Rasa bergetar seluruh tubuh apabila
mata lelaki di hadapannya kini memandang tajam bagaikan dia dan keluarganya
berhutang berjuta daripada lelaki itu.
“Siapa
nama kau?”Aizat Asyraff memandang atas bawah gadis di hadapannya. Perutnya
bagaikan digaru-garu untuk menghemburkan tawa. Tapi di tahan sekuat mungkin.
Gila!!! Ini zaman apa? Terasa sekarang dia kembali ke zaman kanak-kanak riang
ria sambil mengusung botol susu berair rebena. Baju merah, seluar biru dengan
rambut diikat senget ke tepi. Okey, memang cukup pakej. Kalau masuk
pertandingan ‘Saya Gadis Unik’ dia akan menjadi pengundi tegar. Undi tanpa
henti sampai lebam tangan.
“Bos
boleh panggil saya sayang” Terketar sedikit nada suaranya menjawab. Mak aii,,
garang gila mamat ni. Nak tanya nama pun dah macam nak pergi berperang. Apa nak
cakap elok-elok tak boleh ke? Boleh lingkup ke peti suara tu kalau bersopan
sikit?memang tak boleh jadi model ‘budi bahasa budaya kita mamat ni.
“Apa
kau cakap tadi? Sayang? Tolonglah tak tergamak aku nak bersayang-sayang dengan
kau.” Aizat berkata sinis. Saja nak bagi aku muntah pelangi perempuan ni.
Dahlah macam datang dari plenet marikh ada hati nak suruh panggil sayang
segala. So please…
“Tapi
boss…Sayang tu…” belum sempat dia ingin menyudahkan kata pantas lelaki itu
memotong. Langsung tak bagi peluang.
“Dah
tak payah nak bertapi-tapi. Pakaian macam budak tak cukup sekupang ada hati nak
aku panggil sayang. Kau tahu tak sebab apa papa aku suruh kau jumpa aku ‘cik
sayang’?” Aizat bertanya kasar. Dalam itu sempat lagi dia memerli.
‘Cik
sayang’ sedikit terlopong. Amboi mamat ni mulut macam cili, berapi. Sajalah tu nak
bagi aku panas dalam aircon yang sejuk macam kutub utara ni.
“Tahu.Tapi
boss….” Nada suaranya masih lembut sedaya upaya di tahan rasa sabar yang semakin
berterabur dek perangai Aizat the boss yang berperangai macam Hitler.
“Sekali
lagi kau dok bertapi-tapi dekat sini aku humban kau keluar” Aizat sedikit
marah. Dari tadi tapi..tapi..tapi.. cakapnya tak jugak. Dia bagaikan terlupa
yang sejak dari tadi gadis itu belum dapat menyudahkan kata bila dia asyik
memotong.
Borang
yang bertulis ‘resume’ di ambil dan di suakan kepada budak pelik di hadapannya.
“Kau
isi boring ni dulu. 15 minit lagi kau masuk sini balik. Lewat seminit siap
kau.” Bagaikan memberi amaran dia berkata. Budak pelik macam ni bukan boleh di
beri muka.
Setelah
berlalu saja gadis itu. Dia melepaskan keluhan berat. Papanya memang patut di
hantar untuk berjumpa pakar mata. Punyalah banyak gadis-gadis yang cun dan up
to date, budak yang nampak macam tak cukup itu juga yang di pilih papa untuk di
jadikan secretary. Tahulah marah
sekalipun tapi janganlah menghukum dia dengan menghantarkan spesis yang unik
itu untuk menjadi pembantunya. Kepalanya di letakkan kemeja.
Teringat
kenangan yang menjebabkan papanya mengamuk. Semuanya terjadi bila papa terjah
masuk ke dalam biliknya dua tiga hari lepas ketika dia sibuk bermanja-manja
untuk mengeratkan silatulrahim dengan bekas secretarynya. Mengucap panjang
orang tua itu. Nak bagi cukup perencah bila masa itu papanya bersama dengan
beberapa client penting syarikat. Aduhhhh malu siott. Terasa tebal wajahnya
ketika itu. Sudah itu dia dibambu di hadapan semua orang. Memang tak best
langsung kalau dapat papa yang terlebih tertib.
Akibat
perbuatan dia yang terlebih bertamadun itu, hasilnya haaa budak tadi tulah. Tak
dapatlah dia nak jamu mata. Huwarghhhh…rasa nak menagis golek-golek dah
ni. Tapi kemudian wajahnya terasa
bersinar. Idea bagus mula menjelma. Kenapalah dia terlupa. Bukan ke papa tengah
berbulan madu untuk kali yang ke erkkk lupalah degan mamanya di luar negara.
Kalau dia ambil orang lain pun bukan papanya tahu. Pantas intercome di tekan.
Seketika kemudian suara Kak Izah setiausaha papa kedengaran.
“Kak
Izah, papa keluar negara berapa lama ye?” okey.. jangan hairan ye kalau dia tak
tahu. Kemarin papanya ada bagitahu tapi tak sempat di tangkap oleh telinganya
yang sibuk mengfokus kepada lakonan Eva Logaria yang meletup dalam Desperate
Housewife.
“Eh
takkan Aizat tak tahu? Tan Sri pergi dua bulan.” Kak Izah sedikit pelik. Takkan
Tan Sri tak beritahu anak kesayangan dia tu?
