Hel!O mY DarLing!

Selasa, 10 Disember 2013

MPWUMM? Yuyu & Hasif








            “Yuyu....Rindunya Kak Bib dekat Yuyu.” Masuk sahaja office sudah kecoh suasana dek suara lantang Kak Bib.

            “Yuyu pun sama.” Beg diletakkan di atas meja. Tersenyum memandang Kak Bib yang keras terpacak di hadapan mejanya. Beberapa hari tidak datang kerja, pasti banyak cerita yang ingin dikongsikan oleh wanita itu.

            “Anita mana?” Meja sebelah yang kosong dipandang.

            “Pantry kot.” Kak Bib pandang Yuyu. Kening diangkat-angkat. Senyuman penuh seribu satu macam maksud terukir di bibirnya.

            “Apa?” Yuyu bertanya walaupun dia sudah tahu apa yang mahu ditanyakan oleh wanita itu.

            “Buat-buat tanya pula. Cubalah story sikit apa yang jadi dekat kampung encik boss kesayangan Yuyu tu.” Tak sabar Kak Bib menunggu bicara Yuyu. Kalau talifon pun berapa minit sahaja mereka dapat berbual. Padat benar aktiviti gadis itu di kampung.

            “Jadi apanya?” Yuyu masih menyoal. Sambil itu tangannya cekap mengeluarkan beberapa barang dari dalam laci. Alatan menulis diletakkan di satu sudut. Sengaja dia simpan di dalam laci. Takut bila datang kerja satu benda pun tak ada. Kalau pinjam sahaja tak apa. Ini pinjam terus letak status harta. Itu yang sakit hati.

            “Together...together...” Jari telunjuk tangan kanan dan kiri didekatkan. Senyuman nakal terukir dibibir.

            “Choii..Ada pulak macam itu.” Entah mengapa mendengar soalan itu, wajahnya mula terasa membahang. Segala kenangan manis semasa di kampung galak terulang tayang. Tanpa sedar senyuman terukir dibibirnya.

            “Ha itu...Malu-malu pulak dia. Mesti ada apa ni kan? Cecite...cecite....” Tak tunggu lama kerusi terus di tarik. Bersiap sedia meneruskan agenda ‘meja bulat.’

            “Mana ada apalah.” Yuyu cuba menafikan. Malang, apabila dia semakin tersipu malu. Mahu sahaja dia mengetuk diri sendiri dengan bula ayam. Memang tak tahu nak contol langsung!

            “Best tak?” Kali ini Kak Bib cuba memesongkan cerita. Tahu, kalau diputar ayat, segala kejadian yang berlaku semasa di kampung pasti akan berada dalam gengamannya. Apa pun dia kena berusaha. Pantang anak melayu mundur!

            “Best sangat. Tak sabar nak pergi lagi.”

            “Pergi lagi? hai...macam ada apa-apa saja ni.” Nampaknya memang ada perkembangan yang baik. Kalau tidak mustahil Yuyu gembira ketika berada di kampung Hasif. Tak lama lagi dapat makan nasi minyaklah dia.

            “Isy Kak Bib ni. Toksah dok pikiag pelik la.”

            “Ha tengok tu. Baru berapa hari pergi dah hebat cakap utara. Memang senang hati betul ni.”

            “Woit. Buat persidangan tak tunggu orang pun ye?” Anita menegur. Terus dia berlalu kemejanya. Gelas berisi air milo panas diletakkan di atas meja sebelum dia kembali ke meja Yuyu.

            “Tak lama lagi kita nak makan nasi minyak. Tak sabar pula rasanya.” Kak Bib masih mengusik. Tengok dari wajah Yuyu dia tahu pasti ada sesuatu yang ‘indah’ telah terjadi.

            “Nasi minyak? Siapa masak? Nak sepinggan.” Man Posto yang baru datang menyelit. Telinganya bukan boleh kalau disebut tentang benda makan. Sensetif tak menahan.

            “Ini, kakak kesayangan kau. Kejap lagi dah nak jamu kita makan nasi minyak.”

            “Siapakah gerangan lelaki malang itu?” Man Posto tergelak bila Yuyu mengangkat bekas pensil dan berpura-pura mahu membaling ke arahnya.

            “Kau tunggu jelah nanti Man. Dah tak lama rasanya.” Kak Bib bangun bila semakin ramai pekerja yang mula datang. Tidak mahu perbualan mereka nanti menjadi topik hangat pula di office. Kalau sampai ke telinga Hasif, jenuh dia nak menjawab nanti.

