Bibir diketap
kuat. Tangan pula dibawa memeluk tubuh. Langkah kakinya terasa semakin
perlahan. Puas dia mengutuk diri sendiri. Perkataan ‘kalau’ pula, semakin kerap
menghujani fikiran.
Kalaulah dia
naik kereta sendiri tadi…Kalaulah dia tak memandai mulut meminta pertolongan
Fakrul..Kalaulah dia berani tunggu teksi, nun diseberang jalan sana…Kalaulah…
“Cepat lah
sikit.” Xander sedikit merengus. Sakit hatinya melihat Rhea bagaikan mengira
berapa jarak jalan. Lembab!
“Sabarlah.”
Terbang melayang ‘kalaulah’ yang ada di dalam fikirannya tadi. Tercebik sedikit
bibirnya mendengar kata Xander yang bagaikan sedikit mengarah.
Alarm ditekan.
Dilolos tubuh sasanya masuk ke dalam kereta. Panas sedikit hatinya bila melihat
Rhea masih keras terpacak di luar kereta. Terus cermin kereta diturunkan.
“Aku tak ada
masa nak layan kau macam tuan puteri. Kau masuk sekarang!” Dia sedikit
membentak. Agaknya Rhea berangan menjadi Cinderella. Menunggu sang putera
membukakan pintu untuk melangkah masuk. Dan sungguh, dia bukanlah jenis lelaki
seperti itu. Tiada istilah gentleman
tak kena tempat dalam kamus hidupnya.
Keletihan terasa semakin membalut tubuhnya.
Leher yang terasa sedikit tegang dipicit perlahan. Di toleh sekilas ke arah
Rhea yang sudah melabuhkan tubuh pada seat
di disebelahnya. Segaris senyuman pun tidak terukir pada raut wajah itu.
“Pakai seat belt tu.”
“Malas.” Rhea
tak mahu kalah. Sakit hatinya masih terasa bila teringat sindiran Xander sekejap
tadi. Macam lah dia hadap sangat layanan first
class dari lelaki itu.
“Kalau muka
cantik kau tu tersadai dekat dashboard
nanti, kau jangan nak salahkan aku.” Xander tarik senyuman menyindir. Gear
dimasukkan. Berdecit tayar kereta berbunyi.
Rhea gelabah.
Kalut ditarik seat belt dan dipasang
ke tubuhnya. Mujurlah dia sempat menahan wajah dari tersembam tadi. Toleh ke
arah Xander dengan pandangan berapi. Sakit hatinya bila lelaki itu hanya
tersenyum sinis.
“Kalau kau tak
suka aku tumpang kereta kau, kau boleh berhenti dekat tepi jalan tu.” Sehabis
perlahan bicara yang keluar dari bibirnya. Cuba menahan diri dari menghemburkan
sumpah seranah.
“Jangan childish sangat lah.” Xander buat tidak
peduli. Kalau nak, memang dia boleh sahaja tinggalkan wanita itu di tepi jalan.
Tetapi menilik jam di permukaan dashboard,
rasanya dia memang sengaja biarkan wanita itu ditimpa bala.
Rhea terus
mendiamkan diri. Malas mahu melayan kata-kata Xander. Dibuang pandangan dibalik
tingkap. Seboleh mungkin dia memaksa diri untuk kagum pada cahaya lampu yang
menyimbah seluruh bangunan di Kuala Lumpur. Malangnya rasa teruja yang diharap,
langsung tidak menjengah.
“Macam mana kau
boleh terfikir nak bekerja dengan aku?” Xander tergelak sinis. Sengaja mahu
membakar hati Rhea yang jelas kelihatan tidak selesa berada dalam satu ruangan
dengannya.
“Kau ingat
kalau aku tahu, aku hadap ke nak kerja dengan kau?” Rhea tak mahu kalah.
Membuntang matanya memandang ke arah Xander yang sudah mula ketawa kecil. Entah
mengapa dia rasakan, tawa itu bagaikan mengejek-ngejek dirinya.
