Hel!O mY DarLing!

Sabtu, 21 Disember 2013

MPWUMM : Yuyu & Hasif





“Nak hujan ke malam ini?” Yuyu bertanya. Sebutir bintang tidak kelihatan pada dada langit.
           
“Entah. Kalau hujan pun okey juga. Sejuk sikit cuaca malam ini.” Hasif memandang Yuyu. Dia benar-benar teringin menyoal mengenai lelaki yang sering menjemput gadis itu selepas waktu bekerja. Cuma dia tidak tahu bagaimana mahu memulakan bicara. Takut kata-katanya nanti disalah tafsir.
           
“Encik Boss dengan Athirah tu ada apa-apa ke?” Selamba Yuyu bertanya. Dia kadang-kadang memang terlebih ramah. Main soal sahaja.

            “Ada apa-apa..apa?” Hasif pura-pura menyoal. Alangkah bagus kalau dia seberani Yuyu. Apa yang nak tahu main belasah cakap sahaja. Ada juga kelebihan orang yang suka berterus terang ni rupannya.

            “Maksud saya..together..together..” kedua jari telunjuk didekatkan. I pinjam kejap ayat you Kak Bib!

            “Merepek lah kau. Kenapa? kau cemburu? Kau nak together..together dengan aku ke?” Hasif tayang muka serius.

            Minuman yang tidak sempat ditelan dipancut pada wajah Hasif. Tergamam mendengar soalan lelaki itu. Terkebil-kebil matanya. Dia silap dengar ke apa?

            “Isy...Tak senonoh lah.” Wajahnya yang terpercik air disapu dengan hujung baju. Menyesal buat lawak tengah-tengah malam.

            “Encik Boss lah. Apasal buat lawak. Nasib baik saya minum air. Kalau saya minum api tadi kan dah cacat muka itu..” Apa aku merepek ni?..Ahh..taram sajalah.

             “Kau ni spesis naga ke apa?” Hasif ketawa. Jelas Yuyu malu mendengar kata-katanya. Ada juga sifat malu yang masih ada dalam diri gadis itu. Ingatkan tak ada langsung.

            “Malas nak layan.”

            “Nak burger tak?” Hasif cuba meredakan suasana. Burger yang masih berbaki sebiji diserah kepada Yuyu disebalik jaring balkoni.

            “Nak lah. Makan, siapa tak nak.” Yuyu capai burger yang dihulurkan oleh Hasif.

            “Kalau makan, laju saja engkau. Masak tak tahu pulak.” Hasif menyindir. Teringat nasi goreng yang dibuat oleh gadis itu beberapa hari sudah. Pedas, masin, berminyak...Pokoknya memang cukup lengkaplah ‘kemusnahan’ yang berlaku.

            “Kedai banyak. Buat apa nak peningkan kepala. Beli sajalah.” Itu tak ada lain lah tu. Mesti nak bahankan dia pasal kes nasi goreng yang dia buat. Dia dah cakap dia tak pandai memasak, lelaki itu juga yang beria-ia menyuruh. Dah orang masak banyak pula songehnya. Apa yang tak boleh blah, siap kasi nama lagi. Nasi Goreng Gunung Berapi. Ada juga yang dia rejam dalam lahar nanti!

            “Kalau aku cari isteri, aku nak yang pandai memasak.”

            “Carilah...” Yuyu bengang. Rasa macam nak masuk ke dalam rumah saja sekarang.

            “Yang sopan-santun, yang cantik.” Diintai wajah itu. Mahu mencari riaksi yang dipamerkan.

            “Yang sama macam Athirah.” Yuyu memotong kata Hasif. Semua ciri itu ada pada Athirah. Cuma bab sopan santun itu terpamer saat ada Hasif sahaja. Kalau tidak....Erkk.. Tak tergamak nak fikir.

            “Ha yang sama macam Athirah..”

            “Pergilah sana cari dia.” Yuyu marah. Dia sudah bangun bercekak pingang. Gigi diketap geram. Tidak perasan reaksinya sudah berlebihan.

            Hasif ketawa. Malam ini pasti tidurnya terlebih lena. ‘Ben Affleck’ boleh pergi main jauh-jauh.

            “Nak marah kenapa?” Hasif masih tidak sudah menyakat.

            “Isy...bencilah.” Tak tunggu lama Yuyu melangkah masuk ke dalam rumah.

            “Yuyu...nantilah” Hasif cuba menahan.

            Yuyu tak jadi masuk. Dia kembali bergerak di tempat yang diduduki tadi. Belum sempat Hasif membuka mulut, Yuyu telah bersuara.

            “Jangan salah faham okey. Orang datang nak ambil ini saja.” Burger yang ada di dalam plastik dicapai sebelum dia melangkah masuk kembali ke dalam rumah. Pintu ditutup kuat.

            Hasif ketawa. Marah, marah, makanan tetap tak lupa. Rupannya ada juga kebaikan dia ambil Athirah bekerja.

            Kalau diikutkan rasa marah, dengar nama sahaja dia sudah tidak mahu. Tetapi sampai bila rasa marah itu dapat dia bawa? Cukuplah dengan apa yang pernah terjadi. Athirah masa lalunya dan tak akan lagi pernah menjadi masa hadapan. Bantuan yang dia hulurkan juga hanyalah bantuan sebagai manusia yang begelar sahabat. Hanya itu. Dan dia harap Yuyu dapat memahaminya nanti.

Surat Cinta Untuk Disana : Sorry dah lama x update... Bz berjimba dgn anak sedara yg balik brcuti... x smpat lngsung nk buka blog... papai...muahhhh

2 ulasan:

Baca sUdah, benCi, gEraM, sUka pUn sUdah. CeRajiNkaN TanGan, MeNgOmeN siKit :)