Hel!O mY DarLing!

Ahad, 27 Oktober 2013

Oh My Pretty Boy Husband! Bab 4



Mimi Aulia    

“Kenapa?”

“Tak ada apalah.” Aku sengih lebar. Wajah Pidot aku pandang. Rasa cemburu sedikit menjengah hati bila terpandang pipinya yang sedikit kemerahan. Nampak seperti berblusher.  Apa yang lebih membuatkan aku jengkil bila memandang kulitnya yang cerah.

“Pidot. Aku nak tanya sikit.”

“Tanya apa?”

“Kot ye pun, kau letak lah dulu spatula tu. Tak adanya aku nak bawa lari.” Aku menegur. Silap bertanya karang boleh makan aising pulak aku.

“Macam penting je.”

Berkerut dahi itu sambil memandang tepat pada wajah aku. Langsung tak berkedip. Mulutnya sedikit ternganga.

“Penting tu tak adalah sangat. Tapi aku nak tanya, kau pakai krim apa?” Sedikit berbisik aku bertanya. Malu jika ada yang mendengar.

“Itu je? Aku ingatkan apa lah tadi. Aku ni tak pakai krim-krim muka segala bala tu. Kau tak kan tak nampak…”

“Nampak apa?” Kalut aku bertanya bila kata-kata Pidot terhenti sekerat jalan. Tak sabar nak tahu rahsia kegebuan melampau makhluk sekor ni.

“Cahaya nur dekat muka aku.”

“Kau pernah tak kena sumbat kasut?” Sakit hati aku mendengar tawa mengada-ngada si obor-obor ni. Banyaklah dia punya nur. Sembahyang pun tak pernah aku nampak dia buat.

“Betul lah.”

Serius wajahnya memandang ke arah aku bagaikan tidak berpuas hati dengan ‘ketidakpercayaan’ yang baru terluah dari bibir aku.

“Kau sembahyang pun tak pernah.”

“Oii, mak cik, kau ingat tiap kali aku nak sembahyang aku kena buat pengumuman ke? Sila ambil perhatian. Saya Pidot Hakimi akan menunaikan solat sebentar lagi….Macam tu? Itu riak namanya cik oii. Nak buat ibadat tak elok menunjuk. Allah tak suka.”

Aku rasa macam periuk besar jatuh betul-betul atas kepala. Gedegang! kuat berbunyi. Ini yang aku tak suka fasal si Pidot. Kalau boleh smash langsung tak bagi peluang untuk orang-orang macam aku ni bernafas. Terus setempek kena dekat wajah.

“Kau buat sajalah kerja kau.” Terus majalah yang ada aku capai. Tidak mahu lagi melayan kata-kata Pidot. Menyesal aku tanya.

“Aku baru reka resepi baru. Kek mangga. Kau nak rasa tak?”

Mendengar pertanyaan Pidot, terus hilang rasa sakit di hati. Dia ni macam tahu-tahu saja yang aku ni secubit makanan pun tak bagi salam lagi dekat perut.

“Kecil tapak tangan Lautan Hindi aku tadahkan.” Liur ditelan bila sepotong kek yang nampak sangat menarik disuakan kepada aku. Nyummyy…

“Sudu mana?”

“Makan guna tangan.”

“Kau jangan kedekut sangat boleh tak?” Ini yang angin aku nak datang balik. Dia ni kalau tak sakitkan hati aku memang tak sah. Sudu yang harga sekupang tu pun nak berkira.

“Berapa ekor tebuan kau makan tadi?”

“Aku putus sedara dengan kau seminit.” Menyindir saja kerja dia. Kalau aku tahu mulut dia berbisa, tak adanya aku nak angkat si obor-obor penyengat ni jadi sahabat baik aku. Baik aku sahabat saja dengan ‘segerombolan’ kucing yang Along aku bela. Hati pun tak sakit.

“Okey.”

“Pidot…Aku nak sudu.” Kembang kempis hidung aku cuba menahan bau enak kek yang terasa menyengat hidung. Kalau lapar semua bau pun aku boleh hidu.

“Tiga puluh saat lagi baru kau cakap dengan aku. Putus sedara tak cukup lagi tarikh luput.”

Hek eleh, mamat ni. Kalau ada yang kena tempek dengan kek jangan tanya kenapa. Malas mahu menunggu, aku tampan badan dengan siku dan cuba mencapai sudu yang ada dalam laci disebalik kauter.

“Tahu pun ambik sendiri.”

“Diam lah kau.” Yihaa! masa untuk menjamu selera. Masuk saja sesudu kek di dalam mulut terus aku rasa melayang. Ini masalah utama aku. Mudah tergoda dengan rasa kek yang enak.

 Itu salah satu factor yang membuatkan aku ‘berselera’ mahu berkawan dengan spesis tak dikenal pasti macam budak Pidot ni. Dia memang deabak kalau bab bersangkut paut dengan bakery.

Dan aku yang memang hantu segala tok nenek pastry dengan jayanya berjaya meletakkan dia sebagai sahabat sejati. Punca utama? Tak payahlah aku bayar duit kalau makan. Ingat murah ke kalau nak beli? Sebiji kek besar tapak tangan dah dekat sepuluh henget. Cekik darah betul!

“Amacam?”

“Bolehlah.” Malas aku nak memuji. Karang ada pulak yang bangga diri.
………………………..
Pidot Hakimi

Kek yang siap berhias aku pandang lagi buat sekian kali. Setelah berpuas hati dengan hasilnya, aku tolak ke tepi. Tangan aku kesat dengan tuala kecil yang berjuntai disebalik baju bakeri yang aku gunakan.

