Hel!O mY DarLing!

Sabtu, 18 Januari 2014

JANGAN NIKAHI AKU (Pengenalan)



“Hud tak nak lah umi.” Urat lehernya terasa mengeras. Tegang dihambat rasa amarah yang tiba-tiba sahaja mencanak naik.
           
“Umi tak kira Hud. Umi dah berkenan sangat dekat budak Janna tu.” Mak Som turut tidak mahu beralah. Dulu beria-ia usung budak tu bawak balik rumah. Kononnya cinta hati..Cinta mati..Dah orang nak aturkan bagi cinta tersimpul mati, tak nak lah pulak. Haish..Saja nak bagi dia panas hati!
           
“Dia tu janda umi..” Terasa agenda yang diatur sudah memakan diri. Boleh pulak uminya over bekenan dekat minah senget tu. Huii…memang tak lah kalau nak buat bini!

            “Umi pun janda jugak masa kawin dengan abah kamu. Bahagia jugak hidup.” Mak Som sedikit mencebik. Pantang betul dia kalau isu yang satu itu diungkit. Apa kalau jadi janda kena duduk berkabung dalam rumah sampai tunggu mati ke? Kalau dah ada bahagia dekat depan mata..tunggu apa lagi, sambar sajalah!

            “Umi lain.” Suaranya sedikit mengendur. Entah bagaimanalah dia mahu membuatkan wanita itu faham. Sudah seribu satu macam pembohongan dia atur untuk mengauta uminya, tetapi wanita itu selamba sahaja menepis setiap hujahnya tanpa ada sebarang halangan. Ingatkan bila dia timbulkan isu sensetif tu matilah hasrat uminya. Rupanya tidak. Semakin berkobar pulak semangat orang tua itu. Hadoii..masalah…masalah…

            “Apa yang lainnya? Umi perempuan, dia pun perempuan…Ke kamu tak nak dekat dia sebab kamu tu key..ge.” Mak Som mengkumit-kumitkan bibir. Cuba mengingati ayat yang betul.

            “Eh apa sampai ke situ pulak umi ni.” Terbeliak matanya.Ada ke patut dia macam ni punya ‘lurus’ dikatakan gay! Umi kalau cakap memang main hentam saja. Ikut suka hati je apa nak kata.

            “Jadi kamu ni lurus lah ye?” Mak Som sudah terkekek ketawa bila nak jantannya itu tayang wajah mengharap penampar.

            “Luruslah umi!”

            “Kalau lurus baguslah. Esok umi masuk pinangkan budak Janna tu untuk kamu.”

Surat Cinta Untuk Di sana : Sorry dah lm x mngapdate…kebizian melanda beberapa minggu ni.. nanti dah lapang blog akan kembali hidup sprti biasa… oh ni pngenalan novel baru..Jangan Nikahi Aku…yg mana ikut group sy mesti dah bca.. ok..papii..muahah

2 ulasan:

  1. Keep it up girl ! Best cite ni. Cm nama je xglamor.haha

    BalasPadam
  2. Xpe nama x glamr tp jln cte msti meletop:-):-)

    BalasPadam

Baca sUdah, benCi, gEraM, sUka pUn sUdah. CeRajiNkaN TanGan, MeNgOmeN siKit :)