Adra mengintai. Setelah diyakini pemangsa
sudah tiada, barulah dia berani melangkah keluar. Sejak dari tadi ada sahaja aksi
lelaki itu yang boleh membuatkan matanya terpelanting keluar. Zafry memang menakutkan!
“Aku ingat kau nak bertapa terus dekat
dalam tu. Dah berapa jurus ilmu kau khatam dekat dalam?”
“Mak kau..!” Adra terjerit kecil. Terperanjat
apabila disergah secara tiba-tiba. Perlahan dia berpusing ke belakang. Zafry dengan
riak penuh lagak sedang elok berdiri tegak pada dinding berhampiran pintu bilik
air.
Masam sedikit wajahnya kerana dikejutkan.
Sebelum tiba-tiba dia mendapat idea mahu mengenakan Zafry. Poket baju tidur berbelang
yang siap dipakai semasa di dalam bilik air tadi diraba. Wajah dengan penuh riak
kerisauan sengaja di tayang. Siaplah kau!
“Kau apasal? Cari apa?” Zafry turut mengintai
ke dalam poket baju isterinya.
Adra tersenyum. Yihaa.. Berjalan seperti
yang dirancang.
“Cari duit tiga puluh sen.”
“Kau nak buat apa?” Zafry semakin pelik.
“Bukan abang penjaga tandas ke? Masuk
tadi Adra terlupa nak bayar. Ini cari duit nak kasi abang lah.” Adra sedaya upaya
menseriuskan muka. Wajah suaminya sudah sedikit merah. Mungkin tidak menyangka jawapan
nakal itu keluar dari bibirnya.
“Kau…” Zafry mati kata. Malu apabila
di permainkan secara terang-terangan oleh Adra.
“Esok Adra cari dekat pasar. Dengan penuh
kasih sayang Adra masak untuk suami kesayangan.” Adra sudah tergelak. Rambutnya
yang basah dikeringkan dengan tuala kecil.
“Kau merepek apa ni?” Zafry semakin pening.
Dia yang mahu mengenakan Adra, sebaliknya dia pulak yang terkena.
“Itu…Abang sebut ‘cow.’
“Cakap merepek, aku cium kau..” Zafry
panas hati. Ingat kelakar ke?
“Okey diam…” Susah dapat suami yang tak
tahu bergurau. Serius memanjang. Dengan langkah malas Adra melangkah ke meja solek.
Losyen di tekan ke tapak tangan. Dioles pada lengan dan leher. Sesekali dia mengintai
Zafry yang sedang memandangnya tajam.
“Kau nak goda aku ke apa?”
“Tak usah nak goda. Abang memang dah
tergoda. iye tak? Untunglah Adra. Sudahlah comel, cantik pulak tu. Suami pun suka.”
Adra karang ayat bangga diri.
“Blah la kau!” Kenapa lah dia boleh jadi
suami kepada gadis yang menyakitkan hati? Ini ayah punya pasal. Cuma ada satu yang
dia tak ralat dan menyebabkan senyumannya melebar di bibir. Adra bukan gadis murah!
“Ha itu senyum..Betullah apa yang Adra
cakap kan?” Adra bangun. Dia bergerak menuju ke arah katil. Tubuhnya benar-benar
sudah terasa letih.
“Nak tidur ke?” Zafry bertanya nakal.
“Hemm…” Janganlah Zafry macam-macam lagi.
“Jangan tidur lah. Kemas barang.” Di
tarik tangan Adra dari menjatuhkan tubuh ke atas tilam.
“Kemas barang? Adra dah kemas semua la.”
Barangnya yang dibawa bukanlah banyak sangat pun. Sekejap sahaja sudah siap dimasukkan
ke dalam almari. Mujurlah Zafry bukan jenis lelaki yang berkira. Langsung tidak
kisah berkongsi barangan dengan dia. Sedikit gambaran kahwin paksa yang bermain
di fikirannya sebelum pernikahan mereka bagaikan diangkat pergi.
“Aku nak balik rumah. Kau nak tinggal
dekat sini ke?” Beg duit dan kunci kereta di capai.
“Balik rumah? Rumah mana?” Adra pening.
Hilang sekejap rasa mengantuk yang melanda sekejap tadi.
“Rumah aku lah.” Dia tidak selesa berlamaan
di rumah ayahnya. Lelaki itu pasti akan mengawasi setiap gerak-gerinya nanti.
“Abang tak tinggal dekat sini ke?” Adra
semakin pening. Baru malam pertama perkahwinan, Zafry sudah memberikan satu demi
satu kejutan.
“Jangan banyak tanyalah. Cepat siap…”
Banyak mulut betullah perempuan sorang
ini. Erkhh..
“Nanti apa kata ayah. Esok lah kita pergi.”
Adra serba salah. Tidak mahu tindakan mereka nanti membuatkan bapa mertuanya kecil
hati.
“Sekarang ni siapa suami kau? Aku ke
dia?” Zafry sedikit bengang.
“Abang..Tapi…”
“Tak payah nak bertapi-tapi.. cepat sikit.
Aku tunggu dalam kereta.” Tanpa mempedulikan Adra, Zafry terus melangkah keluar.
Tidak suka apabila Adra mahu melebihkan ayahnya berbanding dia. Lelaki itu tak boleh
menang. Dia tak akan biarkan. Esok pasti orang tua itu sakit hati bila sedar dia
sudah meninggalkan rumah. Itulah yang dia mahu dan dia idamkan. Biar mereka berkongsi
rasa yang sama.
Adra mengeluh. Kasihan bapa mertuanya.
Harta bertimbun dam melimpah ruah, tetapi kasih sayang anak langsung tak ada. Sekarang
dia mula sedar kenapa lelaki itu begitu terdesak mahu menjodohkan Zafry dengan dia.
