‘Ubat’ yang ada ditangannya disedut lama sebelum
perlahan-lahan dihembus keluar. Heaven!
Angin yang menampar dadanya kuat, langsung tidak
dipedulikan. Masuk detik ini dia rasa sudah lebih 24 jam dia tahan mata dari
terpejam. Bodoh pula dirasakan bila terpejam sahaja mata ‘si isteri derhaka’
itu galak mengedik dalam ingatan.
Sudahnya dia lompat turun dari katil. Sambar stok-stok
dunhill dan bertapa di atas balkoni condo. Sebatang demi sebatang disedut benda
alah yang terang-terang berbahaya. Dekat kotak siap letak gambar hati, limpa
yang dah rosak...Tapi apa dia kisah. Kalau sakit masuk saja mana-mana hospital yang bersepah-sepah dekat luar.
Bayar duit..Done!
Teringatkan si isteri derhaka, bohonglah kalau dia
kata tak kisah langsung. Mungkin rasa itu sudah hilang. Tapi baik hati
sangatlah dia kalau boleh lupa macam itu sahaja apa yang sudah Rhea dan Datuk
Rahim buat. Alang-alang tidak, dapat balas rasa sakit itu walau secubit pun,
dia dah berpuas hati.
Terbayang-bayang wajah Rhea dalam fikirannya. Kalau
dulu tubuh itu sedikit berisi, sekarang sudah tinggal tulang. Ramping persis
kerengga. Malangnya dia langsung tidak tertarik. Bukan taste dia minat gadis
yang terkena serangan ala-ala bulimia.
Tak sedap untuk dipeluk!
Dahulu, Rhea pernah masuk dalam carta orang yang dia
tidak akan sesekali calarkan hati walau seteruk mana sekalipun onar yang wanita
itu buat. Cuma dia langsung tidak boleh terima bila Rhea sanggup menolak anak
sendiri. Binatang pun tahu sayangkan anak sedangkan wanita itu?
Bagaikan baru semalam dia melutut merayu demi
mendapatkan sebuah peluang untuk berikan penjelasan. Tapi apa yang dia dapat?
Dia diusir tak ubah macam kucing kurap! Dan kalau perlu menyakitkan hati itu,
tak akan pernah ada rasa kesal yang akan menjengah hatinya nanti.
Bukan sekejap masa yang dia perlukan bagi merawat hati
sendiri. Hendak berada pada tempat dia berdiri sekarang juga bukannya mudah.
Bermacam halangan yang perlu dia harungi semata-mata mahu melepaskan diri dari
gengaman Datuk Rahim. Sesudah berjaya merampas Rhea dari tangannya, mana pernah
lelaki itu mahu biarkan dia hidup dengan tenang. Setiap detik ada sahaja
cabaran baru yang perlu dia atasi.
Pernah kerana lelaki itu lesen guamannya hampir
ditarik balik. Mujurlah ada Datuk Richard yang sudi menghulurkan bantuan. Budi
lelaki kacukan mat salih dan cina itu kepadanya sudah tidak terhitung banyak.
Apatah lagi si Laili anak lelaki itu juga tidak pernah culas menghulurkan
bantuan kepadanya untuk membesarkan Baby.
Ada ketikanya dia sendiri sampai berfikir..Alangkah
bagus kalau dia berjumpa Laili dahulu berbanding dengan Rhea. Pasti wanita itu
bakal menjadi ibu dan isteri yang terhebat untuknya dan baby.
Cuma dia tahu, takdir itu tidak akan pernah
mempermainkan manusia. Hanya manusia sahaja yang suka memperlekehkan takdir.
Dan bila sampai detiknya nanti, dia mahu Rhea sendiri rasa apa yang pernah dia
rasai dahulu. Satu persatu akan dia balas. Tak akan ada yang terkurang!
“Papa.”
Mendengar namanya dipanggil, pantas Xander menarik
keluar putung rokok yang masih enak berada dicelah dakapan bibir. Ditenyeh pada
bekas abu sebelum pandangan mata dibawa menjelajah tubuh kecil anak
kesayangannya yang sedang menapak mendekatinya.
“Hai baby. Come..” Ditepis asap yang masih berkepul. Tidak mahu anaknya
terhidu asap racun tersebut.
“Yuck! What a
smell?”
Tergelak Xander melihat Si kecil yang kalut menutup
hidung dengan anak patung beruang yang sudah hampir lusuh kerana dilatam sejak
dari kecil. Pernah anak patung itu menjadi makanan mulut tong sampah. Sudahnya
sepanjang hari si baby kesayangan melancarkan mogok. Jenuh dia menyelongkar
kembali isi perut tong, semata-mata mahu mengembalikan benda alah
tersebut.
“Cepat. Bagi papa good night kiss” Tubuh
ditundukkan sedikit. Kepala didekatkan pada wajah anaknya.
“Tak nak. Eee...” Tergeleng kepalanya. Tangan
pula kalut menolak wajah papanya supaya menjauh.
“Kenapa tak tidur lagi ni?” Diangkat tubuh montel itu
ke dalam pelukannya sebelum pipi mulus itu digomol geram. Terjerit anaknya cuba
melepaskan diri.
“Baby nak tidur dengan papa. Boleh tak?”
