Tangan kasar itu dicapai. Menitis air mata dipipinya
saat tangan itu dikucup lembut. Tiada saudara, tiada sahabat. Yang ada hanyalah
beberapa orang yang dia langsung tidak kenali. Menjadi saksi penyatuan mereka
berdua.
“Rhea takut.” Bibir yang dulu lancang menghulurkan
kata terasa sedikit bergetar.
“Jangan risau. Apa yang jadi sekalipun biar abang yang
tanggung.” Xander tersenyum. Semakin erat tangan si gadis yang sudah bergelar
isteri digenggam.
Setelah segala urusan selesai, diheret tangan Rhea
mengikut langkah kakinya. Buat pertama kali dia mengambil satu risiko yang
besar dalam hidup. Bukan calang-calang risiko yang dia ‘peluk,’ silap
percaturan dia bakal jatuh terduduk.
Tetapi desakan naluri sukar untuk di tepis. Entah mana
dia dan Rhea dapat idea gila itu. Sedar-sedar mereka sudah berada di negara
jiran. Mementerai kasih dengan ikatan yang suci. Apa yang bakal jadi, mereka
tolak ke tepi. Itu semua belakang kira. Selagi berita itu tidak sampai ke
pengetahuan Datuk Rahim, segalanya masih terkawal.
Dia bukan mahu menjadi lelaki bacul, tetapi dia tiada
keyakinan untuk meminta izin secara baik. Apatah lagi sejak menjadi ‘budak
suruhan’ di syarikat lelaki itu, bicara Datuk Rahim sentiasa sinis dan
memandangnya dengan pandangan ‘pelik.’ Ada ketikanya, lelaki itu bagaikan
memperlekehkan kreadibilitinya sebagai seorang bakal peguam.
“Kalau ayah tahu macam mana?” Didongak sedikit kepala
memandang Xander.
“Kita hadap berdua.” Dia karang senyum. Diusap lembut
kepala itu yang dibalut selendang putih.
Dek kerana kata-kata itulah dia mengumpul keyakinan.
Apa yang terjadi, Xander tidak akan lepas tangan. Sudahnya lelaki itu juga yang
bikin onar. Hampir membuatkan dia rasa tidak lagi mahu hidup.
“Rhea..Hello...”
Rhea tersentak. Kenangan lama yang mahu mengintai,
terus padam. Terkebil-kebil dia memandang wajah Farah.
“Hot coffee with creamer.” Diletakkan minuman itu
dihadapan Rhea. Sudah dia agak. Rhea memang pandai bercakap besar. Tak kisah
konon. Baru jumpa sekejap sudah separuh nyawa melayang.
“Aku rasa macam nak gila.” Perlahan dia berkata.
“Bukan kau dah tak suka dekat dia ke?” Farah rasa
macam mahu menghemburkan kata-kata berbisa. Dia bukannya apa, Rhea juga yang
beria-ia kata, tak kisah, whatever, i don’t care! Sekarang kata-kata
‘penguat semangat’ itu sudah ke mana menghilang?
“Memanglah.” Mahu naikkan suara kuat-kuat lambang
kekuatan, dia sudah tidak mampu. Sudahnya yang keluar hanyalah jawapan lemah.
Menyesal dia berlagak. Ingatkan teori ‘barang yang lama jangan dikenang’ bakal
berjaya, rupanya langsung tak boleh diguna pakai. Baru terpandang ‘si dia’ dia
sudah meroyan seorang diri.
“Dah itu apa masalahnya?” Mahu diguna kebolehan pakar
psikitrik memang dah tak boleh. Tak laku untuk sahabat sendiri!
“Kalau aku tahu apa masalahnya aku tak perlulah nak
runsing.” Rhea bengang. Panas hati diasak dengan pertanyaan bertalu.
“Pulak. Tak tahu masalah... Tapi fikiran tetap
runsing? Kau nak aku daftar nama kau terima rawatan bawah aku ke?”
Ciss! Rhea rasa wajahnya bagaikan ditampar. Jelas
Farah bagaikan cuba menyimbah bara dalam hatinya.
“Aku dah cakap banyak kali Rhea, realiti dengan
fantasi tu lain. Nak tak nak kau kena hadap juga nanti.” Tangan Rhea ditarik
dan ditepuk lembut. Yang dia mampu hanyalah menghulurkan kekuatan. Lebih dari
itu, dia sendiri tidak mampu. Semuanya atas diri tuan empunya badan. Kalau Rhea
kuat, segalanya bakal jadi selamat, kalau tidak..Dia takut Rhea bakal tersungkur.
Kalah sebelum berjuang.
....................................
SINOPSIS ISTERI MILIK AKU (lbih kurang mcm inilah ceritonya)
....................................
SINOPSIS ISTERI MILIK AKU (lbih kurang mcm inilah ceritonya)
Xander Arjuna :
Hanya anak kepada pemandu dan pembantu rumah. Namanya yang klasik diberikan
oleh bekas majikan ibu dan bapanya yang berbangsa inggeris.
Dia membesar
menjadi seorang pemuda yang penuh dgn sikap bertanggungjawab. Cinta pandang
pertama ketika bekerja sebagai 'budak pejabat' di sebuah syarikat guaman
terkemuka menemukan dia dengan anak kepada Datuk Rahim.
Rhea melati.
Diusia baru menganjak 20 tahun dia sudah jatuh cinta. Selekeh pemuda itu
menawan hati. Senyuman itu membuatkan dia sering termimpi-mimpi. Desakan hati
membuatkan dia rela untuk melakukan apa saja. Setelah ikatan 'tersimpul' hanya
bahagia yang menjadi penghuni hati...
Datuk Rahim.
Rhea itu buah hatinya.. Rhea itu juga satu2nya nyawa yang dia ada...Dia mahu
anaknya berjaya..tetapi pemuda ‘jahat’ itu sudah merosakkan semua rencana yang
dia aturkan utk anak kesayangannya.
Demi melunaskan
rasa sakit dihati, perancangan rapi diatur. Dia tersenyum megah ketika ikatan
itu hampir menemui titik penamat. Jalan terakhir? Dihantar sejauh mungkin
anaknya menjauh dari ‘parasit’ itu..
Xander
Arjuna…Bertahun masa berlalu berjaya mematangkan dia… Kalau dulu dia mudah
dipijak2…Sekarang tiada lagi istilah ‘pak turut’…kalau hitam pekat
katanya….Selamanya hitam pekat itu tidak akan berubah…
Rhea Melati Dan
Rahim akan menerima BALASAN utuk setiap kesakitan yang selama ini dia rasakan!
…habis dahhhhhh.....
Surat Cinta Untuk Di Sana : Nak full n3? hihi... papai..muahhhh
huuhuhu jangan bikin hati panas... tergedik2 nak tau nihh
BalasPadamHehe thanks akak sbb letak sinopsis! Rasa tak sabar nk baca cerita ni bila baca sinopsis dia menarik sangat :D :3
BalasPadamBest!!
BalasPadam