Tubuh April yang semakin hari
semakin montok di di belai-belai. Rancangan television langsung tidak menarik
hatinya. Ingin mengemas rumah, tiada apa yang boleh di kemas. Ingin bersembang,
mana dia kenal jiran-jiran, selain Kak Senah kipochi sebelah rumah yang selalu
mencari pasal dengannya.
Kalau kenal pun, hanya budak-budak
kaki lepak dekat bawah apartment. Itupun pagi-pagi macam ni bukannya nak ada
orang. Lagi matahari tak terpacak atas kepala lagi itulah tak bangun tidur.
“Isyy tensionnya. Mummy nak buat apa
ni April?” Wajah April yang terlangut-langut
memandangnya di renung. Jam di dinding di jengah. Baru pukul enam lebih. Dia
memang selalu macam itu. Lepas subuh jarang dia dapat tidur semula, melainkan
dia benar-benar keletihan.
Apa nak buat ye? Dagunya di
ketuk-ketuk dengan hujung jari. Wajah yang bosan bertukar riak secara tiba-tiba
bila dia sudah dapat ilham ingin melakukan apa bagi menghilangkan kebosanan
yang melanda. Butang talifon di tekan.
“Hello Kak Ina, Jom kita joging
nak?” Laju dia bertanya bila panggilannya di jawab oleh orang sebelah sana.
“Apa? letih? Alah jomlah temankan
kejap. Boleh satu round pun jadilah.”
“Hemm,, tak apalah kalau macam tu,
Yuyu tanya abang aje lah.”
“Tak marah. Ok lah. Bye.” Tersandar
Yuyu di sofa. Carina tak dapat menemaninya. Ingin talifon Camarul seperti yang
dia katakan? Baik lupakan sahaja. Abangnya dengan senaman bagai buah durian
cuba dikacuk dengan buah ciku. Tak ngam.
“Joging sorang-sorang aje lah. Apa susah.” Pantas dia bangun.
Terlompat April yang berada di atas riba dek tindakan tiba-tibanya.
..................
Peluh yang merinik di dahi di kesat
dengan tuala kecil yang tergantung di bahu. Hampir setengah jam dia
mengelilingi kawasan riadah yang terletak berhampiran apartmentnya. Cuaca agak
redup. Mungkin sekejap lagi hujan akan turun.
Kerusi yang kosong mengadap tasik di
hampiri. Angin yang sesekali bertiup membuatkan dia terasa damai. Inilah kali
pertama dia kembali melakukan aktiviti kegemarannya pada hujung minggu selepas
terlibat dalam ‘kemalangan’ tragik itu.
Earphone di keluarkan dari telinga.
Mp3 yang berada di dalam poket seluar di keluarkan dan di tutup. Dia bangun dan
melakukan pergerakkan kecil bagi menghilangkan lenguh di badan. Badannya yang
sudah lama tidak bergerak cergas terasa segar.
Jam di tangan baru menunjukkan pukul
tujuh pagi. Masih awal untuk pulang. Setelah letihnya beransur hilang sekali
lagi dia mula mengatur langkah. Cadangnya selepas berjoging dia ingin terus ke
kedai makan.
..............................
Yuyu menahan semput. Sudah sekian
lama tidak berlari, tulangnya terasa mahu berterabur. Kaki terasa longgar.
Mungkin kerana dia terus berlari tanpa melakukan warm up. Terasa menyesal pula. Sekejap lagi pasti tubuhnya akan
terasa sakit.
Botol minuman yang berada di tangan
di buka penutup. Terasa hilang dahaganya bila air mula menyentuh kerongkong.
Matanya meliar sekeliling. Orang
agak ramai hari ini. Ada yang memang datang dengan tujuan untuk bersenam, ada
juga yang duduk bersantai bersama keluarga. Dalam pada masa yang sama matanya
cekap menangkap kelibat seseorang yang sangat di kenali.
“Itu macam...” Yuyu tersenyum bila
diyakini lelaki itu adalah orang yang di kenalinya.
Pantas dia melajukan langkah bagi
menghampiri lelaki yang berada di arah bertentangan dengannya.
“Hai encik boss.” Ramah dia menyapa.
Terlupa terus segala sumpah seranah lelaki itu terhadapnya selama beberapa
minggu.
