Pandangan
mata dibuang dibalik tingkap. Tiada apa yang dapat dilihat melainkan kepekatan
malam. Tangannya yang terasa sedikit menggigil digengam erat. Bertahun meninggalkan
bumi Malaysia, baru sekarang dia diberikan keberanian untuk mengorak langkah
pulang ke negara sendiri.
Bukan
tidak pernah kerinduan mengusik hatinya, cuma dia tidak cukup kuat. Gementar
membayangkan apa yang bakal berlaku. Cuma sekarang dia sudah cukup dewasa.
Sudah tahu apa yang hatinya mahukan. Dan dia sudah tidak sanggup menjadi
seperti si kucing yang takut memandang wajah sendiri pada pantulan cermin!
“Rhea.
Kau okey tak?”
Suara
yang menegur mematikan terus angannya. Pantas dia kalih pandang. Segaris
senyuman terukir pada wajahnya. Kepala diangguk perlahan.
“Aku
okey. Apasal?” Keningnya yang terukir cantik terjongket tanda menyoal.
“Tak
lah… Aku tengok kau nampak semacam.” Farah ukir senyuman kelat. Sejak dari tadi
dia melihat wajah wanita itu. Adakalanya Rhea nampak tenang, dan ada ketikanya
wanita itu bagaikan mengelisah.
“Dah
lima tahun Farah aku tak balik Malaysia. Biasalah kalau gementar sikit.”
“Aku
kenal kau dah lama Rhea.
Pasal Xander kan?” Rhea bukanlah orang yang jenis mengelabah tanpa sebab. Persahabatan yang bertahun terbina membuatkan dia hampir
mampu membaca apa yang seorang Rhea Melati kisahkan.
“Tak
ada sebab kau nak babitkan dia.” Rhea cuba berlagak tenang. Berkocak jantungnya
mendengar nama itu disebut oleh Farah.
“Kau langsung tak ingatkan dia?”
Mendengar
pertanyaan yang keluar dari bibir Farah membuatkan Rhea tercebik sendiri. Tiada
sebab untuk dia ingatkan lelaki itu. Kisah yang pernah terjadi dulu hanyalah
‘kesilapan’ yang dia lakukan ketika meniti zaman remaja. Kesilapan terbesar dan
terbodoh yang pernah dia buat dalam hidup!
Farah
terdiam. Puas dia berfikir. Mana letakkannya naluri Rhea? Sudah musnah habiskah
perasaan dijiwa itu? Habis itu dari mana gementar itu datang? Pancaran mata
Rhea bagaikan sudah menterjemahkan segalanya.
Bertahun
dia melihat Rhea merangkak membina keyakinan diri. Merawat hati yang terluka.
Berulang-kali kebencian dilaungkan oleh wanita itu kepada lelaki bernama Xander
Arjuna, tetapi sampai sekarang dia masih tercari-cari dimana letaknya api
kebencian itu. Rhea bagaikan terkurung dalam kemarahan sendiri. Dan dia takut
kalau suatu saat nanti, kemarahan itu yang bakal memamah hati itu.
“Kau dah fikir masak-masak pasal tu?” Tak betah
berdiam lama, sekali lagi dia melancarkan pertanyaan.
“Aku tahu kau doktor psikitrik. Tapi tak payahlah
layan macam aku ni pesakit kau.” Rhea sedikit sinis. Letih melayan pertanyaan
yang bertalu-talu dari bibir Farah. Bukannya Farah tidak tahu apa yang dia
mahukan. Sudah berpuluh-kali dia melaungkan slogan anti kepada ‘si jahanam’
itu. Mustahil dia merubah keputusan semata-mata mahu menutup mulut wanita itu
dari berterusan berkicau.
“Kau patut bersyukur ada kawan macam aku. Kalau orang
lain aku dah charge kaw-kaw. Tapi
disebabkan kau ni bff aku, sesen pun aku tak mintak upah tahu.” Farah tergelak
kecil.
“Kau tak payah nak kusutkan fikiran aku. Aku tetap nak
buat macam yang aku dah rancang.” Lawak Farah langsung tidak dilayan.
