Hel!O mY DarLing!

Ahad, 24 Mac 2013

Miss Puyu Will You Marry Me? Bab 6




Yuyu tertunduk. Sesekali kepalanya diangkat memandang wajah dua manusia di hadapannya. Giginya di ketap kuat. Macam mana nak buat ni? Kena bawak kes pergi mahkamah tak? Kalau dia disabitkan bersalah, agak-agak berapa tahun dia kena penjara?. Isyy..tak kan curah dengan air nescafe sejuk dah nak bawak kes kan? Kejam sangatlah tu.

Bibirnya di cebikkan. Rasanya kalau dia belakon sekarang berkesan tak? Dalam kepala otaknya sudah bermacam jalan cerita drama dikarang untuk di persembahkan bagi meraih simpati. Dia merenung wajah Camelia. Terjegil-jegil mata itu memandang ke arahnya. Okey, lupakan. Nak mampus? Camelia dengan dia dah macam kembar lain mak, asing bapak. Taktik kering dia mesti Camelia boleh baca punyalah.

“Orangkan..orang..oo” Tergagap-gagap Yuyu berkata. Dia bila gelabah mulalah nak bahasakan panggilan diri dengan ‘orang’. Dah tabiat dari kecil.

“Orang, orang. Dah silap tahu pulak gagap. Tadi kemain laju. Tak sempat kita nak halang. Ini kalau report polis ni check in lokaplah kau malam ni.” Bising mulutnya sama naik dengan tangan yang asyik mengelap baju si suami. Mahu kena demam tekejut suami dia kejap lagi. Tak ada puting beliung tak ada ribut, hujan apatah lagi tetiba basah lincun kena siram.

“Tak sengajalah beb. Mana aku tahu silap orang. Kalau aku tahu tak adanya aku nak mandikan abang sayang kau ni. Ini nak kena pergi balai jugak ke? Tak cedera pun kan? Kan?” Yuyu melihat-lihat sekitar wajah suami Camelia. Fuhh...nasib baik cukup lagi anggota. Karang di mintak ganti rugi hilang hidung di gantikan dengan hidung tak ke haru?

Naik juling matanya tadi bila sedar dia dah salah orang. Sekali tengok memang sama. Tapi bila tengok dekat, itupun selepas kelakuan ‘luar alam’ dia, barulah dia sedar dia dah salah orang. Mata coklat, rambut perang memang sah silap walaupun wajah itu saling tak tumpah. Apa nak di hairankan. Kat dalam dunia ni ada tujuh orang wajah serupa.

“Sikit saja ni. Tak ada hallah.” Amjad berkata tenang. Nak di marah pun rasa macam tak patut pulak, iyalah, dari tadi ucapan maaf tak putus-putus keluar dari bibir itu. Walau jauh disudut hatinya nak saja di hamun gadis di hadapannya. Salah orang lain dia pulak dapat habuan. Patutlah ada peribahasa malang tidak berbau. Kalau boleh bau, comfirm dia lari tidak cukup tanah. Tapi sesuai ke peribahasa tu dengan dia? Ini malang berbau. Bau nescafe.

“Sorry again my friend. Bajet mamat kurang ajar tu tadi. Dah ‘tersiram’ baru sedar ini orang lain. Aku tak bersalah, tangan aku ni ha..salah dialah ni. Tak menyempat-nyempat.” Yuyu menunjuk-nunjuk tangannya. Alasan macam ni boleh guna pakai tak? Boleh kot. Hentam jelah. Kita tengok dulu keputusannya macam mana.

“Owhh..tangan yang bersalah ye? Kalau macam tu kita potong jelah tangan tu. Selamat kau malam ni. Biar tangan jer tidur lokap.” Aii, nasib baik kawan lama. Kalau orang dia tak kenal dipotong sunguh tangan tu. Apa punya alasanlah si Yuyu ni bagi. Dari dulu tak berubah-ubah.

Yuyu pantas memegang tangannya. Ingat tangan lipas ke nak main potong-potong? Kalau cacat kuranglah hantaran dia nanti.

