Tangan
dibawa meraba bantal. Tersentuh sahaja dek jemarinya, pantas dicapai dan
dipekup pada wajah. Cuba menghalang pendengarannya dari disapa bunyi ketukan pada muka pintu yang belum mahu
kunjung henti semenjak dari tadi.
“Aure
Najua!”
Keras
suara Hajah Safiyah memanggil anak gadisnya. Matahari dah terpacak atas kepala,
masih jugak melengkar di atas katil. Hai! entah apa lah nak jadi...
“Mama
masuk ni Aure.”
Bunyi
tombol yang dipulas, membuatkan dia cekap melompat turun dari katil. Rambut yang
kusut, galak diperbetulkan.
“Ha…dah
bangun pun kamu anak dara ye?” Hajah
Safiyah bagi jelingan tajam. Tergeleng kepalanya melihat senyuman nakal yang
terukir pada wajah Aure.
“Morning
mama.” Aure mendekat. Dipeluk tubuh Hajah Safiyah erat. Kucupan kemudiannya
berlabuh pada pipi wanita kesayangannya itu.
“Isy
busuk-busuk cium orang.” Ditolak sedikit wajah Aure menjauh. Dalam tidak sudi,
senyuman tetap melebar juga pada wajahnya.
“Ada
apa ma, pagi-pagi kejutkan Aure?” Langkah kaki kembali dibawa ke arah katil.
Tubuhnya yang berbalut baju tidur, kemudiannya dihumban ke atas tilam.
“Pagi?
Budak bertuah…dah pukul sepuluh tahu?” Tadi lepas mereka sembahyang subuh
berjemaah, Aure masuk kembali ke dalam bilik. Dia ingatkan nak hantar telekung,
rupanya bertapa terus dalam bilik.
“Sepuluh?
Sepuluh?” Aure gelabah. Habis lah dia…
“Lah…yang
gelabah semacam ni apasal? Bukan harini cuti ke?” Hajah Safiyah bertanya
kehairanan.
“Aure
nak kena jumpa model untuk produk baru kejap lagi. Alah…apasal mama tak
kejutkan Aure tadi?” Tuala dicapai. Baru sahaja dia melangkah ke dalam bilik
air, dia teringatkan sesuatu.
“Eh...mama
pulak yang salah?” Hajah Safiyah merengus sedikit. Macam-macam perangailah
anak-anaknya.
“Mama. Toilet tersumbat lagi.” Kali ini dia
capai sekali dengan t-shirt sebelum melangkah keluar dari bilik.
Pintu
bilik air yang berada di luar, ditolak. Malangnya terkunci pulak dari dalam.
Didekatkan telinganya ke arah pintu. Cuba mengesan jika terdapat sebarang
bunyi.
“Em,
cepat sikit boleh tak?” Diketuk sekuat mungkin pintu bilik air. Suara lelaki
itu melalak, sayup sahaja pada pendengarannya.
“Em?
siapa Em?”
Diketap
bibirnya sekuat mungkin dari menghemburkan seranah setelah mendengar kata-kata
balasan dari ‘adik kesayangannya’ itu.
Kalau bercakap tak menyakitkan hatinya, memang tak sah!
“Cepatlah.
Aku dah lambat ni.”
“Haish…sabar
sikit boleh tak?” Hajah Safiyah tepuk perlahan bahu Aure.
“Aure
dah lambat mama. Suruh lah dia cepat.” Kali ini diharapkan pula bantuan Hajah
Safiyah. Masaklah dia kalau terlewat tiba nanti.
Model
yang syarikatnya pilih bukan sebarangan. Faliq Ikbal, anak seorang hartawan dan
juga ahli perniagaan berjaya. Sebulan lebih dia berusaha untuk bertemu dengan
lelaki itu. Dia tidak mahu kerana kelewatannya, semuanya bakal berantakan!
“Em.”
Baru
sekali Hajah Safiyah memanggil, sudah terpancul wajah itu di muka pintu bilik
air. Senyuman selebar yang mungkin ditayang.
“Hai
mama cantik.”
“Ada-ada
saja lah.” Hajah Safiyah tergelak kecil. Em dari dulu, tak pernah gagal buatkan
dia tersenyum.
“Tepi
lah sikit.” Sengaja Aure merempuh tubuh itu. Dia sakit hati! Mama kalau dengan
budak itu, senyumnya sampai ke telinga.
“Lawa
kakak sayang kalau marah.” Em sempat menyindir sebelum melangkah keluar dari
muka pintu bilik air.
Dum!
Berdetum bunyi pintu dihempas. Em pegang muka. Nasib baik tak kena wajah dia.
Kalau tidak, mahu kurang skala kekacakkannya. Sudah lah, muka handsome ini yang dia guna cari makan!
Dia
pandang wajah Hajah safiyah, wanita itu angkat bahu. Dia turut angkat sama.
