call aku sekarang. Emergency!
Berkerut dahi
Xander memandang massage yang dihantar
oleh Farhan. Pelik pulak dirasakan. Sejak bila pula lelaki itu berkira sampai
nak call dia pun tak mampu? Dalam
pelik, nombor Farhan tetap dihubungi.
“Kau apasal bro?” Tak bagi salam, terus dia
menyembur. Handsfree yang terasa
longgar diperbetulkan.
“Ye Encik
Razif…Nak jumpa? …Bila?.... Sekarang?...Saya ada dekat luar ni.”
Semakin
berkerut dahinya tidak faham apa yang cuba Farhan sampaikan. Sejak bila pula
dia jadi Razif?
“Kau mabuk ke
Bro?” Xander bertanya sedikit kasar. Panas hati bila membayangkan Farhan
menyentuh air haram itu. Padahal selama mereka berkawan, seliar-liar Farhan,
rasanya tak adalah sampai terlajak mabuk.
“Penting?..Okey.
Kejap lagi kita jumpa dekat tempat biasa.”
Tercengang
Xander bila Farhan menamatkan perbualan. Entah apalah yang tidak kena dengan
kawannya yang seorang itu. Baru beberapa minit, sekali lagi handsetnya
berbunyi. Farhan!
“Xander, kau
ada dekat mana?”
“Kau dah hilang
mabuk?” Terdengar sayup tawa Farhan menyapa pendengarannya.
“Agak-agak lah wei. Kau ingat aku jahat sangat ke?”
Farhan masih belum berhenti ketawa. Kelakar mendengar pertanyaan berbau tuduhan
yang terluah dari bibir Xander.
“Dah tu, yang
kau merepek tadi apasal?” Ditoleh ke cermin sisi. Signal diberi sebelum dia membelok ke kanan.
“Nak hidup bro.
Kena lah pandai.” Diperiksa wajahnya pada side
mirror. Diusap sedikit dagu yang baru tadi bercukur. Kononnya nak berdating
dengan supermodel terkenal, jadi kenalah tip
top penampilan. Rupanya apa yang dia nampak tak seindah yang dia bayangkan.
Memang jauh panggang dari api!
“Okey, apa
masalah perempuan tu pulak kali ini?” Xander tergeleng perlahan. Apasallah dia
boleh terlupa dengan taktik lepaskan diri, Farhan yang satu itu?
“Kejap lagi lah
kita sembang. Kau ada dekat mana ni?”
“Aku nak lepak
kat tempat biasa. Dah lama tak main tenis. Apasal, kau nak datang ke?”
“Kau bagi aku
sepuluh minit. Kejap lagi aku sampai.” Mujurlah dia memang jenis yang jadikan
kereta sebagai stor penyimpan pakaian, kalau tidak satu hal pula nak kena balik
rumah dulu tukar baju.
“Aku pun baru
keluar saja ni. Kejap lagi kita jumpa dekat sana.” Ditamatkan perbualannya
dengan Farhan. Ditoleh ke sisi memandang ke arah Baby yang sejak dari tadi
mendiamkan diri. Hanya mulut itu sahaja sesekali berbunyi kecil. Entah apa pula
yang dihafalnya.
Seketika kemudian, kereta diberhentikan di
salah satu petak parking. Diintai
keluar. Rasanya Laili dan Farhan belum sampai.
“Kejap lagi
jangan nakal-nakal tau. Dengar cakap mama Laili.” Tadi Laili ada meminta
kebenarannya untuk membawa Baby keluar. Mula-mula ditolak jugak kerana bimbang
akan menyusahkan wanita itu, tetapi bila Laili yang beria-ia, dia jadi tak
sampai hati mahu menolak. Lagi pula, ini lah peluang untuknya menghabiskan masa
untuk diri sendiri.
“Okey.”
Ditayang sengihan pada papanya. Kemudian, bibirnya kembali mengumam perlahan.
“Baby menyanyi
apa tu?” Xander toleh sesaat. Tergelak dia, bila suara anak kesayangannya itu
mula memecah suasana. Pantang ditanya!
Daddy finger, daddy finger, where are you?
Here I am, here I am. How do you do?...
Here I am, here I am. How do you do?...
Xander tergelak
kecil. Sedaya upaya ditahan rasa geli bila jemari halus milik anaknya menyapa
tubuh.