“Okey.
I got it. Tapi... Anak kau
macam mana?” Satu kebodohan dia rasakan bila penat-penat beranak tetapi
sesenang hati mahu buang anak sendiri. Part
itu dia memang tak setuju. Kalau dia lah di tempat Rhea, dia mampu buang
Xander, tapi dia tak akan mampu nak buang anak sendiri.
“Anak dia. Bukan anak aku.” Kalau ditetak sekalipun
tak adanya anak jantan tak berguna itu dia nak mengaku anak sendiri. Buang
karan!
“Tapi kau yang lahirkan dia.” Ikutkan hati yang
berasak dengan haba panas, nak sahaja dia mencekik-cekik sekuat hati leher
Rhea. Buat anak pandai, tapi nak jaga...haram.. Sebut pasal anak sendiri pun
tak pernah!
“Lahir, tak semestinya aku nak kena mengaku tu anak
aku.” Dah sudah. Menyesal dia sponser tiket kepada Farah. Kalau tahu, dia balik
sahaja sorang-sorang. Aman pendengarannya dari segala macam rempah-rempah ratus
nasihat.
“Kau tak teringin nak jumpa budak tu ke?” Jelingan Rhea
dia buat tak nampak. Mulut dia. Suka hati lah dia nak tanya apa pun!
“For
what?” Bohonglah kalau
sedikit pun dia tak ingat. Sesekali ada juga kenangan ‘gatal’ yang mengusik
fikirannya. Tetapi sejauh mungkin dihalau dari mendekat. Tak kuasa dia nak
kenang kenangan zaman hingusan itu.
“Hati kau buat dari batu atau dari besi?” Farah
sedikit sinis. Semakin angkuh dia dengar bicara dari bibir Rhea. Tak apa. Dia
nak tengok nanti apa yang nak jadi. Semalam penat tangannya mengoogle pasal
lelaki bernama unik itu. Dan nah...Kenyang matanya dijamu dengan berita
kejayaan lelaki itu. Kalau Rhea anggap si Xander itu sama seperti lima, enam
tahun dahulu, memang silap besar lah!
“Bisinglah kau.” Mata dipejam rapat-rapat. Malas nak
melayan Farah membebel.
“Kau tahu tak apa dia buat sekarang?” Farah belum
letih. Suara Rhea masih senada. Tak naik satu oktaf. Setakah pun tidak. Jadi
dia andaikan ruangnya untuk membuat kajian mengenai hati anak manusia bernama
ala-ala bunga itu masih terbentang luas.
“Lantaklah dia nak jadi apa pun. Tak ada kena mengena
dengan aku.” Sedikit mengumam suaranya.
“Beb, kau bakal jumpa pesaing yang aku pasti, kau tak rela
pun nak bersaing nanti.” Dia tak yakin semudah itu si peguam ‘handal’ mahu
melepaskan si isteri. Silap langkah turun naik mahkamah la jawabnya.
“Apasal? Dia dah jadi simpanan mak datin kaya mana
pulak sampai aku kena takut?” Puas ditegah bibir dari melayan Farah berbicara.
Tetapi mulutnya kalau membabitkan ‘lelaki itu’ mana pernah mahu diam. Selagi
ada tenaga dan kudrat, pasti akan dia lawan habis-habisan!
“Tak baiklah kau.” Dulu lagi dia tidak bersetuju bila
Rhea ambil jalan mudah dengan melarikan diri dari berhadapan dengan masalah.
Puas disuruh Rhea mendengar penjelasan lelaki itu, tetapi Rhea..Mana pernah nak
dengar kata-kata orang lain. Dia sahaja yang betul!
“Habis tu apa yang dia buat dekat aku tu baiklah?”
Tubuh yang tadi tersadai di permukaan
seat, kembali tegak. Tak berkelip matanya memandang wajah Farah. Sekarang
dia mula berfikir, Farah kawan dia atau kawan bakal ex husbandnya itu.
