“Abang
Yuyu rasa Yuyu ni nak demam. Rasa panas jer badan. Kepala ni dari semalam asyik
berdenyut.” Tangannya memicit-micit dahi sendiri. Sesekali terdengar suaranya
mengerang kesakitan.
“Dah,
tak usah jadi pemenang anugerah Oscar. Tadi elok je baham roti canai dua
keping. Tak der tanda orang nazak
pun.” Ini Camarul tahu, tak mudah termakan dengan tektik kering Yuyu. Tiap kali
nak bawa datang temuduga mulalah sakit segala macam datang. Jangan harap kali
ni dia nak tertipu. Sakit sikit, mengadanya lebih.
“Orang
tak tipulah. Sakit betul ni. Karang kalau Yuyu pitam tak tahulah abang. Mesti
abah marah.” Sebelah matanya dibuka. Ingin mengintai reaksi Camarul. Relaks jer
pun. Apasal tak jalan pulak tektik dia kali ni? Ahhh..Yuyu teruskan dengan
lakonan kau. Mana tahu kejap lagi abang kau terpukau dek lakonan kau yang malatop kebabom ni. Bisikan nakal
kedengaran. Yakin boleh pasti berjaya.
“Sakit
betul ke? Abang ingat nak ajak pergi shopping dulu, baru pergi temuduga. Kalau
macam tu kita balik jelah ye?” Camarul pura-pura mengambil berat. Tungulah
kejap lagi. Yuyu dengan shopping dah
macam adik beradik kembar. Mesti kebah punya dari demam ‘acting’ tu.
“Rasa
macam dah ok sikit. Tak per kot kalau pergi kejap shopping, boleh tahan lagi ni.” Pantas Yuyu membuka mata.
Keterujaan jelas tergambar di wajahnya. Terbayang baju berjenama Timberland
yang dia nampak di sebuah kedai di Mid Valley beberapa hari lepas. Nak pujuk
Camarul kejap lagi, mintak tolong beli.
“Ha
kan dah kata. Belakon je lebih.” Camarul ketawa. Sebut shopping terus hilang sakit.
“Aduhh..duh,”
Yuyu kembali melakokan watak kurang upaya. Alamak, macam mana boleh kantoi ni?
Engkau memang derhaka kat aku Encik Shopping.
Aku ceraikan kau sekarang jugak.
“Dah
tak payah sakit sangatlah. Ke Camelia nak abang bagi cadangan dekat abah mintak
ambil Camelia kerja dengan dia?” Camarul menjengah kepala ke kiri dan kanan.
Mana pulak Twin Holding ni?
“Tu
ugutan ke, pertolongan?” Wajah selamba todak Camarul sedikit membarakan hati
Yuyu. Macam tak tahu pulak. Dia ni kalau boleh tak nak kerja dengan abah.
Garangnya, ya ampun. Mesti peluang dia nak bergembira menghiburkan hati
tertutup punyalah. Lagipun apa barang kerja kedai runcit. Ingat muka dia yang
comel tak henggat ni stok jaga mesin
duit yang bunyi kting-kting tu ke?
“Pertolonganlah.
Ok apa kerja dengan abah.” Tahu sangat perangai Yuyu. Tak der maknanyalah dia nak tayang muka kat kedai abah tu. Geram jugak
dia kadang-kadang. Belagak mengalahkan anak menteri. Perangai macam jantan,
tapi bajet cun macam ratu dunia. Pitam. Kedai abah tu bukan sebarangan kedai.
Siap ada berpuluh cawangan lagi. Ala-ala Speed Mart tu.
“Tak
naklah. Abah tu tak rock.’ Yuyu pantas bangkang. Sungguh dia bukan belagak.
Tapi ada satu rahsia yang menyebabkan dia tak boleh kerja di kedai abah. Rahsia
yang memalukan. Memanglah banyak cawangan tapi dia yakin abah mesti hantar dia
bekerja dekat Seksyen 27 punyalah. Tempat tu dah jadi tempat alergic kepada dia.
“Woit,
apa rock-rock, bukannya nak jadi penyanyi. Ingat abah tu Ramli Sarip ke?”
Camarul tersengih lebar bila matanya cekap menangkap Bangunan Twin Holding yang
gagah perkasa berdiri nun di seberang sana. Tersengih bukannya apa, menutup
kebengangan terhadap diri sendiri. Macam mana dia tak sedar yang bangunan Twin
Holding selang satu blog sahaja dari salah satu bengkel kereta miliknya? Selama
ni langsung tak pernah terajin dek matanya nak membaca nama bangunan tu.
Yuyu
turut menyedari perkara yang sama mula merangka idea untuk mempermainkan abang
tersayang. Selepas subuh tadi terus Camarul mengajaknya keluar. Gayanya nak
mencari Twin Holding macam teruk sangat. Buat malu saja.
“Cantikkan
bangunan tu? Tapi ada lagi satu bangunan, laaaggiii cantik. Tu kat hujung tu.
Dulu tu port lepak Yuyu. Abang pernah pergi tak lepak situ?” Mukadimah untuk
mencari pasal di mulakan. Perkataan ‘lagi’ di tekankan. Kalau tak terasa tak
tahulah.
“Tu
ayat nak suruh abang humban Camelia keluar dari kereta ni. Nak ke?” Camarul
memberhentikan kereta di hadapan pintu utama Syarikat.