“Mimi, macam mana dengan rancangan kau tu, nak teruskan lagi tak?” Kalau tak memikirkan mak aku yang semakin hari semakin kuat bebelannya, tak adanya aku nak paksa diri ikut latihan ‘bunuh diri’ yang budak Mimi ni buat. Terseksa jiwa raga aku.

“Mestilah.”

“Isyh…” Ini sorang lagi makhluk yang boleh bersahabat dengan mak aku, Hajjah Tempawan. Suka cakap menyembur. Tompokkan kecil kek yang aku rasa terpelanting kena pada wajah aku kesat dengan tisu.

“Boleh tak kau makan bagi habis dulu baru cakap?”

“Dah kau tanya. Aku jawab lah.”

Langsung tiada riak bersalah pada wajah itu. Kalau muka aku naik jerawat siaplah. Aku saman nanti.

“Mimi…Kau tengok ni.” Lengan baju aku tarik sedikit naik ke atas.

“Apasal tu? Kena gigit dengan hantu ke?”

“Choiii mulut kau nyahhh…” Perempuan ni mulut memang tak ada break. Main lepas saja. Terus aku tarik balik baju bagi menutup kesan lebam yang terpeta pada tangan dek kerana senaman yang entah apa-apa dia suruh aku lakukan semalam. Niat hati mahu mengadu, terus terhapus dengan sendiri.

“Ha…Aku pesan apa dekat kau?”

Terbelik mata itu memandang ke arah aku. Menakutkan betul. Dia ingat cantik ke kalau boleh buat macam itu? So pleaseee…

“Jangan sebut ‘nyah’ dekat kau.” Nak buat macam mana, dah itu tabiat aku. Ingat senang ke nak ubah? Bukannya mati kalau aku sebut banyak kali pun.

“Tahu pun kau. Kata nak berubah. Laki tulen tak adanya nak bernyah, nyah macam kau ni ha.”

“Apa tak cukup tulen ke aku? Ini yang buat aku nak sentap. sesopan-sopan aku, aku suka lagi dekat perempuan tahu.” Sakit hati bertambah bila kata-kata aku hanya disambut dengan tawa oleh Mimi. Perempuan ni memang nak kena ganyang. Aku cili mulut tu baru dia tahu!

“Tulen…tapi jauh.”

Semakin galak dia ketawa setelah menuturkan kata-kata kejam tu. Tak apa…tak apa…Nanti ada masa seratus empat puluh tan aku balas balik.

“Mimi… Apa kata kau kawin je lah dengan aku. Tak payahlah aku berubah.” Walaupun dia tak termasuk dalam calon isteri pilihan yang aku mahu, sekurang-kurangnya aku kenal dia. Aku yakin dia tak akan cuba ambil kesempatan dekat insan lemah lagi tak berdaya seperti aku ni.

“Kalau aku kawin dengan kau, bermaksud aku dah hilang ingatan. Deria melihat aku dah berkurangan tahu.”

“Apa buruk sangat ke aku?” Cermin besar yang menjadi hiasan pada dinding cafĂ© aku pandang. Hidung ada satu. Mata ada dua. Mulut pun satu jugak. Sempurna saja kot. Apa yang kurangnya aku?

“Sini.”

Aku bangun. Kepala didekatkan pada sebelah wajah Mimi. Entah apa lah minah ni nak buat.

“Apa yang kau nampak?”

Aku pandang pantulan wajah aku dan Mimi pada cermin. Terus senyuman menjengah. Seketika rasa bangga terasa meluap-luap dalam diri. 

“Aku lagi cantik pada kau.”  Itu fakta okey. Aku tak tipu. Pandangan mata aku jatuh pada Mimi. Teruk benar aku tengok fesyen yang dia guna. Langsung tak berseni.

“Ha sebab tu lah aku tak nak dekat kau.”

“Apasal?”

“Sebab kau lagi cantik pada aku.”

“Itu aku tahu lah. Salah ke kalau aku lagi cantik pada kau?”

“Kau ni aku nak kata bendul, tak. Cubalah kau faham kata tersurat di sebalik yang tersirat Pidot oii.”

“Huh! Kau merepek apa ni?” Aku pandang dia menanti jawapan. Suka sangat guna kata-kata makhluk asing. Aku ni sudah lah tuntut ilmu dekat bumi saja. Bahasa alien macam yang dia guna tu, manalah aku nak faham.

Surat cinta Untuk Disana : Ini cerpang saja sayang ku semua…Dek kerana agak panjang jadi saya buat jd mini novel… Kot rajin silalah komen… tak jauh…Dekat bawah ni saja… haha


5 ulasan:

  1. Pidot lambat Pick up....hahahaha...kalau kahwin, org kata suami dia lawa,lg,dr isteri...bukan nya, " Wah, hensem nya laki kau..
    ."

    BalasPadam
  2. Cerita yg berat kau jadikan santai. Cool.

    Daebak. I like. Kalu penulis lain POV c pidot ni mesti yg jenis berkeluh kesah n menderita mengenang nasib... Tul tak? Org kn tak faham jiwanya..

    BalasPadam
  3. best2.. cpat2 la jadi novel. Hihi. Mimi ngan anak mk ngah nah tu lain kan..

    BalasPadam
  4. Sy dgn ini bangga dpt berkawan dgn penulisnya....daebak

    BalasPadam

Baca sUdah, benCi, gEraM, sUka pUn sUdah. CeRajiNkaN TanGan, MeNgOmeN siKit :)