            “Eh, nantilah Kak Bib. Takkan dah nak bersurai?” Man Posto cuba menghalang.

            “Akak ni pekerja yang berwawasan. Bukan suka curi-curi tulang macam kau.”

            “Ya Allah hai Kak Bib. Janganlah buat ayat bagi orang muntah.” Isyarat loya tekak ditunjuk. Pekerja berwawasan konon. Curi tulang saja kerjanya adalah.

            “Kau tu dari dulu lagi jeleskan akak.” Tak mahu kalah Kak Bib membalas.

            “Kak Nita, CCTV tu berfungsi tak?” Man Posto menunjukk ke arah sebuah CCTV yang diletakkan di setiap penjuru dinding.

            “Kau ingat syarikat macam ni punya besar guna CCTV replika ke? Mestilah boleh. Kenapa?” Anita kehairanan.Tak pernah selama dia bekerja isu CCT timbul.

            “Nak tengok Kak Bib kerja dengan curi tulang mana lagi banyak.” Dia ketawa kuat bila Kak Bib bercekak pinggang. Terbeliak mata itu bagaikan tidak mempercayai kata-katanya.

            “Mannn....Akak gulaikan kau nanti.” Nampak besar semut saja aku tengok budak ni. Geramnya.

            “Kak Bib kalau marah bertambah cantik Man tengok.”

            “Udah, kau tak usah nak membodek akak. Sejak azali lagi akak sedar, akak memang sudah dilahirkan dengan rupa yang cantik lagi rupawan.”

            “Kau dengar tak Yuyu?” Anita sudah melangkah ke meja.

            “Perdengaran aku tergangu sikit tadi.” Yuyu pura-pura menaip.

            “Man nak pergi jumpa pakar telinga kejap. Ada prob sikit rasanya telinga ni.”Tak berlengah, Man Posto ter berlalu. Dalam hati dia ketawa jahat.Pasti Kak Bib bengang.
...............................
            “Yuyu, tolong bancuh Nescafe o panas kejap.”

            Dia yang sedang menaip terus angkat kepala. Senyuman menguntum di bibir bila terpandangkan Hasif yang kelihatan segak dengan baju bewarna biru tua. Nampak berkarisma dan Macho.Wah..Tetiba. Apa kena kau ni Yuyu? Kalut dia mengelengkan kepala cuba menghalau anasir-anasir jahat yang merasuk hati.
           
“Kalau tak boleh tak apalah.” Hasif sedikit kecewa. Menyesal pula dia menyuruh gadis itu. Ingatkan permintaan yang sekecil itu akan terus dipenuhi. Nampaknya dia tersilap.

            “Eh, boleh, boleh.” Kalut Yuyu menjawab. Mesti Hasif salah faham melihat gelengan dia tadi. Teranguk-anguk dia bagi menyakinkan Hasif kerja membancuh itu langsung tidak menjadi hal.

            “Kalau macam itu, kejap lagi letak dalam bilik. Aku nak jumpa papa kejap.”

            Yuyu masam. Kepalanya dianguk tanda memahami permintaan lelaki itu. Aku? ingatkan dah bertaubat. Huh, bermimpi di pagi harilah dia. Tak adanya lelaki itu mahu berlembut bicara.

            Setelah kelibat Hasif hilang dari pandangan mata, Yuyu duduk kembali di atas kerusinya. Sengaja mahu melambatkan kerja. Apa kes hantar air time tuan tak ada, ye idok? Walaupun dia sebenarnya lebih kepada mahu mengintai anak teruna orang. Tak puas pula tengok wajah lelaki itu kejap tadi. Kali ini Yuyu tergelak kecil. Geli hati terhadap diri sendiri. Gedik, gedik.

            “Yuyu...Yuyu..”

            Mendengar namanya di pangil terbang melayang segala angan-angan indah yang baru dikarang. Malas dia menoleh ke arah Anita. Gadis itu memang tak boleh tengok dia senang. Ada sahaja nak digangunya.

            “Apa?”

            “Kau apasal? Semacam aku tengok?”

            “Sibuk lah kau.” Dia pura-pura menaip. Malangnya di skrin komputer muncul pula kenangan-kenangan manis saat dia berada di kampung. Dari bersandar dia sudah menompang dagu di atas meja. Tersengih-sengih dia seorang diri.

            Anita pandang semacam. Takut pula dia melihat reaksi Yuyu. Argh...Lebih baik dia buat kerja sendiri. Lagi pula banyak lagi game dalam facebook yang dia tak sempat jelajah.