“Lupa
lah kak. Erkk Kak Izah boleh tolong tak? Tolong buka iklan ambil secretary baru
untuk saya. Nak yang perempuan muda, paling penting cantik.” Dalam fikiran dia
sudah terbayang wajah yang menarik.
“Ehh
tapi bukan boss dah hantar orang ke? Budak yang Kak Izah hantar tadi kat bilik
Aizat tu.”
“Alah
kak, budak macam tak penuh skru tu kak cakap nak buat secretary.? Alahh tak
naklah saya. Kak buka ekk iklan ambil orang baru.”
“Bukan
kak tak nak tolong tapi Tan Sri dah pesan suruh Aizat ambil budak tu jugak.
Kalau tak Tan Sri suruh Aizat je yang berhenti kerja cari kerja lain.” Kak
Iazah hampir ketawa. Hurmm memang patut pun Tan Sri Azhar ajar sedikit si Aizat
tu. Usia muda di habiskan untuk berseronok, mahu tak mengamuk orang tua tu.
Aizat
menundukan kepala lemah. Papa memang cekap. Nak di lawan cakap orang tua itu memang
tahu dia akan kalah. Garang mengalahkan Hitler.
“Okeylah
kak Izah kalau macam tu.” Aizat meletakkan telifon lemah. Papa memang kejam.
Bunyi
ketukan di pintu menambah rasa geram. Time-time dia nak berduka lara nilah ada
orang nak kacau.
“Masuk”Aizat
menegakkan tubuh. Renungan tajam di hadiahkan kepada bakal secretary barunya.
“Dah
siap kau isi? Bak sini boring tu.”
Sehabis
daya dia menahan tawa. Alahai patutlah bersayang-sayang segala. Nama budak
pelik itu di baca berulang kali. Sayang Setia
Binti Zamri. Aduhlah nama. Tak boleh blah langsung.
Sayang
merengus geram. Tengok wajah mamat tu pun dia dah tahu tengah tahan ketawa. Tak
der lainlah tu, mesti bahankan nama aku punyalah.
Kalau
jeleskan nama aku yang meletop tu bagi tahu jelah. Tulah masa lahir tak nak
mintak nama yang best macam aku. Sayang membentak kasar. Tapi dalam hati
sajalah. Nak mampus kalau lawan betul-betul. Mahunya laki tu tak nak ambil dia
kerja tak ke naya.
“Okey cik Sayang Setia bila boleh mula kerja?” Tawa
yang di tahan meletus juga bila nama itu di sebut. Aizat terasa wajahnya
membahang akibat terlebih ketawa. Tawanya bersambung-sambung.
“Bila-bila
masa jer boss. Tapi gaji berapa?” Sayang bertanya.
“Papa
aku tak bagi tahu kau ke masa dia suruh kau datang menyemak kat sini?” Aizat bertanya
dalam senyuman. Tapi senyuman sinis lah.
“Pak
cik cakap suruh tanya boss.”
“Banyak
cekedak kau berpak cik-pak cik. Tan Sri ok.” Aizat berkata sedikit belagak.
Macamlah papa aku tu bapak saudara dia jer nak berpak cik segala.
“Tapi
pak cik cakap kena panggil pak cik.” Sayang mengaru kepalanya yang sedikit
gatal. Betul apa. Dia tak tipu. Masa dia tolong pak cik tu minggu lepas boleh
jer pak cik tu bahasakan diri pak cik.
“Wah
banyak cantik muka kau. Jangan nak mengada. Panggil Tan Sri tahu.” Aizat
menjegilkan mata. Memang sah jahanam hidup dia selepas ni. Apahallah si bendul
ni yang papa pilih?
Surat Cinta Untuk Disana : Terpaksa letak cerita baru bcoz ada my pren cakap cerita tentang Zyll dengan Sara banyak kesalahan n ada ayat yg nampak skema...ewww...Pasrah,,,,mihahahah....Terpaksa melakukan beberapa rombakkan sebelum saya siarkan.. sementara tu silalah jamu mata dengan e-novel sy yg ditulis semasa sy berada di zaman muda-muda...(erkkk bajet tua sangat)... x panjang sangat cerita ni...sekadar nak bersantai2 dgn cerita ringan sambil makan kepek ubi..... papai haaa...muahhhhh
alahai comelnye nama ! sayang setai . cute sgt kak CR .
BalasPadam-fz-
oppsss . typo .
BalasPadam*setia
-fz-
besttt
BalasPadamalorrhhhh...awat g2 nye..best lah cter ny..ble nk update agy ???
BalasPadamsayang.
BalasPadamcite nie tak nak update ke miss??? lama sy tunggu.. semua cite sy tunggu..terutamanya cite kerana cintaku untukNya
BalasPadamsantai jer citer ni... ;)
BalasPadamname die peliknya
BalasPadambest..bla nk smbung?
BalasPadamsume citer awk best...thump up...
BalasPadamsuke sgt tajuk dia.. Bila Abang Panggil Sayang <3 bestttttt... next n3 pls ^______________^
BalasPadamalahai comelnya nama dia..
BalasPadamWaiting 4 next entry.. hihi besy
BalasPadameh xde lagi ke????
BalasPadamkelakau la...