Hel!O mY DarLing!

Jumaat, 8 Mac 2013

Novel : Bila Abang Panggil Sayang bab 1




              Rasa bergetar seluruh tubuh apabila mata lelaki di hadapannya kini memandang tajam bagaikan dia dan keluarganya berhutang berjuta daripada lelaki itu.
“Siapa nama kau?”Aizat Asyraff memandang atas bawah gadis di hadapannya. Perutnya bagaikan digaru-garu untuk menghemburkan tawa. Tapi di tahan sekuat mungkin. Gila!!! Ini zaman apa? Terasa sekarang dia kembali ke zaman kanak-kanak riang ria sambil mengusung botol susu berair rebena. Baju merah, seluar biru dengan rambut diikat senget ke tepi. Okey, memang cukup pakej. Kalau masuk pertandingan ‘Saya Gadis Unik’ dia akan menjadi pengundi tegar. Undi tanpa henti sampai lebam tangan.
“Bos boleh panggil saya sayang” Terketar sedikit nada suaranya menjawab. Mak aii,, garang gila mamat ni. Nak tanya nama pun dah macam nak pergi berperang. Apa nak cakap elok-elok tak boleh ke? Boleh lingkup ke peti suara tu kalau bersopan sikit?memang tak boleh jadi model ‘budi bahasa budaya kita mamat ni.
“Apa kau cakap tadi? Sayang? Tolonglah tak tergamak aku nak bersayang-sayang dengan kau.” Aizat berkata sinis. Saja nak bagi aku muntah pelangi perempuan ni. Dahlah macam datang dari plenet marikh ada hati nak suruh panggil sayang segala. So please…
“Tapi boss…Sayang tu…” belum sempat dia ingin menyudahkan kata pantas lelaki itu memotong. Langsung tak bagi peluang.
“Dah tak payah nak bertapi-tapi. Pakaian macam budak tak cukup sekupang ada hati nak aku panggil sayang. Kau tahu tak sebab apa papa aku suruh kau jumpa aku ‘cik sayang’?” Aizat bertanya kasar. Dalam itu sempat lagi dia memerli.
‘Cik sayang’ sedikit terlopong. Amboi mamat ni mulut macam cili, berapi. Sajalah tu nak bagi aku panas dalam aircon yang sejuk macam kutub utara ni.
“Tahu.Tapi boss….” Nada suaranya masih lembut sedaya upaya di tahan rasa sabar yang semakin berterabur dek perangai Aizat the boss yang berperangai macam Hitler.
“Sekali lagi kau dok bertapi-tapi dekat sini aku humban kau keluar” Aizat sedikit marah. Dari tadi tapi..tapi..tapi.. cakapnya tak jugak. Dia bagaikan terlupa yang sejak dari tadi gadis itu belum dapat menyudahkan kata bila dia asyik memotong.
Borang yang bertulis ‘resume’ di ambil dan di suakan kepada budak pelik di hadapannya.
“Kau isi boring ni dulu. 15 minit lagi kau masuk sini balik. Lewat seminit siap kau.” Bagaikan memberi amaran dia berkata. Budak pelik macam ni bukan boleh di beri muka.

Setelah berlalu saja gadis itu. Dia melepaskan keluhan berat. Papanya memang patut di hantar untuk berjumpa pakar mata. Punyalah banyak gadis-gadis yang cun dan up to date, budak yang nampak macam tak cukup itu juga yang di pilih papa untuk di jadikan secretary. Tahulah marah sekalipun tapi janganlah menghukum dia dengan menghantarkan spesis yang unik itu untuk menjadi pembantunya. Kepalanya di letakkan kemeja.
Teringat kenangan yang menjebabkan papanya mengamuk. Semuanya terjadi bila papa terjah masuk ke dalam biliknya dua tiga hari lepas ketika dia sibuk bermanja-manja untuk mengeratkan silatulrahim dengan bekas secretarynya. Mengucap panjang orang tua itu. Nak bagi cukup perencah bila masa itu papanya bersama dengan beberapa client penting syarikat. Aduhhhh malu siott. Terasa tebal wajahnya ketika itu. Sudah itu dia dibambu di hadapan semua orang. Memang tak best langsung kalau dapat papa yang terlebih tertib.
Akibat perbuatan dia yang terlebih bertamadun itu, hasilnya haaa budak tadi tulah. Tak dapatlah dia nak jamu mata. Huwarghhhh…rasa nak menagis golek-golek dah ni.  Tapi kemudian wajahnya terasa bersinar. Idea bagus mula menjelma. Kenapalah dia terlupa. Bukan ke papa tengah berbulan madu untuk kali yang ke erkkk lupalah degan mamanya di luar negara. Kalau dia ambil orang lain pun bukan papanya tahu. Pantas intercome di tekan. Seketika kemudian suara Kak Izah setiausaha papa kedengaran.
“Kak Izah, papa keluar negara berapa lama ye?” okey.. jangan hairan ye kalau dia tak tahu. Kemarin papanya ada bagitahu tapi tak sempat di tangkap oleh telinganya yang sibuk mengfokus kepada lakonan Eva Logaria yang meletup dalam Desperate Housewife.
“Eh takkan Aizat tak tahu? Tan Sri pergi dua bulan.” Kak Izah sedikit pelik. Takkan Tan Sri tak beritahu anak kesayangan dia tu?
“Lupa lah kak. Erkk Kak Izah boleh tolong tak? Tolong buka iklan ambil secretary baru untuk saya. Nak yang perempuan muda, paling penting cantik.” Dalam fikiran dia sudah terbayang wajah yang menarik.
“Ehh tapi bukan boss dah hantar orang ke? Budak yang Kak Izah hantar tadi kat bilik Aizat tu.”
“Alah kak, budak macam tak penuh skru tu kak cakap nak buat secretary.? Alahh tak naklah saya. Kak buka ekk iklan ambil orang baru.”
“Bukan kak tak nak tolong tapi Tan Sri dah pesan suruh Aizat ambil budak tu jugak. Kalau tak Tan Sri suruh Aizat je yang berhenti kerja cari kerja lain.” Kak Iazah hampir ketawa. Hurmm memang patut pun Tan Sri Azhar ajar sedikit si Aizat tu. Usia muda di habiskan untuk berseronok, mahu tak mengamuk orang tua tu.
Aizat menundukan kepala lemah. Papa memang cekap. Nak di lawan cakap orang tua itu memang tahu dia akan kalah. Garang mengalahkan Hitler.
“Okeylah kak Izah kalau macam tu.” Aizat meletakkan telifon lemah. Papa memang kejam.
Bunyi ketukan di pintu menambah rasa geram. Time-time dia nak berduka lara nilah ada orang nak kacau.
“Masuk”Aizat menegakkan tubuh. Renungan tajam di hadiahkan kepada bakal secretary barunya.
“Dah siap kau isi? Bak sini boring tu.”

