Hel!O mY DarLing!

Rabu, 16 Julai 2014

Jajans Bab 12 Isteri Milik Aku





The incy wincy spider, went up the water spout
Down came the rain and washed the spider out
Out came the sun and dried up all the rain
And the incey wincy spider, went up the spout again.
           
Sayup sahaja suara itu menyapa pendengarannya. Mata yang mahu terbuka, kembali dipejamkan bila terasa ada jemari halus yang membelai lembut rambutnya.

            “Sini Baby.” Ditepuk perlahan kepala sebelah kirinya. Sesuatu yang melekit kemudiannya terasa melekat dijemari. Dibawa tangan ke arah wajahnya. Sedaya upaya digagahkan mata supaya terbuka kembali.

            Berkerut dahinya cuba mengesan apa yang disentuh. Jemarinya cuba didekatkan antara satu sama lain. Bingkas dia bangun bila sudah dapat mengesan apa yang sedang disentuh.

            “Ya Allah. Baby buat apa ni?” Sedikit meninggi suaranya. Pantas dia berlari ke arah cermin bila pandangan matanya cekap menangkap sekotak  chewing gum dari jenama wrigley's yang sudah tersadai di atas lantai. Pembalutnya juga bersepah merata.

            Di pusing kepalanya kiri dan kanan. Berserabut benda bergetah itu, memenuhi segenap ruang helaian rambutnya. Saat itu jugak dia rasa nak haramkan terus lagu Incy Wincy Spider dari terus wujud di atas muka bumi!

            Kali ini dia melangkah ke arah Baby yang sedang terkebil-kebil memandang ke arahnya. Tanpa sedar, tangannya sudah dibawa mencekak pinggang. Belum sempat dia menghemburkan amarah, sudah berderai air mata diwajah itu. Sekejap sahaja ruangan yang tadinya sunyi, dipenuhi tangisan anaknya.  
  
            Xander mengeluh kecil. Dilabuhkan tubuh disebelah anaknya tanpa berniat mahu memujuk. Bukannya dia tidak kasihan, tetapi sesekali dia perlu jugak bertegas. Mungkin selama ini anaknya terlalu diberi muka, itu yang dibuat apa sahaja sesuka hati.

            “Berapa kali papa cakap, jangan main chewing gum?” Xander bertanya tegas. Kalau diikutkan silapnya jugak. Letak benda alah itu merata-rata. Bukan tak pernah anaknya itu tunjuk bakat kreatif mengunakan chewing gum sebelum ini, sudah selalu…tetapi tempat ditunjukkan kreativiti itu bukanlah di atas kepalanya!

            Tiada jawapan yang diterima melainkan tangisan yang semakin meninggi. Aduhai..Sudahnya ditarik juga tubuh anaknya ke dalam pelukan. Diusap belakang tubuh itu lembut.

            “I’m so sorry.”

            “Lain kali jangan buat dah. Berdosa tak buat macam ni dekat papa?” Tangan yang mahu menunjuk kepala sendiri, dijatuhkan semula ke sisi. Tak tergamak membayangkan apa yang ada di atas kepalanya.

            “Berdosa.”

            “Dah tahu berdosa, kenapa buat jugak?” Sedaya upaya dilembutkan suaranya seboleh yang mungkin.

            “Sorry.” Tercebik bibirnya ketika menuturkan kata itu.

            Bila kali kedua telingan Xander disapa kata yang sama, hati yang panas kembali menyejuk. Dikesat air mata yang sudah melimpah diwajah itu dengan tangannya.

            “Buka mulut. Papa nak tengok.” Ditekan sedikit kedua belah pipi anaknya. Cuba mengesan jika ada chewing gum yang ada di dalam mulut itu. Keluhan kelegaan terhembus bila tiada satu apa pun yang dapat dikesan.

Surat Cinta Untuk Disana : x beredit lagi…. nanti ada masa baru sy edit balik bab yang awal2… :)

4 ulasan:

  1. Alahaiiiiiiii
    Sehchoheet.......jerrrr
    dh.bg kiss n big hug ni.....
    ker kiss n big hug to papa xander
    baru dpt full n3...... ahaksssss...TQ

    BalasPadam
  2. papa sayang baby tu... jangan menanggis lagi ya...
    nak lagi...

    BalasPadam
  3. Ni klau smpi papa kena botak hbs laaa..hlg macho Xander...ekeke

    BalasPadam

Baca sUdah, benCi, gEraM, sUka pUn sUdah. CeRajiNkaN TanGan, MeNgOmeN siKit :)