“Apasal?” Tubuh yang mula mendakap lehernya erat
ditepuk perlahan. Tumpah lagi kasih sayangnya untuk anak itu. Zandrea ibarat
nyawanya. Kerana anaknya itulah dia berjaya mengharungi setiap musibah yang
menjengah dalam kehidupannya. Entah apa yang akan terjadi kalau si kecil itu,
hilang dari pandangan matanya.
“Ada hantu mata merah.”
Tergelak Xander mendengar jawapan itu. Puas ditegah
budak kecik itu dari menonton filem seram tadi. Tapi tak adanya nak didengar.
Sekarang benda tak ada pun di ada-adakannya.
“Mana ada hantulah.” Semakin erat dia memeluk bila
terasa pautan pada lehernya makin mencengkam.
“Ada. Baby nampak tadi.”
Aduhai. Sudahnya diusung juga tubuh itu menapak masuk
ke dalam bilik. Mujurlah biliknya sudah berkemas. Kalau tidak mahu dihumban
baby kesayangannya di atas timbunan kertas.
“Good
night papa.”
Berulang-kali flying kiss dihantar. Muahh...Muahh juga kuat kedengaran.
“Night
baby. Doa tidur
jangan lupa baca.” Kucupan hangat berlabuh sebelum dia kembali menapak ke arah
balkoni. Mahu meneruskan kembali aktivitinya mengenang kenangan lama.
“Nak pergi mana?”
Xander pegang dada. Terperanjat bila tangannya
tiba-tiba sahaja dipaut lembut. Terus pandangan mata dibawa memandang ke bawah.
Tergeleng kepalanya memandang Baby yang tersengih lebar memandangnya. Entah
bila dia melompat turun dari katil. Hai..Cekap betul!
“Kata nak tidur.” Tangannya cekap menjalankan tugas.
Dicapai getah rambut yang masih membelit rambut anaknya. Dengan berhati-hati
simpulan itu cuba dirungkaikan.
“Nak tidur dengan papa.”
“Papa ada kerja nak buat. Baby tidur dulu, kejap lagi
papa teman.” Xander karang alasan. Bila melihat bibir itu mula tercebik terus
di kaut dalam pelukannya sebelum dia kembali ke arah katil. Kali ini tubuh
sasanya direbahkan sama. Ditarik selimut menyelimuti tubuh kecil anaknya.
“Papa..”
“Ada apa?”
“Baby nak susu.”
Tergelak Xander mendengar balasan dari bibir itu.
Sudah lima tahun usia anaknya. Malangnya ketagihan si baby kesayangan pada
botol susu keramat itu, tidak juga mahu menjauh. Puas dicuba bermacam cara,
tapi satu pun tak jalan. Sudahnya di ikutkan sahaja kehendak buah hatinya itu.
“Kata dah tak nak guna..” Diusap rambut itu perlahan.
“Baby kan kecil lagi.” Segaris sengihan terukir pada
wajah comelnya. Ditayang barisan gigi yang putih tersusun.
“Tunggu sini kejap.” Bingkas dia bangun. Risau jika
terlambat, ada pula yang buat nyanyian opera tengah malam buta. Meja kecil yang
diletakkan water heater dan perkakas
‘sarapan’ wajib anaknya, dihampiri. Sengaja dia sediakan semua itu di dalam
bilik. Tak kuasa tengah-tengah malam buta bangun ke dapur semata-mata nak
buatkan susu.
“Susu tujuh sudu. Jangan panas tau papa.”
Xander toleh sekilas. Bahagia punya anak. Dah macam
order air dekat kedai mamak pulak!
Sesaat kemudian dia mula terbayang aksi Rhea semasa
mengandungkan Baby. Gaya ‘pesanan’ itu, tak ubah seperti yang pernah dia dengar
bertahun dahulu. Tidurnya langsung tak pernah nyenyak, semata-mata mahu melayan
kerenah Rhea. Sudahnya, kesakitan yang dia dapat sebagai ‘pampasan’ untuk
layanan baiknya itu. Bukan dia mahu mengungkit, tetapi bila bayangan itu
menjengah, dia sukar mahu menolak rasa perit di hati.
“Arghh.”
“Papa kenapa?”
“Tak ada apa-apa. Baby tunggu kejap.” Berkerut dahinya
cuba menahan rasa perit ditangan. Dikibas-kibas tangan yang terkena lelehan air
panas. Kesan kemerahan sudah mula kelihatan pada permukaan tangannya. Ni semua
si derhaka tu punya pasal! Hatinya kalut mengutuk itu ini.
Surat Cinta Untuk Di sana : Cadang nak pnjangkan bab ni...tp ‘termalas’ lah
pulak... kalut siapkan benda lain.... Pada sesiapa yg dah dapatkan KSB xiexie
bebanyak... kalau rajin ‘jerit’ lah dekat sy di fb... muahahahah...papai...
Alahai...tak sabar nak tahu apa kesudahannya...
BalasPadamsy lagilah x sabar nk siapkannya... hihi
PadamBEST 3X.
BalasPadamSAYA BARU HABIS BACA KALAU SUDAH BERKENAN MEMANG TERBAIK.
Tq baby mio....rajin mngomen dari dlu smpai sekarang... muahh
PadamBest sangaT 😍 tp rajin 2 la update citer nie
BalasPadamakan diusahakan ano... :)
PadamAgak2 bila boleh siap crita ni, hihi
BalasPadamBest...
BalasPadamDh 2 kali baca ni
Bila nk smbung
X sabo nih... ^-^