Hel!O mY DarLing!

Selasa, 23 Februari 2016

Jajans Cerpen : Dear My Wife





 “Tak ada sebab pun I nak menyesal.”

Kata Nami dua tahun lepas terngiang di telinga Zayan.

‘I tahu you menyesal kahwin dengan I...’ Zayan mengumam sendiri. Jemarinya cekap menyelak satu persatu gambar perkahwinan dia dengan Nami.

Dia nampak Nami tersenyum.

Dia nampak Nami gembira.

Dia juga nampak Nami bahagia.

Nami kata dia orang yang paling cantik dalam dunia hari itu. Dia tersenyum. Dia juga gembira dan bahagia macam Nami. Tapi betullah... Bahagia dan gembira boleh hilang sekelip mata sahaja.

Tanpa sedar, air matanya mula menitis jatuh di atas gambar-gambar yang tak pernah jemu dia tatap.

Bila teringatkan Nami, itulah benda yang dia hadap. Bukannya Nami tak pulang langsung ke rumah. Ada sahaja kelibat lelaki itu walaupun sekejap. Tapi hubungan dia dengan Nami bagaikan istilah ‘dekat tapi jauh.’

Lama dia dan Nami hidup dalam dunia sendiri. Seorang ke timur, seorang lagi pula ke barat. Sedar tak sedar, mereka dah jadi seperti orang asing. Sesekali ada juga dia dengan Nami saling menyapa. Cuma tingkah mereka seakan kaku.

Kadang-kala jarak Nami dengan dia hanya beberapa inci. Tapi Zayan jadi segan nak menyentuh. Dia takut Nami marah, padahal lelaki itu tak pernah pun nak tinggikan suara.

Cuma satu sahaja yang sejak dari hari perkahwinan mereka sehingga sekarang masih tidak berubah. Kalau ada waktu yang Nami ‘wujud’ di dalam rumah, solatnya masih lagi berimamkan lelaki itu. Itu sahaja sudah cukup untuk berikan dia berjuta rasa bahagia.

Walaupun perasaan bahagia itu hanya untuk seketika, Zayan tetap berpuas hati. Katakan dia bodoh. Katalah apa sahaja... tapi orang tak akan boleh faham apa yang dia alami.

“You buat apa tu?”

Zayan panggung kepala. Sebelum itu sempat dia kesat air mata yang masih bersisa di pipi. Dia kuat! Dia kena kuat! itu yang hari-hari dia jaja untuk diri sendiri. Painkiller yang dah berzaman dia amal.

“Tengok gambar kahwin kita.” Zayan tersenyum. Pertanyaan ringkas Nami yang buatkan hati dia kembali mekar.  

“Again? You tak jemu ke hadap gambar tu hari-hari?” Nami merengus perlahan. Tie yang masih membelit leher, ditanggalkan sebelum dicampak ke atas katil.

Zayan pegunkan pandangan ke arah Nami. Dikumpul segala keyakinan yang masih bersisa... dia rindukan Nami... sangat...

Tubuh Nami dihampiri sebelum jemarinya cekap menjalankan tugas. Butang baju lelaki itu ditanggalkan satu-satu.

“I tak kan pernah jemu, Nami.” Pertanyaan Nami tadi, dijawab perlahan. Zayan ketap bibir yang mula rasa nak bergetar.

Nafas ditarik dalam. Cuba menstabilkan kembali perasaan dia yang hampir ranap lelaki itu kerjakan tanpa sedar. Tapi bila haruman yang selalu Nami gunakan menyapa deria, dia kembali disapa rasa sebak.

Wangian yang paling dia rindu.

Happiness is, wearing your most precious perfume and feeling irresistable.

Wangian dari jenama AHMAD NAMI. Itulah satu-satunya wangian yang selalu berikan Zayan rasa gembira. Wangian yang sampai bila pun dia takkan lupa aromanya.

Tapi apa yang Zayan takut, kalau suatu hari nanti, Nami yang terlupa wangian dari NURZAYAN.

Mungkin juga Nami mahu mengantikan ‘wangian’ lama dengan ‘wangian’ baru yang lebih harum baunya. Membayangkan sahaja sudah cukup untuk berikan Zayan ‘kesakitan’ yang bukan sedikit.   

Dia tak puas lagi berada di sisi Nami. Kesakitan yang lelaki itu bagi, belum cukup kuat untuk padamkan ‘kebahagian’ yang pernah dia terima.



Surat Cinta Untuk Di sana : Halooo...alohaaa....dah lama tak melepak-lepak dalam blog... saja nak update status... Jangan risau...saya masih hidup...hahaha

Ni salah satu cerpen yang saya tengah buat... cadang nak buat buku barang seketul. Himpun cerpen-cerpen saya. (cerpen kah? Cerpang!) Tapi yang pasti (insyaallah) semuanya cerpen baru yang tak pernah saya post dekat mana-mana lagi.

Tajuk yang ada setakat ni (siap dlm 80%) :

Dear My Wife -  Ahmad Nami & Nurzayan
Dear My Husband – Ahmad Izumi & Barizah Husna (Betty)
Kasih Di Balik Awan – Rafiq & Farhat Hayati
My Heartless Boyfriend – Pradyun Aarav & Helen Tan Jiayi

Ada yang berminat nak beli? ahahahah...btw – Cinta Price Tag OTW nak jumpa korang...tinggal sikit lagi...doalah noh.... Papai...papai...muahhhhh




5 ulasan:

  1. Cik cempaka ni saja nk dera emosi i kn? Bagi jajans je mana cukup. Hukhuk

    BalasPadam
  2. Alamak...Jajans rupanya... Ingatkan tgu mood baca...rupanya jajan.

    Jajan pun jajan lah...

    Count me in..

    BalasPadam
  3. dear....akak beli....

    BalasPadam
  4. Akk.. Tolong la full kan citer ni. Saya dh betul2 tertarik nak tau kesudahannya

    BalasPadam
  5. Nak beli cerpen2 awak.

    BalasPadam

Baca sUdah, benCi, gEraM, sUka pUn sUdah. CeRajiNkaN TanGan, MeNgOmeN siKit :)