Hasif mengelengkan kepala. Takdir
apakah ini? Tak sempat dia ingin melarikan diri sudah tercongok wajah itu di
hadapannya. Sudah bosan ‘dibayangi’ setiap waktu. Tak habis-habis menganggu.
Kemaafan sudah di beri tetapi gadis itu bagai tidak jemu mengucar-ngacirkan
kehidupannya yang sebelum ini tenang.
“Joging ke?” Soalan beramah mesra di
mulakan.
“Tak. tengah bina rumah.” Selamba
ayat itu terluah dari bibir Hasif. Sudah tahu, lagi mau tanya.
Yuyu gelak kecil. Hambik kau, sebijik kena. Dalam hati
mengutuk kebodohan diri sendiri kerana menyoal sesuatu yang sudah terang lagi
bersuluh. Sudah resam manusia barangkali, sudah geharu cendana pula, sudah tahu
bertanya pula.
“Encik bos dah lama ke dekat sini?”
Hasif pura-pura tidak mendengar.
Malas mahu melayan. Larian semakin laju. Seboleh mungkin dia cuba menjarakkan
diri dari di dekati oleh Yuyu. Harinya yang agak damai tidak mahu di cemari
dengan pergaduhan. Dia sudah letih. Hari ini dia hanya mahu bersenang lenang
tanpa sebarang ganguan.
“Encik bos, perlahanlah sikit.”
Hampir putus nafas dia mengejar. Lelaki itu bagaikan sengaja berlari dengan
laju. Akhirnya Yuyu mengalah bila Hasif sudah jauh ke hadapan. Dia berhenti
bagi menaturalkan kembali pernafasannya yang sudah berbunyi seperti kerbau.
“Memang tak mesra alam. Sia-sia saja
hidup dalam dunia ni kalau tak nak bergaul dengan masyarakat.” Dia mengomel
geram. Nampaknya seorang diri lagilah dia. Ingatkan jumpa orang yang dia kenal
bolehlah di bawa berbual. Hemm..
Dia kembali memusingkan tubuh, dan
berjalan perlahan-lahan. Kakinya sudah mula terasa kebas. Kalau berlari lagi,
rasanya dia akan jatuh tersungkur. Lutut sudah terasa seperti tidak dapat
menampung badannya.
Hasif memusing kebelakang. Dia
tersenyum lebar bila bayang gadis itu sudah tidak kelihatan.
“Tak fit langsung. Lari sedikit dah
pancit. Itulah,orang nak joging dia pun nak jugak” Dalam pada masa yang sama
dia sempat mengutuk Yuyu. Mp3 kembali di pasang. Berlari sambil menyanyi. Dunia
benar-benar terasa indah.
.............
Pondok
untuk beristirehat yang di sediakan bagi kemudahan pengunjung di hampiri. Kemas
dan teratur. Satu sampah tidak kelihatan pada matanya. Dalam hati dia memuji. Ternyata
kesedaran di dalam kalangan masyarakat Malaysia terhadap kepentingan penjagaan
alam sekitar semakin meningkat.
“Hahh” Keluhan berat di lepaskan.
Dia benar-benar sudah tidak berdaya. Tersandar dia di atas kerusi batu yang di
bina mengelilingi kawasan pondok. Kasut di buka satu persatu. Udara yang segar
terasa memberi kelegaan kepada kakinya yang terasa perit.
Yuyu memicit-micit lututnya yang
terasa lenguh. Gayanya sudah seperti nenek-nenek.
“Lu apa pasai amoi, ale sakit ka?”
Yuyu tersentak. Raut wajah yang
menyapa di pandang. Seorang warga emas berketurunan cina menjengah di hadapan
mata. Tersenyum memandangnya. Tubuh itu kemas tersarung pakaian sukan.
“Tak ada apalah auntie. Sikit saja.”
Senyuman di berikan kepada wanita itu.
“Lu jalang lali ka? Wa talak penah
nampak lu lekat sini.”
“Sudah lama tak lari. Itu sebab saya
penat.” Malu mengaku, tetapi kenyataan tetap kenyataan. Tak boleh di ubah.
“Talak apa. Lu kalau lajin datang la
joint kite olang.” Tangannya di bawa menunjuk ke satu arah.
Yuyu terpegun. Tak jauh dari tempat
di dudukinya ada sekumpulan warga emas terdiri dari pelbagai kaum sedang
melakukan senamam. Dia ketawa kecil kemudiannya. Sabar sajalah. Poco-poco tu!!!
