Hel!O mY DarLing!

Selasa, 19 Mac 2013

Miss Puyu, Will You Marry Me? bab 4





Yuyu menjengah kiri dan kanan. Mana tempat nak tuju ni? Kiri ke kanan? Apasallah banyak cabang sangat sayarikat ni? Kalau pokok dah di tetaknya bagi tak bercabang merata. Semak. Nak ditanya si gadis receptionist malas pulak. Yelah. Dari tadi tak habis-habis menempek bedak ke muka. Dah macam ayam kena lumur tepung sebelum di goreng pulak nampak. Tengok macam dia, tempek bedak nyonya kaler putih yang sebekas 4 ringgit tu jer. Beli kat pasar malam jer pun. Cantik jugak. Sedikit bangga diri Yuyu memuji wajahnya.  

Keputusan diambil, pakai lif sebelah kanan. Kanan kan lebih afdal. Tegak Yuyu berdiri di hadapan lif, tetapi kemudian tubuhnya di rempuh seseorang. Terduduk Yuyu dek rempuhan yang mengagumkan itu. Pinggul kirinya terasa sengal. Ini kalau bengkak ni mahu jadi pinggul Jenifer Lopez.

“Buta ke?” Yuyu terkedu. Mengeras tubuhnya. Terkejut. Erk! Salah siapa ni?

Hasif bengang. Sudahlah dia terlambat sebab terbabas bangun, ada pulak halangan yang terpaksa dia kena. Jam di tangan di lihat sekilas. Matilah dia. Papa dengan Amjad mesti mengamuk. Hari ni ada mesyuarat penting dengan client. Proposal untuk merebut tander pembinaan Bandar Alam Jaya dia yang pegang. Mesti kena bambu punyalah. Lift di tekan berkali-kali. Time dia lewat nilah lift nak terhegeh-hegeh buka.

Yuyu bengang. Terasa berasap telinganya. Sudahlah dia di rempuh. Kena marah pulak. Okey, ni memang menguji tahap kesabaran dia yang memang berada pada tahap takat lebur. Wajah lelaki yang merempuhnya di pandang. Lelaki itu langsung tak menoleh ke arahnya. Kalut melihat jam. Kot yer pun tanyalah ‘saudari ok tak? Boleh bangun ke tidak? Nak saya angkat?’ kurang-kurangnya terubat sikit sakit di hati. Ini? Alehh.  Di gagah tubuhnya untuk bangun. Maunya dia jadi cacat dia saman lelaki kurang ajar ni.

“Hoi mamat kurang ajar, tak reti mintak maaf ke?” Suara Yuyu kuat kedengaran. Terpelanting bedak si Amy receptionist dek tempikkan lantang ala-ala Ning Baizura yang keluar dari bibir Yuyu. Kuss semangat.

Hasif terperanjat. Terkedu sejenak. Telinganya terasa berdesing dek tempikkan yang betul-betul di sebelah telinga kanannya. Mahu pekak telinga.

“Kau ni apasal minah?” Hasif bertanya kasar. Kalau lelaki dah di cepuk-cepuknya biar jadi pekasam. Kalau dia ada sakit jantung mahu kembali kepangkuan ilahi kalau macam ni hari-hari.

“Bukan aku apasal, kau tu yang apasal, dah lah langar orang, buat macam tak bersalah pulak. Hek eleh.. Kuang hajo betul.” Tanganya di bawa memeluk tubuh. Sijil yang berterabur tidak terniat ingin di kutip. Dalam fikirannya hanya mahu memberi sedikit ‘sinar keinsafan’ kepada mamat yang tak cukup ajaran ni.

“Malas aku nak gaduh dengan kau. Gila.” Hasif selamber berkata.

“Kau penah makan penumbuk cap ayam tak?” Yuyu bertanya sambil tersenyum. Siap kau mamat. Muka dah segak tapi sayang perangai macam kera.

