Hel!O mY DarLing!

Khamis, 20 Februari 2014

Bercinta Untuk Dicinta Bab 2




            “Apasal?” Zyll jongket kening. Pelik melihat tingkah Sara yang memandangnya tanpa berkedip. Air yang masih menitis dari rambut dikesat dengan tangan sambil mata masih belum berkalih pandang dari melihat wajah itu.

            “Saja.” Sara ketap bibir. Menahan senyum dari terukir pada wajah.

            “Saja?” Zyll mendekat. Tidak berpuas hati dengan jawapan Sara. Tengok dia macam nak telan. Mustahil saja!

            Sara tahan nafas. Gila! jantungnya sudah berdegup kencang. Semput nafas melihat makhluk tuhan seseksi itu di hadapan mata. Air yang membelai tapak kakinya semakin kuat dikocak. Cuba menengkan kembali hati yang tak tenteram.

            “Nak jadi mermaid ke apa tu?” Dipaut tubuh Sara. Berusaha menahan diri dari tenggelam.

            “Kalau mermaid yang cantik..Why not..”

            “And hot..of course…” Zyll tukang menyambung. Dikaut air dengan tangan kanan dan dipercik sedikit pada wajah itu sebelum dia kembali memaut pinggang ramping itu dengan erat.

            “Jangan lah. Kang kalau Sara jatuh macam mana?” Tangan Zyll yang memaut pinggangnya ditolak lembut. Bukannya lelaki itu tidak tahu yang dia bukannya tahu berenang. Silap langkah tersadai ke dasar kolam pulak dia nanti.

            “Lagi bagus. Sara nak jatuh sekarang ke nanti?” Zyll galak mengusik. Ditarik-tarik kaki itu masuk ke dalam kolam.

            “Zyll.” Bahu itu ditampar lembut. Tak tahan diusik.

            “Rugilah. Baru cadang nak bagi free CPR.” Zyll galak ketawa bila Sara cuba menekan wajahnya masuk kembali ke dalam air.

            “Tak hadap lah free CPR tu.” Sara sedikit berlagak. Tapi sesaat cuma sebelum tubuhnya sudah terhumban masuk ke dalam kolam. Dia mula gelabah. Tenggelam timbul dia cuba menyelamatkan diri.

            “Orang nak ajar berenang tak nak.” Zyll tergelak. Disambar tubuh itu. Rambut Sara yang menutupi wajah disebak ke belakang. Tercungap-cungap wanita itu cuba bernafas.

            “Isk dia ni. Nak bunuh orang ke apa?” Sara panas hati. Ditolak tubuh itu menjauh. Hampir terbang melayang nafasnya dek kerana terperanjat. Kalau selalu macam ini.. Boleh ‘jalan’ awal dia!

            “Nak Zyll lepas balik ke apa ni?” Zyll mahu mengusik. Cuba dilepaskan tubuh itu kembali. Dia kemudiannya ketawa kemenangan bila terasa pautan Sara pada lehernya semakin erat. Tahu takut!

            “Zyll. Sara baru saja mandi tadi.”

            “Tadi mandi sorang. Ni mandi berdua. “

            Sara rasa mahu pitam mendengar kata-kata itu. Aduhai. Rasanya lelaki itu memang tanam ladang tebu di dalam mulut!

            “Jom belajar berenang.” Sengaja ditarik tubuh itu ke tengah kolam. Mahu mengelak Sara dari melarikan diri.

            “Tak nak lah. Sara banyak kerja nak kena buat.” Rasanya darah sudah tersejat habis dari tubuh. Sungguh dia gementar. Sesekali dia cuba mengintai ke bawah. Nampak membiru sahaja warna mamar yang ‘membalut’ permukaan kolam. Dan itu mungkin bakal menjadi ‘kubur’ kalau dia tersilap langkah. Semakin erat dia memeluk tubuh itu. Risau…Buatnya Zyll buat gila, mahu terbenam ke dasar kolam dia nanti.

            “Kerja apa? Berangan dekat depan tv?” Zyll sindir tajam.

            “Kerja jugak tu kan?” Sara tidak mahu beralah.

            “Sara..”

            “Fine. Tapi sekejap saja tau.” Dia menoleh ke kiri dan kanan. Cuba mengangak jarak kalau dia mahu ke ‘tebing.’ Okey! Baik lupakan. Tengok jarak, mahu kembung perut terlebih sukatan air pulak dia nanti!

            “Tarik nafas.”

            “Nak tarik macam mana? Sesak nafas dah ni kena peluk.” Sara hantar protes. Entah siapalah punya sifu yang perturunkan ilmu ajaran sesat itu kepada Zyll. Tak logik betul ajar berenang ditengah kolam!

            “Pelukkan ni vitamin percuma. Cpr dah tolak. Vitamin ni kalau tolak jugak rugilah.”