“Wah auntie. Ramainya. Itu poco-poco
kan? Kenapa tak senaman Tai Chi?” Dia rasa pelik. Jarang dapat melihat
pemandangan seperti itu. Selalunya warga emas bukan suka senaman Tai chi ke?
Nak pulak kalau berketurunan cina.
“Apa lu ingat olang tua talak boleh
poco-poco ka? Latang la joint sama
kitolang. Manyak syiok oo.”
“Boleh-boleh. Tapi bukan hari ini
lah. Saya dah tak larat. Nama saya Yuyu, auntie nama apa?” Ramah berborak
membuatkan dia terlupa untuk memperkenalkan diri.
“Wa, Mally. Lu boleh panggil auntie
Mally” Tangan di hulur untuk bersalaman tanda persahabatan yang bakal terjalin.
Yuyu malu sendiri. Sepatutnya dia
yang menghulurkan salam persahabatan, ini terbalik pula.
“Lajin jom la ikut. Wa kasi lu kenal
sama wa punya lakan-lakan.” Mally terus terlupa niatnya ingin pergi ke tandas.
Teruja bertemu dengan rakan baru. Tak sabar ingin di perkenalkan kepada
rakan-rakannya yang lain.
“Boleh ke?” Risau jugak Yuyu kalau
ke hadirannya akan mengangu kumpulan itu.
“Talak apelah. Wa punye lakan manyak
bagus.” Beria-ia Mally meyakinkan.
Kasut yang di tanggalkan di sarung
kembali ke kaki. ‘Engkau berlagak lagi. Kau tak sudi aku pun tak hinginlah.
Tengok, aku dah dapat kawan baru.’ Yuyu seronok. Bagus juga si hati batu tu
jual mahal, dapatlah dia rakan baru.
“Mally, siapa tu?”
Yuyu tersenyum senang hati. Melihat
senyuman yang di berikan kepadanya memberikan tangapan yang dia akan di terima
oleh komuniti ini.
“Wa punya lakan. Sini lah Azah. Wa
kasi kenal sama lu.” Mally mengamit rakannya yang sangat cantik pada pandangan
Yuyu. Masih kelihatan muda dan nampak bergaya walaupun tubuh itu agak berisi.
“Apa khabar auntie?” Tangan pantas
di hulurkan. Tidak mahu pisang berbuah dua kali.
“Baik-baik.” Wajah gadis di
hadapannya di renung atas dan bawah.
Kemudian Yuyu bersalaman dengan
beberapa orang lagi yang berada berhampiran dia. Ramah dia memperkenalkan diri
kepada mereka.
“Yuyu?” Macam pernah dengar nama
itu, tapi di mana ye? Puan Sri Azah berfikir. Otaknya cuba di kemas kini.
Malangnya semakin di berusaha untuk mengingati semakin dia terlupa. Apa yang
pasti nama itu teras begitu familiar
di telinganya.
“Camelia Yusnita, tapi semua orang
panggil Yuyu.” Nama penuhnya di berikan. Mungkin wanita yang mencuri tumpuannya
itu pelik mendengar nama ‘Yuyu.’
“Eh jangan salah faham, Auntie macam
pernah dengar nama kamu. Tapi terlupa di mana” Puan Sri Azah memperbetulkan
salah faham yang terjadi. Tidak mahu gadis itu fikir yang dia memandang ‘pelik’
akan nama itu.
“Tak ada hallah. Selalu ke ada ....
erkk,,apa nak panggil ye?” Nak di nama kan ‘perjumpaan’ macam pelik sahaja.
Senaman orang tua? Kasar sangat bunyinya.
“Senaman orang berumur ni?” Puan Sri
Azah menyambung. Nampak benar gadis itu serba salah.
Yuyu tersengih. Nampak sangat ke?
“Seminggu sekali. Kalau kami ada
kelapangan dua kali seminggu. Bukan untuk orang berumur saja sebenarnya.
Terbuka. Tapi mungkin sebab yang ada kebanyakkannya orang tua, jadi budak-budak
muda tak berani nak dekat kot.”