“Ha
tunggu apa lagi, turunlah. Abang tunggu kat bengkel. Dah sudah temuduga terus
pergi bengkel. Jangan nak merayap pulak.” Sedikit pesanan khidmat masyarakat
Camarul perdengarkan. Yuyu ni bukan boleh pakai sangat. Merayap mengalahkan
jantan.
“Yuyu
datang ni nak temuduga jawatan apa?” Selamber Yuyu bertanya. Betullah dia tak
tahu jawatan apa yang kosong. Dah orang suruh datang, datang jelah. Kang tak
nak kecil hati pulak.
“Ya
Allah budak ni. Setiausahalah. Ni mesti tak prepare
apa-apa pun kan? Dah seminggu abang bagitau. Itulah, otak tu fikir main jer
kerjanya.” Camarul mula bengang. Kecil-besar sahaja di rasakan Yuyu waktu ini.
Yuyu
pantas membuka pintu kereta. Yakuza Brother dah mula marah. Baik dia cabut.
Yihaaa...Encik boss aku datang. Pantas dia berlari.
Camarul
tergeleng kepala melihat aksi lepas laku Yuyu. Macam-macam pe’el adik
kesayangan dia tu. Pagi tadi semasa menjemput Yuyu riuh rendah jadinya. Mahunya
tak, pakai seluar jeans dengan baju t-shirt katun Spongebob nak datang
temuduga. Puas berbalah barulah Yuyu mengalah. Pakai baju kurung berkedut
seribu. Karang nak di marah lebih-lebih, datang penyakit ‘Say No For Work’ parah pulak. Kalau acting sebab nak kerja tak pe. Ini belakon sakit sebab tak nak
kerja.
Camarul
yang mula mahu mengerakkan kereta terperanjat bila cermin keretanya di ketuk
secara tiba-tiba. Wajah tersengih Yuyu menjelma di hadapan mata. Apa lagi ni?
Cermin kereta di turunkan.
“Apasal
pulak ni?” Wajah Yuyu yang sedang tersengih menghairankannya. Ajaib takkan tak
sampai seminit temuduga dah selesai?
“Orang
lupa ambik fail la. Ambik kejap kat belakang tu” Memuncung mulutnya menunjuk
fail yang elok ‘beristirehat’ di seat
belakang.
“Muda-muda
dah nyanyuk. Nah.” Camarul menyerahkan fail berisi resume dan sijil. Banyak
juga sijil adiknya. Fail bertukar tangan.
“Thank you, my
super duper lovely brother.” Yuyu kembali mengatur
langkah. Dalam pada itu telinganya
cekap menangkap kata-kata Camarul.
“All the best my
darling sister.” Camarul tersengih bila Yuyu
memberikan tabik hormat. Ada-ada saja karenah adiknya seorang tu. Tetapi tak
lama senyuman tu bertahan di wajahnya. Di tempik kuat nama Yuyu. Malangnya
tubuh itu sudah menghilang di dalam bangunan. Gila, Tak pernah di buat orang
pakai baju kurung dengan kasut sport. Dah lah baju merah menyala, kasut kuning
meqengau.(bahasa utara mengambarkan sesuatu yang pekat atau terang) Di
hantuk-hantuk kepalanya ke stereng kereta. Nampaknya jadi pengangur lagilah
adiknya. Attitude Fail.
Surat cinta Untuk Disana: Ini ajer sempat bg..tetiba pening...edit2 pn x sempat...kalau ada yg tersalah harap di maafi...Ada tanya pasai cover...Hahah... tahu bab mengedit cover sy sgatlah x kretif.... Jadi hanya cover adik2 darjah satu ni jelah mampu dibuat...(malu)...Kalau sapa rasa buruk sangat ya amat...sudikanlah diri bantu sy buat satu...kahkah (memang aku x tau malu)....layan jelah bab tiga ni...pendek jer pun..
Hahaha...yuyu...yuyu. Ada je alasan dye tamo pi kerja. Tp eira curious lah kak asal dia berkeras tamo kerja dgn ayah dye? Mesti ada something wrong somewhere rite ? Ecehh. Btw,bila akak nak sambung cerpen psl Sara tu? Sy minat giloss cite tu ^^. Ops! Sori klu akak rasa sy merapu kat sini. Peace ^^v
BalasPadam-eira-
yg x mau keja tu,,nnti kita story mory...hahah... Sara ek??nnti2 yer...sbb tngah rombak balik dkat hujung2.. X pa merapu pun..sbb kt sini mmg nk relaks2 jer...merapu banyak hidup ceria...kahkah,,,
Padambest2.. smbng lgi?
BalasPadamlawak la dua bradik nih..
ooo. ni kiranya sblom si yuyu ni kja dgn apa nama... hasif eek? ala yg suka kat camelia tu .. ke amjad tah.. lupa la plk namo adk bradik kmbar tu... ni msti p tmdga kat opis tu kann... heheheh .....
BalasPadam# hahaha.. in my mind bebe**
haha...sumpah best!!!saya duk gelak je dlm blik ni smpai abg label gile...tahniah!!!
BalasPadamkyahahaha lucu sangat...akak ni pintar karang novel nie.aku suka suka #fans from indonesia.
BalasPadamps:akak nie dah rilis novel ke?boleh bagi tau saya judul novel nya?nanti boleh aku pesan kat ol shop. trimakasih ^^