Hel!O mY DarLing!

Jumaat, 6 Disember 2013

Jajan's Kalau Sudah Berkenan : Adra & Zafry



“Itulah. Aku tak kasi keluar kau nak keluar jugak.” Zafry mengomel geram. Kaki Adra yang sudah membengkak diurut perlahan.
           
“Adra nak beli baju. Yang ada banyak dah ketat.” Usia kandungannya baru mencecah empat bulan. Tapi besarnya agak lain macam sedikit. Baru berjalan beberapa langkah dia sudah terasa mengah.

            “Berapa helai kau beli?” Sedikit garang dia bertanya.

            “Em…Satu.” Wajah beria-ia dikerutkan bagi mengalih tumpuan suaminya dari berterusan menyoal. Dek kerana kemunculan Nafiz, terbantut terus agenda mencari baju untuknya. Bukan Love tidak sudi menemani, dia sendiri yang tidak selesa untuk memilih di hadapan Nafiz. Lelaki itu semua pilihannya dipersetujui. Macam pelik pula dia rasakan.

            “Lama kau keluar, kau boleh beli sehelai saja?” Zafry menjegilkan mata.

            “Adra tak jadi beli. Tadi terserempak dengan Abang Nafiz. Dia ajak Adra dengan Love makan dengan dia.” Teragak-agak Adra berkata. Risau jika suaminya mengamuk.

            “Nafiz?” Terhenti picitannya ke atas kaki Adra. Lelaki itu semakin pelik tingkahnya semenjak dua menjak ini. Entah mengapa dia dapat rasakan Nafiz bagaikan cuba mengelakkan diri daripadanya.

            “Hak Arr…Abang…” Adra memanggil manja.

            “Kau nak apa?”

            “Adra nak makan Blueberry buns.” Bersinar matanya memandang ke arah Zafry.

            “Sejak bila kau reti makan bun?” Zafry bertanya pelik. Pernah dia menyediakan hidangan itu untuk Mak Edah dan Love. Adra hanya memandang sahaja. Katanya tak kena dengan selera melayunya.
           
       “Sejak ada ni..” Tangan dibawa menunjuk ke arah perutnya. Seminggu dua ini dia telah mengalami perubahan budaya. Seleranya tak menahan mat saleh. Nasi memang sudah tidak boleh disentuh. Baru terbau wap nasi mendidih sahaja dia sudah terasa meloya tekak.

            “Kalau kau yang nak makan kau cakap lah. Itulah dulu jual mahal sangat.” Tangan di kesat pada tisu. Kepala di pusing ke kiri dan kanan bagi mengurangkan rasa lenguh.

            “Adra tak ingin pun nak makan. Anak abang ni ha…Selera tak menahan besar. Sebiji macam papanya.” Adra ketawa kecil bila suaminya tayang wajah tidak berpuas hati setelah mendengar kata-katanya. Nak buat macam mana kalau dah itu kenyataannya!

            “Esok-esok lah aku beli.”
           
“Adra tak nak yang beli. Adra nak abang yang buat sendiri.” tangan suaminya disambar. Ditayang wajah penuh pengharapan.

        “Malas.” Sepatah sahaja kata yang meluncur dari bibirnya. Tiada hati mahu melayan permintaan Adra yang dirasakan agak mengada-ngada.

            “Adra nak tidurlah…abang jangan lupa sembahyang.” Terus tubuhnya dijatuhkan di atas tilam. Comforter ditarik menutupi seluruh tubuh. Dia nak merajuk! Kalau suaminya tak layan juga, esok dia angkat sepanduk buat demontrasi depan pintu masuk condo..Tangan dibawa menutup mulut bagi menahan diri dari menghemburkan tawa. Seronok membayangkan perkara bodoh seperti itu.  

            Zafry serba salah. Rasa tidak senang hati bila Adra bagaikan merajuk hati dengan keenganannya. Bibir diketap kuat. Nafas dihembus perlahan.

            “Esok aku buatkan untuk kau.”

            “Betul ke?” Terus Adra bangun. Sengihan lebar terukir pada wajah. Diterkam tubuh suaminya yang masih berada di hujung katil dan dipeluk erat. Terlalu gembira kerana permintaan kecilnya mahu dipenuhi oleh lelaki itu.

Surat Cinta Untuk Di sana : Secubit jajans untukmu…Harap2 lepaslah buat pengalas perut…haha.. :)

4 ulasan:

  1. Tk sempat smpi ke perut...kikikiki

    BalasPadam
  2. Alahai untungla adra dpt mkn air tgn inche suami kesayangan ngeee

    BalasPadam
  3. xsempat la nak hadam...jajans secoet je...hiiiisssshhhh....

    BalasPadam
  4. Pendek sgt jajannya.....x kenyang. Huhuhu

    BalasPadam

Baca sUdah, benCi, gEraM, sUka pUn sUdah. CeRajiNkaN TanGan, MeNgOmeN siKit :)