Hel!O mY DarLing!

Jumaat, 13 Disember 2013

Secoet Jajans Dariku Untukmu : KSB



“Sebab tangan ni lah abang boleh berjabat tangan dengan abah untuk jawab ijab dan Kabul pernikahan kita.” Tangan lelaki itu dibawa kebibir dan dikucup lama. Kali pertama mengucup tangan suaminya, dia sudah berjanji. Siapa sekalipun lelaki itu, akan dia terima dengan tangan terbuka walaupun hakikat sebenarnya tidak semudah yang dia sangka.

“Dan Adra harap tangan inilah juga nanti yang akan bimbing Adra dengan anak-anak kita sampai ke pintu syurga…sampai ke jannah..” Lama dia mendiamkan diri bagi menghilangkan rasa sebak yang tiba-tiba bertandang.

“Kalau pun abang tak boleh nak cintakan Adra, Adra harap abang boleh bagi sikit kasih sayang abang dekat Adra.” Mata bertentang mata. Jelas suaminya tergamam mendengar kata-katanya. Tetapi cuma sesaat sebelum wajah tak berperasaan lelaki itu kembali terukir.

“Aku tak mampu Adra.” Perlahan kata-kata itu terluah. Matanya cuba dilarikan dari memandang wajah isterinya. Takut jika hatinya tidak kuat untuk memberikan sebuah lagi penolakkan.

“Adra tunggu sampai abang boleh sayangkan Adra.” Dia tahu suaminya bukanlah berhati batu. Dalam angkuh dan sombong lelaki itu, dia masih mampu melihat perasaan sayang yang tergambar pada wajah suaminya setiap kali memandang ke arah Mak Edah dan Love. Sampai saatnya nanti dia yakin…Pasti ada rasa itu untuknya juga!

“Aku tak boleh nak janji Adra.”

 “Tak apa. Adra faham.” Tangan dibawa mengusap pipi suaminya. Dia mahu suatu hari nanti lelaki itu tahu yang kasih sayang dan cinta masih wujud di atas dunia. Kalau suaminya sudi, dia tak akan pernah jemu untuk memberi.

“Jom kita masuk.” Dia sudah berura-ura mahu mengatur langkah. Kesejukkan sudah tidak dapat ditahan.

“Adra…” Tangan isterinya ditarik sebelum dibawa tubuh itu ke dalam pelukkannya. Perut Adra yang terasa menolak tubuhnya diusap perlahan. Terbayang wajah ayahnya berselang seli dengan wajah Adra. Mata dipejam rapat.

“Bagi aku masa.” Masa untuk dia menyelesaikan segalanya yang tertunggak selama ini. Dia yakin, keputusannya adalah yang terbaik untuk mereka nanti…

Surat Cinta Untuk Di sana : Salam…Maaf dah bnyak hari sy x updte..Sibuk mlayan kerenah anak sedara yg blik brcuti & pulun siapkan mss KSB… Nanti dah lapang sy mulakan balik operasi ‘mengerjakan’ blog semahu hati… Ini sj mngedik letak…dekat group sy dah tmpek… :) https://www.facebook.com/groups/621308791235302/

3 ulasan:

  1. Pulun jgn tk pulun yer CR...akak doakan semoga berjaya la sumenyer...aminnnn..

    BalasPadam
  2. Sdih.mmg best.......syg kt pnulis nye.....hrp akn slalu menulis cite2 mcm ni.....

    BalasPadam

Baca sUdah, benCi, gEraM, sUka pUn sUdah. CeRajiNkaN TanGan, MeNgOmeN siKit :)