“Dasyat sangat hukuman tu. Kurangkanlah sikit. Denda dua puluh sen ke, mampu jugak aku nak bayar.” Tercebik-cebik bibir Yuyu. Dalam pada itu matanya sempat menjelajah sekeliling. Patutlah sunyi. Tinggal beberapa kerat sahaja lagi dalam restaurant. Tadi penuh orang. Sekarang yilek, nan ado.

Amjad tak tungu lama. Mendengar jawapan Yuyu yang selamber dia terus ketawa. Bagus! sama spesis dengan dia. Boleh buat geng ni. Tadi selepas dia di mandikan bukan dia tak perasan riak wajah Yuyu yang berubah. Baru sahaja dia ingin ketawa dengan gembira terasa perutnya sedikit sakit. Di jengah sedikit ke bawah. Elok mendarat tangan isteri kesayangan di situ. Terus mati ketawanya bila Camelia memberikan isyarat mata. Suruh diam lah tu.

“Banyak kau dua puluh sen. Ingat suami aku ni ikan kembong ke? Ikan pun mahal daripada itu tahu.”

“Alah win-win situationlah. Kira cincailah sesama sedara ni.” Yuyu memujuk. Tangannya menunjuk-nunjuk ke arah Amjad dan dirinya. Dah salah sendiri kan, kenalah bertangungjawab. Almaklumlah, dia ni kan contoh remaja berani buat berani tanggung, walaupun terdetik juga dia nak larikan diri tadi.

Win tu pihak engkau saja. Aku ni dahlah tak win, balik ni nak kena menyental pulak baju suami aku. Kecik je aku tengok kau sekarang ni tahu.” Camelia Menyedut sedikit minuman yang bersisa. Dahaga. Ingat senang ke nak mertarbiahkan orang?

“Itu namanya isteri mithali. Kenalah berkorban untuk keselesaan suami. Bila sayang yang cuci baju tu, terasa dekat sayang dengan abang.” Amjad membeli hati sang isteri. Camelia kalau dia biarkan berleter sampai esok belum tentu habis.

Tersengih Camelia mendengar pujian dari mulut suaminya. Ini yang sayang abang lebih ni. Terus lengan suaminya dipeluk erat.

Yuyu membuat aksi ingin termuntah. Sabar jelah. Berbulu pulak matanya memandang aksi gedik laki bini di hadapannya. Nak sahaja disuruh balik beromantika di rumah. Buatlah apa pun bukan orang nampak.

“Emm, emm..huk-huk,” Segala bunyi Yuyu keluarkan. Bila Camelia dan Amjad membetulkan kembali kedudukan mereka dia tersengih senang. Tahu pun.    

Camelia mengherotkan bibir. Kedengki. Tak boleh tengok orang senang langsung. Yuyu, Yuyu, bilalah nak berubah. Perangai dari dulu sampai sekarang macam tulah jugak. Teringat perangai, terus dia terbayang abah Yuyu yang sangatlah ‘terbaeekk’. Apa cerita agaknya Pak Kadir Misai Gulung tu? Rasa rindu menyapa.

“Weh abah kau apa cerita? Sihat ke? Rindu lah aku dekat abah kau tu.” Camelia terus terlupa sengketa yang tercipta.

“Rindu abah aku ke kau rindukan nyanyian abah aku tu?” Yuyu bertanya. Wajah Camelia yang terus bertukar menjadi seperti asam kecut mengelikan hatinya. Apa pun balik ni dia nak peluk abah. Nasib baik Camelia ‘rindukan’ abah. Barulah dia terlepas dari sesi bersoal jawab.

“Nyanyian apa? Lagu apa? Best ke?” Amjad bertanya teruja.

“Apek..” Yuyu sudah ingin mengeluarkan intro nyanyiannya.

“Woii, kau jangan.” Camelia ingin menghalang.

“Apek tongsi, hidung kepek tarak isi.” Dengan penuh perasaan dua baris ayat itu diperdengarkan.
“Aku saman kau.” Camelia berkata geram. Naik cair taik telinga bila ketawa Amjad bersambung dengan Yuyu. Mentang-mentanglah hidung dia kecik.

3 ulasan:

Baca sUdah, benCi, gEraM, sUka pUn sUdah. CeRajiNkaN TanGan, MeNgOmeN siKit :)