“Cepatlah papa
sambung.” Semakin galak dicuit pinggang Xander. Sesekali dia turut ketawa
menemani tawa papanya yang tak kunjung putus.
Baby finger, Baby finger, where are you?
Here I am, here I am. How do you do?
Here I am, here I am. How do you do?
Xander menyanyi
sambil menahan tawa. Rasanya, Finger Family satu-satunya lagu yang Baby
kesayangannya dapat hafal sampai habis. Itu pun disebabkan lirik sama yang
berulang. Kalau tidak memang lingkup lah lagu itu dikerjakan.
“Bukan macam tu
lah papa. Mommy finger dulu...”
“Eh bukan ke?”
Digosok rambut anaknya yang elok bertocang dua.
“Bukan lah papa.
Papa…Bila papa nak ajak Mama Laili tinggal dengan kita?”
Terdiam Xander
mendengar soalan yang langsung tidak terduga akan keluar dari bibir anaknya. Lama
diperhati wajah itu, yang memandangnya dengan wajah yang sukar dicari tafsir. Ada
pertanyaan, dan ada pengharapan dibalik raut itu.
“Baby dah tak
suka tinggal dengan papa ke?” Sengaja dihantar soalan selamat. Ditayang wajah
sesedih mungkin.
“Suka. Tapi
Jelly cakap, dia ada papa, ada mama. Atuk dengan nenek pun dia ada tau papa.
Papa ajak lah Mama Laili tinggal dengan kita.” Sekali lagi diulang kata yang
sama. Tersengih dia memandang ke arah wajah papanya.
Xander lurut
rambut yang sedikit berjuntai di dahi. Rasanya saat yang dia takutkan sudah
semakin tiba. Detik dimana anaknya itu akan mula menyoal dimana letak duduknya
seorang wanita bergelar mama. Terlintas wajah Rhea yang pucat saat berada di
dalam pelukannya siang tadi. Pantas dihalau sejauh mungkin gambaran itu.
“Jelly tu
siapa?” Xander kalih cerita. Risau kalau
dilayan pertanyaan itu, semakin melarat pulak nanti. Anaknya itu bukannya tahu
erti faham. Selagi jawapan yang diberikan itu tidak memuaskan hati, selagi
itulah dia bakal dihujani pertanyaan yang sama.
Kalau ditanya
lagi, apa jawapan yang dia boleh beri? Nak diterangkan apa yang terjadi
antaranya dan Rhea? tak adanya budak sekecil itu nak faham. Lagipula, bukan
jenis dia yang akan memburukkan orang lain di hadapan anak.
Seteruk-teruk
Rhea, wanita itu lah juga yang bersabung nyawa untuk melahirkan zuriat buatnya.
Kalau tidak kerana pengorbanan itu, mustahil dia akan ada anak yang sekeletah
baby. Dan mustahil juga dunianya akan seceria seperti sekarang. Cumanya, hati
dia belum cukup mulia mahu memaafkan segala apa yang telah Rhea lakukan
kepadanya dahulu.
“Kawan dekat sekolah…
Mama Jelly baik tau papa. Hari tu dia bagi Baby coklat.”
“Dah berapa
kali papa cakap, jangan ambil barang orang kita tak kenal?”
“Baby kenal lah
papa. Itu mama Jelly.” Membulat matanya cuba menyakinkan Xander.
Xander mengeluh
kecil. Payah cakap dengan budak tak faham bahasa. Belum pun sempat dia memulakan
sesi ‘penerangan,’ tingkap keretanya terasa diketuk kuat. Pantas button di
unlock bila terpandang wajah Farhan dan Laili. Dilolos tubuh sasanya keluar
dari kereta.
“Cantik baju
kau. Kau nak buat trend baru ke, main tenis pakai kemeja?” Xander ketawa
menyindir.
“Why not kalau boleh bagi inspirasi dekat
orang lain.” Farhan membalas selamba. Sempat dicuit pipi Baby yang sudah
menempel disisi Laili.
“Macam mana
korang boleh datang sekali ni?”
“Terserempat
dekat parking tadi. I turun kereta terus nampak Farhan.” Laili tersenyum lebar.
Ditunduk kepalanya ke bawah bila, terasa tangannya ditarik-tarik lembut.
“Mama Laili.
Jom lah.” Diheret tangan Laili supaya mengikut langkahnya.
“Sorry Laili. Terpaksa susahkan you.” Xander
berkata serba salah.
