Perfume dari
jenama Dior, Tendre Poison disembur sedikit pada badan. Rambutnya yang baru
sahaja dibuat ala-ala beachy, disisir
dengan jari. Setelah berpuas hati dengan penampilannya yang bersederhana, dia
melangkah keluar dari toilet.
Dari jauh sudah
dia nampak kelibat Fakrul dan seorang lelaki. Pasti lelaki itulah yang mahu
diperkenalkan oleh Fakrul kepadanya. Itu pun puas dia galak merayu kepada
Fakrul membantunya mencari firma lain untuk menimba ilmu. Bekerja dengan
ayahnya, bagaikan tidak memberikan dia kepuasan. Kalah kes, ayahnya hanya
tersenyum. Berusaha lagi!
Sampai bila
hatinya nak disenangkan dengan kata-kata itu? Sekurang-kurangnya, dia perlukan
sesuatu yang lebih kepada cabaran untuk dia berada pada kedudukan yang lebih
baik. Apatah lagi, sejak kes pertama sudah beberapa-kali dia terpaksa mengadap
wajah Xander. Lelaki itu bagaikan sengaja mahu mencaras rezekinya.
Kalau lah lima
kes dia ambil, kelima-lima itu kalah, siapa lagi yang nak bagi kepercayaan
kepada dia? Itu pun dia mula terdengar cakap-cakap kosong yang dia langsung tak
berbakat. Hanya menumpang popularity ayah sendiri yang sudah memang terkenal
dalam bidang guaman.
Sekarang, dia
mahu mengatur langkah sendiri, ayahnya jugak bagaikan tidak menghalang bila dia
suarakan niat mahu menimba ilmu dengan firma lain. Sekurang-kurangnya lelaki
itu memahami apa yang dia mahukan.
“Fakrul.” Dia
menegur perlahan. Di pandang wajah lelaki yang masih menunduk melihat handset
di tangan. Entah mengapa, hatinya mula rasa tidak menentu. Kerusi yang tadi
ditinggalkan, ditarik sebelum dia mula melabuhkan tubuhnya disitu.
“Xander, ini
Rhea. Rhea…Xander.” Fakrul tersenyum. Senang hati kerana dapat memenuhi
permintaan Rhea. Harapnya Xander berpuas hatilah dengan calon yang dia
perkenalkan.
Xander tarik
senyum. Gotcha! Jelas Rhea bagaikan
terpingga-pingga melihat wajahnya. Masa Fakrul berikan resume Rhea, dia rasa
bagaikan mahu ketawa terbahak. Entah wanita itu yang sengaja mahu cari penyakit
atau apa. Kalau Rhea mahu bekerja dengannya, mustahil dia akan menolak.
Bertahun lama, apa lagi yang dia harapkan kalau bukan memberikan Rhea sedikit
pengajaran.
“Xander.”
Tangan dihulurkan ke arah Rhea. Tenang bagaikan itu lah pertemuan pertama yang
terjadi antara mereka berdua.
Rhea
teragak-agak. Dipandang wajah Fakrul sekilas. Lelaki itu sedang ralit menyuap
makanan ke dalam mulut. Ya Allah…Kalaulah dia tahu Xander yang mahu
diperkenalkan oleh Fakrul, dia rela bekerja di firma ayahnya sampai bila-bila.
“Rhea Melati.”
Saat tangan Xander disambut, dia dapat rasakan bervoltan arus elektrik rasa
tersadur pada tubuh. Dia tidak pasti mahu tersenyum atau apa. Mahu berlagak
biadap, air muka Fakrul si peguam syarie itu juga harus dijaga.
“Melati.”
Sepatah kata
Xander. Tetapi cukup mengembalikan kenangannya, pada masa bertahun dahulu. Kata
yang sama. Dan nada juga, masih sama. Hanya Xander sahaja yang suka mengusiknya
dengan nama sang bunga itu.
“Rhea.”
Suaranya cuba ditegaskan. Tetapi yang keluar hanyalah kata penolakkan yang
kedengaran begitu lemah. Bahkan, sedikit berbisik.
“Ehemm.. Harammmm.” Fakrul berdeham. Sakit
pulak matanya melihat permandangan yang terhidang. Kang kalau dia sekolahkan
balik, marah. Tak tahu ke hukum lelaki bersentuhan dengan perempuan tu apa?
Hai…Memang nak kena debik dua orang sahabatnya itu.
Mendengar
sindiran Fakrul, membuatkan Xander malarik senyum. Haram? Tiada istilah itu
dalam hubungannya dengan Rhea. Kalau dia nak buat lebih sekalipun, tak akan ada
yang mampu menghalang.
Surat Cinta Untuk Di sana : Rasa macam lama dah tak berjajans dekat
sini…. :P Papaiii…muahhh
Ha'aa memang dah lama tak jejek ke sini kan cempaka??? Tapi bila dah jejek awat yg secoek jeeeee..... kijamm huhuhu
BalasPadamPendek he kak?blhla dr xda
BalasPadamNak full entry la...x puas baca ni
BalasPadamwah...makin best di baca kisah rhea and xander ni....x sbr nya nk tggu edisi cetak...hihihihi - jumay jue
BalasPadamnak lagi.
BalasPadamNak lagi nak lagi
BalasPadamBest!!!!nak lagi.nk banyak2 n pnjng :)
BalasPadamAla... X cukup...nak lagi panjang2....
BalasPadamAla... X cukup...nak lagi panjang2....
BalasPadamblog & cerita ini, Cempaka Rembulan kena bubuh vitamin banyak2 agar segar bugar dan bersemangat ... lemau sangat, dah ler entry pun alahaaai jaaaarang jaaarang nak nampak, kesian tau kat kami ni. hehehe
BalasPadambest....nanti panjangkan lagi ye....
BalasPadamakak..saya merayu sgt ii smbunglh novel ni.akak dh lama x update blog 😕saya nk jugak novel ni habis smpai jumpa perkataan TAMAT
BalasPadamSlots by Pragmatic Play - AprCasino
BalasPadamPragmatic Play. Pragmatic febcasino.com Play. Pragmatic Play. Slot wooricasinos.info Machine. 바카라 사이트 The Dog House. Slots. Wild West Gold. Pragmatic Play. Jackpot https://jancasino.com/review/merit-casino/ Party. apr casino