Sehabis daya dia menahan tawa. Alahai patutlah bersayang-sayang segala. Nama budak pelik itu di baca berulang kali. Sayang Setia  Binti Zamri. Aduhlah nama. Tak boleh blah langsung.
Sayang merengus geram. Tengok wajah mamat tu pun dia dah tahu tengah tahan ketawa. Tak der lainlah tu, mesti bahankan nama aku punyalah.
Kalau jeleskan nama aku yang meletop tu bagi tahu jelah. Tulah masa lahir tak nak mintak nama yang best macam aku. Sayang membentak kasar. Tapi dalam hati sajalah. Nak mampus kalau lawan betul-betul. Mahunya laki tu tak nak ambil dia kerja tak ke naya.
“Okey  cik Sayang Setia bila boleh mula kerja?” Tawa yang di tahan meletus juga bila nama itu di sebut. Aizat terasa wajahnya membahang akibat terlebih ketawa. Tawanya bersambung-sambung.
“Bila-bila masa jer boss. Tapi gaji berapa?” Sayang bertanya.
“Papa aku tak bagi tahu kau ke masa dia suruh kau datang menyemak kat sini?” Aizat bertanya dalam senyuman. Tapi senyuman sinis lah.
“Pak cik cakap suruh tanya boss.”
“Banyak cekedak kau berpak cik-pak cik. Tan Sri ok.” Aizat berkata sedikit belagak. Macamlah papa aku tu bapak saudara dia jer nak berpak cik segala.
“Tapi pak cik cakap kena panggil pak cik.” Sayang mengaru kepalanya yang sedikit gatal. Betul apa. Dia tak tipu. Masa dia tolong pak cik tu minggu lepas boleh jer pak cik tu bahasakan diri pak cik.
“Wah banyak cantik muka kau. Jangan nak mengada. Panggil Tan Sri tahu.” Aizat menjegilkan mata. Memang sah jahanam hidup dia selepas ni. Apahallah si bendul ni yang papa pilih? 


Surat Cinta Untuk Disana : Terpaksa letak cerita baru bcoz ada my pren cakap cerita tentang Zyll dengan Sara banyak kesalahan n ada ayat yg nampak skema...ewww...Pasrah,,,,mihahahah....Terpaksa melakukan beberapa rombakkan sebelum saya siarkan.. sementara tu silalah jamu mata dengan e-novel sy yg ditulis  semasa sy berada di zaman muda-muda...(erkkk bajet tua sangat)... x panjang sangat cerita ni...sekadar nak bersantai2 dgn cerita ringan sambil makan kepek ubi..... papai haaa...muahhhhh

14 ulasan:

  1. alahai comelnye nama ! sayang setai . cute sgt kak CR .

    -fz-

    BalasPadam
  2. oppsss . typo .
    *setia

    -fz-

    BalasPadam
  3. alorrhhhh...awat g2 nye..best lah cter ny..ble nk update agy ???

    BalasPadam
  4. cite nie tak nak update ke miss??? lama sy tunggu.. semua cite sy tunggu..terutamanya cite kerana cintaku untukNya

    BalasPadam
  5. name die peliknya

    BalasPadam
  6. sume citer awk best...thump up...

    BalasPadam
  7. suke sgt tajuk dia.. Bila Abang Panggil Sayang <3 bestttttt... next n3 pls ^______________^

    BalasPadam
  8. Waiting 4 next entry.. hihi besy

    BalasPadam
  9. eh xde lagi ke????
    kelakau la...

    BalasPadam

Baca sUdah, benCi, gEraM, sUka pUn sUdah. CeRajiNkaN TanGan, MeNgOmeN siKit :)