Hel!O mY DarLing!

Ahad, 13 Oktober 2013

Jajan's Kalau Sudah Berkenan


Buka sahaja pintu, terus mulutnya ternganga. Tidak percaya melihat apa yang berlaku. Seketika kemudian kejutannya bertukar menjadi rasa lucu. Tawa terus meletus dari bibir tanpa dapat ditahan.

“Kau buat apa tu?”

“Tolonglah.” Adra rasa mahu menangis. Kakinya sudah mula terasa lenguh. Sedaya upaya dia berusaha mencapai butang yang ada pada mesin. Malangnya tidak tersentuh langsung oleh jari-jemarinya yang kecil.

Semakin galak Zafry ketawa melihat keadaan Adra yang terkial-kial. Lagak isterinya tak ubah seperti Dora dan Smith yang berkejaran di dalam gegelung bola yang ada di dalam sangkar.

“Abangg…” Tanpa dapat ditahan air matanya mula mengalir.

“Adra…Adra…Kalau dah tahu kau tak reti guna, yang kau naik juga kenapa?” Tangan dibawa memeluk tubuhnya yang tidak berbaju. Masih tiada hati mahu membantu. Dia seronok melihat gelagat isterinya. Comel betul!


6 ulasan:

Baca sUdah, benCi, gEraM, sUka pUn sUdah. CeRajiNkaN TanGan, MeNgOmeN siKit :)