Hel!O mY DarLing!

Ahad, 6 April 2014

Jajans Bab 3 Isteri Milik Aku





Tangan kasar itu dicapai. Menitis air mata dipipinya saat tangan itu dikucup lembut. Tiada saudara, tiada sahabat. Yang ada hanyalah beberapa orang yang dia langsung tidak kenali. Menjadi saksi penyatuan mereka berdua.


“Rhea takut.” Bibir yang dulu lancang menghulurkan kata terasa sedikit bergetar.

“Jangan risau. Apa yang jadi sekalipun biar abang yang tanggung.” Xander tersenyum. Semakin erat tangan si gadis yang sudah bergelar isteri digenggam.

Setelah segala urusan selesai, diheret tangan Rhea mengikut langkah kakinya. Buat pertama kali dia mengambil satu risiko yang besar dalam hidup. Bukan calang-calang risiko yang dia ‘peluk,’ silap percaturan dia bakal jatuh terduduk.

Tetapi desakan naluri sukar untuk di tepis. Entah mana dia dan Rhea dapat idea gila itu. Sedar-sedar mereka sudah berada di negara jiran. Mementerai kasih dengan ikatan yang suci. Apa yang bakal jadi, mereka tolak ke tepi. Itu semua belakang kira. Selagi berita itu tidak sampai ke pengetahuan Datuk Rahim, segalanya masih terkawal.

Dia bukan mahu menjadi lelaki bacul, tetapi dia tiada keyakinan untuk meminta izin secara baik. Apatah lagi sejak menjadi ‘budak suruhan’ di syarikat lelaki itu, bicara Datuk Rahim sentiasa sinis dan memandangnya dengan pandangan ‘pelik.’ Ada ketikanya, lelaki itu bagaikan memperlekehkan kreadibilitinya sebagai seorang bakal peguam.

“Kalau ayah tahu macam mana?” Didongak sedikit kepala memandang Xander.

“Kita hadap berdua.” Dia karang senyum. Diusap lembut kepala itu yang dibalut selendang putih.

Dek kerana kata-kata itulah dia mengumpul keyakinan. Apa yang terjadi, Xander tidak akan lepas tangan. Sudahnya lelaki itu juga yang bikin onar. Hampir membuatkan dia rasa tidak lagi mahu hidup.

“Rhea..Hello...”

Rhea tersentak. Kenangan lama yang mahu mengintai, terus padam. Terkebil-kebil dia memandang wajah Farah.

“Hot coffee with creamer.” Diletakkan minuman itu dihadapan Rhea. Sudah dia agak. Rhea memang pandai bercakap besar. Tak kisah konon. Baru jumpa sekejap sudah separuh nyawa melayang.

“Aku rasa macam nak gila.” Perlahan dia berkata.

“Bukan kau dah tak suka dekat dia ke?” Farah rasa macam mahu menghemburkan kata-kata berbisa. Dia bukannya apa, Rhea juga yang beria-ia kata, tak kisah, whatever, i don’t care! Sekarang kata-kata ‘penguat semangat’ itu sudah ke mana menghilang?

“Memanglah.” Mahu naikkan suara kuat-kuat lambang kekuatan, dia sudah tidak mampu. Sudahnya yang keluar hanyalah jawapan lemah. Menyesal dia berlagak. Ingatkan teori ‘barang yang lama jangan dikenang’ bakal berjaya, rupanya langsung tak boleh diguna pakai. Baru terpandang ‘si dia’ dia sudah meroyan seorang diri.

“Dah itu apa masalahnya?” Mahu diguna kebolehan pakar psikitrik memang dah tak boleh. Tak laku untuk sahabat sendiri!

“Kalau aku tahu apa masalahnya aku tak perlulah nak runsing.” Rhea bengang. Panas hati diasak dengan pertanyaan bertalu.

“Pulak. Tak tahu masalah... Tapi fikiran tetap runsing? Kau nak aku daftar nama kau terima rawatan bawah aku ke?”

Ciss! Rhea rasa wajahnya bagaikan ditampar. Jelas Farah bagaikan cuba menyimbah bara dalam hatinya.

“Aku dah cakap banyak kali Rhea, realiti dengan fantasi tu lain. Nak tak nak kau kena hadap juga nanti.” Tangan Rhea ditarik dan ditepuk lembut. Yang dia mampu hanyalah menghulurkan kekuatan. Lebih dari itu, dia sendiri tidak mampu. Semuanya atas diri tuan empunya badan. Kalau Rhea kuat, segalanya bakal jadi selamat, kalau tidak..Dia takut Rhea bakal tersungkur. Kalah sebelum berjuang. 

....................................
SINOPSIS ISTERI MILIK AKU (lbih kurang mcm inilah ceritonya)

Xander Arjuna : Hanya anak kepada pemandu dan pembantu rumah. Namanya yang klasik diberikan oleh bekas majikan ibu dan bapanya yang berbangsa inggeris.

Dia membesar menjadi seorang pemuda yang penuh dgn sikap bertanggungjawab. Cinta pandang pertama ketika bekerja sebagai 'budak pejabat' di sebuah syarikat guaman terkemuka menemukan dia dengan anak kepada Datuk Rahim.

Rhea melati. Diusia baru menganjak 20 tahun dia sudah jatuh cinta. Selekeh pemuda itu menawan hati. Senyuman itu membuatkan dia sering termimpi-mimpi. Desakan hati membuatkan dia rela untuk melakukan apa saja. Setelah ikatan 'tersimpul' hanya bahagia yang menjadi penghuni hati...

Datuk Rahim. Rhea itu buah hatinya.. Rhea itu juga satu2nya nyawa yang dia ada...Dia mahu anaknya berjaya..tetapi pemuda ‘jahat’ itu sudah merosakkan semua rencana yang dia aturkan utk anak kesayangannya.

Demi melunaskan rasa sakit dihati, perancangan rapi diatur. Dia tersenyum megah ketika ikatan itu hampir menemui titik penamat. Jalan terakhir? Dihantar sejauh mungkin anaknya menjauh dari ‘parasit’ itu..

Xander Arjuna…Bertahun masa berlalu berjaya mematangkan dia… Kalau dulu dia mudah dipijak2…Sekarang tiada lagi istilah ‘pak turut’…kalau hitam pekat katanya….Selamanya hitam pekat itu tidak akan berubah…

Rhea Melati Dan Rahim akan menerima BALASAN utuk setiap kesakitan yang selama ini dia rasakan! …habis dahhhhhh.....

Surat Cinta Untuk Di Sana : Nak full n3? hihi... papai..muahhhh

3 ulasan:

  1. huuhuhu jangan bikin hati panas... tergedik2 nak tau nihh

    BalasPadam
  2. Hehe thanks akak sbb letak sinopsis! Rasa tak sabar nk baca cerita ni bila baca sinopsis dia menarik sangat :D :3

    BalasPadam

Baca sUdah, benCi, gEraM, sUka pUn sUdah. CeRajiNkaN TanGan, MeNgOmeN siKit :)