Tangan dibawa
mengetuk permukaan meja. Dilarikan pandangan mata ke segenap arah. Dia merengus
kasar kemudiannya bila orang yang ditunggu, masih juga belum kunjung tiba.
Ditilik jam yang membalut pergelangan tangannya. Sudah lima belas minit terlewat
dari apa yang dijanji.
Kalau tidak
memikirkan ‘orang itu’ orang penting, pasti minit terakhir yang dilepasi dari
waktu yang dijanjikan, dia sudah melangkah pergi. Benci bila dia terpaksa
menjadi penunggu.
Kali ini diraup pula wajah. Meminta Allah
kurniakan dia kesabaran. Kalau dulu dia gentar, kali ini pasti akan dipandang
wajah itu dengan keyakinan. Tak akan ada lagi seorang Xander Arjuna yang takut walaupun
dengan hanya sebuah gertakan kecil seperti bertahun dahulu.
Bunyi
kerusi bergeser dengan permukaan lantai mematikan lamunan. Dipanggung kepala memadang
wajah lelaki separuh baya dihadapannya. Selamba sahaja tindakan lelaki itu.
Tidak perlu dipelawa, megah sahaja tubuh itu berlabuh dihadapannya. Mimik muka
yang terukir usah dikira. Angkuh! Dalam
tidak sudi, tangan tetap dihulurkan.
Tersungging
sedikit senyuman sinis dibibir bila salamnya hanya dipandang sepi. Tidak
berkedip matanya melawan pandangan tajam lelaki itu. Bohonglah kalau dia kata
rasa gemuruh langsung tidak menyapa. Sedikit tidak, pasti hatinya tercuit
dengan apa yang pernah terjadi dulu. Memandang wajah lelaki itu bagaikan dia
sedang cuba menyelak kenangan lama. Kenangan yang seboleh mungkin cuba dihalau
dari terus mengamuk di dalam fikirannya.
“Aku nak kau
ceraikan anak aku.” Tidak perlu mukadimah panjang, terus dihantar hasrat
dihatinya. Wajah Xander dipandang dengan mimik muka yang jengkil.
“Atas alasan
apa datuk nak saya ceraikan dia?” Xander larik senyum. Nadanya lebih kepada
menyindir. Bongkak lelaki itu dari dulu tak pernah menghilang!
“Kau jangan
buat lupa apa yang kau dah buat dekat anak aku dulu. Aku tak nak keturunan aku
tercela kalau kau terus jadi menantu aku.” Mencerlung tajam dia memandang wajah
Xander.
“Mungkin ingatan
saya tak berapa nak bagus Datuk. Saya tak ingat pulak apa yang saya pernah buat
dekat anak Datuk tu.” Disandar tubuh sasanya pada kerusi. Sedaya upaya dikawal
riak wajahnya, supaya sentiasa kelihatan tenang. Rasa mahu sahaja dia
melambakan tawa bila mana dia sempat menjamah wajah Datuk Rahim. Merah menyala
wajah lelaki itu mendengar kata-katanya.
“Kau nak aku
ulang balik apa yang jadi dulu? Atau kau nak aku tayang gambar kau dekat semua
orang? Mesti meriah dunia kan, kalau orang tahu peguam berkaliber macam kau ni,
pernah jatuh dalam pelukan mak datin.” Datuk Rahim ketawa sinis. Terbayang
sampul berisi gambar-gambar Xander yang masih berada dalam simpanannya. Mujurlah
dia tidak buat kerja bodoh dengan menghapuskan bukti. Sekurang-kurangnya dia
masih ada bahan untuk mengertak pemuda di hadapannya sekarang.
“Terpulanglah. Kalau
nak sebar satu dunia pun saya tak kisah. Bukan nama saya saja yang terpalit
nanti, nama Datuk pun mungkin terheret sama. Mesti orang nak tahu kan siapa
bapak mertua saya. Well, kalau Datuk
nak tumpang popular, silakan.” Xander tergelak kecil. Cuba menutup kegugupan
yang melanda. Gila! Dia ingatkan semuanya sudah hilang. Rupanya, ada lagi yang
disimpan untuk mendajalkan kehidupan dia.
