“Kau pilih cepat sikit. Lambat..aku
tinggal.” Hasif sudah tidak tahu mahu berkata apa. Sejak dari dalam kereta
tadi, tak sudah-sudah dia mengomel. Ada saja perkara yang dilakukan Yuyu untuk
menyusahkan hidup dia.
“Janganlah marah. Saya langsung tak
ingat nak bawa baju kurung. Dah itu nak buat macam mana?” Sambil itu tangannya
cekap menarik satu persatu pakaian yang nampak menarik di matanya. Sehelai baju
kurung bewarna hitam putih yang dipenuhi perincian manik di leher menarik
perhatian.
“Cantik tak?” Baju diletakkan
dibadan. Wajah Hasif dipandang. Sabar menanti jawapan dari bibir itu.
“Kau ingat ada majlis berkabung ke?”
Dia dari dahulu memang tidak menyukai warna hitam. Baginya warna itu nampak
suram dan tidak ceria. Apa yang penting, tak kena dengan jiwanya.
“Eh, cantik apa. Ada pulak majlis
berkabung. Memang tak betul gamaknya. Apa, nak pakai baju warna hitam kena
tunggu orang mati dululah baru boleh pakai ye?” Yuyu bertanya tidak puas hati.
“Susah cakap dengan orang pandai
terlebih ni. Kau carilah baju warna lembut sikit. Tak lah anak saudara aku
menangis macam nampak hantu tengok engkau nanti.”
“Cantiknya mulut.” Mahu sahaja dia
menjolok penyangkut baju ke dalam mulut itu. Geram betul! Ada pula disamakan
dia dengan hantu. Memang tak patut.
“Terima kasih. Kau tak cakap pun aku
tahu. Mulut aku memang cantik.” Malas mahu melayan Yuyu, Hasif bergerak ke arah
sofa yang disediakan di dalam butik. Matanya meliar memandang sekeliling. Rasa
kagum mula bertandang. Ingatkan di KL sahaja dia dapat melihat pakaian yang up to date, rupanya di Kedah ini juga
banyak pakaian yang menarik. Bahkan ada yang tak pernah dia lihat di KL.
“Yuckk..Perasan!” Geli telingannya
mendengar kata-kata yang keluar dari bibir Hasif. Tak sudah-sudah mahu masuk
bakul angkat sendiri. Gila menyampah.
Yuyu berjalan sekeliling butik. Baju
kurung tadi diletakkan kembali ke tempat asal. Entah mengapa, walaupun dia
tidak bersetuju mendengar kata-kata Hasif, pendapat lelaki itu tetap dituruti.
“Encik Boss yang ini?” Sehelai baju
bewarna merah ditunjukkan.” Simple dengan sedikit perincian manik di pinggang.
“Merah sangatlah. Sakit mata aku.
Kau tu dahla tak berapa nak cerah.”
Panas pula hati Yuyu mendengar
kata-kata Hasif. Menyesal tanya. Mentang-mentanglah kulit dia tak segebu lelaki
itu. Tak apa, tak apa, balik nanti dia makan
glutathione banyak-banyak. Biar gebu. Nanti bolehlah dia ‘eksen’ depan lelaki itu.
“Kami ada pakaian baru sampai. Tak
sempat lagi nak gantung. Cik nak tengok?” Seorang jurujual menegur Yuyu. Kasihan
apabila sehelai demi sehelai pakaian yang ditunjukkan gadis itu ditolak oleh
pasangannya. Malang dirasakan nasib gadis itu kerana mendapat kekasih hati yang
terlebih cerewet. Cakap pun kasar saja. Harap muka sahaja handsome. Tapi perangai....Tak boleh blah!
“Eh, iye ke? Boleh jugak kalau macam itu.” Bersinar matanya memandang
si jurujual. Apasallah tak cakap dari tadi. Kalau tahu, dah disuruh keluarkan
dari awal.
“Cik tunggu sekejap.”
Yuyu menganguk. Tersenyum senang
hati sambil matanya mengikuti langkah gadis itu yang menuju ke tingkat atas.
“Sana sikit. Saya nak duduk.”
Hasif berganjak ke tepi. Majalah
yang sedang dibaca diletakkan kembali di atas meja. Ditoleh kesisi.
“Boleh tak lepas ni kau jangan pakai
cekak reben besar macam ni? Kau tu bukannya budak-budak. Sudah macam orang
terencat saja aku tengok engkau ni lah.” Tanpa riak Hasif berkata. Tidak
difikirkan langsung perasaan Yuyu.
“Encik Boss ini, nak cari gaduh
dengan saya ke apa?” Terbeliak mata Yuyu mendengar kata-kata Hasif.
Biadapnya...Hai, karang ada jugak yang makan kasut. Panas...panas...
“Aku cakap benda yang betul. Kau
jangan bajet comel sangatlah.”
“Malaslah nak layan.” Yuyu tarik
muka. Comel apa pakai cekak reben. Lelaki itu sahaja yang buta fashion.
“Nak layan aku buat apanya? Kau
bukannya isteri aku.”
Yuyu bengang. Gigi diketap geram.