Hasif tidak mempedulikan pertanyaan ‘budak sekolah’ sesat di tepinya. Entah siapalah mak bapak tercicir anak kat pejabatnya. Tak bertanggungjawab betul!. Pintu lif terbuka. Pantas Hasif melangkah masuk. Baru saja selangkah, kakinya terasa ditampan sesuatu, gedebukk!!! tubuhnya jatuh tersembam. Wajahnya elok mencium lantai lif. Separuh badan di dalam lif separuh lagi di luar. Terbuka tutup pintu lif dek tertampan dengan tubuhya.

Yuyu duduk bertingung di sebelah Hasif. Di tepuk-tepuk bahu Hasif. Tanda seperti ingin memujuk anak kecil yang kesedihan.

“Jatuh bang? Sakit? Alolo lo, teciannyer.” Dengan suara  sedikit keanak-anakkan Yuyu bertanya. Hambik kau. Dalam hati, Yuyu tersenyum puas. Ini Yuyu tahu. Anak Pak Kadir Misai Gulung.

Hasif menghentak-hentak tangannya ke lantai. Tahap marahnya sudah mencapai tahap didih. Siap kau minah. Giginya di ketap tanda geram.  Yuyu tak tunggu lama, pantas dia berdiri, ingin melarikan diri. Laju dia berdesup pergi.

“Woii budak, sini kau.” Hasif ingin mengejar, tetapi kakinya yang terasa sakit membataskan pergerakkan. Bertambah membara bila budak itu berhenti dan menjelirkan lidah ke arahnya. Hasif tersenyum kemudiannya. Yaribbbbaaa!!! Sijil yang bertaburan pantas di kutip.

Yuyu gelabah. Baru cadang nak main polis entry. Macam mana boleh terlupa kutip sijil ni? Laju kakinya melangkah kembali ke arah mamat kurang ajar tu. Kalut dia berlari bila Hasif selesai mengutip sijil dia yang berterabur.

Hasif sengih jahat. Kemudiannya dia menayang-nayang sijil ditangannya. Lidahnya di jelirkan sebagai balasan kepada minah sekolah tu. Pintu lif terbuka. Pantas dia berlari masuk bila budak itu semakin hampir.

“Sijil aku tu woiii, bak balik.” Yuyu menjerit kuat. Di sepak-sepaknya pintu lif yang tertutup rapat. Tubuh kecilnya terlompat-lompat. Geramnya. Aku jumpa kau, aku gulaikan kau bagi kambing makan.

Hasif ketawa di dalam lif. Walaupun sedikit kebudak-budakkan perangainya tadi, tetapi dia tetap gembira. Peduli apa. Bukan ramai orang nampak pun. Seronoknya dapat mempermainkan minah tu. Kau mesti nak sijil ni kan? Dalam hatinya sudah bermacam-macam perancangan untuk membuli di lakar. Balasan untuk memalukannya di hadapan ‘gomak kapur’ pangilan yang diberikan oleh pekerja syarikatnya kepada Amy. Kejap lagi pasti riuh rendah kisah dia jatuh tersembam di dalam lif menjadi perbulan. Amy tu mulutnya mengalahkan Astro. Banyak channel. Macam-macam ada. 



Surat Cinta Untuk Disana : Dah banyak hari tak buat lawatan kat blog.. hanya ini mampu buat.. esok2 kot ada lagi kerajinan mybe akn ada nxt en3.. silalah my sayang-my darling tinggalkan pesan di bawah ini...chowww...muahhhhh

9 ulasan:

  1. haha! best gila! double thumbs up!

    -fz-

    BalasPadam
  2. Hahaha...suka dgn yuyu yg gila2 tu. :))

    -eyra-

    BalasPadam
  3. ok.. best... truskan usaha anda

    BalasPadam
  4. Awat brutal nauuu c yuyu nihhh!!!!!pe2 pon bestt

    BalasPadam
  5. Fz,Eyra,Ruunna Qizbal,Yusnita md yusuf,Sarinah Aini..Tq sudi membaca n mngomen...lap u all...muahhh

    BalasPadam
  6. brutal si yuyu ni....haha...thumbs up writer

    BalasPadam
  7. Rasanya.. Polis n thief la... Bukan entry..
    eek?? Sy pon agak je

    BalasPadam

Baca sUdah, benCi, gEraM, sUka pUn sUdah. CeRajiNkaN TanGan, MeNgOmeN siKit :)