Membara
perasaan Datuk Rahim setelah mendengar kata-kata Xander. Tidak terluah kata bagi
mematikan serangan Xander dek kerana perasaan amarah yang menyerang seluruh ruang
tubuh.
“Minum, Datuk.”
Gelas berisi jus tembikai diangkat. Melebar
senyumannya bila melihat wajah bapa mertuanya yang sudah berubah riak.
“Aku akan
pastikan, kau ceraikan anak aku nanti.” Selagi anak kesayangannya itu terikat
dengan Xander, selagi itulah hatinya tidak akan pernah tenang. Kalau cara baik
tidak berkesan, cara keji sekalipun dia sanggup gunakan. Sama seperti bertahun
dulu!
Tergelak Xander
mendengar kata-kata itu. Dia ceraikan Rhea? Memang tak lah! Sikit tidak, dia
akan pastikan Datuk Rahim dan Rhea terasa sama kepedihan yang pernah dia alami
dulu.
“Apa kata Datuk
suruh anak Datuk sendiri yang mintak cerai dari saya. Kalau dia yang nak, saya
boleh pertimbangkan.” Sengaja dia memprovok Datuk Rahim yang sudah nampak
sedikit melatah. Tiada beza langsung tingkah lelaki itu dengan ‘isteri
mithalinya.’ Bapak borek anak rintik. Baru diacah sedikit, sudah mula berangin.
“Kau jangan nak
cabar aku!” Dihentak kuat tangannya ke atas permukaan meja. Langsung tidak
dipedulikan, mata-mata nakal yang sudah memandang ke arahnya dan Xander.
“Saya tak pernah cabar Datuk. Macam saya kata, kalau dia nak berpisah, bila-bila masa dia boleh datang jumpa saya.” Xander tarik nafas.
“Melainkan dia tak
berniat nak berpisah dengan saya. Itu saya memang tak boleh nak buat apa-apa
lah.” Dia rasa sudah semakin selesa. Seronok menaikkan amarah Datuk Rahim.
“Aku akan buat
sampai dia bercerai dengan kau jugak nanti.” Giginya diketap. Sedaya upaya
dikawal sabar yang sudah mahu berterbangan. Nampaknya dia tidak boleh mengambil
mudah. Xander yang ada dihadapannya sekarang, bezanya bagaikan langit dengan
bumi berbanding dahulu.
"Datuk tahu belum yang dia berminat
nak bekerja dengan saya?” Xander ukir senyuman senget. Puas hatinya melihat
wajah terperanjat Datuk Rahim.
“Kau jangan nak
buat cerita. Aku kenal anak aku macam mana. Dia tak kan jilat ludah dia balik!”
“Well…Nampaknya Datuk dah silap. Teori tu
tak boleh guna pakai sebenarnya.” Dijongket sedikit keningnya. Sengaja mencabar
kesabaran Datuk Rahim yang dia tahu pada bila-bila masa sahaja bakal terbang
melayang.
“Kita tengok
nanti.” Diketap gigi kuat sebelum dia bergegas bangun. Perbincangan dia dan
Xander sudah tamat! Tahulah nanti bagaimana dia mahu mengajar lelaki itu.
“Oh ya… Sebelum
saya terlupa, tolong ucap terima kasih dekat Rhea untuk good night kiss dia tu.” Xander berkata tanpa perasaan. Tangan pula
sibuk menilik jam ditangan. Nampaknya dia terlewat lagi untuk menjemput Baby. Ditolak
kerusi ke belakang sebelum tergesa-gesa dia bangun.
“Jahanam!” Kali
ini terus sahaja dia menyerbu ke arah Xander. Digenggam tangan seerat yang
mungkin sebelum dilepaskan penumbuknya pada wajah itu.
Xander yang
tidak bersedia dengan tindakan dari Datuk Rahim, sedikit terundur ke belakang. Pantas
ditahan tangan lelaki itu bila sebuah lagi tumbukan mahu mendarat pada
wajahnya.