“Maybe.” Xander
semakin selesa. Seronok mahu mempermainkan Rhea yang jelas semakin terikut
dengan emosi.
“Let me tell you something… Jangan kata
nak kerja, tengok muka kau pun aku tak hinggin.”
Dipandang wajah Xander tanpa berkedip. Berharap benar yang lelaki itu akan
terasa hati dengan kata-katanya.
Malangnya,
lelaki itu masih juga begitu. Tetap jugak melarik senyum. Walaupun kelihatan
sinis, entah mengapa dia masih teruja mahu memandang.
“Rumah kau
dekat mana?” Kereta diperlahankan, tidak tahu mana arah tuju. Dari tadi dia
hanya memandu sesuka hati. Rhea pula, langsung tidak bersuara menunjukkan arah
jalan kepadanya.
“Jalan je lah.”
Tangan dibawa bertaut sesama sendiri. Dalam dingin aircond, badannya masih mampu berpeluh. Dia mula rasa gementar
sendiri. Tidak suka dengan mainan perasaannya yang sudah menghasut perkara yang
bukan-bukan.
Sesekali mata
dibawa mengintai wajah Xander. Dari tadi, itu sahaja kerja yang dia lakukan.
Puas dihalang mata supaya jangan nakal, tapi nasihat itu hanya berkesan untuk
sesaat.
“Ke kau sengaja
nak bertapa dengan aku dalam kereta ni?” Xander serkap jarang. Sengaja mahu
membakar perasaan Rhea yang jelas tidak menentu.
“Dekat depan tu
ada hotel. Nak check in situ? Lepas
ni kau boleh tengok muka aku puas-puas.” Xander semakin galak mengusik. Dia
belum cukup buta tidak nampak apa yang Rhea lakukan. Menilik tubuhnya bagaikan
mahu tembus!
“Gila!” Hanya
perkataan itu yang mampu dia katakan. Selebihnya tertelan sendiri. Langsung dia
tidak menyangka kata-kata seperti itu akan muntah dari bibir Xander.
“So, Sebelum aku betul-betul buat kerja
gila, baik kau bagitahu aku mana kau duduk.”
“Depan lah
lagi. Nanti ada simpang tiga, masuk kanan.” Sebal hatinya menjawab pertanyaan
Xander.
“Ha. Ada pun
mulut. Yang susah sangat nak jawab tu kenapa? Atau kau memang pasang niat nak
berlama dengan aku dalam kereta ni?” Xander jongket kening.
“Yeah. Itupun kalau ingatan aku ni dah
hilang.” Pedih lagi hatinya bila Xander masih beriak tenang.
“Kau pun kena
berdoa benda yang sama untuk aku.” Xander mengumam perlahan. Selagi ingatannya
masih kuat teringat kenangan lama, selagi itulah rasa dendamnya pada Rhea tidak
akan pernah padam. Tak akan!
“Pardon?” Rhea sudah berkerut dahi.
Walaupun samar, tetapi kata-kata Xander masih sempat dijamah pendengarannya.
Ditilik wajah itu menanti sekiranya Xander mahu mengulangi apa yang dikata.
Tetapi Xander tetap Xander. Tetap juga ditayang wajah beku.
“Simpang ni?”
Wajah Rhea dipandang. Melihat anggukan Rhea terus dia membelok.
“Berhenti dekat
depan tu.” Ditunjuk ke arah pokok besar yang ada di bahu jalan.
“Aku hantar
sampai depan rumah.”
“Please Xander. Berhenti dekat situ.”
Rhea berkata sedikit tegas. Walaupun rumahnya lagi lima puluh meter dihadapan,
dia lebih rela menapak. Risau jika kelibat Xander ditangkap oleh penglihatan
ayahnya.
“Rumah kau yang
mana satu?” Xander tayang riak tidak bersalah. Sengaja dilajak kereta ke
hadapan. Tiada niat mahu berhenti di bawah pokok seperti yang di arahkan oleh
Rhea.