Terus dia bangun. Rak buku sebelah Hasif dihampiri. Sebuah buka berkulit keras
dicapai dan dengan sepenuh tenaga dia menghayun kuat ke arah lengan lelaki itu.
Bunyi ‘pap’ kuat kedengaran.
“Sakitlah!” Hasif menjerit kuat. Langsung
dia tidak menjangka reaksi Yuyu. Ingatkan bangun nak keluar terus dari kedai.
Bajet dia akan memujuk, tapi...Arghh...sakitnya lengan. Ini mahu lebam kalau
tak letak minyak angin. Memang puaka punya perempuan.
“Mulut jaga sikit.” Terjegil-jegil
matanya menghantar amaran. Seketika kemudian senyuman lebar tersadai
dibibirnya. Rasa marah yang melanda cuba dibuang. Berlakon kena tip top. Terus dia bergerak menghampiri
gadis jurujual yang sedang melangkah turun. Tetapi senyumannya mula terasa kelat,
bila gadis itu hanya berlengang-kangkung. Mana baju?
“Cik, boleh ikut saya naik atas
tak?” Si gadis tersenyum. Dia sendiri tidak tahu mahu menunjukkan rekaan yang
mana satu kepada Yuyu. Lebih mudah rasanya dia membawa gadis itu sendiri untuk memilih.
“Oh, Okey.” Yuyu lega. Nasib baik
dia tidak ‘menyerang.’ Kalau tidak, boleh malu satu keturunan.
“Tunggu dekat bawah ni.” Kali ini
sebuah arahan dikeluarkan. Tiada mood
mahu beramah mesra dengan Hasif. Tanpa menunggu jawapan daripada lelaki itu,
dia pantas berlalu. Tidak sabar mahu melihat baju yang akan ditunjukkan.
................................
“Cantiknya.” Yuyu kagum. Sekeliling
dia dipenuhi dengan pakaian pengantin yang cantik-cantik belaka. Seketika, dia
bagaikan terlupa dengan niat asal. Satu persatu pakaian pengantin yang menarik
hatinya dipandang. Pandai pemilik kedai mengatur ruang. Di bawah dijadikan
butik pakaian harian, sementara tingkat atas dipenuhi dengan pakaian pengantin.
Sedetik kemudian, tumpuannya dicuri oleh
sehelai persalinan yang dipakaikan pada sebuah anak patung. Nampak sangat menawan.
Entah mengapa, jantungnya kuat menghentak saat menghampiri pakaian tersebut.
Baju pengantin bewarna biru firus dan
dihiasi taburan manik bewarna pink lembut benar-benar membuatkan dia terpukau. Tidak
berkelib matanya memandang. Kalaulah dia berkahwin, dia mahukan baju itu.
“Baju itu kami baru saja letak tadi.
Baru sampai.” Gadis itu memberitahu Yuyu bila dia melihat Yuyu seakan terpesona
melihat baju tersebut.
“Cantiknya. Siap yang buat?” Kali
ini tangannya dibawa menyentuh kain. Kelembutan fabrik membuatkan dia makin
tertarik.
“Bos saya. Puan Delsie.”
“Delsie? Macam pernah dengar saja.”
Nama itu terasa familiar di telinganya. Berkerut dahi bila dia cuba mengingati gerangan
si pemilik nama.
“Pereka fashion terkenal tu.” Bangga gadis itu memberitahu. Turut tumpang gembira
dengan kejayaan yang ditempa oleh bosnya.
“Owh.
Patutlah cantik.” Terus terbayang seraut wajah comel pereka fashion itu. Mula
menempa nama di luar negara. Dan sekarang memiliki rangkaian butik sendiri. Muda-muda
sudah berjaya. Dia? Huhh...Yuyu mengeluh berat.
“Cik nak cuba ke?”
“Hah?”
Mendengar pertanyaan itu membuatkan Yuyu tercengang. Boleh ke?
“Nak tak?” Tanpa menunggu jawapan
Yuyu, jurujual itu mula menarik turun anak patung. Dengan berhati-hati
ditanggalkan dari tubuh keras kaku itu.
“Tapi saya bukannya nak kahwin.”
Yuyu cuba menolak. Walaupun hatinya menjerit mahu. Didalam fikirannya sudah bermacam
angan-angan indah dikarang. Warghh...Sukanya!
“Tak apa. Kami tak kenakan duit kalau
setakat nak mencuba.” Sedikit bergurau kata-kata itu.
“Nah.” Baju pengantin diberikan
kepada Yuyu.
“Bilik salin ada dekat sana.” Jari-jemarinya
dibawa menunjuk ke satu arah. Untung-untung bila dicuba, gadis itu berkenan dan
beli, dapatlah dia komisen. Wah...
“Tak apa ke ni?” Yuyu bertanya
risau.
“Tak apa.” Senyuman terukir dibibir.
.................................
Hasif bengang. Sudah setengah jam
Yuyu naik ke atas, tetapi langsung tiada tanda akan melangkah turun. Bosan
menunggu di bawah, laju kakinya menapak menaiki satu persatu anak tangga.