“Nak susah apa
Xander. I yang mintak nak bawa anak kesayangan you ni keluar. Nanti you dah
habis main tenis, call I.” Kebetulannya
malam ini, dia ada menerima jemputan ke majlis hari jadi anak kenalannya. Dah
alang-alang pergi, baik dia usung sekali dengan baby.
“You nak bawa
dia keluar pergi mana?”
“Kau jangan banyak
soal lah Xander. Tak adanya Laili nak bawa lari anak kau ni.” Farhan sedikit
mencebik. Cara Xander menyoal, macam lah orang nak bawa lari anaknya jual ke
siam.
Dikalih pandang
ke arah Laili yang tergelak kecil mendengar kata-katanya. Berdegup sedikit
jantungnya melihat wajah manis wanita itu. Sayangnya Laili itu milik Xander. Dia
pula bukannya jenis kawan yang suka mencaras hak milik sahabat sendiri. Cumanya,
Xander bagaikan tidak menyedari kehadiran si cantik itu di hadapan mata. Entah
apa lagi yang ditunggu oleh sahabatnya itu. Kalau lah dia di tempat Xander,
sesaat pun dia tak akan ralit untuk mengatur langkah.
“Sibuk lah kau.
Baby…Tak nak salam papa ke?” Melebar senyuman dibibirnya, bila melihat anaknya
menepuk dahi. Terlupa lah tu! Disambut huluran tangan kecil itu. Setelah itu
melabuh kucupannya pada kedua belah pipi montel anaknya.
“Bye papa…Bye
uncle Farhan.”
Hilang sahaja
Laili dan Baby dari pandangannya, barulah dia dan Farhan mengatur langkah
menuju ke arah court.
“Aku nak tukar
baju dulu. Kau tunggu kejap.” Beg berisi pakaian sukan diangkat sedikit tinggi. Mahu tayang bukti yang dia tak
adalah skema itu mahu beraksi di dalam gelanggang dengan memakai baju kemeja.
“What’s
wrong with her?”
“Who?” Botol air dicapai. Dibuka penutup
dan diteguk rakus. Setelah itu dikesat peluh yang berjuraian di atas dahinya.
“Helda.” Botol air yang masih berada di
tangan Farhan disambar. Rasa tersejat kekuatannya setelah hampir dua jam
'berperang' dengan Farhan dalam gelanggang tenis.
“Gosh! Perempuan tu macam puaka."
Tersembur air
yang berada di dalam mulut Xander. Sedetik kemudian, tawanya mula bergema
memecah suasana. Mulut Farhan dari dulu tak pernah ada sekatan. Main sembur
sesuka hati.
“Dia buat apa
yang kau marah sangat ni?”
“She talks to much. Bla..bla…so annoying.
Aku rasa macam nak tampar je mulut dia suruh diam. So, it wasn’t my fault right, kalau aku blah macam tu saja?” Terasa rugi perlaburan yang dia lakukan
berbulan lama demi memenangi hati Helda. Perempuan itu langsung tak berbaloi
untuk dikejar.
“Tak salah kau
cakap? Alasan kau tu remeh sangat kot. Tak kan pasal dia cakap banyak kau
tinggal macam itu je?” Xander membeliakkan mata tanda tidak percaya.
“Tak adalah aku
tinggal dia buta-buta macam tu je. Kan aku dah bagi excuse tadi.” Farhan tergelak. Terbayang
wajah cemberut Helda saat dia menerima panggilan dari ‘Encik Razif.’
“Kalau setakat
cakap banyak, aku tak kisah sangat, ini tahunya nak mengata dekat orang saja
kerjanya. Macam lah dia tu perfect sangat.”
Panas hatinya melayan perbualan dengan Helda tadi. Sembangnya boleh tahan meninggi.
“Eh, bukan kau
ke cakap dia Miss Perfecto?” Dia
sendiri hairan apa yang Fahan cari. Setiap masa ada sahaja wanita yang dihimpit.
Masalahnya, tiap kali keluar, pasti ada yang tidak kena di mata lelaki itu. Kadang-kala
alasan yang diberikan langsung tak boleh diterima akal.
“Perfect apanya. Serabut adalah.” Dia
sedikit mencebik.
“Itulah
kau. Tak nak tuntut ilmu dekat aku dulu.” Xander terbahak ketawa bila Farhan mula
tayang muka menyampah setelah mendengar kata-katanya.
