah Hasif terasa membahang dek
kerana malu. Mati terus tawa yang bersisa. Agak-agaklah nak bagi jawapan. Dalam
pada masa itu dia memandang sekeliling. Beberapa pasang mata merenungnya dengan
pandangan pelik. Ingin sahaja di beritahu yang dia tak gila. Ini minah tu punya
pasal. Dalam hati dia sempat menyalahkan Yuyu.
Hasif
tidak tunggu lama. Pantas dia berlalu menuju ke kaunter untuk membuat bayaran. Terus
terlupa dengan niatnya untuk menjadi spy.
Sementara
itu Camarul menyerahkan air kosong yang di mintak dari Mak Jah pemilik kedai
makan itu kepada Yuyu.
Tersandar
Yuyu di kerusi makan. Pijar di lidah terasa sedikit berkurangan. Tangannya
masih belum berhenti mengipas wajah bagi menghilangkan bahang kepanasan yang
terasa meruap di wajahnya. Di dalam hati dia mengomel geram. Asal jumpa mamat
kurang ajar pasti ada sahaja perkara yang tidak best terjadi dalam hidupnya.
Surat Cinta Untuk
Disana : Salam! Elowww!!! Namaste! Vanekem!.Sawadikap!..(merepek)...Saja
mengilakan diri di petang hari...Sila baca bab 8 kalau sudi....macam biasa
kalau rajin conteng2 la kat bawah ni sikit...hahaha...babai...
hahaha....kelakor giler kot....
BalasPadamopps...lupa lak nk bg slm
Sawadikap,kap kum kap....hehe
nice story....smmbg lekaih...
tq2 sudi baca cerita yg 'hampeh' ni...haha
PadamBest :-)
BalasPadam-Dilah-
tq cik dilah..
Padambeb...mmg best la..aku nk bc ja..maleh nk komen dah..sb lau aku komen pon..'bestnyer...daebak...doozy....wow...tahniah..' aku dah xdak ayat lain dah...so aku nk bc ja..lau ada yg x kena bwu aku komen k..tp aku rasa xyah komen dah ni..hahahha...
BalasPadamak nak mung komen jugak...ak x kira....!!!! ini arahan mandatori... kahkah..(dasar hitler)
Padamhahaha...xpayah nk hitler sngt ngn aku...cepat skit....xsabaq nk bc dah ni....
Padamhahha..memang klakar lah..ase macam nak teguling-guling baca part nie..adoi...
BalasPadamtq darling... :)
Padam