            “Zyll..Kalau Sara dah pandai berenang. Vitamin ni Sara dah tak layan.” Tangan dilepaskan dari memaut tubuh itu. Yakin yang Zyll tak akan melepaskan tubuhnya. Mata dipejam rapat. Sedetik kemudian, dia terasa tubuhnya ditarik.

            “Sara. Naik baliklah dekat atas.”

            “Kata nak ajar Sara berenang…” Sara mengumam dengan mata yang terpejam. Yes! taktiknya berjaya.

            “Tak payahlah.”

            “Pulak?” Sara kerutkan dahi berpura-pura kehairanan.

            “Zyll suka bagi vitamin. Kalau Sara tak nak, sapa yang nak habiskan? Nak Zyll cari ‘honey’ yang lain ke?”

            “Kalau rasa macam dah lama sangat hidup, pergilah cari. Sekali dengan ‘honey-honey’ tu Sara kapak!” Dia menjeling tajam. Sentap hati betul kalau dengar lawak jenaka versi madu lebah, madu tebuan segala-bala tu!

            “Nak cari macam mana? Tak sempat cari lagi mak tebuan dah bersarang dekat pinggang... Sakit sayang oii.” Ditepis sedikit jemari runcing wanita itu dari berterusan hinggap pada pinggangnya.

            “Gatal lagi.”

            “Itu bukannya gatal. Itu namanya pandai merebut peluang.” Zyll masih belum puas mengusik walaupun dia sudah menerima ‘habuan’ sebentar tadi.

            “Pandai lah sangat!” Tubuhnya cuba diampu pada permukaan tepi kolam. Dilonjak kuat. Malangnya dia menjunam kembali ke dalam kolam.

            “Zyll. Please..” Dia menoleh kebelakang. Sengaja ditayang wajah polos. Kalau macam ini gayanya, mahu berkampung halaman terus dia dalam air.

            “Please saja? Hadiahnya mana?” Didekatkan wajah ke arah Sara. Menanti ‘hadiah.’ Tersenyum lebar dia bila mana berlabuh kucupan itu pada pipinya.

            “Zyll. Gillette ada banyak Sara beli. Serabut sangat dah Sara tengok.” Jarinya dibawa menjelajah pipi itu. Memang diakui Zyll akan nampak kacak dalam keadaan tidak terurus seperti itu, cuma dia kurang suka. Sakit tangan mahu membelai.

            “Kejap lagi lah. Dah…Jom naik.” Diraih tubuh itu sebelum dilonjakkan naik ke atas.

            “Eh, dah sudah ke?” Wajah Zyll dipandang. Pelik melihat lelaki itu sudah melangkah keluar dari dalam kolam. Selalunya lelaki itu boleh berendam hampir dua jam di dalam air. Ini rasanya tak sampai pun sejam.

            “Yup.” Ringkas Zyll menjawab. Tuala yang dihulurkan oleh Sara disambut.

            “Tsk..Basah habis dah.” Sara sedikit mengumam. Dilurut air dari bajunya sebelum dipulas kuat. Mahu mengurangkan sedikit air sebelum dia masuk ke dalam rumah. Kalau tidak, jadi satu kerja pula dia nak kena ‘mengemop’ lantai.  

            “Alah bukannya tak boleh kering. Tanggal jelah baju tu dulu.” Zyll berkata sedikit nakal.

            “Malas nak layan.” Sara menjeling. Cakap tak agak-agak!

            “Sara malas sudah lah. Tapi Zyll rajin nak melayan.” Ditarik tangan itu mendekat. Tuala yang ada ditangan dibawa mengesat rambut Sara yang kebasahan. Sesekali dia mengirai rambut itu dengan tangan.

            “Zyll..” Sara memanggil lembut. Digigit jari telunjuk.

            “Nak goda ke apa tu?” Zyll mula mengedik.

            “Bukan lah.” Pantas Sara menjauh. Tak terlayan dia dengan kerenah lelaki itu. Dari dulu nakalnya tak pernah berubah.

            “Habis itu?”

            “Sara nak pergi Sentosa boleh?” Bersinar matanya menyebut nama tempat itu. Kerinduan mula mengebu di hati bila teringatkan wajah-wajah comel yang sudah beberapa minggu tidak dipandang.

            Zyll sedikit mengeluh. Bukannya dia tidak mahu, tetapi dia rimas. Pergi ke tempat sebegitu membuatkan dia sesak nafas. Tak tahan mendengar jerit pekik kanak-kanak yang ada.

            “Boleh tak?” Sara kembali mendekat. Diraih tangan lelaki itu dan dibawa ke wajahnya.

            “Sure.” Zyll berkata perlahan. Tidak mampu menolak bila Sara mula beraksi bagaikan kucing yang mintak dibelai.

Surat Cinta Untuk Di Sana : Yuhuu…cuba komen sikit…tonik utk sy merajinkan diri.. ;)

6 ulasan:

Baca sUdah, benCi, gEraM, sUka pUn sUdah. CeRajiNkaN TanGan, MeNgOmeN siKit :)