“Jangan buat
sampai saya hilang terus hormat pada Datuk.” Ditolak tangan itu kasar. Naik
turun nafasnya cuba menahan perasaan amarah yang tiba-tiba sahaja memuncak. Kalau
tidak memikirkan status lelaki itu sebagai bapa mertuanya, pasti sudah mendarat
penumbuknya pula pada wajah itu.
“Aku nak kau
jauhkan diri kau dari anak aku. Kalau tidak, aku akan pastikan kau menyesal
nanti!”
“Saya akan buat
sampai anak Datuk tu sendiri yang datang melutut pada saya.” Di keluarkan wallet.
Ditarik keluar sekeping duit dan diletakkan di atas meja. Setelah itu, terus
dia berlalu. Tidak tahan bila berpasang mata, menonton aksinya dan Datuk Rahim
tanpa berkelip.
Kalau tadi
masih ada rasa berbelah baginya untuk memberikan Rhea dan Datuk Rahim
pengajaran, sekarang rasa itu sudah hilang! Musnah terus dek tingkah orang tua
itu!
Tak apa…Tak apa…Dia
akan pastikan dua beranak itu terima kejutan sedikit demi sedikit. Yang pasti,
tak akan ada sesaat pun dia akan biarkan mereka tenang!
Digerakkan
rahang bagi menghilangkan rasa sengal yang menggigit seluruh wajah. Bengkak
yang terasa menghuni ruang pipinya, tidak akan sama dengan bengkak di dalam
hati. Nanah yang sekian lama terkumpul, bagaikan sudah meledak keluar. Menebarkan
rasa sakit sama seperti beberapa tahun
dahulu.
Surat Cinta Untuk Disana : Maoof ler….sy x reti nak imejin orang
main tumbuk2 ala-ala Sivaji the boss….tumbuk manja je sy mampu buat… ahaks!....Apa
pun nk tanya jugak…korang rasa part ni mcm drama sangat x?? kot overdrama ala2
telenovela, jangan malu2 tucen bagitau…den cantas je nanti part ni… papai…muahhh….
Bestt sgt kak... hehehe terbaekkk.. sy restu part ni kikikih 👍👍👍
BalasPadamTerbaik la kak
BalasPadamNk lgi kak CR
BalasPadamOk dah tu...tk pyh delete...
BalasPadamSuka je part nie xyah delete bukan ganas sgt pun cuma tumbukan je xkesan sgt pd Xander
BalasPadamNicely done. .this is now...xander yg kini bkn yg dulu..biaq dato takut skit..
BalasPadamtp rhea xsalah ape2pun.. dye cume mangsa keadaan jer sbb terlalu percaya kan bapa sndri
BalasPadamBest !! Cant wait 2 read more!!
BalasPadamkesian kat rhea . mangsa ayah sendri. macam mana la agaknya bile dia thu yang semua tu berpunca dri ayah dia sendri... cant wait for next entry. gud luck kak CR..
BalasPadamBest la cte nie.....nk lgi..lgi...n lgiiiiiiii
BalasPadamJgn la balas dendam dkt rhea dia pn mangsa keadaan jgk....
BalasPadamKena ajar juga datuk x sedar diri tu... ingat dia kaya semua boleh buat...
BalasPadamdia lupa kuasa Allah s.w.t.... bagi datuk tu terkedu sikit Xander
Best2..akak cr xsbr nk baca next..nk tnggu part xander..rhea n baby.hehe
BalasPadamXsbexsbrxsbr..hehehe.nk lagiiiiiii
Menarik..
BalasPadamBila kebenaran terbongkar nnt mcm mana la ek..
CR btul2 mendera... Nk.lgi... Kcian rhea... Ngn bby jd mgsa nnt. Hop cptla bab yg thes jd mama bibik. X sbr nk bc..
BalasPadamBEST.
BalasPadamBest
BalasPadamKenapa beberapa bab cerita ni tiada?
BalasPadambaca dari bab 1 hingga bab 10..not bad, cerita dan olahan yang menarik membuatkan saya tertarik untuk menantikan next entry...tetapi kenapa cerita ni tergantung ya..
BalasPadamsy dlm proses nk siapkan mss.... insyaallah...klau ada rezeki...akan dterbitkan....
Padam