Faham dah perangai tak bertamadun gadis seorang itu.
“Makin
hari, makin melampau.” Hajah Safiyah merengus. Entah silap ibu mengandung atau
apa. Degil dan baran Aure, makin hari makin tak terduga.
“Biar
lah dia mama. Gerhana bulan kot!” Dia tergelak kecil bila Hajah Safiyah
menampar lengannya lembut.
“Mama
masak apa?” Tuala yang digunakan untuk mengeringkan rambut, dia baling ke arah
kerusi. Kemudian, kalut diikut langkah Hajah Safiyah yang sudah melangkah turun
ke bawah.
“Nasi
lemak. Makan tengah hari mama tak masak lagi. Em nak makan apa?” Hajah Safiyah
bertanya lembut.
“Masak
apa pun tak apa. Mama kalau goreng telur pun dah cukup sedap.” Em gelak kecil.
Bukan dia menipu…Sungguh, apa sahaja yang dimasak oleh wanita itu, tak pernah
tak kena dengan seleranya.
“Cukup-cukup
lah kamu bodek mama kamu tu Em.” Haji Arif letak surat khabar di atas meja. Air
kopi yang dibancuh oleh isterinya tadi, dicapai dan diteguk berhati-hati kerana
masih panas.
“Eh,
cemburu pulak abang ni.”
“Jangan
tarik muncung Piyah. Biar anak awak seorang tu sudah. Tak terlayan saya kalau
semua perangai macam dengan dia.” Haji Arif ketawa perlahan. Aure…anak itu ada
sahaja kerenah yang mampu buatkan darah tingginya mencanak naik!
“Bukan
bodek abah. Kenyataan.”
“Hemm…”
Haji Arif jongket bahu. Em sahaja yang puji masakan isterinya sedap. Pelik
lidah anak itu. Dia yang hidup berpuluh tahun dengan wanita itu pun,
kadang-kadang tak tertelan apa yang dimasak. Ada harinya terlebih garam. Ada
hari manis ya ampun. Ada hari…langsung tak ada rasa!
“Tak
ada latihan hari ni?”
“Tak
ada abah.” Em geleng perlahan.
“Baguslah
kalau macam itu. Boleh ikut abah pergi kedai Uncle Lim kamu malam ni. Hari-hari
tanya pasal kamu.” Keramahan Em, buatkan dia mudah disenangi sesiapa sahaja.
Bangga dia bila ada yang memuji dia pandai didik anak.
“Isy
abang ni. Biarlah dia rehat. Minggu ni mana pernah dia lekat dekat rumah.”
Hajah Safiyah menegur. Sepanjang minggu dia tengok Em terkejar-kejar. Mana
dengan nak pergi kelas, pergi training
lagi. Dia yang memandang pun sudah terasa semput.
“Eh.
Tak apa mama. Em pun dah rindu nak jumpa kawan-kawan abah.” Kalau ikutkan
letih, memang dia sudah terbungkang sahaja di atas katil. Cumanya…dia malas nak
melayan rasa letih itu. Bimbang tubuhnya semakin melemau.
“Mama…abah.
Aure pergi dulu.”
Suara
Aure yang kedengaran, menganggu perbualan mereka bertiga. Terus mereka memusing
kepala mengadap ke arah gadis itu.
“Aure.”
Belum pun Aure sempat melangkah keluar, Haji Arif sudah memanggil.
“Ada
apa abah?”
“Nak
pergi mana tu?”
“Aure
kena kerja hari ni. Tadi dah cakap dekat mama.” Aure tarik nafas panjang. Dia
pandang wajah mama dan abahnya sebelum terus berlari keluar. Dia dah lambat!
“Bertuah
betul anak awak tu. Kotnya nak disalam kita dulu.” Haji Arif berkata tidak puas
hati.
“Dia
lewat betul lah tu abah.” Em cuba meredakan kemarahan lelaki itu.
Merengus
kasar Haji Arif. Kalau tak terlewat pun, memang tak adanya Aure nak bersalam
dengan dia dan isterinya selagi tak ditegur. Memang jauh bezanya anak itu
dengan Em dan Aria. Betul lah orang kata. Setandan nyiur, belum tentu semuanya
elok.
...........
Surat Cinta Untuk Di sana : selamat membaca..... mcm yg saya bgitahu...cerita ni sangat biasa.... oh ya.,...yg haritu....sila jdkan epilog.... rasa mcm berjela pulak kalau buat dr dia orang kecil.. :)
tlg sambung lagi.. bestlh
BalasPadamBest..nxt n3..
BalasPadamCam langit dan bumi perangai depa nie. Nak lagi lagi lagi
BalasPadamDah lama tk menjenguk blog CR...igt kan posting kt fb jer..anyway good luck n cepat2 up entry baru...hehehe ;)
BalasPadambkn prolog ke namanya yg hari tu................................
BalasPadam