“Owh, kalau macam itu, lepas ni
bolehlah saya datang.” Yuyu teruja. Bagus juga. Lepas ni taklah hujung
minggunya suram tanpa apa-apa aktiviti. Selalunya dia hanya keluar merayap
seorang diri, tak pun ‘bergaduh’ dengan Camarul. Itulah aktiviti wajibnya
setiap minggu. Lepas ini meriahlah hidup dia. Yipiiii!!!
“Eh, boleh sangat. Kalau ada
kawan-kawan ajaklah datang sekali. Lagi ramai lagi bagus. Kita bukan ada
poco-poco saja. Tiap minggu bertukar-tukar jenis senaman.” Bersemangat Puan Sri
Azah memberikan penerangan.
................................
Yuyu tersenyum senang hati. Sesekali
dia menyanyi perlahan.Walaupun badannya mula terasa lenguh, sekurangnya dia
memperolehi hasil yang lumayan. Sahabat baru yang terdiri dari pelbagai lapisan
masyarakat.
Auntie Mally yang suka berbahasa
melayu walaupun tak fasih, Auntie Azah yang kelakar, Uncle Jibam yang suka buat
lawak kering dan ramai lagi yang menyenangkan hati. Bukan macam mamat belagak
sombong tu.
Yuyu mengeluh berat. Asal
teringatkan Hasif, pasti mamat itu sudah menjelma di hadapan mata. Dari jarak
beberapa meter terpancul wajah Hasif. Seketika kemudian liur di telan kesat.
Alamak!!!
“Encik Boss!!!” Yuyu menempik kuat.
Nak kasi amaran mana boleh ayu-ayu
sleeping.
“Engkau lagi. Mana aku pergi mesti
ada muka engkau. Elergik betullah aku dengan kau ni.” Hasif mengeluh berat.
Jemu kalau macam ini selalu.
“Anjing.” Hasif yang berura-ura ingin
meneruskan langkah terkaku. Darah terasa meruap ke wajah dengan tiba-tiba. Biadap!
“Kau cakap apa? ulang lagi sekali.”
Gigi di ketap kuat. Nafasnya mula turun naik dengan kencang. Memang melampau.
Kalau tak suka sekali pun tak perlulah membahasakan dia dengan pangilan yang
tak sepatutnya.
“Anjing.” Tubuhnya mula terasa
mengigil. Menakutkan.
“Kau ni memang dah melampau.” Hasif
mendekat. Kalau ikutkan hati yang tengah panas nak sahaja dia hayunkan
penumbuk. Biar kenal dan tahu erti berbudi bahasa.
“Tak, anjing.” Yuyu menjerit kuat.
“Weh, cakap bebaik sikit.” Ok
kesabaran dia dah sifar. Tunggu masa sahaja nak meletup. Semakin laju dia
menghampiri Yuyu. Perempuan ke apa ke, dia tak peduli. Pengajaran harus di
berikan supaya tahu menghormati orang lain.
“Awak. Anjing dekat belakang tu.”
Kali ini Yuyu sudah terlupa pada pangkat. Susah kalau bercakap dengan orang tak
faham bahasa.
“Awwk!!!”
Hasif kaku.Bunyi itu semakin
mendekat. Perlahan-lahan kepala di pusing ke belakang. Seekor anjing bewarna
hitam dengan tubuh yang agak besar sedang merenungnya tajam. Entah apa ‘jenama’
haiwan itu, dia tak dapat kenal pasti.
“Lariiiii...” Dia menjerit kuat.
Dalam kekalutan, tangan Yuyu sempat di capai dan dia pantas berlari.
Yuyu terpana. Terperanjat dengan tindakan
tiba-tiba Hasif. Dalam pada masa yang sama kakinya turut melangkah mengikuti
langkah lelaki itu.
“Pak Hassan, buka cepat.” Tingkap
kereta di ketuk berkali-kali. Dalam pada masa yang sama sempat dia menoleh ke
belakang. Anjing yang mengejar mereka semakin mendekat. Mujurlah kereta dengan
jarak mereka berada hanya beberapa meter. Kalau tidak....
“Masuk cepat.” Di tolak tubuh Yuyu
masuk ke dalam kereta sebelum dia meloloskan diri.
“Huh, selamat.” Hasif menghembus
nafas tanda kelegaan. Dia luar anjing yang mengejar mereka masih galak
berbunyi.
“Kenapa ni Hasif?” Gelabah Pak
Hassan bertanya. Terperanjat dia bila cermin kereta di ketuk secara tiba-tiba.
