Hel!O mY DarLing!

Ahad, 16 Februari 2014

Isteri Milik Aku Jajans Bab 1




LIUR yang ditelan terasa kesat. Tergeleng kepalanya melihat permandangan di hadapan mata. Sebu terasa perut bila melihat kerakusan makhluk dihadapannya. Gila!
           
“Kau apasal M?” Faliq sudah berkerut dahi. Pelik melihat tingkah sahabatnya yang kelihatan nampak semacam.
           
“Kau tengok tu.” M muncungkan bibir. Itu kalaulah adik dia. Sudah yakin pasti makan penampar cap kapak. Gelojoh!
           
“Mak aii. Macam tak makan setahun.” Faliq turut kagum.
           
“Kau tahu, tak apa.” Dibuang pandang ke arah hidangan yang terhidang dihadapan matanya. Tak banyak ‘isi kandungan’ steamboat yang diambil. Itupun dia sudah terasa sengkak. Kalau ikutkan hati nak sahaja dia tanggalkan butang seluarnya satu. Bagi perut yang terkejut menerima ‘hantaran’ dapat bernafas dengan jayanya.
           
Tapi perempuan nun dihadapan sana…Ya Allah…Makan tak ingat dunia. Badan tak adalah besar sangat. Sedang-sedang saja. Tapi gaya makannya mengalahkan…Fuhh! tak tahu dia nak cakap macam mana.
           
“Dia tengok..Dia tengok..” Kalut Faliq berkata. Tidak mahu intipannya dan M dikesan bila jelas pandangan perempuan itu menyilau memandang ke arah mereka berdua.
           
“Biarlah. Kita bukan buat salah pun.” Selamba M berkata. Tercebik sedikit bibirnya bila ‘si rakus’ itu mengangkat chopstick di tangan dan ditalakan ke arahnya. Isyarat mahu mencucuk mata!
           
Aure bengang. Air mata yang menitis dikesat dengan hujung jari. Tengah dia panas hati macam ini lah ada makhluk yang sengaja nak membarakan lagi kepanasannya.

Chopstik yang digunakan untuk mengepit segala suku sakat hidupan laut diletakkan ke sisi. Garfu dicapai. Dicucuk udang sebelum dimasukkan ke dalam pinggan. Sambil mencucuk dia sengaja membayangkan wajah Zackry. Jantan keparat itu memang tak boleh diguna pakai. Ingat dia ni apa? Sayur layu dekat pasar ke? Time segar pandang sayang. Bila layu ditendang melayang!

 Hidung yang terasa gatal ditonyoh dengan tangan. Terngiang-ngiang lagi bicara lelaki itu semasa mahu memutuskan hubungan mereka. ‘Kita tak setaraf Aure. Mama I tak suka dekat you.’…

Ewah…Sebelum ini baik je si Auntie Fatimah tu melayan dia. Tak ada pun main kira pangkat harta segala mak neka. Kenapa sekarang baru timbul isu taraf segala-bala tu? Dalam benaknya tak ada lain. Pasti lelaki itu sengaja mereka alasan bagi melepaskan diri.

Surat Cinta Untuk Disana : Ini sama macam si cerita Zyll dgn Sara..Dah lama terperuk dalam ‘peti’… Tapi baru ada kerajinan nak memunggah balik segala harta karun yang ada… Kisah ni kisah biasa…Lelaki kampung bertemu dengan budak bandar yang bukannya dr keturunan kaya.. Hafs Elmi (M) Hawa Aure (AURE)  



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Baca sUdah, benCi, gEraM, sUka pUn sUdah. CeRajiNkaN TanGan, MeNgOmeN siKit :)