Hel!O mY DarLing!

Ahad, 22 Jun 2014

Jajans Isteri Milik Aku Bab 8






Perfume dari jenama Dior, Tendre Poison disembur sedikit pada badan. Rambutnya yang baru sahaja dibuat ala-ala beachy, disisir dengan jari. Setelah berpuas hati dengan penampilannya yang bersederhana, dia melangkah keluar dari toilet.

Dari jauh sudah dia nampak kelibat Fakrul dan seorang lelaki. Pasti lelaki itulah yang mahu diperkenalkan oleh Fakrul kepadanya. Itu pun puas dia galak merayu kepada Fakrul membantunya mencari firma lain untuk menimba ilmu. Bekerja dengan ayahnya, bagaikan tidak memberikan dia kepuasan. Kalah kes, ayahnya hanya tersenyum. Berusaha lagi!

Sampai bila hatinya nak disenangkan dengan kata-kata itu? Sekurang-kurangnya, dia perlukan sesuatu yang lebih kepada cabaran untuk dia berada pada kedudukan yang lebih baik. Apatah lagi, sejak kes pertama sudah beberapa-kali dia terpaksa mengadap wajah Xander. Lelaki itu bagaikan sengaja mahu mencaras rezekinya.

Kalau lah lima kes dia ambil, kelima-lima itu kalah, siapa lagi yang nak bagi kepercayaan kepada dia? Itu pun dia mula terdengar cakap-cakap kosong yang dia langsung tak berbakat. Hanya menumpang popularity ayah sendiri yang sudah memang terkenal dalam bidang guaman. 

Sekarang, dia mahu mengatur langkah sendiri, ayahnya jugak bagaikan tidak menghalang bila dia suarakan niat mahu menimba ilmu dengan firma lain. Sekurang-kurangnya lelaki itu memahami apa yang dia mahukan.

“Fakrul.” Dia menegur perlahan. Di pandang wajah lelaki yang masih menunduk melihat handset di tangan. Entah mengapa, hatinya mula rasa tidak menentu. Kerusi yang tadi ditinggalkan, ditarik sebelum dia mula melabuhkan tubuhnya disitu.

“Xander, ini Rhea. Rhea…Xander.” Fakrul tersenyum. Senang hati kerana dapat memenuhi permintaan Rhea. Harapnya Xander berpuas hatilah dengan calon yang dia perkenalkan.

Xander tarik senyum. Gotcha! Jelas Rhea bagaikan terpingga-pingga melihat wajahnya. Masa Fakrul berikan resume Rhea, dia rasa bagaikan mahu ketawa terbahak. Entah wanita itu yang sengaja mahu cari penyakit atau apa. Kalau Rhea mahu bekerja dengannya, mustahil dia akan menolak. Bertahun lama, apa lagi yang dia harapkan kalau bukan memberikan Rhea sedikit pengajaran.

“Xander.” Tangan dihulurkan ke arah Rhea. Tenang bagaikan itu lah pertemuan pertama yang terjadi antara mereka berdua.

Rhea teragak-agak. Dipandang wajah Fakrul sekilas. Lelaki itu sedang ralit menyuap makanan ke dalam mulut. Ya Allah…Kalaulah dia tahu Xander yang mahu diperkenalkan oleh Fakrul, dia rela bekerja di firma ayahnya sampai bila-bila.

“Rhea Melati.” Saat tangan Xander disambut, dia dapat rasakan bervoltan arus elektrik rasa tersadur pada tubuh. Dia tidak pasti mahu tersenyum atau apa. Mahu berlagak biadap, air muka Fakrul si peguam syarie itu juga harus dijaga.

“Melati.”

Sepatah kata Xander. Tetapi cukup mengembalikan kenangannya, pada masa bertahun dahulu. Kata yang sama. Dan nada juga, masih sama. Hanya Xander sahaja yang suka mengusiknya dengan nama sang bunga itu.

“Rhea.” Suaranya cuba ditegaskan. Tetapi yang keluar hanyalah kata penolakkan yang kedengaran begitu lemah. Bahkan, sedikit berbisik.

 “Ehemm.. Harammmm.” Fakrul berdeham. Sakit pulak matanya melihat permandangan yang terhidang. Kang kalau dia sekolahkan balik, marah. Tak tahu ke hukum lelaki bersentuhan dengan perempuan tu apa? Hai…Memang nak kena debik dua orang sahabatnya itu.

Mendengar sindiran Fakrul, membuatkan Xander malarik senyum. Haram? Tiada istilah itu dalam hubungannya dengan Rhea. Kalau dia nak buat lebih sekalipun, tak akan ada yang mampu menghalang.

Surat Cinta Untuk Di sana : Rasa macam lama dah tak berjajans dekat sini…. :P Papaiii…muahhh

11 ulasan:

  1. Ha'aa memang dah lama tak jejek ke sini kan cempaka??? Tapi bila dah jejek awat yg secoek jeeeee..... kijamm huhuhu

    BalasPadam
  2. Nak full entry la...x puas baca ni

    BalasPadam
  3. wah...makin best di baca kisah rhea and xander ni....x sbr nya nk tggu edisi cetak...hihihihi - jumay jue

    BalasPadam
  4. Nak lagi nak lagi

    BalasPadam
  5. Best!!!!nak lagi.nk banyak2 n pnjng :)

    BalasPadam
  6. Ala... X cukup...nak lagi panjang2....

    BalasPadam
  7. Ala... X cukup...nak lagi panjang2....

    BalasPadam
  8. blog & cerita ini, Cempaka Rembulan kena bubuh vitamin banyak2 agar segar bugar dan bersemangat ... lemau sangat, dah ler entry pun alahaaai jaaaarang jaaarang nak nampak, kesian tau kat kami ni. hehehe

    BalasPadam
  9. best....nanti panjangkan lagi ye....

    BalasPadam

Baca sUdah, benCi, gEraM, sUka pUn sUdah. CeRajiNkaN TanGan, MeNgOmeN siKit :)