“Kau buat apa dekat rumah aku?” Wajah Nafiz
dipandang tajam. Buka sahaja pintu dia terperanjat melihat lelaki itu sedang
bersantai di atas sofa. Pandangan mata dibawa mencari kelibat Adra. Entah
mengapa hatinya panas secara tiba-tiba.
“Sajalah aku datang. Kenapa tak boleh ke?” Air coke
diteguk. Matanya tak lepas dari memandang wajah Zafry. Hatinya galak bergelak
ketawa.
“Siapa bagi kau masuk?” Kasutnya ditanggal kasar.
Terus dia bergerak mendapatkan Nafiz.
“Kalu lupa ke, aku kan ada ini?” Access card ditayang dihadapan Zafry.
Dulu saban hari dia bertandang ke condo lelaki itu. Bagi memudahkan dia keluar masuk, Zafry
memberikan dia access card dan kunci pendua. Selepas pernikahan lelaki itu
sahaja dia sudah tidak datang bertandang.
“Adra…Adra…”
“Kau nak buat apa panggil dia?” Nafiz bertanya
dengan senyuman bermain dibibir. Seronok
dapat mempermainkan Zafry. Jelas terpeta riak kerisauan pada wajah itu. Tetapi
kerisauan sahaja belum cukup untuk mematikan hasrat hatinya. Best Man Win. Itu tekatnya!
“Abang..”
Zafry kalih pandang. Sakit hatinya melihat Adra yang
sedang tersenyum melangkah keluar dari dapur. Tiada langsung riak bersalah pada
wajah itu kerana membenarkan Nafiz masuk ke dalam rumah.
“Abang Nafiz tunggu kejap. Adra ada buat sizzling.
Kejap lagi kita makan.”
Abang Nafiz? Wajah Nafiz dan Adra dipandang. Dia
tergelak sinis.
“Lama pun tak apa. Abang boleh tunggu. Kan Zafry?”
“Kau nak tinggal terus dekat sini pun aku tak
kisah.” Tanpa mempedulikan keduanya dia terus melangkah masuk ke dalam bilik.
Tubuhnya yang melekit kerana seharian melakukan tugas luar perlu segera
disegarkan.
“Kenapa dengan dia?” Adra pandang wajah Nafiz. Pelik
melihat tingkah suaminya.
Lol.... Nak lagiiii
BalasPadamAhahaha pandai pulak jeles yer zafry
BalasPadamNak lagi.
BalasPadamDah cam mr arrogant lak..
BalasPadamhaha... perang rebutan adra bermula... biarkan zafry sedar adra pon ada yg nk....
BalasPadam-sweetheart87-