Rhea merengus kasar. Panas hatinya melihat
kerenah Xander. Ditarik nafas panjang sebelum dia menunjuk ke arah sebuah rumah
yang tersergam indah. Rumah yang baru dua tahun diduduki oleh keluarganya. Dan
tidak hairan lah kalau lelaki itu tidak tahu di mana kedudukannya.
Berhenti sahaja
dihadapan pintu pagar rumah, kalut dia menanggalkan seat belt. Rasa lapang dadanya bila dia bakal terlepas dari
berterusan mengadap wajah Xander. Tambah perit bila hidungnya disapa bauan dari
tubuh lelaki itu. Bau yang suatu ketika dahulu pernah buatkan dia ketagih!
“Please.” Rhea tunjuk ke arah pintu bila
cubaanya untuk keluar tidak berhasil. Malangnya, hanya cermin kereta yang
lelaki itu turunkan. Agaknya lelaki itu berharap dia melangkah keluar dari
tempat sempit itu melalui tingkap. Dikerat sepuluh sekalipun dia tak akan buat
kerja bodoh seperti itu!
“Nak keluar
macam tu saja? Good night kiss aku
mana?” Dicuit sedikit pipi Rhea. Bila sahaja Rhea kalih wajah ke arahnya,
pantas pipi itu dipaut dengan tangan kanannya. Didekatkan wajahnya ke arah
Rhea.
Rhea tahan
nafas. Terkelu dia melihat tingkah Xander. Sedaya upaya ditahan nafas dari
terhembus. Rasa mahu meletup jantung dirasakan. Dia mahu menolak tubuh itu
menjauh. Malangnya dia bagaikan…terpesona…
“Call kalau kau betul nak kerja dengan
aku.” Dikucup sekali lalu pipi Rhea. Sambil itu tangannya menekan button unlock. Bersedia melepaskan Rhea
keluar dari kereta.
Tanganya naik
menyentuh pipi sendiri. Membulat matanya kerana tidak percaya dengan tindakan
Xander yang langsung tidak terduga. Hilang dari rasa terperanjat, terkocoh dia
mahu keluar dari kereta.
“Kirim salam
dekat ayah mertua aku tu.” Xander tarik senyuman lebar. Dari jauh, kelibat
Datuk Rahim menyapa pandangan matanya. Kalau tidak memikirkan hasratnya mahu
menyakiti orang tua itu, tak adanya dia mahu mengotorkan bibir sendiri dari
menjamah wajah si anak datuk jahanam itu.
Mendengar kata
Xander membuatkan pergerakkan Rhea terhenti. Hanya sebelah sahaja kakinya yang
mencecah permukaan tar. Liur yang ditelan terasa kesat bila pandangan matanya
jatuh pada raut wajah ayahnya yang sedang memandang dengan riak wajah yang
sukar ditafsirkan.
Ditoleh pula ke
arah Xander. Senyuman yang terukir diwajah lelaki itu membuatkan maruhnya yang
selama ini tinggi melangit, jatuh mencecah bumi. Dia rasa terhina!
Patutlah Xander
beriaksi pelik. Dia pula sudah menyangkakan yang tidak-tidak. Rupanya lelaki
itu ada udang disebalik batu. Bodoh lah dia kerana terpukau dek sikap romantis
lelaki itu yang langsung tidak terjangka.
Keluar sahaja
dari kereta, sengaja dia menghempas pintu sekuat hati. Biar tercabut sekalipun
dia tidak akan peduli. Malangnya lelaki itu bagaikan tidak terkesan dengan
sikapnya. Sempat hon dibunyikan sebelum kereta itu berdesup pergi.
Sedaya upaya
ditayang riak wajah biasa. Berharap benar yang ayahnya tidak nampak makhluk di
dalam kereta itu tadi. Pagar yang terbuka luas bagaikan memang menanti
kehadirannya, dilewati dengan jantung berdegup kencang.