            Angan-angan Yuyu mati bila terpandang kelibat Hasif yang melangkah masuk ke dalam bilik. Terus dia bangun. Langkah kaki di bawa ke pantry. Tak sabar mahu tunjukkan kepakaran membancuh air minuman.
......................
            Hasif pandang Yuyu dengan pandangan pelik. Ada yang tak kena ke pada wajahnya? Diraba sekitar muka. Rasanya tak ada apa yang pelik. Tapi apasal gadis itu tersenyum-senyum memandangnya?

            “Ada apa-apa kau nak bagi tahu aku ke?” Tak tahan melihat reaksi Yuyu, Hasif terus bertanya.

            “Tak ada.” Mati senyuman Yuyu. Alamak. Nampak sangat ke?
           
Hasif angkat kening. Matanya berkali-kali memandang ke pintu. Menghantar isyarat yang dia tidak mahu diganggu. Baru beberapa hari bercuti, sudah berlambak kerja menantinya.

            “Saya keluar dulu.” Faham dengan pandangan Hasif, Yuyu kalut mahu keluar.

            “Bye the way, thanks.” Gelas berisi Nescafe diangkat.

            Yuyu hanya mengangu. Tersenyum dia sebelum berlalu. Entah apalah rasa air yang dibancuh. Mintak-mintaklah sedap dan kena dengan selera lelaki itu.

            “Yuyu.”

            Belum sempat Yuyu melangkah keluar sekali lagi namanya dipanggil. Ditoleh ke arah Hasif. Sabar menanti bicara seterusnya dari bibir lelaki itu.

            “Ambil file itu, tolong taip balik semua.” Tangannya ditunjuk ke arah meja berhampiran sofa di sudut biliknya.

            Mati senyuman manis Yuyu. Itu bukan file. Tapi file-file. Arghhh...menyampahnya. Tahunya nak membuli saja. Menyesal di memuji tadi. Sekala pujian tentang kekacakkan dan kehenseman tadi dia tarik balik. Berkuat kuasa serta merta!

            “Semua ni ke?” Sambil tangannya mengambil satu persatu file. Manalah tahu, dengan mendengar pertanyaan darinya, lelaki itu mengatakan ‘Eh tak lah, sebuah file sahaja. Yang lain itu bukan.’ Hope so lah kan?

            “Semua. Kalau boleh nak besok.” Hasif menahan senyum. Kalau dulu niatnya memang mahu membuli, sekarang pun sama. Tetapi kali ini buli-buli manja. Eh.. Hasif tercengang. Apa kena dengan dia ni? Buli-buli manja? Aduh.. masalah.

            “Apasal tak cakap nak lagi dua minit. Saya punya tangan ada banyak.” Tak tunggu lama, terus ayat pedas terluah. Wah melampau. File bertimbun macam itu nak dia taip sehari? Agak-agaklah!

            “Kalau kau mampu dua minit, lagilah bagus. Tak sia-sia syarikat ambil kau bekerja.” Hasif peluk tubuh. Sabar menanti ayat seterusnya dari Yuyu. Nak protes tak agak-agak. Main sembur saja.

            Terasa mengeletar tubuhnya menahan geram. Kalau diikutkan rasa hati yang panas membara, sudah pasti Hasif dilenyapkan terus dari muka bumi. Selesai masalah! Kali ini tanpa menunggu dirinya ‘dihalau’ keluar dia sendiri melangkah pergi. Kakinya dihentak-hentak kuat ke atas lantai.

            “Cantik kasut. Baru beli ke?” Hentak-hentak. Aku potong jugak kaki tu karang!

            “Arghhh.” Ada sahaja kata lelaki itu mahu menyakitkan hatinya.

            Hasif galak ketawa bila Yuyu menutup kuat pintu biliknya. Setelah reda barulah dia kembali menumpukan pada kerja yang menimbun. Dalam pada masa yang sama dia pasrah. Larangan si otak yang kuat melarang dari mendekati Yuyu terpaksa diingkar bila hati lebih mendominasi keadaan.

Surat Cinta Untuk Di Sana : Sorry lmbat updte blog... Dah beberapa hari asyik keluar...baru hari ini ada peluang nak mngadap pc lelama..... Papai...Muahhh...

1 ulasan:

Baca sUdah, benCi, gEraM, sUka pUn sUdah. CeRajiNkaN TanGan, MeNgOmeN siKit :)