“Aku tak kata baik. Cuma kau tu tak bagi peluang
langsung dekat dia nak defend diri. Manalah tahu apa yang kau nampak tu
salah faham saja.” Lega. Bertahun dia mahu meluahkan kata-kata itu. Tetapi ada
sahaja halangan. Rhea kata-katanya bukan mahu didengar. Main ikut kepala
sendiri saja. Cuma kali ini kepulangan mereka ke bumi bertuah bagaikan membuka
ruang untuk dia menyerang.
“Mata aku tak buta.” Sampai mati sekalipun tak adanya
dia lupa apa yang telah Xander buat. Penat dan letih jiwa raga bila sayang yang
dilontar langsung tidak bersambut. Lebih teruk dia sanggup ambil konsep ‘buang
emak buang saudara, kerana kasih hamba turutkan’ semata-mata demi cinta matinya
kepada lelaki itu. Dan sudahnya apa balasan yang dia dapat? Ah..lelaki semuanya
tak berguna!
“Mata kau memang tak buta, tapi mata suka menipu. Sama
macam bunga mawar, nampak saja cantik, tapi duri dia kalau tersentuh mahu
bengkak tangan.”
“Apa kena mengena mawar dengan cerita aku?” Main
kias-kias pulak. Hello.. Dia bukan
minah jiwang okey nak fikir apa yang tersurat dibalik yang tersirat. Buang
masa!
“Itulah kau. Konsep alam pun kau tak tahu.” Farah
sedikit mendengus.
“Maksud aku mungkin apa yang kau nampak tak sama macam
yang kau anggap.”
“Aku bukan bodoh.” Rhea tak mahu kalah. Kalau sampai
jumpa suami sendiri enak berpeluk atas katil dengan entah wanita tua mana dia
masih mampu berlagak tenang, memang layaklah dia dapat anugerah isteri mithali!
Tapi dia bukannya wanita lemah yang mudah ditindas.
Dia ada prinsip. Kalau lelaki itu sanggup buat keji, dia pun sanggup buat.
Lebih dari itu pun dia mampu. Buktinya, bukan setakat suami dia buang, anak pun
dia sanggup lempar jauh-jauh. Kalau si ayah dia tak ingin, anak pun dia tak
sudilah!
“Aku tahu kau tak bodoh.” Bahu Rhea ditepuk perlahan.
Sudah letih mahu memanjangkan perbualan. Menasihati orang yang suka berlagak
tahu rupanya lebih susah dari menasihati orang yang betul-betul tak tahu.
“Baguslah kalau kau tahu.” Selimut kecil yang memang
sentiasa diusung ketika dia menaiki pesawat dibawa menutup wajah. Earphone disumbat masuk ke dalam
telinga. Dia mahu tidur.
Tergeleng Farah melihat tingkah Rhea. Sabar jelah!
Nafas ditarik dan dihembus berkali-kali. Tersentuh sahaja kakinya pada
permukaan jalan yang berada di atas bumi Malaysia tadi, Rhea rasa mahu bersorak
gembira. Ternyata rasa dijiwanya tak adalah sekejam mana. Dia yang paranoid
sendiri. Takut pada sesuatu yang sebenarnya tak patut dia takutkan pun.
Farah sesekali menjeling tingkah Rhea. Nampak bersemangat
benar wajah itu bagaikan sudah diserap dengan kekuatan Tun Teja. Setiap langkah
Rhea nampak penuh dengan keyakinan.
“Ayah kau tahu tak ni kau balik?” Entah mengapa
sekarang baru fikirannya timbul persoalan itu.
“Tak.” Ringkas jawapan Rhea. Harap-haraplah kejutannya
menjadi. Puas telinganya ditadah hampir saban hari mendengar leteran ayah dan
uminya yang kalut memujuk dia pulang ke Malaysia. Dan hari ini penantian
kedua-dua orang kesayangannya itu bakal berakhir.
Kali ini dia mahu menjadi anak yang mendengar kata.
Tak akan ada lagi istilah anak tak mengenang budi sama seperti bertahun dahulu.
Pengajaran yang dia dapat sudah cukup untuk membuatkan dia berfikir beratus
kali sebelum membuat sebarang keputusan.