“Lewat balik.”
Datuk Rahim menegur. Dibawa tangan memeluk tubuh.
“Bincang pasal
kerja, sampai tak sedar dah lewat ayah. Ayah apasal tak tidur lagi?” Disuakan
tangan ke arah ayahnya dan dikucup lembut. Segala doa dibaca bagi mengelak dia
menjadi mangsa soal jawab lelaki itu.
“Mata ni tak
boleh pejam. Siapa yang hantar Rhea balik tadi?”
“Kawan ayah.
Rhea masuk dalam dulu la. Dah letih. Ayah pun masuk lah tidur. Tak elok tidur
lewat-lewat.” Bernafas sejenak dia bila cara ayahnya bagaikan tidak nampak
kelibat Xander tadi. Kali ini bibirnya mengukir senyuman tanpa dipaksa. Rasa
lega bila rancangan jahat Xander untuk mengenakannya tidak menjadi.
“Masuk lah
dulu. Ayah nak ambil angin kejap.” Dipandang langkah kaki rhea sehingga kelibat
itu hilang dari pandangan. Sedetik kemudian, giginya mula diketap kuat. Tangan
pula dikepal erat. Terasa mengeletar seluruh tubuhnya melihat apa yang berlaku
tadi.
Dia sangkakan
Xander sudah hilang dalam hidup anaknya, rupanya lelaki itu masih mahu
memporak-perandakan rancangannya. Pedih hatinya melihat tingkah Rhea dan lelaki
itu di dalam kereta tadi. Dari jauh dia dapat melihat yang Xander dan Rhea
bagaikan berkucupan. Benar-benar membuat hatinya berasa sebal!
Kalaupun tidak
nampak wajah, dia masih sihat akal untuk mengingati jenis kereta yang Xander
gunakan. Setiap apa yang pemuda itu lakukan, satu pun tidak terlepas dari
pemerhatiannya. Cuma dia tidak menyangka, dalam dia berjaga-jaga, Rhea masih
berhubung dengan lelaki itu.
Ditarik nafas
panjang. Berusaha mengawal perasaan amarah. Difikirannya beberapa rancangan
sudah direncana. Tidak boleh tidak, dia harus pisahkan Xander dan Rhea secepat
yang mungkin!
Surat Cinta Untuk Di sana : Bab ni x ada apa yang menarik…kot bosan
buat-buatlah kata x bosan… hehe…. kalau rajin tinggal-2 kanlah komen…. Sy rajin
mmbaca komen… nk balas kena tngok keperkasaan line internet yang sekarang sangatlah
bagussss..papai…muahhhhhhhhhhh
Tq kakak CR.hari2 kte tnggu nk baca.Hehehe...okey x sbr nk baca next..
BalasPadamNak lagi nak lagi..:)
Bengong aarrrr bapak dia niiii
BalasPadamOrang tu dah kaya kot
ngeeee benci nye kt datuk rahim tu .. dh xde kje lain ke nk buat, dh tua2 tu pi bwk bertaubat la .. sian xander ngn rhea
BalasPadamTetibe rasa melting dkt xander heheh suka watak hero mcm ni xD
BalasPadamVersi cetak bila nk kluar? Tak sabar nk tau ending
BalasPadamHe..he..he...xander2...suka buat rhea melting....
BalasPadamHahaha...bapak mertua dah masuk line...makin galak laa si Xander...Rhea x tau pa2, kesian, jd mangsa...
BalasPadambest.
BalasPadamhahaha... bapak mertua ke kalau macam tu ya... Xander tu sambil menyelam minum air ya.... ambil kesempatan dalam diam tu... hihihi... ada Xander kisah datuk nak marah... yang penting HALAL kan...
BalasPadam1st time bc karya cempaka , only one word I can describe .. AWESOME ❤️
BalasPadamsambung lagi please!!!! best la..
BalasPadamCian rhea jd mangsa ,
BalasPadamSambung lg best but sad