“Maybe, I should learn how to ‘fence’ my
heart, just like you.” Terluah kata
sindiran itu dari bibir Farhan. Dia turut ketawa kemudiannya bila Xander
menumbuk bahunya kuat.
“Past is past Xander. Bila kau nak move on?” Bila keadaan kembali tenang,
Farhan mula mengatur kata. Sakit hatinya bila Xander bagaikan terlalu mengambil
kisah, apa yang wanita itu mahu lakukan. Xander bagaikan tak kenal erti serik!
“Kita tengah
cerita pasal kau bro. Remember?” Xander
tetap tersenyum. Cuba berlagak tenang
bila hal Rhea di bangkitkan.
“Yeah. Thanks dekat
mata aku yang sempat tengok aksi peluk memeluk kau petang tadi.” Farhan belum
puas. Tak dipedulikan langsung kata Xander.
“Kau nampak?”
“Mata aku ni
belum cukup rabun tak nampak aksi hindustan kau tu.” Menyampah dia melihat lagak
Xander yang bertindak bagaikan penyelamat. Kalaulah dia di tempat lelaki itu,
pasti dibiarkan sahaja Rhea jatuh tergoleh di atas tangga. Biar patah riuk!
“Aku ni ada
hati lagi Farhan. Tak adalah aku kejam sangat nak biar dia buat aksi buang
nyawa dekat tangga tu.”
“Kau tu baik
sangat. Sesekali tu kau kena kejam sikit. Jangan biar orang pijak kepala kau.”
Farhan tetap tidak berpuas hati. Dia nampak jerih perih Xander membina keyakinan
diri selepas ditinggal oleh wanita bernama Rhea itu. Dan dia tidak mahu, kerana
wanita yang sama, dia terpaksa sekali lagi melihat Xander merana.
“Kau jangan
risau lah.” Ditepuk perlahan bahu Farhan. Dia tahu lelaki itu menggambil berat.
Cuma kadang –kala sikap Farhan yang terlampau keras, sedikit menjengkilkan.
“Aku dah lapar.
Kau nak pergi makan tak?” Perutnya yang sudah berbunyi diusap perlahan. Kalau
dibiarkan lebih lama, pasti gastriknya bakal menyerang lagi. Lebih teruk kalau di
toup sekali dengan migraine.
“Eh, tadi
dating dengan Helda kau tak makan ke?” Raket tenis dmasukkan ke dalam beg. Setelah
itu dipandang wajah Farhan yang sedikit berkerut.
“Tak. Putus
selera aku dengar dia membebel.”
“Gastrik?” Xander
bertanya sepatah.
“Kalau kau
terus soal aku, memang aku bakal kena gastrik kejap lagi. Kau nak teman aku
pergi makan ke tak ni?” Farhan sedikit mengeluh. Xander kalau bab menyoal
memang dia lah juara!
“Jom
lah.” Setelah bangun, terus dia menarik tangan Farhan supaya berdiri sama.
Surat
Cinta Untuk Disana : Soli mehh…lewat letakkk..janji x
ditepati (tp bab ni dipanjangkan sedikit….pampasan lewat… :) … Sila tinggalkan
komen anda…. nun dibawah sana… …tiada cas tersembunyi bakal dikenakan utk komen…
haha…… FOC…. :P
BesT...nak lagi 😁
BalasPadamTetap suka mama bibik
BalasPadam♡♡♡♡♡
BalasPadamhomai ... bila agaknye rhea kembali kt xander ni , x sabar la .. pape pon kak cempaka best!! sy bg 5bintang ..haha
BalasPadamMcm x cukup panjang je..;)
BalasPadamBest...xsbr nk tggu part rhea kembali kat xander,hehe..
BalasPadamMcm x cukup panjang je..;)
BalasPadambiar laili dengan farhan..sian farhan nanti dia gastrik ada orang jaga..xander dgn rhea..ilike x sejuta x mo ada orang kacau
BalasPadambest meh..bila mama bibik nak datang?
BalasPadam<3 <3 <3
Xander masih ada hatii dkt rhea :D
BalasPadamHarap2 xander masih boleh berbaik dgn rhea..:-)
BalasPadamBest best... lg best klu tmbh lg chapter....
BalasPadambest 3x.
BalasPadamPoyola en.Farhan nie...
BalasPadamakak tolonglh smbung novel ni smpai jumpa perkataan TAMAT
BalasPadam