“Kau nak tumpang aku ke apa?” Minta-minta lah adiknya
tidak buat nyanyuk terlupa janji. Kalau tidak jenuh dia mahu menunggu.
“Bukan setakat tumpang, aku ingat nak lepak-lepak
dekat rumah kau sehari dua.” Dia tersengih.
“Pulak. Habis umi dengan ayah kau macam mana?”
“Alah..Relaks la. Bukan dia orang tahu aku balik.”
Sehari dua dia mahu habiskan masa buat lawatan. Jelajah seluruh KL sepuas hati.
Lepas itu barulah dia tayang wajah dekat depan umi dengan ayah. Mintak ampun
segala dosa dia yang sudah berkepuk banyak.
“Nak makan-makan dulu tak?” Farah tayang muka tension. Jangan kata kelibat, bayang
adik dia langsung tak nampak. Sudah dia agak, Farhana kalau babitkan masa
memang langsung tak boleh diharap. Dari dalam flight tadi lagi sudah berkali-kali dia ingatkan. Iya..Iya.. Bukan main. Tapi hampeh!
“McD okey. Kalau yang lain perut aku tak boleh nak
terima.”
“Comelnya.” Kata-kata Rhea langsung tak dihadam.
Tumpuan matanya sudah terarah kepada ‘barbie doll’ versi anak manusia. Aci tak
kalau dia kidnap barang seminit dua?
“Aku tahu aku comel.” Rhea bangga diri.
“Bukan kau... Itu..” Muncung bibirnya menunjuk ke satu
arah. Geramnya dia pandang. Kalau anak sendiri, pasti lebam pipi itu dia
kerjakan. Semakin dia teruja bila tubuh montel itu terlompat-lompat menghala ke
arah mereka. Bagasi berbentuk kereta yang dipegang oleh si budak comel sudah
bergerak bagai ular kena palu.
Rhea kalih sekilas. Dup..Jantungnya sudah rasa
lain macam. Goshh...Apa dah kena dengan encik jantung? Saat tubuh kecil
itu ‘melanggar’ tubuhnya, hatinya makin gedik disapa sesuatu.
“Opss. Sorry.”
“It’s okey darling.” Tangannya sudah gatal. Rasa mahu membelai anak orang.
Tubuh ditundukkan sedikit. Tangan dipanjangkan mahu menyentuh pipi tembam itu.
“Don’t touch me!”
Tergelak Farah mendengar kata-kata yang muntah dari
bibir itu. Wah! Kecil-kecil sudah tayang perangai ala diva da vas. Makin
galak dia ketawa bila melihat mata Rhea terkebil-kebil. Sekarang Rhea baru tahu
langit itu tinggi atau rendah. Paling penting bila buku bertemu dengan ruas!
“Baby!” Xander melaung sedikit kuat. Lega hati bila
terpandang kekasih kecilnya. Tadi naik semput nafas dia, bila anak yang asyik
menghimpit, tiba-tiba hilang dari pandangan.
Farah panggung kepala. Mulutnya sudah terbuka luas.
Oh, takdir apakah ini? Wajah itu dia kenal. Masih terasa lenguh lagi tangannya
mencari maklumat mengenai lelaki itu malam sudah.
“Papa!”
Xander sedikit tersenyum. Sekejap cuma sebelum
perlahan-lahan senyuman yang terukir memudar dari bibir.
Rhea rasa tubuhnya sudah bergoyang. Bergetar dirasakan
seluruh anggota tubuh. Nafas yang dihela juga sudah rasa tersekat. Semakin
mengecil dia rasakan tubuhnya, bila tubuh itu semakin mendekat. Saat melihat
senyuman sinis dibibir itu, dia rasa mahu pitam. Lebih kalut bila hidungnya
disapa bauan yang pernah membuatkan dia menjadi angau bertahun dahulu. Aromanya
masih sama!
