Hel!O mY DarLing!

Khamis, 3 Januari 2019

Jajans - Cinta Price Tag bab 1






        BOSAN! Nak sahaja dia tunjuk tangan. Keep Calm and Talk to my hand! Dari tadi tak habis-habis lelaki itu buat luahan perasaan. Itu ini nak diungkit.

          “You dah berubah, Afke.”

          Afke buat tak dengar. Gelas berisi cocktail disambar dan diteguk rakus. Hilang terus keayuan yang selama ini ditayang di hadapan lelaki itu.

          “Apa masalah you sebenarnya ni?” Ikhmal ramas rambut. Kusut! Sungguh dia tak faham dengan kerenah perempuan seorang ini.  

         “Nothing.” Kuku yang berkutek merah garang, diketuk pada permukaan meja. Mata meliar memandang sekeliling. Rokok yang dikepit kemas pada jemari, dibawa ke celah ulas bibirnya. Disedut dalam sebelum dihembus perlahan. Heaven!

          “Nothing’ is not the answer, Afke. You dah tak macam dulu.” Afke yang mengoda dan manja bagaikan sudah hilang. Yang ada di hadapannya sekarang, wanita yang beku! keras! dan kaku!

          “I tak pernah berubah.”

          “I don’t think so.” Ikhmal masih tidak berpuas hati. Tak berubah apanya kalau wanita itu terang-terang buat perangai. Call tak berangkat. Jumpa dia, macam jumpa penyamun. Sekejap saja sudah nak lari.

          “It’s up to you nak fikir apa pun.”

          Suara Jessie J yang tiba-tiba sahaja melalak, membuatkan dia merengus. Rokok yang masih berbaki  dibaling atas lantai sebelum dipijak kasar. Clutch bag dibuka.

          “I tak habis cakap lagi.” Ikhmal sedikit membentak. Panas hati bila Afke masih tayang wajah tak berperasaan.

          “Really?” Afke jongket kening. Accept or decline. Dipandang skrin handset.  Tersenyum sinis sebelum dia menjawab panggilan.

          “Yes Wilma sayang.” Dia menyapa mesra. Ikhmal di sebelah, sudah tidak dilayan. Payah kalau cakap dengan lelaki jenis tak faham bahasa. Belum sempat dia mahu buka cerita, tiba-tiba sahaja handset dirampas dari tangannya.  

          Prang!

          Membuntang matanya bila handset yang tadinya elok bercantum, sudah bersepai di atas lantai.

          Damn! Bloody damn!


         “Shit! What the hell happened to you?” Kali ini dia mula menempik. Panas hati memandang ke arah Ikhmal. Tangan sudah naik mencekak pinggang. Dress sendat yang sudah terselak sampai ke paha langsung tidak diambil kisah.

          “I tak suka cakap dengan tunggul.” Ikhmal ketap gigi. Cuba menahan sabar yang pada bila-bila masa sahaja bakal berterabur.

          “I bosan dengan you. That’s my answer! puas hati?”

          “What?”

          “I rasa you belum pekak.” Clutch bag disambar. Dibuka langkah selaju yang boleh.

          “Afke.” Tangan wanita itu dipaut.

          “Please... I tak nak gaduh dengan you. Kalau ada benda you tak puas hati, bagitahu.” Ikhmal cuba merayu.

          “Jangan jadi dayus Ikhmal.” Afke tersenyum sinis. Agaknya Ikhmal terlupa. Rekodnya dengan makhluk bernama lelaki, tak pernahnya elok. Dia mudah jemu!

          “I tak boleh hidup tanpa you...”

          “Then what? You nak bunuh diri? Go ahead! I tak halang.” Tangan tayang isyarat ‘who cares?’ Sengaja mahu menyimbah minyak dalam hati lelaki itu.

          Terlepas cengkaman Ikhmal pada lengan Afke. Tak percaya kata-kata seperti itu keluar dari bibir Afke.

          “Afke...”

          “I tak boleh nak tayang muka bahagia semata-mata nak senangkan hati you. I tak nak jadi plastik.” Sedikit tegas kata-katanya. Dulu lagi dia sudah bagitahu Ikhmal. Dia tak suka dikongkong dan dia tak suka terikat.

          Kelaku Ikhmal seminggu dua ini buatkan dia rimas. Lelaki itu mula kawal setiap gerak-geri dia. Ikhmal siapa nak mengatur hidup dia?

           “I dah habis banyak untuk you, Afke.” Ikhmal mula mengungkit. Bukan sedikit dia laburkan untuk wanita itu. Dan sekarang Afke nak tayang perangai habis madu sepah dibuang? Hell no!

          “I tak mintak. You yang bagi.” Dia masih tayang wajah selamba. Ayat mengungkit seperti itu, sudah berpuluh kali dia dengar. Telinga pun sudah lali. Ikhmal ingat dia nak terkesan? Huh!

         Lagi pun, prinsip dia mudah. Orang bagi… ambil. Rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari. Tapi nak meminta-minta, no… no… no…

...................................................




Surat cinta Untuk Di sana -  saya pernah post dah novel ni dalam blog...kot ada yg ingat... 

1 ulasan:

Baca sUdah, benCi, gEraM, sUka pUn sUdah. CeRajiNkaN TanGan, MeNgOmeN siKit :)