Hel!O mY DarLing!

Ahad, 16 Mac 2014

Jajans Isteri Milik Aku Bab 1


XANDER tersenyum lebar. Ditepuk perlahan bahu anak guamannya yang sudah memeluk tubuhnya erat.

“Aku tahu aku tak silap pilih orang Xander.” Datuk Helmi tersenyum puas. Lega bila dia dilepaskan dari dijatuhi hukuman. Bukan kecil hukuman yang menantinya kalau dia disabitkan bersalah. Silap percaturan dia boleh ke tali gantung!

“Macam saya cakap Datuk, kalau ada duit semua benda boleh settle.” Xander ukir senyuman herot. Sesekali pandangan matanya jatuh pada wajah keluarga ‘mangsa’ Datuk Helmi. Jelas kedukaan terpeta pada wajah itu bila keputusan tidak memihak kepada mereka. Tetapi sekelumit perasaan kesal langsung tidak menjengah hati.

Bukan salahnya kalau pihak pendakwa tidak dapat mengemukakan bukti kukuh untuk menyabitkan hukuman kepada anak guamannya. Hari ini satu lagi rekod tercipta dalam kariernya. Pasti esok bakal terpampang keputusan itu dimuka depan surat khabar. Datuk Helmi bukan calang-calang orang. Lelaki itu merupakan antara ahli perniagaan yang paling berjaya di Malaysia.

“Jom Datuk.” Setelah selesai mengemas barang-barangnya Xander mula menapak. Melangkah beriringan dengan datuk Helmi. Keluar sahaja dari muka pintu, bertalu-talu pancaran kamera terarah kepada mereka berdua. Secepat mungkin dia meloloskan diri. Tugasnya sudah selesai. Berhadapan dengan wartawan bukan lagi tanggungjawabnya. Pandai-pandailah Datuk Helmi uruskan sendiri.

“Kau bela pembunuh tu… Hidup kau tak kan bahagia.” Tersentak Xander bila tiba-tiba sahaja dia disergah. Terpancul wajah sepasang suami isteri dihadapannya. Sama seperti tadi, dia masih beraksi selamba. Tidak terkesan mendengar bicara itu.

“Dekat dunia kau orang mungkin terlepas...”

 “Kalau mak cik dengan pak cik tak puas hati, pergi buat rayuan.” Ringkas dia berkata sebelum terus berlalu. Ada banyak lagi perkara yang perlu dia lakukan dari melayan kerenah pasangan suami isteri itu.

Kalau betul pasangan itu mengambil berat tentang anak perempuan mereka, pasti sudah dikawal seketat mungkin pergerakan gadis itu. Ini diusia baru mencecah sembilan belas tahun sudah dibiarkan menjadi perempuan simpanan. Kalau mati dibunuh sekalipun perempuan seperti itu, dia tidak akan pernah rasa ralat.

Kalau diikutkan apa yang dia perolehi, dia yakin yang kekasih muda Datuk Helmi itu memang mati dibunuh. Tetapi datuk itu lebih licik. Semua bukti yang menjurus ke arah lelaki itu tiada..Bersih! Tiada apa yang dapat mengaitkan lelaki itu dalam pembunuhan Sharmila melainkan hubungan ‘sumbang’ antara mereka berdua.

Surat Cinta Untuk Di Sana : Jajans dulu…Nak letak full..Tapi sy terlalu rindu nak main jajans2…haha… kot ada yg x betul jgn segan tegur…part law sy x habis godek lagi..baru dok menelaah…. Papai…muahhh

1 ulasan:

Baca sUdah, benCi, gEraM, sUka pUn sUdah. CeRajiNkaN TanGan, MeNgOmeN siKit :)