Hel!O mY DarLing!

Selasa, 25 Mac 2014

Jajans Isteri Milik Aku Bab 2





Pandangan mata dibuang dibalik tingkap. Tiada apa yang dapat dilihat melainkan kepekatan malam. Tangannya yang terasa sedikit menggigil digengam erat. Bertahun meninggalkan bumi Malaysia, baru sekarang dia diberikan keberanian untuk mengorak langkah pulang ke negara sendiri.

Bukan tidak pernah kerinduan mengusik hatinya, cuma dia tidak cukup kuat. Gementar membayangkan apa yang bakal berlaku. Cuma sekarang dia sudah cukup dewasa. Sudah tahu apa yang hatinya mahukan. Dan dia sudah tidak sanggup menjadi seperti si kucing yang takut memandang wajah sendiri pada pantulan cermin!  

“Rhea. Kau okey tak?”

Suara yang menegur mematikan terus angannya. Pantas dia kalih pandang. Segaris senyuman terukir pada wajahnya. Kepala diangguk perlahan.

“Aku okey. Why?” Keningnya yang terukir cantik terjongket tanda menyoal.

“Tak lah… Aku tengok kau nampak semacam.” Farah berkata tenang. Sejak dari tadi dia melihat wajah wanita itu. Adakalanya Rhea nampak tenang, dan ada ketikanya wanita itu bagaikan mengelisah.

“Dah lima tahun Farah aku tak balik Malaysia. Biasalah kalau gementar sikit.”

“Aku kenal kau dah lama. Pasal Xander kan?” Rhea bukanlah orang yang jenis mengelabah tanpa sebab. Dia kenal wanita itu sudah lama. Persahabatan yang bermula sejak dari mereka bersekolah rendah membuatkan dia hampir mampu membaca apa yang seorang Rhea Melati kisahkan.

“Tak ada sebab kau nak babitkan dia.” Rhea cuba berlagak tenang. Berkocak jantungnya mendengar nama itu disebut oleh Farah.

 “Kau langsung tak ingatkan dia?”

Mendengar pertanyaan yang keluar dari bibir Farah membuatkan Rhea tercebik sendiri. Tiada sebab untuk dia ingatkan lelaki itu. Kisah yang pernah terjadi dulu hanyalah ‘kesilapan’ yang dia lakukan ketika meniti zaman remaja. Kesilapan terbesar dan terbodoh yang pernah dia buat dalam hidup!

Farah terdiam. Puas dia berfikir. Mana letakkannya naluri Rhea? Sudah musnah habiskah perasaan dijiwa itu? Habis itu dari mana gementar itu datang? Pancaran mata Rhea bagaikan sudah menterjemahkan segalanya.

Bertahun dia melihat Rhea merangkak membina keyakinan diri. Merawat hati yang terluka. Berulang-kali kebencian dilaungkan oleh wanita itu kepada lelaki bernama Xander Arjuna, tetapi sampai sekarang dia masih tercari-cari dimana letaknya api kebencian itu. Rhea bagaikan terkurung dalam kemarahan sendiri. Dan dia takut kalau suatu saat nanti, kemarahan itu yang bakal memamah hati itu.

Surat Cinta Untuk Disana : Nanti sy letak full… ‘sarapan’ jajans dulu…abaikan ejaan yg ke kayangan ataupun ke bulan...nanti sy edit... muahhh..papai...



2 ulasan:

  1. Best.. Cepat sikit ya masukkan full entrinya.. :)

    BalasPadam
  2. This is good ;)

    BalasPadam

Baca sUdah, benCi, gEraM, sUka pUn sUdah. CeRajiNkaN TanGan, MeNgOmeN siKit :)