Sambil mengemas Adra mengingati apa yang
berlaku tadi. Niat hatinya mahu bersembahyang berjemaah dengan suami pada malam
pertama langsung tidak tertunai. Zafry buat tidak peduli sahaja ajakkannya. Sedikit
nasihat yang dia beri, bagaikan cubaan si luncai menitiskan setitis nila ke dalam
laut. Langsung tidak berkesan.
Tetapi dia bukanlah jenis orang yang
mudah berputus asa. Itu baru cubaan kali pertama. Dia tidak akan mengalah walaupun
perlu mencuba beribu kali. Untuk kebahagiaan seorang ayah dan kebahagian diri sendiri,
dia berdoa supaya Allah cekalkan hatinya berhadapan dengan semua itu.
………………………
Adra kagum. Tidak menyangkan Zafry tinggal
di Condominium yang begitu mewah. Tapi apa nak dihairankan. Lelaki itu bukannya
tidak mampu.
“Masuklah. Kau tunggu apa lagi?” Zafry
bertanya sedikit kasar. Sekarang dia tuan. Adra kena ikut cakapnya. Tak boleh tidak.
Adra cebikkan bibir. Zafry The Boss sudah
mula menunjukkan taring. Perlahan dia melangkah masuk ke dalam rumah. Adra telan
liur. Beg di tangan terus terjatuh. Mulutnya sedikit ternganga melihat ‘pemandang’
di dalam.
“Kau kenapa?” Dasar budak miskin! Tengok
benda mewah mulalah tercengang.
“Ini rumah ke sarang black metal?” Tidak
sempat di tahan, bibirnya lancar menuturkan semua itu. Patutlah Zafry berhati beku.
Kehidupan tak bewarna-warni. Hitam pekat.
“Mulut kau..” Lain yang disangka lain
yang jadi. Isterinya memang terlebih berterus terang.
“Betullah apa Adra cakap..” Semuanya
bewarna hitam. Dari dinding sehingga ke barangan rumah. Hanya cahaya lampu sahaja
bewarna cerah. Nampaknya banyak benda yang dia kena lakukan nanti. Sinar ‘kecerahan’
harus di serap masuk ke dalam jiwa encik suami.
“Kau jangan berani nak tukar semua ni
tanpa kebenaran aku.” Bagaikan dapat membaca apa yang ada di dalam fikiran Adra,
Zafry terus memberi amaran.
“Tengoklah.” Perlahan sahaja suaranya
kedengaran. Dia tak mahu berjanji kerana di dalam fikirannya sudah bermacam perkara
bermain.
“Letak barang dalam bilik.” Zafry mengarah.
Dia terus menuju ke arah sofa. Tv di buka. Di tekan-tekan bagi mencari rancangan
menarik yang kena dengan jiwannya.
“Bilik mana?”
“Kau tengok lah bilik mana kau nak guna.”
Malas Zafry menjawab. Suka tanya soalan bodoh. Yang mana ada barangan dia, itulah
yang guna. Benda macam itu pun nak tanya.
“Adra kena tidur bilik yang sama dengan
abang ke, kena guna bilik lain?” Adra masih mahu bertanya. Manalah tahu suaminya
itu mahu betul-betul melaksanakan konsep kahwin paksa.
“Kau jangan nak mengada boleh? Kalau
kau tidur bilik lain pun, tak adanya kau jadi anak dara balik.” Tanpa rasa segan
ayat itu meluncur laju dari bibir Zafry. Nak sangat tanya soalan bodoh kan? Ha…Rasakan!
Adra rasa wajahnya membahang. Zafry memang
bermulut lancang. Tak agak-agak nak berkata. Potong lidah buat sambal karang! Tak
tunggu sesaat terus dia berlalu.
Pintu bilik di buka. Dia melepaskan keluhan
berat. Hitam lagi. Apa suaminya itu memang peminat tegar warna hitam ke? Man in
Black!
Mujurlah set bilik tidur bewarna putih.
kalau tidak mahu pitam dia di dalam kegelapan seperti itu. Cuma bab kebersihan mungkin
boleh di beri pujian. Susun atur juga agak kena dengan jiwanya. Kecuali warna hitam.
Memang dia tak dapat nak menerima. Kalaulah ‘dicurahkan’ sedikit warna putih pada
dinding, mungkin lain hasilnya.
“Esok kau berperang Adra. Gambatte!”
Tangan digengam. Cuba memberi semangat kepada diri sendiri.
“Gambatte?” Zafry senyum nakal.
Adra terkebil melihat Zafry melangkah
masuk ke dalam bilik. Senyuman nakal itu…Uhh..Tak menahan. Tapi suaminya memang
kacak kalau tersenyum. Lesung pipit akan jelas kelihatan pada kedua pipinya.
“Adra…” Zafry memangil.
Aci tak kalau dia pengsan sekarang?
Surat
cinta untuk Di sana : Aloha darling…Saya tak
edit langsung coz mood malas sedang melanda diri. Ini sajalah dapat di kasi
buat sementara waktu.
alaaa..tak cukup
BalasPadamsaje jek benti time2 ceni kan
huarghhh ;'(
haha...nanti kita smbung.. :)
Padamslalu lambat update..tertunggu2 ni...huhuhu...papepun bets...
BalasPadamSy tngah mlas skarang..itu yg lmbat..haha :)
Padambestnyaaaaaaa.... rindu gila
BalasPadamTq Ruunna Qizbal... :)
PadamTq Baby Mio... :)
BalasPadamWah best..please update cte yuyu plak..pleaseee
BalasPadamthank ano...inshaallah klau bkesmpatan nnti sy ltak...tp jajan's aje la...haha :)
Padam