“Rhea Melati.” Xander senyum herot. Rambut yang dahulu
hitam bersinar sudah bertukar warna. Perang ala-ala besi karat. Pakaian yang
tersarung juga melekap kemas pada tubuh. Seksi. Malangnya, hatinya langsung tidak
disapa rasa teruja. Beku dan kaku.
“Papa. Mama Laili dah datang. Cepat-cepat.” Tangan
papanya ditarik kuat. Sementara sebelah tangan lagi kalut membalas lambaian
wanita cantik yang berada tidak jauh dari tempat mereka berdiri. Si mak cik
yang mahu mencuit pipinya tadi, dilupakan terus.
“Kau okey?” Farah bertanya perlahan. Dipegang tangan
Rhea erat bila melihat tubuh itu bagaikan mahu tumbang. Pandangan mata masih
mengikut langkah Xander yang menapak dengan langkah penuh yakin bagaikan tidak
terkesan langsung dengan pertemuan yang baru berlangsung dengan sahabatnya
tadi.
“Aku rasa nak pitam Farah.” Ditahan sehabis daya dari
membasahkan kolam matanya dengan mutiara jernih, malangnya dia gagal. Tidak
tahu apa kena dengan dirinya. Slogan ‘aku tak kisah’ bagaikan mula memakan
diri. Setiap langkah Xander dan si comel yang menarik perhatiannya tadi
dipandang tanpa berkedip.
Dia kuat dan dia mampu berhadapan dengan Xander, tapi
bukan dalam masa yang terdekat. Cuma sekarang takdir bagaikan tidak
menyebelahinya. Kenapa dalam banyak-banyak manusia di atas muka bumi, dia perlu
memandang wajah lelaki itu dulu saat menjejak kaki ke negara sendiri? Semangat
ala-ala Malaysia boleh yang dikarang sejak bertahun dahulu terus jatuh merudum!
Lebih perit, kenapa hatinya sakit melihat ‘si comel’
dikaut dalam pelukan wanita cantik itu? Mama Laili... Kali ini dia pula yang
rasa terbuang!
Surat Cinta Untuk Di Sana : Alohaa..seperti biasa x sempat edit…mungkin nanti
bakal dirombak…kena tngok dgn kesesuaian crita ni nanti… Klau ikut ni cerita
separuh berat…tp cuba nk smpaikan scara santai..takut habis syg2 ku emo nanti…hehe
(Tp kalau nk saya buat cara berat, sila komen nun dibawah sana..) … papaiii…. muahh…
Best! Tak sabar nk tahu bab seterusnya :D
BalasPadamnak lagi plz..... :(
BalasPadambest...can't wait for part seterusnya...
BalasPadamcpt la update yer sis(xsabor bebenor)
hahaha...
nak lagi!!! please
BalasPadamkapan mahu update part seterusnya yerr sis..
BalasPadamsik sabar kamek..ufufu ;) :)
Nkkk lagii... berat ke ringan ke ... always sapot akak .. heheh
BalasPadamRasa mcm geram pulak sakit hati dkt lelaki tu knp dia tak teruja jumpa rhea ><
BalasPadamAkak boleh x akak letak sinopsis?? :3
BalasPadamsebenarnya kan.. dalam bahasa melayu yang betul, tak ada istilah "merubah". kata dasar perkataan tu "ubah". jadi dengan menulis "merubah", individu tersebut menambah imbuhan "mer-" (imbuhan ni tak wujud). imbuhan "me-" ada, perkataan "rubah" pun ada. tapi kalau digabungkan, pun masih salah.
BalasPadammengubah. that's the word.
maaf jika terasa.
Ano : ...eh x apa....jgn risau....teguran mcm ni bagus utk saya... boleh sy tukar yg mn x okey...kalau ada kesalahan yg saya guna...jgn segan-segan tegur.....
Padamsy dah tnya org mntak pencerahan...maksud 'merubah' ada dlm dbp edisi ke-4....merubah boleh diguna pakai asalkan kena dgn konteks ayat.... mcm yg ayat sy guna...sesuai ditulis mengubah mcm yg Ano kata...hehe...x apa...nanti dlm mss sy tukar... trima kasih tau atas tguran... :)