Hel!O mY DarLing!

Jumaat, 25 Julai 2014

Jajans Bab 14 Isteri Milik Aku






            “Bakal isteri aku. Rhea Melati.”

            Bakal isteri? Tersenyum sinis Xander mendengar kata-kata itu. In your dream man... In your dream!

            Ditoleh sekilas ke arah Farhan, mimik muka lelaki itu lagi teruk dari apa yang dia pamirkan.

            Rhea terkedu. Ditoleh ke arah Izzat. Sekejap sahaja sebelum dia memandang wajah Xander. Kenapa takdirnya sekarang hanya berpusar sekeliling lelaki itu? Semakin dia berdoa supaya dijauhkan dari Xander, semakin dekat pulak dia kepada lelaki itu.

            Kata Izzat tadi pula bagaikan tali yang diserahkan kepada dia untuk dijerut pada leher sendiri. Dia rasa tertangkap walaupun dia tak sempat nak berbuat dosa. Mahu berterusan memandang wajah Xander, dia rasa tidak mampu. Sudahnya kepala ditunduk rapat.

            Saat yang sama juga, matanya tertacap pada permandangan indah di hadapan mata. Lebih indah dari musim bunga yang menjadi kegemarannya. Rasa teruja itu kembali menjengah. Puas dihalang diri supaya jangan tertarik dengan apa yang dilihat, tetapi hatinya tetap juga mahu derhaka kepada tuan. 

            “Bila majlis korang?” Farhan tergelak. Ditilik wajah ‘bakal isteri Izzat’ itu atas bawah. Selama ini dipandang wajah itu dari jauh sahaja. Hari ini barulah dia dapat melihat wajah itu dengan lebih jelas.

            Damn gorgeous! Patutlah Xander terlekat dengan wanita itu dahulu. Sayangnya, perangai pulak tak secantik tuan!

            “Jaga mata kau tu Farhan.” Bahu Farhan dipaut. Pedih mata Izzat melihat aksi Farhan yang bagaikan tidak pernah melihat perempuan.

            “Benda cantik  depan mata bro. Bodoh lah kalau aku tak nak tengok. Betul tak Puan Rhea?” Farhan sindir tajam.

            “Cik. Puan tu lepas dia kahwin dengan aku baru korang guna.” Izzat tergelak.

            “Duduk lah.” Rhea cuba alih cerita. Tak tahan bila dia menjadi bahan untuk diperbualkan. Dalam pada masa yang sama, dia berharap pelawaannya itu tidak diterima. Terperanjat tadi bila Izzat tiba-tiba sahaja menegurnya, tambah mengharukan bila kelibat Xander turut kelihatan.

            “Tak kacau Rhea ke?” Diletakkan beberapa bekas berisi coffee ke atas meja sebelum dia kembali memandang wajah Rhea.

            “Tak lah.” Serba-salah dia menjawab. Ikutkan hati nak sahaja dia menghalau Izzat dan kawan-kawannya itu supaya pergi menjauh.
        
    Argh! Menyesal pulak dia ambil keputusan melepak di Starbucks. Kalau tahu nak terserempak dengan Xander, dia balik terus saja ke rumah tadi.

            “Korang tak kisahkan?” Kali ini dipandang pula wajah Xander dan Farhan.

            “Nope.” Ringkas jawapan Farhan. Tidak perlu disuruh, cekap sahaja dia menarik kerusi dan melabuhkan tubuh. Dijongketkan kening sedikit kepada Xander bila lelaki itu masih tegak bagaikan patung. Lambat sahaja dia melihat tingkah Xander.
           
“Hai Baby.” Izzat cuba beramah. Dilambai tangan kepada anak Xander yang dari tadi hanya mendiamkan diri. Tersenyum dia bila tangan kecil itu turut membalas lambaiannya.

            Rhea ketap bibir. Sekali lagi wajah itu menjadi sasaran matanya. Tanpa sedar, tangannya naik meraba wajah sendiri.

            “Kalau anak perempuan, abang nak wajah dia ikut macam muka Rhea.” Rhea tahan nafas. Bergema bicara itu dalam fikirannya.

            Kata-kata Xander itu, pernah buatkan hatinya kembang setaman. Buatkan dia tidak sabar untuk melahirkan zuriat buat lelaki itu. Dan hadiah yang dia dapat disebabkan pengorbanannya itu langsung tak pernah tercapai dek akal fikirannya.

Surat Cinta Untuk Disana : Dikesempatan ini, saya CEMPAKA REMBULAN…gerhana (turunkan nada anda..hehe) ingin mengucapkan…SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN..kot ada tersalah bicara, terkasar bahas, terover mengada…..Kalau ada yang x dipuas hatikan, jangan malu2 pm saya di fb…. Jangan risau…saya makan nasi sahaja…belum capai tahap lapar sampai nak baham orang… ahaks! Bagi yang nak balik kampung….pandulah dengan cermat….ingat orang tersayang…. Papaii…muahhhh

Oh ya... ini grp Fb sy :  https://www.facebook.com/groups/621308791235302/

20 ulasan:

  1. Selamat hari raya maaf zahir batin cempaka rembulan.pendek sngt xpuas bc

    BalasPadam
  2. Selamat hari raya jgk cempaka rembulan...maaf zahir batin...

    BalasPadam
  3. Besttttttttt.xsabarrrrr

    BalasPadam
  4. Slmt hari raya jugakk.kak cr...hehe..btw..buatla part dorng smbut raya..hehe..demand pulak..

    BalasPadam
  5. Slmt hari raya maaf zahir batin akak..lama dh tnggu..rndunya nk baca..hrhe

    BalasPadam
  6. Slmt hari raya maaf zahir batin akak..lama dh tnggu..rndunya nk baca..hrhe

    BalasPadam
  7. Slmt hari raya n maaf zahir n batin

    BalasPadam
  8. Aduhhh tak sabar nak baca versi cetak. Hehe. Best kat CR:)

    BalasPadam
  9. Selamat hari raya..maaf zahir &batin..maaf lagi coz xpuas baca..nak lagii...k slamat2..huhuhu..

    BalasPadam
  10. Wah jajan yg mndbarkn... CR nk lgi... Huhu

    BalasPadam
  11. Akak ble nk smbng ni..dh lama tnggu.sobsobsob

    BalasPadam
  12. Akak ble nk smbng ni???dah lama tnggu..sobsobsob

    BalasPadam
  13. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  14. Assalamualaikum kak☺ .. Bla nak smbung cerpen Isteri Milik Aku ni?? Lama dah tnggu😢😢😢

    BalasPadam
  15. Assalamualaikum kak☺ .. Bla nak smbung cerpen Isteri Milik Aku ni?? Lama dah tnggu😢😢😢

    BalasPadam
  16. takda smbungan ke. lama dah dok jenguk ni sis. ke dah dtrbit jdi novel ??

    BalasPadam
  17. Akak...cite ni dh jdi novel ke? Klau ade nk beli...dan bwh penerbit apa?

    BalasPadam
  18. Dkt group fb sprti kak ckp...x jmpa pun.

    BalasPadam
  19. Dkt group fb sprti kak ckp...x jmpa pun.

    BalasPadam

Baca sUdah, benCi, gEraM, sUka pUn sUdah. CeRajiNkaN TanGan, MeNgOmeN siKit :)