“Kena kejar anjing. Entah mana
datangnya.” Nafasnya yang menderu kuat sedaya upaya di natrulkan kembali.
Wajah Hasif di pandang. Tak sedar
lagi ke? Yuyu bengang.
“Erkk,, encik boss.” Tangannya yang
masih di gengam erat oleh Hasif ditarik. Semakin ingin di rungkaikan semakin
erat pulak pautan lelaki itu. Melampau betul.
“Apa?”
“My hand please.” Mulutnya di
muncungkan menunjuk ke arah tangan mereka yang masih bersatu. Tiada tanda akan
di lepaskan.
“Opss. Sorry.” Tangan itu pantas di
lepaskan. Wajahnya yang memang merah kerana baru sudah berlari, dan di kejutkan
pula dengan makhluk yang tak diundang bertambah kemerahannya. Macam mana boleh
tak sedar ni? Dalam hati dia mengomel geram. Tindakan reflek dek kerana ingin
menyelamatkan diri. Entah bila tangan itu di capai. Memalukan!
“Jalan Pak Hassan.” Hasif memberikan
arahan. Niat hatinya ingin mengambil angin selepas penat berjoging terus di
lupakan.
“Eh, tapi kita kena tunggu...”
“Jalan je lah Pak Hassan.” Belum
sempat pemandunya menghabiskan bicara pantas Hasif memotong. Saat seperti ini
dia sudah tiada mood ingin beramah
mesra.
Pak Hassan pantas menghidupkan enjin
kereta. Seketika kemudian bergerak meninggalkan kawasan reakrasi.
“Encik boss nak bawak saya ke mana?”
Yuyu bertanya. Lelaki itu langsung tidak bertanya di mana letak rumahnya. Hanya
mendiamkan diri. Simpang untuk menuju ke aparmentnya hanya beberapa ratus meter
saja lagi.
“Hantar kau balik.” Wajah gadis di
sebelahnya tidak di pandang. Malu mengenangkan aksi lepas lakunya tadi.
“Rumah saya dekat simpang hadapan.”
Yuyu memberitahu.
“Pak Hassan berhenti dekat simpang
hadapan.”
“Dah. aku hantar kau sampai sini
saja.” Hasif berkata bila kereta di berhentikan di bahu jalan.
Yuyu memandang wajah lelaki di
sebelahnya dengan pandangan tajam. Dengar ayat pun tahu. Tak mahu hantar dia
sampai ke rumah. Memang tak bertimbang rasa.
“Terima kasihlah.” Pantas pintu
kereta lelaki itu di buka dan ditutup kasar. Geram betullah dengan malaun
seekor tu. Macamlah susah sangat nak mengucapkan kata terima kasih kepadanya di
atas pertolongan tadi. Kalau tahu, nak sahaja dia biarkan anjing tadi gigit
Hasif. Biar putus anggota. Biar jadi terus jadi cacat. Baru padan muka.
Selepas meninggalkan Yuyu di tepi
jalan Hasif mula memikirkan sesuatu. Ada perkara yang bagaikan dilupai olehnya.
Otaknya cuba mengingati kembali. Seketika kemudian dia membeliakkan mata.
“Alamak!!! mama...”
“Itulah yang Pak Hassan nak bagi
tahu tadi.” Pak Hassan tergelak kecil. Siaplah anak muda itu kena bersoal jawab
nanti.
Surat Cinta Untuk Disana : Kalau ada salah
apa-apa bagitahu lah ye. Tak sempat nak edit... yang mana bahasa yang korang
tak ‘berkenan’ bagitahu saya...jangan malu-malu...Takut saya terlepas
pandang...To adik2 n kakak2 yg sudi msg sy di FB thank sangat....Ini untuk
anda... haha...Cerpen yang saya janjikan tak dapat nak di tunaikan buat
sementara waktu...Sekarang dalam proses nak siapkan MPWUMM?...Sudah selesai
baru saya nak ‘hadiahkan’ kawan2 Mak Cik Cerpen sebanyak yang mungkin...Insyaallah....wish
me lah korang..... papai.... muahhhh....
(erkkk...sebelum tu siapa kenal mamat yang saya jadikan ‘hero’ untuk jajans bab
16? Main download....lpas tu tak tengok nama...nak cari dah tak tahu..!!)
smbng lagiiii
BalasPadaminshaallah... :)
Padam