Hel!O mY DarLing!

Rabu, 11 Jun 2014

SE Piala Dunia : Isteri Milik Aku



"Abang." Ditarik-tarik lengan Xander supaya memberi perhatian kepadanya. Bukan kepada segerombolan lelaki yang berkejaran sebiji bola bagaikan orang gila.

"Nak apa sayang." Xander bertanya malas. Matanya masih terpaku pada perlawanan bola sepak yang sudah memasuki minit-minit terakhir.

"Tengok lah sini." Rhea belum berpuas hati. Ditarik wajah Xander supaya memandang ke arahnya.

"Sekejap aje... Dah nak habis dah ni. Nanti Rhea tak nak berhenti cakap pun tak apa." Ditahan tangan Rhea yang sedang berusaha menutup matanya. Risau kalau dia terlepas aksi menarik, hanya kerana rengekkan isterinya.

"Abang memang tak sayang Rhea kan?"

"Sayang lah. Siapa cakap tak sayang..."

Sakit hati Rhea mendengar jawapan tidak berperasaan Xander. Cakap sayang, tapi mata, langsung tak memandang wajahnya. Mulut lelaki itu pula, terlopong memandang ke arah skrin bagaikan sedang dijamu dengan permandangan si ratu cantik dunia. Kalaulah dia tahu Xander begitu taksub dengan bola sepak, pasti sudah dia letupkan benda alah itu awal-awal lagi!
Kali ini tangan dibawa memeluk tubuh. Malas mahu berterusan memujuk Xander. Lama dia mendiamkan diri. Sesekali kepala digeleng perlahan bila suaminya riuh mengarah itu ini. Macamlah pemain dalam tv itu boleh dengar apa yang dikatakan!

"Okey. Dah habis. Sayang abang nak cakap apa tadi?" Xander tayang senyum. Diusap lembut bahu Rhea yang terdedah. Tergelak kecil dia bila Rhea cuba menjarakkan diri bagaikan tidak suka dengan apa yang dia lakukan.

"Dah lupa." Sedaya upaya ditahan rasa geli bila tangan Xander mula merayap ke arah pinggangnya pula. Sesekali lelaki itu mencuit-cuit nakal.

"Rhea Melati isteri kesayangan Xander Arjuna... Nak tunggu abang kiss dulu ke baru nak cakap?" Semakin galak Xander mengusik.

"Abang..." Inhaler yang hanya tinggal bekas ditayang, dihadapan Xander.

"Apasal?" Xander sudah berkerut dahi. Tidak faham apa yang cuba Rhea sampaikan.

"Gas dah habis. Kalau Rhea kena asthma malam ni, macam mana?" Bunyi guruh yang semakin galak sedikit merisaukan. Dia bukannya takut kepada bunyi itu, tapi kerisuannya lebih kepada penyakit yang selalu menyerangnya ketika bumi disimbah hujan... Hujan adalah benda yang paling dia suka, tapi hujan tu juga mampu buatkan dia hilang nafas!

"Tak payah risau lah." Xander jongket kening. Menguntum senyuman pada bibirnya.
Rhea sudah pandang semacam. Entah mengapa dia dapat rasakan, yang senyuman Xander kelihatan sangat nakal dan...erkk gatal?

"Abang dah sediakan inhaler untuk Rhea."

"Mana?" Rhea ketap bibir. Cuba menahan rasa terharu yang mula menghentam dada.

"Ini." Xander tunjuk ke arah bibirnya.

Rhea sudah berkerut dahi. Tidak faham apa yang Xander sedang katakan.

"Inhaler bergerak. Free of charge. Abang boleh toup sekali dengan kasih sayang kalau Rhea nak." Meletus tawanya bila wajah Rhea mendadak berubah. Merah bagaikan ditampar!

"Abang..." Terjerit kecil Rhea bila boleh menangkap apa yang Xander maksudkan. Cardiopulmonary Resuscitation? CPR? Okey...Dia rasa macam dah mula diserang asthma!

"Tak nak Asthma sekarang ke? Tawaran ni sah malam ni je." Semakin galak Xander ketawa bila Rhea sudah mula mengurut dada.....

...........................

Ini kmungkinan x ada dalam novel...sj buat smpena piala dunia yg sikit hari sj lagi... :) 

6 ulasan:

  1. Cempaka Rembulan, ni scene zaman tok kaduk bila dorang mula2 bersama atau, kira masa hadapan bila dorang dah rujuk semula?

    BalasPadam
  2. haha .. xander yg nakal lorh

    BalasPadam
  3. terlebih nakal xander ni...

    BalasPadam
  4. hurm kak ita pun nak kena asma juga nii... aduiiiii Xander... mengayat tak hingat...

    Cempaka Rembulan... sabar menanti mereka ke MC

    BalasPadam
  5. Cambung kakak ku canteak heheh

    BalasPadam

Baca sUdah, benCi, gEraM, sUka pUn sUdah. CeRajiNkaN TanGan, MeNgOmeN siKit :)