Dijengah dahulu keadaan di tingkat
atas. Risau jika kawasan itu adalah kawasan larangan. Hasif mengeluh bila dia
yakin atas juga adalah sebuah butik.
Dia berjalan mengelilingi ruang
atas. Yang ada hanyalah dua orang jurujual. Seorang sedang menunggu di muka
pintu fitting room dan seorang lagi sedang duduk di kaunter.
“Erkk...Ada dekat dalam.” Gadis yang
melayan Yuyu tadi memberitahu kepada Hasif. Dia tidak tahu bagaimana harus
mengelaskan hubungan antara keduanya. Mahu dikatakan suami isteri, mustahi
pula. Takkan lah gadis itu masih mahu mencuba baju pengantin. Kekasih? Mungkin
betullah kot, walaupun dia melihat seperti ada persengketaan antara keduannya. Ahh...pedulikan.
asalkan hari ini ada pelanggan.
Hasif menganguk. Senyuman ikhlas
dihadiahkan kepada gadis itu. Malas mahu turun kembali ke bawah, Hasif sengaja
menunggu di muka pintu. Biar Yuyu terperanjat melihat dia nanti. Hasif hanya menganguk,
bila si gadis meminta kebenaran untuk melangkah pergi. Mungkin kurang senang dengan
kehadirannya.
“Adik, Cantik tak?” Yuyu teruja.
Pintu dibuka. Tidak sabar mahu ‘menayang’ di hadapan gadis itu. Baju itu
bagaikan memang dibuat khas untuknya.
Muat-muat ditubuh dan rasa sangat selesa . Ditarik-tarik sedikit baju agar lebih
kemas. Kepala diangkat. Tidak sabar menanti jawapan dari bibir si jurujual.
Hasif kaku. Tidak berkedip matanya
merenung Yuyu yang kelihatan sangat....entah. Dia sendiri tidak tahu mahu menjelaskan
bagaimana rupanya seorang Camelia Yusnita dalam persalinan yang sangat indah seperti
itu. Tetapi yang pasti dia benar-benar terpukau. Imej keanak-anakkan yang
selama ini dibawa oleh gadis itu bagaikan hilang dengan sendirinya. Dan seperti
hari-hari sebelumnya, sekali lagi jantungnya bergetar hebat.
Yuyu tercengang merenung Hasif. Langsung
dia tidak menyangka kemunculan lelaki itu. Mereka saling berbalas pandang. Seketika
kemudian Yuyu bagaikan tersedar. Dia pantas berlari masuk kembali ke dalam
fitting room. Pipinya yang kemerahan dek kerana malu ditampar lembut. Ya Allah,
malunya....Macam manalah dia nak mengadap muka lelaki itu nanti? Wajahnya yang
terbias di cermin dipandang. Muncungnya keluar. Itulah bajet pengantin lagi. Kan
dah malu. Dikutuk-kutuk diri sendiri.
Tiara yang terletak elok di atas
kepala ditanggalkan. Getah yang digunakan untuk menyangul rambut bagi menaikkan
‘mood’ pengantin ditarik. Juntaian rambut yang sengaja digulungdi tepi wajah
tadi diraup dengan tangan dan diikat kembali. Walaupun berat hati, baju
pengantin yang sangat disukainya itu ditanggalkan dari tubuh. Huh...baru nak
berangan. Musnah, punah-ranah anggan-anggan yang baru dibina. Ini semua mamat
biadap tu punya pasal. Memang tak boleh tengok dia senang langsung!
Hasif meletakkan tangan ke dahi. Peluh
terasa merinik di wajahnya. Pernafasannya yang terganggu cuba dinatrulkan kembali.
Sah! dia memang ada penyakit.
Surat
Cinta Untuk Disana: Aloo...sorry lmbt updte..line tenet
hari ni mcm siput sedut. Lembab ya amat. Sekian lama mencuba, ini baru lepas.
Ha..korang2 sekalian tlong doakan sy dpt siapkan mss MPWUMM? dlm bulan ni or
awal bulan dpan... Tngah mnguatkan azam bg mengejar berkajang-kajang muka surat
yang masih diperlukan lagi... Hope bila siap x
kelaut dan sungailah cerita ni... Kalau tak...menagis x berlagulah
ai....haha...So sperti biasa..kot ada yg x berkenan ce rajinkan tangan komen
nun di bawah sana....
best ..tersangat best
BalasPadamnak lagi teaser menteaser ni taw
hikhik ;))
haha..tq YZ.. :)
Padambest gilaaaaaaa... nak lagiiiiiki
BalasPadamToce2 RQ,,, :)
Padambesttttt!!!! nak lgi...jgn hmpakan kami ya cik writer....hihi
BalasPadamInshaallah... Wish mi lah bg sntiasa ada idea.. :)
PadamInsyaAllah..pasti berjaya..
BalasPadamAminnn....TQ JA.. :)
PadamMata tak boleh menipu hati...
BalasPadamkan? haha
PadamBestnya ....lama sungguh tunggu update ... tp berbaloi2 ...
BalasPadamTq dr.. :)
Padam